"Berbahagialah wahai gadis yang diuji Tuhan. Di sebalik ujian pasti terselit sejuta hikmah. Hujan turun beserta guruh, akhirnya terlihat pelangi indah. Terus senyum ya bidadari, lantas kau bina warna-warna indah yang bisa terbiaskan pada insan lain. Sungguh, kau insan terpilih."

Friday, December 19, 2014

Kenal & Cinta Allah

Hati yg mengenal Allah & jatuh cinta kepadaNya itu digelar -- hati emas. 

Ya, mengenal Allah SWT tidak mampu dicapai oleh anggota lahiriah, tetapi oleh kekuatan hati. 

Hati itu dicipta oleh Allah dengan kemampuan untuk "melihat" & merasa sesuatu yg maknawi sifatnya. 

Pandangan mata hati yg dapat menjangkau kebesaran Allah & daerah2 rohani yg tinggi inilah yg disebut oleh Allah melalui firmanNya ;

"Sesungguhnya bukan mata yg buta, tetapi yg buta adalah hati yg ada dalam dada" 
[Surah Al-Hajj 22: 46]

Oleh sebab itu, "alat" mengenal & mencintai Allah yg paling penting ialah -- hati.

Akal hanya permulaan.
Alim (mengetahui),
amal 
& arif (mengenal) 
ialah 3 langkah untuk mengenal Allah. 

Mengenal dengan akal tentang sifat2 kesempurnaan Allah tak cukup, sepatutnya diresapkan ke dalam hati melalui ibadah2 fardhu & sunat. Seterusnya ibadah inilah yg akan mengasah hati untuk mengenal Allah.

Sebab tu ahli2 yg arif selalu mengungkapkan bahawa hakikat ilmu itu ialah "ketibaan" makna & hati. Melalui pembelajaran tauhid, kita mengetahui Allah itu wujud, Allah Maha Melihat,  Maha Mendengar & sebagainya. Tetapi mengetahui saje tak cukup. Kita perlu merasai Allah itu ada. Maha Melihat, Maha Mendengar & sebagainya. 

Kenapa kita perlu merasai & bukan sekadar mengetahui? 

Jauh bezanya antara seseorang yg mengetahui Allah itu ada dengan mereka yg merasai Allah itu ada. 

Aku highlight di sini, mengetahui & merasai. Beza kan?  

Orang yg mengetahui Allah itu ada, masih sanggup melakukan kejahatan tetapi orang yg merasai Allah itu ada takkan berani melakukan kejahatan. 

Tauhid dah dihayati, yakni sudah meresap ke dalam hati. Tidak hanya berlegar-legar di kepala (akal).

Inilah cabaran utama dalam kehidupan beragama waktu ini. Tauhid hanya dipelajari di otak kiri ; diketahui,  dihafal & kemudian dipindahkan ke atas kertas peperiksaan. 

Akhirnya, sistem pendidikan hanya mampu melahirkan pelajar2 yg mempunyai kelulusan dalam mata pelajaran agama, tetapi tidak "beragama" dalam realiti kehidupan seharian.

Terdapat persoalan dalam kalangan masyarakat. Kelulusan agamanya berjela-jela, tetapi hilang wibawa kerana dunia & kuasa. 

Masyarakat tertanya, kenapa semua ni berlaku? Kenapa ilmu agama yg dipelajari sejak tadika tak berjaya melahirkan pelajar berakhlak baik? 

JAWAPANNYA ;

Sistem pembelajaran & pendidikan yg ada belum berdaya menangani SOAL HATI!

Kita hanya melahirkan para mualim yg memindahkan ilmu tetapi kurang murobbi yg mampu memindahkan rasa daripada penghayatan tauhid ke dalam hati.

WAllahualam.

Thursday, December 11, 2014

Aku & Tabah.

Aku?
Tabah? 

Mungkin patut aku katakan kami terkadang serasi & terkadang tidak. 

Adakalanya, bila aku berjaya melepasi satu ujian yg Allah kirimkan, aku akan merasakan diri aku sangat tabah. Aku mampu tersenyum & terus menjadi kuat. 

Tapi sesungguhnya aku manusia biasa & pastilah adakalanya, aku tersungkur juga. Kekuatan & ketabahan aku ada hadnya sendiri tetapi aku bukan sesiapa. Allah takdirkan aku diuji dengan tiap ujian itu kerana Allah tahu aku mampu. 

Aku yakin tentang itu. Kerana persis seperti sebuah meja, pasti ada penciptanya. Sudah tentu penciptanya tahu akan kebolehan & kekuatan meja tersebut, bukan? Penciptanya pasti tidak akan memberikan beban yg tidak mampu meja tersebut tanggung kerana dia sendiri tahu setakat mana kekuatan meja tersebut. 

Sama seperti Allah, DIA yg mencipta kita. DIA tahu akan kekuatan tiap ciptaannya & DIA tidak akan mungkin pernah membebankan hambanya dengan sesuatu yg tidak mampu hambanya tanggung kerana sesungguhnya DIA lebih tahu. DIA tahu setakat mana kekuatan yg hambanya mampu.

Jadi, bila Allah hadiahkan ujian buat diri, jangan pernah sebut "aku tak mampu" sebaliknya ucapkanlah "ya Allah, aku redha dengan ujian ini andai ia akan mendekatkan aku pada diriMu", kerana sesungguhnya kita tidak tahu apa apa sedangkan Allah tahu segalanya. Allah itu Pencipta kita. DIA tahu tiap sesuatu tentang diri kita. Allah tak kejam. Allah tak akan membebankan kita dengan sesuatu yg berat & tak mampu kita tanggung. 

Ujian itu menguatkan bukan melemahkan. Ujian buat kita kuat & bangkit setelah kita jatuh tersungkur. 

Ingatlah, sulit itu jalan ke Syurga. Mana mungkin untuk mendapatkan sesuatu yg berharga, tidak ada ujiannya, bukan? Pandang langit, senyum. Hembus nafas, tarik nafas, senyum. Allah sayang kita :)

Muhasabah semula diri kita. Kalau tidak disebabkan ujian yg Tuhan kirimkan, susah benar bibir kita ni mengucapkan zikir. Susah benar bibir ni merintih meminta pertolongan DIA, bukan? 

Ya, Allah masih sayang & ingat kita. 

Senyum lagi.

Pesanan dari diri yg hina ini,

"Dunia ini penuh ujian & dugaan. Pilihlah untuk bersabar. 

Bila dirundung duka, ingat pesan Allah. La tahzan (Jangan kamu bersedih, DIA ada)

Bila kembali ceria, ingatlah, La taghtar (Jangan terbuai, DIA masih menduga)"

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg redha & diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, & masuklah ke dalam SyurgaKu." (Surah Al-Fajr ; ayat 27-30)

Friday, November 14, 2014

Lagu favorite before sleep <3

Tidurlah gadisku sayang.
Tidurlah pejamkan matamu.
Tidurlah hilangkan semua resahmu.

Tidurlah.
Tidurlah gadisku manja.
Tidurlah di sini menemanimu.

Tidurlah.

Izinkan aku.
Merinduimu sepanjang malamku.
Izinkan aku.
Menjagamu.
Dalam mimpi mu.
Aku kan menyanyikan laguku.
Nanti kau selalu kan tersenyum.

; Tidurlah gadisku sayang,
By Encik Mimpi. 


Tuesday, November 11, 2014

Indah.
Indahnya hatimu.
Lembut namamu membuat aku tenang atas jalan terang.

Mudah.
Mudahnya caramu.
Membuka pintu hati aku.
Kau bukakan semuanya.

Jangan.
Jangan pernah pergi.
Tolong datang kembali.
Ku kan tetap mencari.
Untuk membalas baikmu.
Untuk menjaga dirimu.

Without you..
Aku hilang keliru.
Without you..
Aku diam membisu.
Siapalah diriku yg berdiri tanpamu..

Ibu.. 
Loveyou dunia akhirah.
Moga along & adik adik akan jadi anak solehah yg akan memimpin tangan ibu sama-sama masuk ke Jannah Allah. Aamiin.

Perancangan Tuhan.

Sungguh.

Aku terfikir sejenak.
Indahnya perancangan Tuhan.
Mempertemukan kami.
Dan rapatkan kami persis adik-beradik.

Sehinggakan aku tak sanggup hilang dia.
Dan.
Aku takut kehilangan dia.

Dialah sahabat..

Moga kalian sentiasa berada dalam jagaan Allah. Semoga Dia pelihara & redhai ukhuwah ini sehingga ke Syurga & ukhuwah ini bukan sekadar di dunya, tapi juga di akhirat sana. Aamiin.

Kalian sentiasa ada dalam doa aku, InshaAllah.

Monday, November 10, 2014

Papa, cinta hati selamanya.

Teringat malam ummi tinggalkan aku buat selama-lamanya. Papa call aku masa aku kat rumah mamaina tengah siap siap nak balik sana. Aku ingat lagi suara papa. Papa sedih. Aku tahu papa menangis. Papa cakap "along kena kuat. sabar banyak banyak". 

Sampai kat rumah nenek, aku nampak papa & tokcik. Aku senyum je. Aku tak nak papa sedih. Aku nak kuat untuk papa & aku tahu papa pun dah lap air mata papa sebab taknak aku lemah tengok dia. Aku tahu sebab Imar cite kat aku. Sampai depan papa, aku salam papa. Papa terus peluk & cium aku. Papa bisik dekat aku "papa ada along je. papa sayang along. along sabar banyak2". Ya Allah. Masatu, aku sedih sangat. Allah je yg tahu macam mana sedihnya aku waktu tu. Aku sedih tengok papa macam tu.

Aku masuk rumah, tengok ummi. Aku tak terkata apa. Aku terkedu tengok ummi yg aku sayang, yg selalu di sisi aku dah pergi buat selamanya. Selama ni kalau aku nangis mesti ummi ada peluk aku tapi waktu tu ummi dah tak mampu nak buat semua tu. 

Lepas aku habis baca Yassin untuk ummi, aku & mamaina duduk dengan papa. Aku boleh nampak papa masih sedih & lemah tapi papa tak nak nangis depan aku sebab papa tak nak aku lemah. Papa nak aku kuat. Aku tahu. 

Nenek cakap masa ummi hembuskan nafas yg terakhir pukul 7 lebih waktu Maghrib, papa nangis. Papa cakap dekat ummi "ina tinggalkan abg ke? ina jangan tinggalkan abg". Allahuakbar. 

Dari pukul 7 lebih tu sampai lah ke pukul 11, nenek kata papa tak berhenti menangis. Walaupun tak lah menangis teruk tapi nenek kata nenek tahu papa sangat sangat sedih waktu tu. Mestilah, cinta hati papa, ummi dah 15 tahun hidup dengan papa pergi buat selamanya. Aku sedih. Aku rasa bersalah sangat. Papa terpaksa jadi kuat depan aku sebab tak nak aku lemah. 

Sekarang.

Kalau pergi kubur ummi, aku nampak papa selalu menangis. Papa mesti mengadu semuanya dekat ummi kalau pergi kubur ummi. Aku tahu papa terseksa sangat hidup tak ada ummi. 

Tambahan pula papa kena jaga aku sorang sorang tanpa ummi di sisi. Papa, maafkan along sebab susahkan papa. Along taknak susahkan papa tapi along tak nak tinggalkan papa sorang sorang. Along sayang papa sangat sangat. Along sayang papa macam ayah kandung along sendiri sebab papa je yg selalu bagi kasih sayang seorang ayah kat along. Along tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah dari ayah kandung along sendiri. Papa je lelaki yg sayang along macam anak sendiri.

Papa, along tahu ujian ni berat untuk papa. Bukan papa je, ujian ni berat untuk along juga. Tapi kita kena tabah & kuat untuk ummi. Allah sayang kita, pa. Allah tahu kita kuat untuk hadapi semua ni. Kita kuat sama sama ok pa ☺️ Along sayang papa sangat sangat. Dunia akhirat along sayang papa. 

Terima kasih sebab jaga along, pa. Terima kasih buat segalanya! 💕💕 along harap along dapat pimpin tangan papa & sama sama duduk dalam Syurga Allah. InshaAllah.

10 November, ibu's birthday!

Sanah Helwa kesayangan jiwa. Happy Birthday ibu sayang <3

Moga berada dalam jagaan Allah Taala selalu. Moga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu, dirahmati Allah, dikurniakan husnul khotimah & dianugerahkan Syurga Allah yg tertinggi.

Rindu ibu selaluuuuu & along tahu ibu pun rindu along sebab wallpaper phone ibu gambar along dengan angah hehe.

Thankyou for being the best ibu ever! Terima kasih sebab dah jaga along dengan baik. Dah layan kerenah along yg macam macam dari kecik sampai besar panjang ni (tapi along tahu along pendek haha). Terima kasih sebab dah didik along dengan sangat sangat baik. Terima kasih buat segalanya ibu! 💖💖

InshaAllah jika diizin Tuhan, along, angah, deksu & Qaseh akan pimpin tangan ibu & sama-sama kita ke Syurga Firdaus. Aamiin. Along sayang ibu dunia akhirah. Muahhh 😘

Sunday, November 9, 2014

Setahun ummi pergi.

Asalamualaikum.

Ni entry throwback je ni. 31 October haritu genap setahun ummi pergi ke sisi Tuhan yg maha esa. Sekaligus genap setahun aku hidup berdikari tanpa seorang ummi di sisi. Hidup berdikari yg buat aku belajar banyak benda.

Alhamdulillah buat segala kekuatan yg Allah kirimkan selama setahun ni. Ujian ni berat buat aku. Bukan aku je. Rasanya semua org yg dah kehilangan org tersayang pun akan rasa ujian ni berat kan? Tapi bersabarlah, terus kuat kerana Allah SWT. Memang ujian ni berat tapi kita kena selalu ingat, Allah itu maha adil. Allah tahu segalanya. Allah tahu apa yg kita tak tahu. Allah tahu kita boleh lalui ujian ni & sebab tu Allah kirimkan ujian ni buat kita. Allah sayang kita, ingat tu selaluu :)

Setahun ummi pergi, kadang-kadang selalu aku tertanya "kenapa ummi pergi cepat sangat?" "kenapa Allah ambik ummi?". Time tu memang dah sedih tahap dewa lah kan. Teringat ummi... Siapa tak sedih. Baru 13 tahun, dah hilang ummi sedangkan masa tu aku baru nak bermanja-manja dengan ummi. Tapi apakan daya, ini yg Allah aturkan buat hidup aku. Allah tahu aku mampu lalui hidup ni tanpa ummi di sisi. Aku tahu mesti ada hikmahnya. Kalau bukan sekarang, mungkin lepas ni & kalau bukan di Dunia, mungkin di Akhirat aku akan bersama-sama dengan ummi di Jannah Tuhan InshaAllah. Aku tahu ummi lebih tenang & bahagia di sisi Tuhan berbanding di Dunia. Ummi, along sayang ummi <3

Kadang-kadang rasa jealous bila tengok kawan-kawan aku. Ummi dorang selalu ada di sisi. Dorang masih boleh bermanja-manja dengan ummi dorang sedangkan aku? Dah tak boleh. Time ni lah rasa nak nangis ni. Lagi-lagi bila down, mestilah kita nak ummi kita ada di sisi, kuatkan kita kan? Aku jealous sangat dengan semuorang yg ada ummi di sisi kuatkan dorang & aku takde.. Aku mohon, jagalah ummi kalian baik-baik. Jangan pernah buat sesuatu yg akan sakitkan hati ummi kalian. Jangan menyesal di kemudian hari bila ummi kalian dah tak ada nanti. Bila mereka masih ada, jaga baik-baik :)

Fyi, ummi adalah ibu angkat aku yg dah jaga aku selama 11 tahun since umur aku 2 tahun. Ummi & papa yg jaga aku macam anak sendiri. Dan fyi jugak, papa & ummi adalah ibu ayah angkat aku a.k.a makcik & pakcik aku means papa adalah abg kepada ibu kandung aku. (faham faham jelah)

Jadi aku masih ada ibu. Ibu kandung. Selama 11 tahun ummi jaga aku, memang ummi yg selalu di sisi aku. Tapi tak bermakna aku tak sayang ibu & tak bermakna ibu tak jaga aku. Ibu jaga aku. Ibu masih selalu bertanya khabar pasal aku & setiap 2 bulan InshaAllah aku akan jumpa ibu. Aku sayang ibu sebab ibu yg mengandungkan aku selama 9 bulan dulu & ibu dah bersusah payah lahirkan aku. Ibu, along sayang ibu! <3 Kiranya aku ada 2 ibu dalam dunia ni hehe. Alhamdulillah itu satu kurniaan dari Allah buat hamba Dia yg hina ni.

Tapi kenapa aku masih sedih bila ummi pergi? Mestilah sedih. Ummi jaga aku selama 11 tahun. Dari aku tadika, sek rendah sampai lah ke sek menengah. Banyak jasa ummi buat diri ni melayan kerenah aku yg memacam, jaga aku & sayang aku macam anak sendiri. Allahuakbar. Tak terbayar rasanya segala jasa ummi. Ummi serupa ibu. Dua dua wanita yg sangat penting dalam hidup aku & yg paaaaaaaaaaling aku sayang! Tak ada istilah aku sayang ibu lebih atau aku sayang ummi lebih sebab aku sayang dua-dua sangat sangaaaaaaaaaaaaaat!

Motif aku cerita tentang ibu -- Aku nak ceritakan nikmat Allah yg satu ni. Aku banyak menyesal sebab tak jaga ummi baik-baik selama ummi di sisi dulu.. Jadi Allah kirimkan ibu untuk aku tebus segala salah aku pada ummi. Demi ummi, InshaAllah aku akan jaga ibu baik-baik.

Ummi, moga baik-baik saja di sisi Allah SWT. Moga ummi lebih tenang & bahagia di sisi Tuhan. Along sentiasa sayangkan ummi & rindukan ummi. Allah, jangan Kau seksa ummi. Kau terangilah kubur ummi. Jauhkan ummi dari seksaan kubur. Lapangkan kubur ummi & masukkan ummi ke dalam golongan hambaMu yg Engkau redhai & kurniakan ummi Jannah Firdaus, ya Allah. Aku mohon. Aamiin.

Selama setahun ummi pergi, aku duduk dengan papa. Hidup berdikari tanpa seorang 'ummi' di sisi memang payah. Lagi-lagi aku seorang perempuan & umur aku baru 14, tahun ni. Aku terpaksa belajar sendiri untuk jadi seorang perempuan yg sentiasa menjaga maruah diri & keluarga. Selama setahun ni jugak aku belajar banyak benda. Aku dah tak dapat nak bermanja dengan ummi buatkan aku jadi matang. Dalam fasa seorang perempuan masih nak bermanja dengan 'ummi', aku kena berdikari hidup tanpa ummi. Bayangkanlah.

Tapi Alhamdulillah. Kan ke aku masih ada ibu? Ibu sayang aku <3 Aku masih ada papa yg selalu kuatkan aku bila tiba takungan air mata dah pecah rindukan ummi. Alhamdulillah buat kurniaan Allah yg itu.

Oklah tu je nak cerita. Kang memacam aku cerita, makin deras pula air terjun dekat muka ni. Apa apa pun, selitkan ummi aku dalam doa kalian ya & kalau baca yassin, niatkan untuk ummi aku. Syukran jazillan!

Sunday, August 24, 2014

Papa di hati aku.

Papa.

Papa kiriman dari Allah buat aku. Papa kekuatan aku. Sebab papa, aku jadi kuat untuk hadapi ujian besar yg Allah aturkan ini.

Ya. Papa kekuatan aku, aku kekuatan papa. 

Bermain kembali kenangan pada Syawal pertama di mana kekuatan papa mengalir ke dalam diri aku bila papa peluk aku dengan penuh rasa kasih sayang. SubhanAllah.

Tak pernah aku rasa pelukan itu dari papa. Sungguh. Kerana pelukan itu, aku menangis. Menangis kerana sebak. Sebak bila terdengar papa katakan ayat ni "papa ada dengan along. papa tak tinggalkan along. papa tak tinggalkan along. papa sayang along".

Allahuakbar.

Jam 8 pagi Syawal pertama, aku sudah merasakan kehilangan itu. Ya. Hilangnya ummi di sisi. Aku tahu papa juga sedih tapi papa tetap kuat sebab tak nak aku sedih. Tapi akhirnya, bila tiba masa aku untuk salam & minta ampun pada papa, papa mengalirkan air mata juga. Kesedihan pada pagi itu, cuma aku & papa saje yg faham. Yg dapat rasa. Cuma kami. 

Aku sangat sangat menyanyangi papa. Walaupun papa bukan ayah kandung aku & hanyalah ayah angkat aku.. Namun, papa saje yg selalu mengurniakan aku secebis kasih sayang seorang ayah kerana aku tak pernah merasa kasih sayang itu dari ayah kandung sendiri.. Sebabnya? Biarlah aku seorang saje yg tahu. 

Papa lah lelaki yg tak pernah menyakitkan hati aku. Tak pernah walau sekali pun. Papa segalanya bagi aku.

Papa, maafkan along yg dah banyak menyusahkan papa. Yg terkadang berkasar bahasa dengan papa. Yg belum mampu buat papa bangga dengan kejayaan along. Yg banyak berbuat dosa & menyebabkan dosa papa bertambah. Yg banyak membuat papa marah. Yg banyak buat papa sedih. Yg tidak melakukan apa yg papa suruh. Yg terkadang melakukan perkara yg papa larang. Maafkan along atas segala dosa yg telah along lakukan pada papa. Maafkan along. 

Papa, terima kasih buat segala jasa papa pada diri ini. Terima kasih kerana jaga along dengan baik selama 14 tahun. Terima kasih kerana selalu berusaha untuk buat along gembira. Terima kasih sebab selalu buat yg terbaik untuk along. Terima kasih sebab sokong along dalam apa2 yg along buat. Terima kasih sebab selalu bantu along. Terima kasih sebab beri kekuatan pada along bila along tak mampu nak tempuhi ujian Allah berseorang diri. Dan terima kasih kerana sayangkan along macam anak kandung papa sendiri. Terima kasih papa! Terima kasih buat segalanya! 

InshaAllah. Along janji along akan berusaha untuk jadi anak yg baik, anak yg menghormati ibu bapa, anak yg mentaati suruhan Allah & suruhan papa, anak yg cemerlang dalam pelajaran, anak yg bermanfaat buat ummah, anak yg solehah buat papa untuk menarik tangan papa ke Jannah FirdausNya. InshaAllah.

Papa, along sayang papa dunia akhirat! Along harap along dapat bersama-sama dengan papa di Jannah kelak InshaAllah Aamiin. 

Thursday, August 7, 2014

Gaza fi qalbi.

Gaza. Maafkan aku yg tidak dapat membantumu berjihad melawan Zionis laknatullah di sana. Maafkan aku yg belum mampu berbuat apa untuk kalian selain menghantar bantuan yg bernama, doa. Maafkan aku yg terkadang terlupa akan nasib kalian di sana. Maafkan aku yg terkadang terlepas untuk mendoakan kalian. Maafkan aku.

InshaAllah. Selagi aku hidup, akan aku berjuang buat kalian. Selagi aku hidup, akan aku berusaha mencapai impian aku untuk menjejakkan kaki di sana & berjihad bersama-sama kalian.

Akhlak kalian sangat mulia. Kalian punya ketabahan yg aku tidak punya. Kalian punya taqwa yg tinggi setinggi langit di atas sana. SubhanAllah TabarakAllah. Aku kagum dengan kalian.

Jika aku di tempat kalian, jika aku yg ditimpa ujian seperti kalian, mampukah aku menjadi setabah kalian? Mampukah aku kuat berjuang seperti kalian? Allah. Aku tak mampu.

Ya Allah, tabahnya hambaMu di Gaza.. Mereka tetap beribadat padaMu walau ditimpa ujian yg sangat berat. Mereka masih tetap di jalanMu. Jika aku, diuji sedikit, aku terus tersungkur. Rebah di medan itu.

Medan ujian.

Gaza, terima kasih buat segala apa yg telah engkau lakukan buat umat Islam di muka bumi ini. Terima kasih kerana telah menjaga tanah Palestin & Masjid Al Aqsa dengan sangat baik. Terima kasih kerana telah berjuang demi tanah Palestin. Terima kasih Gaza. Terima kasih! Tak mampu untuk aku membalas segala jasa kalian. Hanya doa moga kalian tetap kuat berjihad & dikurniakan Syurga Firdaus olehNya saja yg mampu aku kirimkan buat kalian.

Syurga milik kalian. Ya. Syurga milik kalian, Gaza!

Ya Allah, berilah aku ketabahan seperti tabahnya hambaMu di Gaza supaya aku bisa terus bangkit berjihad di jalanMu. InshaAllah.

Wahai saudara-saudaraku yg berada di seluruh muka bumi Allah Taala ini, ingin aku kirimkan sedikit pesanan. Jangan sesekali lupa Gaza dalam doa kalian. Jangan sesekali lupa tentang saudara kalian di Gaza. Jangan.

Aku mohon, buka lah pintu hati kalian supaya kalian celik mata & celik hati tentang nasib saudara kita di sana.. Mereka perlukan doa kita! Mereka perlukan kita!

Jika sekarang kalian tidak peduli akan mereka, terus apa yg akan kalian jawab pada Allah azza wa jalla jika ditanya apa yg telah kalian buat demi saudara di Gaza pada hari Akhirat kelak?

Wahai saudaraku, apa tidak cukup lagikah gambar-gambar saudara kita di Gaza yg dibunuh dengan kejam? Yg diseksa oleh Zionis laknatullah? Apa lagi yg perlu aku tunjuk supaya kalian bisa celik mata & celik hati tentang nasib mereka? Apa lagi?

Aku mohon. Sedarlah sebelum terlambat. Jangan lupa Gaza dalam doa kalian.

Hati.

Hati aku ni ada satu je kiriman Allah Taala. Tapi punya susah aku nak jaga supaya ia tak sakit.

Entah lah. Sejak kebelakangan ni, aku asyik terkena serangan 'kecik hati'. Hatta, dengan sahabat sendiri pun aku terkena juga. Aku tahu. Hati aku yg lemah. Sensitif terlebih. Maaf.

Dan sekarang, aku mula rasa sorang-sorang insan penting dalam hidup aku makin menjauh dari aku. Tak pasti lah sama ada mereka yg menjauhkan diri dari aku atau aku yg menjauhkan diri dari mereka.

Aku ingin rasa disayangi, ingin rasa dilayan kerana aku tidak punya ummi lagi dalam hidup ini. Aku punya ibu & papa, tapi mereka jauh. Jauh..

Namun aku tahu, apa yg aku impikan terlalu tinggi untuk aku capai. Aku tahu. Aku banyak menyusahkan sahabat-sahabat aku. Maafkan aku. InshaAllah. Dengan izin Allah Taala, akan aku mula berdikari tanpa menyusahkan kalian lagi. Terima kasih buat segalanya. Maafkan aku yg telah banyak menyusahkan kalian..

Maafkan aku yg sering merajuk tak kena tempat. Maafkan aku. Aku memang menyusahkan. Biarlah aku jauh. Jauh dari kalian. Usah bimbang, InshaAllah. Aku tak akan susahkan kalian lagi.

Cuma satu yg aku pinta, doakan aku bila aku sudah di alam yg seterusnya. Aku tak mampu berbuat banyak untuk kalian. Aku hanya mampu memohon maaf kerana sudah banyak menyusahkan kalian. Aku harap kalian sudi memaafkan sahabat kalian yg menyusahkan ini.

Cerita ini aku coretkan buat kalian. Bukan untuk menagih simpati atau belas kasihan. Bukan juga untuk membuka aib kalian. Tapi cerita ini cuma luahan seorang hamba yg bernama Faten Shuhadah. Aku tak mampu memohon maaf di hadapan kalian. Aku harap permohonan maaf di cerita ini, diterima oleh kalian.

Sekali lagi. Maafkan aku, sahabat.

- Sahabat yg banyak menyusahkan kalian

Wednesday, May 28, 2014

Buatmu sahabat.

Asalamu'alaikum.
Post yg ni aku tujukan untuk sahabat aku yg jauh di mata tetapi tetap dekat di hati. InsyaAllah.

Sayangku, aku tahu ujian ni berat untuk kau hadapi. Aku tahu & aku faham perasaan aku duhai sahabat tercinta. Tapi kau kena ingat, ujian tu adalah hadiah dari Allah untuk kita. Cuba kau letak ujian kau dengan ujian Nabi Muhammad semasa baginda berdakwah, jauh beza sayangku. Ujian Nabi Muhammad lagi besar tau. Tapi baginda buat apa? Baginda tabah, baginda senyum je :)

Dulu kau minta Allah kuatkan kau, tabahkan hati kau untuk hadapi segala ujian Allah jadi Allah kirimkan kekuatan Dia melalui ujian, sayang. Allah takkan bagi ujian melebihi kemampuan hambaNya. Allah tahu takat mana kau boleh hadapi jadi apa yg dah Allah beri ni, Allah tahu kau boleh hadapi. Sebab apa? Sebab kau kuat sayang. Kau ada Allah :) jangan lupa okay?

Jangan pernah cakap ujian tu kau tak boleh hadapi, Allah knows everything. Allah tahu apa yg kau tak tahu. Percayakan Allah, yakin dengan Allah ya? :) Senyumlah duhai bidadari Syurga...

Aku taknak tengok kau lemah macam ni. Jangan lah sedih lagi. Kau jauh, aku boleh pujuk kau takat ni je. Jangan nangis dah. Kau kena kuat. Ingat! Kau ada Allah, kau ada aku. Ehe.

Apa-apa ujian yg Allah beri pada kau, motivate diri dengan ayat ni 'Kalau Rasulullah boleh, kenapa aku tak boleh?'. InsyaAllah. Kau boleh! Aku percaya kau! Sayang kau!!

Moga terus tabah menghadapi ujian dariNya & moga istiqomah dalam penghijrahan :)

p/s : Kalau kau ada masalah lagi, jangan duk diam-diam. Cerita dekat aku naa. Kalau boleh, aku fly terus jumpa kau huehue.

Ila liqo'! Asalamu'alaikum.