"Berbahagialah wahai gadis yang diuji Tuhan. Di sebalik ujian pasti terselit sejuta hikmah. Hujan turun beserta guruh, akhirnya terlihat pelangi indah. Terus senyum ya bidadari, lantas kau bina warna-warna indah yang bisa terbiaskan pada insan lain. Sungguh, kau insan terpilih."

Friday, November 14, 2014

Lagu favorite before sleep <3

Tidurlah gadisku sayang.
Tidurlah pejamkan matamu.
Tidurlah hilangkan semua resahmu.

Tidurlah.
Tidurlah gadisku manja.
Tidurlah di sini menemanimu.

Tidurlah.

Izinkan aku.
Merinduimu sepanjang malamku.
Izinkan aku.
Menjagamu.
Dalam mimpi mu.
Aku kan menyanyikan laguku.
Nanti kau selalu kan tersenyum.

; Tidurlah gadisku sayang,
By Encik Mimpi. 


Tuesday, November 11, 2014

Indah.
Indahnya hatimu.
Lembut namamu membuat aku tenang atas jalan terang.

Mudah.
Mudahnya caramu.
Membuka pintu hati aku.
Kau bukakan semuanya.

Jangan.
Jangan pernah pergi.
Tolong datang kembali.
Ku kan tetap mencari.
Untuk membalas baikmu.
Untuk menjaga dirimu.

Without you..
Aku hilang keliru.
Without you..
Aku diam membisu.
Siapalah diriku yg berdiri tanpamu..

Ibu.. 
Loveyou dunia akhirah.
Moga along & adik adik akan jadi anak solehah yg akan memimpin tangan ibu sama-sama masuk ke Jannah Allah. Aamiin.

Perancangan Tuhan.

Sungguh.

Aku terfikir sejenak.
Indahnya perancangan Tuhan.
Mempertemukan kami.
Dan rapatkan kami persis adik-beradik.

Sehinggakan aku tak sanggup hilang dia.
Dan.
Aku takut kehilangan dia.

Dialah sahabat..

Moga kalian sentiasa berada dalam jagaan Allah. Semoga Dia pelihara & redhai ukhuwah ini sehingga ke Syurga & ukhuwah ini bukan sekadar di dunya, tapi juga di akhirat sana. Aamiin.

Kalian sentiasa ada dalam doa aku, InshaAllah.

Monday, November 10, 2014

Papa, cinta hati selamanya.

Teringat malam ummi tinggalkan aku buat selama-lamanya. Papa call aku masa aku kat rumah mamaina tengah siap siap nak balik sana. Aku ingat lagi suara papa. Papa sedih. Aku tahu papa menangis. Papa cakap "along kena kuat. sabar banyak banyak". 

Sampai kat rumah nenek, aku nampak papa & tokcik. Aku senyum je. Aku tak nak papa sedih. Aku nak kuat untuk papa & aku tahu papa pun dah lap air mata papa sebab taknak aku lemah tengok dia. Aku tahu sebab Imar cite kat aku. Sampai depan papa, aku salam papa. Papa terus peluk & cium aku. Papa bisik dekat aku "papa ada along je. papa sayang along. along sabar banyak2". Ya Allah. Masatu, aku sedih sangat. Allah je yg tahu macam mana sedihnya aku waktu tu. Aku sedih tengok papa macam tu.

Aku masuk rumah, tengok ummi. Aku tak terkata apa. Aku terkedu tengok ummi yg aku sayang, yg selalu di sisi aku dah pergi buat selamanya. Selama ni kalau aku nangis mesti ummi ada peluk aku tapi waktu tu ummi dah tak mampu nak buat semua tu. 

Lepas aku habis baca Yassin untuk ummi, aku & mamaina duduk dengan papa. Aku boleh nampak papa masih sedih & lemah tapi papa tak nak nangis depan aku sebab papa tak nak aku lemah. Papa nak aku kuat. Aku tahu. 

Nenek cakap masa ummi hembuskan nafas yg terakhir pukul 7 lebih waktu Maghrib, papa nangis. Papa cakap dekat ummi "ina tinggalkan abg ke? ina jangan tinggalkan abg". Allahuakbar. 

Dari pukul 7 lebih tu sampai lah ke pukul 11, nenek kata papa tak berhenti menangis. Walaupun tak lah menangis teruk tapi nenek kata nenek tahu papa sangat sangat sedih waktu tu. Mestilah, cinta hati papa, ummi dah 15 tahun hidup dengan papa pergi buat selamanya. Aku sedih. Aku rasa bersalah sangat. Papa terpaksa jadi kuat depan aku sebab tak nak aku lemah. 

Sekarang.

Kalau pergi kubur ummi, aku nampak papa selalu menangis. Papa mesti mengadu semuanya dekat ummi kalau pergi kubur ummi. Aku tahu papa terseksa sangat hidup tak ada ummi. 

Tambahan pula papa kena jaga aku sorang sorang tanpa ummi di sisi. Papa, maafkan along sebab susahkan papa. Along taknak susahkan papa tapi along tak nak tinggalkan papa sorang sorang. Along sayang papa sangat sangat. Along sayang papa macam ayah kandung along sendiri sebab papa je yg selalu bagi kasih sayang seorang ayah kat along. Along tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah dari ayah kandung along sendiri. Papa je lelaki yg sayang along macam anak sendiri.

Papa, along tahu ujian ni berat untuk papa. Bukan papa je, ujian ni berat untuk along juga. Tapi kita kena tabah & kuat untuk ummi. Allah sayang kita, pa. Allah tahu kita kuat untuk hadapi semua ni. Kita kuat sama sama ok pa ☺️ Along sayang papa sangat sangat. Dunia akhirat along sayang papa. 

Terima kasih sebab jaga along, pa. Terima kasih buat segalanya! 💕💕 along harap along dapat pimpin tangan papa & sama sama duduk dalam Syurga Allah. InshaAllah.

10 November, ibu's birthday!

Sanah Helwa kesayangan jiwa. Happy Birthday ibu sayang <3

Moga berada dalam jagaan Allah Taala selalu. Moga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu, dirahmati Allah, dikurniakan husnul khotimah & dianugerahkan Syurga Allah yg tertinggi.

Rindu ibu selaluuuuu & along tahu ibu pun rindu along sebab wallpaper phone ibu gambar along dengan angah hehe.

Thankyou for being the best ibu ever! Terima kasih sebab dah jaga along dengan baik. Dah layan kerenah along yg macam macam dari kecik sampai besar panjang ni (tapi along tahu along pendek haha). Terima kasih sebab dah didik along dengan sangat sangat baik. Terima kasih buat segalanya ibu! 💖💖

InshaAllah jika diizin Tuhan, along, angah, deksu & Qaseh akan pimpin tangan ibu & sama-sama kita ke Syurga Firdaus. Aamiin. Along sayang ibu dunia akhirah. Muahhh 😘

Sunday, November 9, 2014

Setahun ummi pergi.

Asalamualaikum.

Ni entry throwback je ni. 31 October haritu genap setahun ummi pergi ke sisi Tuhan yg maha esa. Sekaligus genap setahun aku hidup berdikari tanpa seorang ummi di sisi. Hidup berdikari yg buat aku belajar banyak benda.

Alhamdulillah buat segala kekuatan yg Allah kirimkan selama setahun ni. Ujian ni berat buat aku. Bukan aku je. Rasanya semua org yg dah kehilangan org tersayang pun akan rasa ujian ni berat kan? Tapi bersabarlah, terus kuat kerana Allah SWT. Memang ujian ni berat tapi kita kena selalu ingat, Allah itu maha adil. Allah tahu segalanya. Allah tahu apa yg kita tak tahu. Allah tahu kita boleh lalui ujian ni & sebab tu Allah kirimkan ujian ni buat kita. Allah sayang kita, ingat tu selaluu :)

Setahun ummi pergi, kadang-kadang selalu aku tertanya "kenapa ummi pergi cepat sangat?" "kenapa Allah ambik ummi?". Time tu memang dah sedih tahap dewa lah kan. Teringat ummi... Siapa tak sedih. Baru 13 tahun, dah hilang ummi sedangkan masa tu aku baru nak bermanja-manja dengan ummi. Tapi apakan daya, ini yg Allah aturkan buat hidup aku. Allah tahu aku mampu lalui hidup ni tanpa ummi di sisi. Aku tahu mesti ada hikmahnya. Kalau bukan sekarang, mungkin lepas ni & kalau bukan di Dunia, mungkin di Akhirat aku akan bersama-sama dengan ummi di Jannah Tuhan InshaAllah. Aku tahu ummi lebih tenang & bahagia di sisi Tuhan berbanding di Dunia. Ummi, along sayang ummi <3

Kadang-kadang rasa jealous bila tengok kawan-kawan aku. Ummi dorang selalu ada di sisi. Dorang masih boleh bermanja-manja dengan ummi dorang sedangkan aku? Dah tak boleh. Time ni lah rasa nak nangis ni. Lagi-lagi bila down, mestilah kita nak ummi kita ada di sisi, kuatkan kita kan? Aku jealous sangat dengan semuorang yg ada ummi di sisi kuatkan dorang & aku takde.. Aku mohon, jagalah ummi kalian baik-baik. Jangan pernah buat sesuatu yg akan sakitkan hati ummi kalian. Jangan menyesal di kemudian hari bila ummi kalian dah tak ada nanti. Bila mereka masih ada, jaga baik-baik :)

Fyi, ummi adalah ibu angkat aku yg dah jaga aku selama 11 tahun since umur aku 2 tahun. Ummi & papa yg jaga aku macam anak sendiri. Dan fyi jugak, papa & ummi adalah ibu ayah angkat aku a.k.a makcik & pakcik aku means papa adalah abg kepada ibu kandung aku. (faham faham jelah)

Jadi aku masih ada ibu. Ibu kandung. Selama 11 tahun ummi jaga aku, memang ummi yg selalu di sisi aku. Tapi tak bermakna aku tak sayang ibu & tak bermakna ibu tak jaga aku. Ibu jaga aku. Ibu masih selalu bertanya khabar pasal aku & setiap 2 bulan InshaAllah aku akan jumpa ibu. Aku sayang ibu sebab ibu yg mengandungkan aku selama 9 bulan dulu & ibu dah bersusah payah lahirkan aku. Ibu, along sayang ibu! <3 Kiranya aku ada 2 ibu dalam dunia ni hehe. Alhamdulillah itu satu kurniaan dari Allah buat hamba Dia yg hina ni.

Tapi kenapa aku masih sedih bila ummi pergi? Mestilah sedih. Ummi jaga aku selama 11 tahun. Dari aku tadika, sek rendah sampai lah ke sek menengah. Banyak jasa ummi buat diri ni melayan kerenah aku yg memacam, jaga aku & sayang aku macam anak sendiri. Allahuakbar. Tak terbayar rasanya segala jasa ummi. Ummi serupa ibu. Dua dua wanita yg sangat penting dalam hidup aku & yg paaaaaaaaaaling aku sayang! Tak ada istilah aku sayang ibu lebih atau aku sayang ummi lebih sebab aku sayang dua-dua sangat sangaaaaaaaaaaaaaat!

Motif aku cerita tentang ibu -- Aku nak ceritakan nikmat Allah yg satu ni. Aku banyak menyesal sebab tak jaga ummi baik-baik selama ummi di sisi dulu.. Jadi Allah kirimkan ibu untuk aku tebus segala salah aku pada ummi. Demi ummi, InshaAllah aku akan jaga ibu baik-baik.

Ummi, moga baik-baik saja di sisi Allah SWT. Moga ummi lebih tenang & bahagia di sisi Tuhan. Along sentiasa sayangkan ummi & rindukan ummi. Allah, jangan Kau seksa ummi. Kau terangilah kubur ummi. Jauhkan ummi dari seksaan kubur. Lapangkan kubur ummi & masukkan ummi ke dalam golongan hambaMu yg Engkau redhai & kurniakan ummi Jannah Firdaus, ya Allah. Aku mohon. Aamiin.

Selama setahun ummi pergi, aku duduk dengan papa. Hidup berdikari tanpa seorang 'ummi' di sisi memang payah. Lagi-lagi aku seorang perempuan & umur aku baru 14, tahun ni. Aku terpaksa belajar sendiri untuk jadi seorang perempuan yg sentiasa menjaga maruah diri & keluarga. Selama setahun ni jugak aku belajar banyak benda. Aku dah tak dapat nak bermanja dengan ummi buatkan aku jadi matang. Dalam fasa seorang perempuan masih nak bermanja dengan 'ummi', aku kena berdikari hidup tanpa ummi. Bayangkanlah.

Tapi Alhamdulillah. Kan ke aku masih ada ibu? Ibu sayang aku <3 Aku masih ada papa yg selalu kuatkan aku bila tiba takungan air mata dah pecah rindukan ummi. Alhamdulillah buat kurniaan Allah yg itu.

Oklah tu je nak cerita. Kang memacam aku cerita, makin deras pula air terjun dekat muka ni. Apa apa pun, selitkan ummi aku dalam doa kalian ya & kalau baca yassin, niatkan untuk ummi aku. Syukran jazillan!