"Berbahagialah wahai gadis yang diuji Tuhan. Di sebalik ujian pasti terselit sejuta hikmah. Hujan turun beserta guruh, akhirnya terlihat pelangi indah. Terus senyum ya bidadari, lantas kau bina warna-warna indah yang bisa terbiaskan pada insan lain. Sungguh, kau insan terpilih."

Wednesday, August 12, 2015

Cerpen : Antara dia atau dia?

"SAYANG... Tolong jangan pergi. Maafkan abang. Abang menyesal sayang, abang menyesal. Tolonglah sayang. Jangan tinggalkan abang!"

Dhiya menggeleng seraya menolak tubuh lelaki yang memeluk erat kakinya. Luggage sederhana besar itu sedaya upaya diangkat dan dimasukkan ke dalam kereta walaupun sukar kerana kandungannya yang sudah mencecah 8 bulan.

Baru sahaja kakinya ingin masuk ke dalam kereta, tubuh Dhiya sudah diraih dari belakang dan dipeluk erat.

"Lepaslah!!" Dhiya meronta-ronta namun pelukan semakin dieratkan.

"Abang merayu… Tolong jangan pergi. Jangan tinggalkan abang. Tolong beri abang peluang. Tolong..." Air mata lelaki Farez makin lebat mengalir. Dia tak sanggup kehilangan Dhiya. Tak sanggup!

Dhiya menarik nafas dalam-dalam. Keputusan sudah dibuat dan dia nekad! Dia sudah tidak sanggup ditipu hidup-hidup oleh suaminya. Lepas satu, satu, rahsia suaminya diketahui selepas dua tahun berkahwin. Kini satu lagi rahsia Farez yang terbongkar dan dia tidak boleh terima lagi. Semuanya harus dihentikan.

Pelukan dirungkai sebelum Dhiya meloloskan diri ke dalam kereta dan menguncinya. Dengan segera enjin kereta dihidupkan dan dia mengundurkan kereta keluar dari laman rumah. Ketukan yang bertalu-talu di cermin kereta tidak dihiraukan malah dengan perasaan marah, Dhiya menekan minyak membawa kereta meninggalkan perkarangan rumah mereka yang tak akan dia jejak lagi.

Sementara itu Farez sudah meraung-raung memanggil nama isterinya. Hendak berlari mengejar kereta Myvi Dhiya yang meluncur laju dia tidak mampu. Akhirnya Farez hanya mampu melihat desupan asap yang ditinggalkan sebelum dia jatuh terduduk. Air mata lelakinya memang dari tadi tanpa segan silu mengalir ke pipi.

"Dhiya…"

---

"Dhiya!!" Jeritan berserta tepukan di hadapan matanya menyedarkan Dhiya dari lamunannya. Dia memandang sahabatnya merangkap bosnya yang sudah menggelengkan kepala.

"Daydreaming." Komen Amirul.

Dhiya hanya tersenyum malu. Dia kembali melihat Amirul menyuapkan nasi ayam kepada Ilani Awisya yang berada di atas riba Amirul. 

Itulah anaknya, manja sangat dengan Amirul sampai makan pun nak duduk di atas riba Amirul dan mahu lelaki itu menyuapkan untuknya. Kalau sekali tengok, mereka sudah seperti satu keluarga.

"Apa yang difikirkan tu?" Tanya Amirul sambil mengerling ke arah Dhiya. Dia perasan wanita ber anak satu itu seperti berada dalam dunianya sendiri sedari tadi. Dia mencapai tisu yang berada di atas meja lalu mengelap mulut Awisya yang sudah comot.

"Tak ada apalah. Isya, jom basuh tangan dan mulut tu. Kita dah nak balik ni." Dhiya bangun lalu mencapai tangan Awisya. Anaknya itu melompat turun dari pangkuan Amirul lalu mengikut ibunya ke tandas. Amirul hanya memerhati tingkah dua beranak itu.

---

"Awak masih teringatkan bekas suami awak?" Tanya Amirul ketika dalam perjalanan menghantar Dhiya dan Awisya. Dhiya yang melayan celoteh anaknya berpaling seketika.

"Tak adalah." Nafi Dhiya.

"Tapi saya tengok awak selalu termenung. Awak teringatkan apa?"

"Kerja."

"Ada masalah ke? Tak silap saya tak adalah pula klien baru kita tu buat hal. Mr Leo pun saya nampak selesa bekerjasama dengan awak." Amirul masih belum mengalah. Sikap Dhiya yang selalu termenung sejak akhir-akhir ini membuatkan dia yakin bahawa perempuan itu masih teringatkan bekas suaminya.

"Dhiya..." Amirul memanggil Dhiya apabila tiada tindak balas. Tanpa sengaja, tangannya bergerak jatuh di atas tangan Dhiya lalu diusap. 

Dhiya tersentak dan dengan segera tangannya di alih. Dia mendengus.
"Berapa kali saya cakap. Jangan sentuh saya. Saya tak suka!" Tegang suara Dhiya membuatkan Amirul rasa bersalah.

"I’m sorry. Saya tak sengaja. Lain kali saya lebih berhati-hati. Sorry, okay?" Amirul memandang Dhiya yang sudah mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Dia mengeluh. Susah betul nak tarik perhatian Dhiya. 

Mula-mula Dhiya masuk ke Paradigma Holding lagi Dhiya terkenal dengan sikap pendiamnya. Namun disebabkan kerja, mereka selalu bersama. Mungkin pada dasarnya mereka kelihatan rapat tetapi hakikatnya mereka jauh. Empat tahun mengenali Dhiya tapi satu pun Dhiya tak pernah cerita tentang dirinya.

Dapat tahu tentang Dhiya besarkan Awisya seorang diri tanpa seorang suami pun hanya kebetulan apabila terdengar perbualan pekerja-pekerjanya yang mengasihani nasib Awisya yang tidak mengenali ayahnya. 

Apabila ditanya kepada setiausahanya tentang Dhiya, katanya Dhiya bercerai ketika mengandungkan Awisya lagi.

"Papa Irul!!" Jeritan Awisya mengejutkan Amirul dari terus memandang Dhiya. 

Serentak selepas itu kereta Toyota Viosnya terlanggar kereta dihadapan. Badan mereka terhentak kuat di hadapan. Badan Awisya turut terhentak kuat ke hadapan dan oleh sebab Dhiya tidak memegang Awisya dengan kuat, dahi si kecil terhentak di dashboard.

"Allah! Isya!!" Dhiya kalut lebih-lebih lagi apabila melihat dahi anaknya berdarah. Amirul turut terkejut. 

Suasana dalam kereta menjadi kalut tambahan pula dengan tangisan Awisya yang nyaring. Mereka terlupa dengan kereta yang dilanggar tadi. 

Kemudian Amirul terdengar cermin keretanya diketuk dan kemudian dia melihat seorang pemuda yang menyuruh dia mengalihkan kereta ketepi. Selesai mengalihkan kereta ketepi jalan, Amirul meminta Dhiya berada dalam kereta kerana mahu berbicara dengan tuan punya kereta yang dilanggarnya. 

Dhiya tidak peduli, dia asyik mengelap darah di dahi Awisya sambil memujuk anaknya. Melihat darah tidak henti-henti keluar, Dhiya menjerit memanggil Amirul. Amirul berlari anak ke arah pintu penumpang dan pemuda tadi turut mengikut langkah Amirul.

"Saya rasa kita kena pergi hospital dulu. Darah Isya tak henti keluar!" Beritahu Dhiya tanpa memandang Amirul. Amirul mengangguk kemudian memandang semula pemuda dihadapannnya. Yang peliknya, pemuda itu langsung tidak mengalihkan pandangan dari terus merenung Dhiya.

"Encik!" Panggilan Amirul mengalihkan pandangan pemuda itu.

"Saya rasa kita patut berbincang semula. Saya nak bawa anak saya ke hospital dulu." Ujar Amirul seraya memberi kadnya. Amirul melangkah semula ke tempat pemandu namun belum sempat dia masuk ke dalam kereta, ada yang memanggil.

"Saya ikut!" Beritahu pemuda itu sambil berlari anak ke keretanya. Amirul terpaku.

"Amirul!! Cepatlah!" Jerit Dhiya. Terus Amirul meloloskan diri ke dalam kereta dan memandu menuju ke hospital yang terdekat. Sempat dia memandang side mirror dan ternyata kereta Audi merah yang dilanggar tadi mengikuti keretanya. Membuatkan dirinya curiga dengan lelaki tadi.

---

Mata Amirul meliar di kawasan koridor hospital. Sekejap memandang ke kiri kemudian ke kanan. 

'Tadi kata nak ikut… Ni ghaib dah ni. Bayang-bayang tak nampak pun.' Desis Amirul. Sejak keretanya mula masuk ke kawasan hospital lagi kereta yang dilanggarnya menghilang dengan tiba-tiba. 

Dia memandang pintu di hadapannya. Sejam sudah berlalu tetapi Dhiya dan Awisya masih belum keluar dari bilik doktor.

Pada masa itu juga pintu terbuka. Terus dia bangun mendapatkan Dhiya dan anaknya. "Macam mana?"

"Kena dua jahitan." Beritahu Dhiya.

"I'm sorry. Sebab I, Isya jadi macam ni."

"Benda dah jadi. Jomlah ambil ubat kat farmasi." Amirul mengangguk. 

Mereka kemudian berjalan menuju ke lif kerana farmasi ada pada tingkat satu dalam bangunan hospital ini. Keluar sahaja dari lif terus dituju tempat dikehendaki namun langkah mereka dihalang dengan satu suara.

"Macam mana dengan anak awak tadi?"

Amirul berpaling tetapi tidak Dhiya. Jantungnya berdegup kencang. Tidak tahu kenapa tapi dia merasai suara itu seiras dengan seseorang yang amat dikenalinya. Dia cuba menahan debaran dan menggeleng kepala bagi menidakkan apa yang berada di fikirannya.

"Sekarang dah okey. Tapi dahi dia kena dua jahitan juga." Dhiya hanya mendengar. Tubuhnya perlahan-lahan berpaling ke belakang. Dan apabila melihat gerangan yang sedang bercakap dengan Amirul, mukanya berubah. Terus pucat lesi.

"Oh, lupa nak kenalkan diri. Nama saya, Farez." Farez menghulurkan tangan kepada Amirul tetapi matanya merenung wanita yang sedang memegang tangan anak kecil itu.

"Amirul. This my wife, Dhiya dan anak kami Awisya." Dhiya menelan air liur yang terasa kelat. Terkejut dengan kata-kata yang baru keluar dari mulut Amirul. Juga takut dengan pandangan yang diberikan Farez kepadanya.

"Oh, isteri…" Walaupun perlahan tetapi tetap boleh di dengar Dhiya. Matanya tiba-tiba terasa berkaca.

"Saya... Saya ambil ubat kat farmasi dulu. Awak berbual-bual lah dulu." Dhiya meminta diri. Tanpa menunggu jawapan Amirul terus kakinya melangkah.

"Yang ini ubat krim. Sapu pada tempatnya setiap malam."

"Okay, terima kasih." Dhiya mengambil plastik dari tangan ahli farmasi itu. 

Seketika dia berpaling, matanya sudah bertemu dengan mata Farez. Terus ditundukkan wajahnya. Namun dia terkejut apabila tiba-tiba sahaja Farez duduk mencangkung di hadapan Awisya.

"Hi, sweetheart! Nama uncle, Farez." Farez menghulurkan tangan. Awisya yang memang mudah mesra dengan orang terus menyambut huluran Farez dan menciumnya.

"Hi, uncle handsome! Nama Isya, Auisya." Farez ketawa kecil.

"Sakit tak kena jahit?" Soalan Farez, Awisya angguk dengan bersungguh.

"Sakit! Doktor tu jahat. Dia jahit dahi Isya."

"Mana ada doktor jahat. Doktor cuma nak rawat luka Isya aje. Kalau tak, darah keluar banyak! Lepas tu Isya kurang darah. Haa! Nak?"

"Tak nak!" Jawab Awisya pantas.

"Jadi... Isya sepatutnya berterima kasih pada doktor tu. Sebab dah merawat Isya." Tangan Farez naik ke atas kepala Awisya lalu diusap penuh kasih. 

Tadi apabila terdengar Amirul kenalkan mereka sebagai isteri dan anak memang dia terkejut sangat. Tapi semua itu tak akan berlaku. Ya, semua itu tak akan berlaku kerana Dhiya masih isterinya yang sah! Dan dia amat pasti Awisya adalah anaknya. Darah dagingnya.

Awisya memandang muka Farez dengan senyuman girangnya. Lama dia memandang sebelum menarik tangan ibunya beberapa kali.

"Ibu! Ibu! Muka uncle ni sama dengan..."

"Isya, tadi doktor suruh rehat kan? Jadi ibu rasa lebih baik kita pulang sekarang." Pintas Dhiya. Dia memandang Amirul untuk memberi isyarat bahawa dia benar-benar mahu pulang. Atau lebih tepat lagi pergi jauh dari Farez.

"Saya rasa ada baiknya kami pulang dulu. Hal kereta, macam saya cakapkan tadi. Ini semua salah saya sebab cuai jadi encik bawa kereta ke bengkel dan biar saya tanggung kosnya." Farez hanya mengangguk. Mengalah dengan Amirul yang beria-ia mahu menanggung kos baiki keretanya. Padahal bamper keretanya hanya kemek sedikit sahaja.

"Kami pergi dulu. Assalamualaikum." Pinta Amirul dan bersalam dengan Farez.

"Waalaikummussalam…" Farez memandang langkah mereka yang kian menjauh. Dia masih di situ. Melihat isteri dan anaknya berjalan dengan Amirul seperti sebuah keluarga membuatkan hatinya sakit. Dan melihat Dhiya melangkah pergi membuatkan dia teringatkan saat Dhiya meninggalkannya. Perasaan ingin mendapatkan Dhiya dan memeluk isteri dan anaknya membuak-buak.

Dan tanpa sedar… Kakinya turut melangkah mengikut langkah mereka.

---

Kereta dihentikan di hadapan rumah teres setingkat itu. Kemudian Amirul melihat Awisya yang sudah terlena dalam pelukan ibunya. Spontan terbit senyuman di bibir.

"Mari sini saya dukung Isya."

"Eh, tak apalah. Saya masih larat nak dukung Isya. Lagipun nanti apa kata jiran-jiran kalau nampak awak." Tahan Dhiya. Cepat-cepat dia membuka pintu.

"Thanks untuk dinner tadi." Ucap Dhiya sebelum menutup pintu. 

Kemudian dia membuka pintu pagar rumah sebelum menutupnya. Amirul masih di situ. Masih memerhati gerak geri Dhiya sehingga Dhiya masuk ke dalam rumahnya, barulah dia meninggalkan kawasan perumahan itu.

Dhiya menutup pintu tapi agak sukar untuknya mengunci pintu kerana Awisya yang berada dalam dukungannya. Cepat-cepat dia melangkah ke bilik tidur kerana pegangannya sudah tidak kuat. Diletakkan perlahan-lahan Awisya di atas katil biliknya. Dia kemudian duduk di birai katil memerhati anaknya. Tangan mengusap sayang rambut Awisya.

"Good night, sayang." Sebuah kucupan diberikan di atas ubun-ubun Awisya. Dia bangun ke ruang tamu semula. Baru sahaja mahu mengunci pintu sudah ada yang mengetuk. Perasaan hairan dan takut bergabung. Tak pernah ada orang datang ke rumahnya malam-malam macam ni. Perlahan-lahan pintu dibuka.

Melihat jejaka yang tersenyum memandangnya membuatkan Dhiya terkedu. Tak sangka dia akan menerima tetamu yang tak diundang! Tak semena-mena dia menutup pintu tanpa sempat ditahan oleh Farez. Malang sekali belum sempat dikunci pintu terlebih dahulu di tolak dari luar. Membuatkan mereka sama-sama menolak pintu dengan niat lain-lain. Dhiya sedaya upaya menolak supaya Farez tidak dapat masuk ke dalam rumahnya. Manakala Farez menahan pintu dari tertutup.

Berapa kerat sangat khudrat seorang wanita. Dhiya terpaksa membiarkan Farez melangkah ke dalam apabila dia sudah tidak berupaya untuk menahan. Tak perlu dijemput, Farez sudah melabuhkan punggung di sofa yang berbentuk L itu. 

Ruang tamu kecil itu hanya dilengkapi dengan sofa L, televisyen dan meja kopi. Disebelah kanan terdapat dapur dan tandas dan di sebelah kiri terdapat tiga pintu. Salah satu pintu bilik terbuka dan Farez nampak Awisya yang nyenyak tidur di atas katil bersaiz king.

"Mana abang tahu rumah Dhiya?" Pertanyaan Dhiya mematikan pandangan Farez yang memerhati ruang rumah itu. 

Farez tersenyum. Tak sangka Dhiya masih memanggilnya 'abang' dan bahasakan diri sendiri 'Dhiya'.

Tanpa menjawab soalan Dhiya, Farez bangun semula dan mendekati Dhiya. Tangan isterinya dicapai dan digenggam sebelum mencium kedua-dua belah tangan Dhiya. Apabila Dhiya ingin merentap dia terus membawa Dhiya ke dalam pelukan.

"Abang rindu Dhiya. Abang rindu sangat-sangat, sayang..." Luah Farez. Pelukan dikemaskan lagi. Mahu melepaskan rindu yang selama ini tersemat dalam dadanya.

"Apa abang ni?" Dhiya kurang senang dengan kelakuan Farez. Tubuh itu ditolak dengan kuat sehingga pelukan terlerai.

"Mana abang tahu rumah Dhiya?" Tanya Dhiya sekali lagi. Dia menjauhkan diri.

"Abang ikut kereta Amirul tadi."

"Abang nak apa?" Tanya Dhiya lagi.

"Abang nak Nurul Dhiya, isteri abang dan Ilani Awisya, anak abang." Farez melangkah setapak tetapi terhenti apabila Dhiya membuat isyarat tahan dengan tangan.

"Abang nak Dhiya dan Awisya kembali semula pada abang."

"Abang minta maaf sebab tipu Dhiya selama ni. Maaf sebab abang tak bagitahu perkara sebenar." Katanya lagi.

"Apa yang abang buat memang tak salah. Islam tak melarang. Tapi maaf, Dhiya memang tak boleh. Dhiya tak mampu." Dhiya menarik nafas sebelum menyambung lagi.

"Dua tahun… Dua tahun Dhiya ditipu abang. Selepas dua tahun baru Dhiya tahu. Tu pun sebab Afina yang terlepas cakap. Kalau tak memang abang tak akan cakap kan?" Air mata mula mengalir. Sungguh! Kalau Afina tidak memberitahunya, mungkin suaminya akan terus mendiamkan diri dan merahsiakannya sampai ke hari ni.

"Bukan macam tu, sayang… Abang takut. Abang..." Farez tertunduk. Sedar yang dirinya takut dengan perkara 'berani mati' yang dilakukan. Sudah buat tapi takut untuk hadapi akibatnya.

"Pergilah, abang. Tinggalkan Dhiya dan Awisya." Farez menggeleng. Dia memandang tajam ke arah isterinya sebelum melangkah mendekati Dhiya. Walaupun isterinya melangkah ke belakang, menjauhinya. Dia tetap mara ke hadapan.

"Anak kita perlukan abang!" Tekan Farez.

"Isya dah enam tahun. Dia dah biasa hidup tanpa abang. Biarlah dia dengan Dhiya sebab Dhiya hanya ada dia. Hanya Awisya yang Dhiya ada."

"Tolong pergi. Tolong..." Kali ni Dhiya lebih kepada merayu.

Farez diam. Dia tahu bukan mudah untuk memujuk Dhiya. Dia tahu isterinya begitu marah dengannya. Hati wanita itu sudah banyak terluka. Namun dia sudah menanam tekad mahu terus memujuk. Walau sebenci mana pun Dhiya terhadapnya, Farez mahu Dhiya dan Awisya kembali ke pangkuannya.

"Abang nak tengok Isya." Farez bersuara.

"Abang akan pergi lepas abang tengok anak kita."

Dhiya berpaling ke arah pintu biliknya yang terbuka. Kemudian dia melihat Farez sudah memasuki bilik itu lantas melabuhkan punggung di birai katil. Dhiya hanya berdiri di muka pintu. Memerhati gerak geri Farez yang mula mengusap pipi Awisya. Dahi dan pipi anak kecil itu dikucup oleh Farez.

"Sayang anak ayah." Ujar Farez perlahan. Anaknya dipandang lama lalu perlahan dirinya bangun. Matanya bertembung dengan mata Dhiya yang sedari tadi memerhatikan tingkah lakunya. Apabila tubuhnya sudah berada di sebelah Dhiya, dia cuba mencapai tangan isterinya tetapi ditepis.

"Abang pergi dulu… Tapi abang akan datang lagi. Abang harap Dhiya sudi bukakan pintu." Sempat dia bergurau walaupun gurauannya tidak menerbitkan senyuman di bibir Dhiya. Wajah itu masih kelat seperti tadi. Spontan tangannya mencuit hidung Dhiya.

Dhiya membulatkan matanya dengan tindakan Farez. Tak sempat nak tepis Farez dah keluar dari rumahnya. Keluhan dilepaskan. Dulu, ketika meninggalkan Farez, dia membawa satu nekad iaitu dia tidak akan meminta cerai dengan suaminya melainkan… melainkan Farez datang kepadanya.

Kini, setelah beberapa tahun, bertemu juga dengan suaminya. Sanggupkah dia berpisah dengan Farez untuk selamanya? Tiba-tiba Dhiya rasa tidak sanggup padahal sudah enam tahun berpisah secara tidak rasmi. Apabila teringatkan kenangan lalu, air mata mudah saja mengalir.

---

Kereta diberhentikan di hadapan rumah Semi-D dua tingkat. Dhiya memandang rumah itu kemudian menekup mukanya ke stereng kereta. Cuba menenangkan fikiran yang bercelaru.

"Aku bukan nak burukkan suami kau. Tapi betul, aku ada nampak suami kau datang ke rumah sebelah aku. Mula-mula aku buat tak tahu sebab aku baru pindah situ jadi tak kenal penghuni rumah tu. Aku fikir rumah kawan dia. Tapi setiap minggu mesti aku nampak suami kau ke rumah tu." Kata Afina dua bulan yang lalu.

Dhiya tak percaya semua tu. Dia tak nak berburuk sangka dengan suaminya. Dia percayakan suaminya, Muhammad Farez. Tapi semakin lama dia semakin ragu-ragu apatah lagi suaminya sudah pandai menipu. Katanya kena ke luar daerah kerana urusan kerja tapi apabila dia menelefon pejabat, setiausahanya kata Farez tak ada ke luar daerah. Elok sahaja datang ke pejabat. Dan keraguannya terhadap Farez semakin menebal apabila mendengar kata-kata Afina.

"Aku ada pergi ke rumah yang suami kau selalu bertandang tu. Penghuni rumah tu berkerusi roda dan namanya kak Aisyah. Lagi dua orang perempuan yang tinggal dengannya, adik perempuan kak Aisyah, Nur dan jururawat peribadinya. Kalau ya pun itu kawan suami kau, tapi takkan sampai setiap minggu ke rumah kak Aisyah?"

"Masa aku ke rumah kak Aisyah, kebetulan suami kau datang. Nasib baik suami kau tak kenal aku. Aku tanyalah kak Aisyah siapa lelaki tu. Kau nak tahu kak Aisyah cakap apa?" Dhiya hanya diam ketika disuakan soalan itu oleh Afina.

"Dia cakap Farez tu suami dia. Aku terkejut gila weh! Tapi nasib baik aku sempat kawal. Kak Aisyah pernah cakap, dia lumpuh disebabkan accident tiga tahun yang lepas. Dia cakap lagi masa tu baru beberapa bulan dia kahwin dengan Farez."

Dhiya menggeleng kepala. Tidak percaya tapi takkan Afina menipu?

"Berapa tahun dah kau kahwin dengan Farez?"

"Dua..." Dhiya menjawab perlahan.

"Maknanya kak Aisyah tu..." Afina terdiam. Tidak sanggup menghabiskan ayatnya apatah lagi Dhiya sudah mengalirkan air mata. Sahabatnya itu dipeluk. Dia bersimpati dengan Dhiya.

Dhiya tersentak. Dia mengangkat muka dan apabila melihat Afina yang mengetuk cermin keretanya, dia keluar.

"Suami kau ada..." Ujar Afina. Dhiya hanya mengangguk. Dari mula datang dia dah nampak kereta suaminya yang berada di dalam perkarangan rumah itu. Setelah beberapa kali menekan loceng rumah, barulah pintu rumah terbuka.

"Eh, Afina. Nur ingatkan siapa. Marilah masuk. Mari." Ajak Nur. Dhiya hanya mengikut Afina dari belakang. Masuk sahaja ke rumah itu, dia sudah nampak seorang wanita berkerusi roda yang menyambut mereka dengan senyuman. Wajah itu agak cengkung tetapi tetap manis.

"Akak sihat?" Afina mendekati Aisyah dan bersalam dengannya. Dhiya hanya kaku di situ.

"Akak, saya ada bawa kawan saya. Dhiya namanya. Kebetulan masa nak turun ke rumah akak, Dhiya datang. Jadi saya ajak dia sekali." Dalih Afina.

Dhiya masih berdiamkan diri. Kakinya kaku untuk melangkah.
"Aisyah! Kan abang dah cakap jangan lewat makan ubat. Nanti Aisyah saaak...it." Dhiya berpaling ke arah suara yang datang dari tangga. Menggigil seluruh badannya. Air mata mengaburkan matanya tapi dia tetap dapat lihat lelaki yang berdiri kaku di hujung anak tangga itu suaminya! Matanya bertembung dengan mata Farez yang terpaku memandangnya. Reaksi lelaki itu memang jelas terkejut dengan kehadirannya.

"Abang ni… Kejap lagi Aisyah makan. Sini kejap, abang." Aisyah mencapai tangan Farez dan mengenggamnya. Aisyah tidak perasan akan keadaan yang sebenar.

"Dhiya… Akak kenalkan ini suami akak, Abang Farez."

Setitis air mata Dhiya jatuh ke pipinya. Semua yang melihat terus terdiam termasuk Aisyah. Tidak dapat tahan, Dhiya berlari keluar dari rumah itu. Sedihnya mengetahui perkara sebenar dan dia terkilan dengan Farez yang masih setia berdiri di samping Aisyah tanpa mengejarnya. Hanya pandangan yang diberikan kepadanya.

Dhiya membawa diri jauh dari rumah itu. Rumah yang menyaksikan kecurangan suaminya! Penipuan suaminya! Hatinya hancur. Dhiya mencengkam kuat dadanya apabila terasa dadanya cukup sakit. Air mata tanpa segan silu merembes keluar dengan lebat. Suami yang mengahwininya selama ini diingatkan bujang. Rupa-rupanya sudah beristeri dan lebih sukar untuk menerima hakikat bahawa selama ini dia bergelar isteri muda. Isteri nombor dua! Selama ini dia hidup bermadu.

Semua itu dia tidak perasan dan tidak pernah terfikir kerana Farez sentiasa ada dengannya. Rupa-rupanya Farez mengambil peluang dengan kecacatan yang dialami Aisyah. Dhiya ditipu hidup-hidup selama dua tahun bergelar isteri ini. Perasaan sedihnya tidak dapat digambarkan. Dia kecewa… Sungguh kecewa...

---

"Ibu…" Dhiya tersedar dari lamunan panjangnya. Dia memandang anaknya yang terpisat-pisat di hadapan bilik.

“Kenapa ibu nangis?” Dhiya mendukung Awisya. Tubuh kecil itu dipeluk seerat mungkin.

“Ibu sayang Isya. Ibu sayang sangat-sangat anak ibu...” Ubun-ubun Awisya dikucup.

“Isya pun sayang ibu!” Dhiya sedikit tersenyum memandang Awisya yang tersengih memandangnya.

“Jom tidur… Kenapa Isya bangun tadi?” Tangan Awisya dipimpin ke katil semula dan menselimutkan anaknya. Dia turut merebahkan diri di tepi anaknya.

“Isya terbangun tadi. Lepas tu ternampak ibu nangis. Ibu… kenapa ibu nangis? Ibu sedih ke?”

“Mana ada ibu sedih. Dahlah, tidur ya sayang.” Dhiya memujuk Awisya. Awisya baring juga. Anak kecil itu menutup mata tetapi hanya seketika kemudian dia membuka mata, memandang ibunya.

“Isya sayang ayah Isya juga.” Selepas itu Awisya terus memejamkan mata. 

Dhiya terkedu. Dimana datangnya perkataan ‘ayah’ itu? Dhiya memandang anaknya dan tangan mengusap rambut Awisya.

Selama ini dia tidak pernah tunjuk gambar Farez kepada Awisya. Tapi ada sekali Awisya terjumpa gambar ayahnya yang disorok oleh Dhiya di bawah lipatan baju dalam almari. 

Bukan mahu memisahkan anak dengan ayah tapi dia takut anaknya terus bertanya akan ayahnya. Bukan tidak pernah Awisya bertanya akan ayahnya tapi dia tetap akan menjawab, "Papa Irul kan ada."

Tiba-tiba sahaja wajah Amirul terlakar di benak fikirannya. Jatuh kesian pula terhadap lelaki itu kerana seperti mengambil kesempatan dengan adanya Amirul disisinya.

Bukan tiada perasaan sayang dan cinta terhadap Amirul. Ada. Sikap Amirul yang bersifat kebapaan membuatkan dia terpikat dengan lelaki itu. Tapi dia cuba untuk mengusir perasaan itu kerana dia tahu status sebenarnya. Dia tahu kawan-kawan sepejabat termasuk Amirul menganggap dia janda beranak satu. Tapi dia tidak terfikir untuk memberitahu perkara sebenar. Biarlah mereka dengan tanggapan mereka.

Malam semakin lewat. Mata makin memberat. Akhirnya Dhiya tertidur setelah penat memikirkan masalah yang dihadapinya.

---

“Isya!! Cepat sayang. Ibu dah lambat nak pergi kerja ni.” Sambil menyapu jem coklat ke roti. Dari tadi lagi dia menunggu Awisya keluar dari kamar tapi sampai sekarang anaknya tidak menampakkan batang hidungnya.

“Ilani Awisya!!” teriaknya lagi.

“Ibu ni… Isya datanglah ni. Isya nak makeup pun tak senang tau!” Dhiya membesarkan matanya apabila melihat Awisya yang baru keluar dari kamar. Lagi bulat matanya melihat muka anaknya itu tertampal dengan pemerah pipi dan gincu miliknya.

“Ilani Awisya!! Kenapa pakai benda tu semua?” Bila dia dah sebut nama panjang anaknya, memang dah menunjukkan yang Dhiya dalam keadaan marah.

“Isya pun nak makeup macam ibu… Kawan Isya selalu cakap ibu cantik. Isya pun nak cantik macam ibu.” Dhiya speechless dengan kerenah anaknya. Bukan pertama kali perkara ini terjadi, tapi dah banyak kali. Awisya memang menunjukkan minatnya dengan alat solek. Apa lagi yang dia hendak katakan? Memang Awisya sebiji seperti ibunya!

“Dah, dah! Makan cepat. Lepas tu basuh muka tu.” Dhiya meletakkan mangkuk yang sudah diisi dengan bijiran Cococrunch dicampur susu di hadapan Awisya.

Selesai sahaja makan, terus dipimpin Awisya ke singki dan tubuh kecil itu diangkat ke atas kabinet dapur. Tak perlu guna penanggal makeup kerana anaknya pakai pemerah pipi dan gincu itu nipis. Sekadar satu calit. 

"Okey, jom! Jom!” Tubuh kecil itu diturunkan semula dan Awisya terus berlari ke bilik semula. Dhiya menunggu Awisya di depan pintu.

“Ibu…” Panggil Awisya sambil memandang ke arah pagar rumah.

“Ya...” Dhiya menyahut sambil tangan sibuk mengunci pintu rumah.

“Uncle kat hospital datang, ibu!” Sepantas kilat Dhiya berpaling ke arah pintu pagar. Terkejut melihat Farez yang sedang bersandar di kereta Audi yang diparking betul-betul di hadapan rumahnya. Menghalang keretanya. 

Keluhan dilepaskan. Sudah seminggu berlalunya pertemuan pertama mereka, langsung dia tidak bertemu Farez. Hari ini, lelaki itu menunjukkan diri lagi.

Awisya sudah berlari-lari ke arah Farez dan dengan senang hati Farez menyambut tubuh kecil itu ke dalam dukungan. “Hi, sweetheart. Dah sihat?”

“Ibu bagi Isya ke sekolah maknanya Isya dah sihat. Sebelum ni ibu kata Isya tak sihat lagi jadi tak boleh ke sekolah.” Awisya mengadu kepada Farez yang dirinya tidak dibenarkan ke tadika. 

Bibir kecil itu sudah dimuncungkan. Membuatkan Farez tersenyum dengan keletah anaknya. Sebiji dengan Dhiya! “Habis tu Ista tinggal dengan siapa masa ibu kerja?”

“Dengan Aunty Mia!”

“Kawan ibu ya?” Tekaan Farez dijawab dengan gelengan. “Adik Papa Irul.” Terus berubah muka Farez. Dia tidak senang dengan jawapan itu yang menunjukkan betapa eratnya hubungan isteri dan anaknya dengan Amirul sampai adiknya pun mereka kenal dan rapat.

“Abang buat apa kat sini?” Celah Dhiya. Melihat Awisya dengan Farez, membuatkan dia risau. Risau kalau kalau Awisya sudah terbiasa dengan Farez dan tidak mahu berpisah dengan lelaki itu. Itulah yang ingin dia elakkan.

“Abang nak bawa Dhiya dengan Isya jalan-jalan. Cameron Highland ke… Nak?” Dhiya mencebik.

“Isya nak ikut?” Jika ibunya tak mahu, kena cuba pancing anaknya pula. Tentu Dhiya tak akan menolak kalau Awisya mahu mengikutinya. Dia tersengih tanpa sedar tapi hanya seketika tatkala melihat gelengan dari anaknya.

“Isya dah pergi dengan ibu… Papa Irul dan Aunty Mia. Lagipun Isya nak pergi sekolah. Isya rindu dengan Teacher dan kawan-kawan Isya.” Lancar bibir kecil itu berbicara. Dhiya senyum sembunyi. Bangga dengan anaknya yang memang rajin ke tadika. Dhiya sudah bercadang ingin membelikan anak patung Barbie yang diminati anaknya sebagai hadiah kerana menolak ajakan Farez.

Jelas terpancar raut kecewa di wajah Farez. Dia menunduk dan spontan tangan mengusap belakang tengkuknya. Sebagai seorang suami dan ayah, memang dia kecewa. Anaknya lebih rapat dengan lelaki lain yang entah apa hubungannya dengan Dhiya berbanding dirinya. Tapi dia tak akan mengalah. Walau apa pun, dia tetap akan merebut kasih sayang dan perhatian Dhiya dan Awisya yang telah dirampas Amirul.

“Kalau hujung minggu ni nak tak?” Farez mencuba lagi. Awisya memandang ibunya. Apabila ibunya turut memandang ke arahnya, Awisya tersengih. Dhiya yang sudah dapat teka apa yang bermain di fikiran anaknya itu membulatkan matanya.

“Isya tak nak pergi Cameron Highland. Tapi Isya nak pergi…” Cepat-cepat mulut Awisya ditutup. Farez yang perasan menjongket kening. Nampaknya ada tempat yang anaknya mahu pergi.

“Isya nak ke mana? Isya cakap aje. Ayah boleh bawak kan.”

“Ayah?” Tanya Awisya. Farez pula baru tersedar tadi dia terbahasakan dirinya 'ayah’.

“Isya panggil uncle, ayah nak tak?” Awisya mengetuk perlahan jari telunjuknya ke pipi. Bajet berfikir dengan kata-kata Farez. Dhiya sudah gelisah.

“Isya… Kita dah lewat ni. Nanti Teacher marah kalau masuk kelas lewat.” Tangan Awisya digenggam kemudian ditarik ke arah keretanya.

“Dhiya…"

“Boleh abang tolong alihkan kereta abang? Dhiya dah lambat.” Pintas Dhiya. Suaranya ditegaskan. Farez akur dengan Dhiya. Kereta dialihkan dari terus menghalang kereta Dhiya. Apabila kereta Dhiya dengan laju meninggalkan perkarangan rumah, dia melepaskan keluhan.

“Dhiya…"

---

“Lewat datang.” Tegur Amirul.

Dhiya mengangkat muka, terpandang raut wajah kacak Amirul yang sedang elok bersandar di pintu. “Ada kekecohan sikit kat rumah tadi.”

“Hmm?” Amirul melangkah ke dalam dan tanpa pelawaan dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan Dhiya.

“Ni mesti Isya kan yang buat kecoh? Ke ibu dia yang buat kecoh?” Gurau Amirul. Dhiya menjeling.

“Isya pakai makeup lagi… Hish! Nampaknya kena sorok alat-alat solek tu.”

“Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Ya tak? Awak pun sama. Suka sangat pakai makeup dan kumpul koleksi. Membazir aje.” Balas Amirul. Memang perempuan dan makeup tak boleh dipisahkan. Lagi pun, Dhiya bukanlah jenis yang duk tampal alat solek tebal berinci-inci ke muka.

Dhiya terdiam. Kata-kata Amirul mengingatkannya kepada Farez. Dari awal perkahwinannya lagi Farez menegur cara dia memakai makeup. Semuanya tak kena. Detik-detik bersama Farez terus berputar di fikirannya.

---

“Dhiya… Lambat lagi ke?” Dhiya berpaling ke arah pintu bilik yang sudah terkuak lebar. Dilemparkan senyuman kepada Farez yang berwajah masam.

“Sekejap lagi. Dhiya baru nak sapu foundation ni.” Ujar Dhiya sambil tangannya lincah menyapu cream foundation berjenama SK-II. Produk penjagaan kulit yang menjadi kesukaannya. 

“Dhiya... Kan abang dah cakap. Tak payah pakai semua ni. Membazir. Cukup pakai bedak dengan pelembap bibir saja.”

“Abang tahu kan… minat isteri abang ni. Lagipun Dhiya tak pakai tebal-tebal.” 

“Abang bagi masa dua minit. Tak siap jugak, keluar macam tu aje.” Tegas Farez. Dia mendengus sambil melabuhkan punggung di birai katil. Memang dia tak suka perempuan yang taa'sub dengan makeup. Semuanya membazir! Buat apa nak tampal-tampal kat muka? Dah ada muka cantik yang asli lagi mau pakai ‘topeng’ ka? Sudah berapa kali dilarang Dhiya tapi isterinya degil.

Tindakan Dhiya mahu mencalit celak terhenti. Pensel eyeliner itu diletakkan semula ke dalam bekas simpanan alat solek sebelum mencapai gincu jenis pink cherry. 

“Jomlah..." Perlahan dan dingin suara Dhiya menyapa telinga Farez. Farez menggosok belakang tengkuk. Isterinya merajuk…

Lengan Dhiya dicapai dan ditarik sehingga Dhiya terjatuh di atas ribanya. “Isteri abang merajuk ya?” 

“Ish! Apa abang ni!! Main-main pulak. Tadi nak cepat sangat.” Tolak Dhiya dan terus bangun dari riba Farez. Lebih kepada mengelak sebenarnya. Jantungnya sudah berdegup kencang dengan tingkah laku suaminya.

“Merajuk dengan abang lagi tak?” Farez tersengih.

“Yalah! Yalah! Dhiya tak merajuk dah.” Dhiya tersenyum juga.

“Betul ni?” Duga Farez lagi.

“Betul..."

“Jadi betul lah dah tak merajuk ni?” Sekelip mata senyuman Dhiya padam. Bibir diketap kuat. Geram dengan Farez yang sengaja mengusiknya.

“Ya... kekanda ku sayang. Adinda kanda yang cun ni dah tak merajuk. Jadi, bolehkah kita pergi sekarang kanda?" Ujar Dhiya meleret-leret. Farez bantai gelak.

“Okey! Jom kita pergi.”

“Eh, kejap-kejap.” Tahan Dhiya. Cepat-cepat dia berlari ke hadapan cermin dan pensel eyeliner dicapai. 

Farez yang melihat telatah isterinya menggeleng kepala. Cakaplah berpuluh, beratus atau beribu kali pun. Dhiya tetap Dhiya.

---

"Apa???!!!" Dhiya terjerit kuat sekaligus menarik perhatian ibu bapa yang turut mengambil anak-anak mereka di Tadika Amal.

"Awak cakap dah ada orang yang datang ambil Isya? Tapi siapa? Dan kenapa awak benarkan dia ambil anak saya?!" Dada Dhiya berombak. Sungguh terkejut apabila mendapati ada orang lain yang sudah datang mengambil anaknya di tadika itu. Yang buat dia lagi marah, penjaga di situ boleh biarkan Awisya diambil oleh orang asing!

"Maa... Maafkan saya Puan Dhiya. Mula-mula saya pun pelik sebab selama ni hanya puan dan encik Amirul yang pernah datang ke tadika. Tapi…" Ujar Lisa takut-takut.

"Tapi orang tu kata dia ayah kandung Isya. Dan Isya pun panggil dia ayah. Jadi saya ingat… Orang tu suami puan." Dhiya tercengang. Serta merta wajah Farez terlayar di fikirannya. Farez ke yang datang ambil Awisya? 

Tak tahu apa yang nak dikatakan lagi, Dhiya terduduk di atas kerusi di luar pejabat Tadika Amal. 

Kalau betul Farez… macam mana suaminya boleh tahu Awisya sekolah di tadika ni? Alah, rumah dia pun Farez boleh jumpa inikan pulak tempat Awisya bersekolah.

Amirul duduk di sisi Dhiya. Dia tak tahu sebenarnya macam mana nak pujuk Dhiya memandangkan antara mereka masih ada batas yang perlu dijaga. Akhirnya dia hanya memberi kata pujukan. "Kita pergi cari Isya dulu ya? Kalau tak jumpa juga baru kita buat laporan polis."

"Saya takut Isya dibawa lari..." Ujar Dhiya tersekat-sekat. Lisa, penjaga Tadika Amal menunduk. Tahu salahnya. "Puan... Encik... Saya minta maaf sangat-sangat dengan kecuaian saya. Saya… saya akan bantu puan dan encik cari Isya." Amirul mengangguk bagi pihak Dhiya.

"Jom kita cari Isya. Sempat… Lagipun, cik Lisa kata baru 15 minit Isya pergi. InshaAllah, Isya selamat." Dhiya bangun mengikut Amirul tetapi baru beberapa langkah telefon bimbitnya berbunyi. 

Panggilan yang tak dikenali.

"Hello?" Dhiya mengetap bibir. Suara yang amat dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan suaminya sendiri, Farez!

"Abang!! Mana abang bawa lari Isya? Abang jangan macam-macam!!" Dhiya mula meninggikan suara.

"Hei, kenapa ni? Abang bawa Isya jalan-jalan aje."

"Sekarang abang kat mana?"

"One Utama Shopping Centre. Abang kat Baskin Robbins."

"Tunggu sana. Dhiya datang!" Dhiya memandang Amirul yang sedari tadi memandangnya dengan dahi berkerut. "Kita pergi One Utama Shopping Centre. Isya ada kat sana. Dan cik Lisa… Maafkan saya sebab berkasar tadi. Betul orang yang ambil Isya tadi ayah kandung Isya. But next time, please... Kalau bukan saya atau Amirul datang ambil, jangan sesekali benarkan orang lain ambil anak saya. Saya tak nak perkara ni terjadi lagi." Ujar Dhiya.

Selepas meminta diri, mereka mula menuju ke Bandar Utama. Sepi. Itulah keadaan dalam kereta apabila Dhiya hanya mendiamkan diri. Amirul menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan perbualan antara mereka.

"Awak berhubung semula dengan bekas suami awak?" Tiada jawapan dari Dhiya.

"Err... Kenapa awak marah Isya keluar dengan ayah kandung dia? Bukan ke bekas suami awak berhak?" Amirul tanya lagi. Dia mengeluh apabila soalannya langsung tidak dijawab Dhiya. Mungkin salahnya juga kerana bertanya soalan peribadi. 

Akhirnya Amirul mengambil jalan mendiamkan diri tambahan lagi mereka sudah sampai di pusat beli belah One Utama. Amirul terpaksa menyaingi langkah Dhiya apabila Dhiya berlari-lari anak melangkah masuk ke dalam. Terus diikut langkah Dhiya sehingga mereka terlihat kelibat Awisya yang sedang enak makan aiskrim. Amirul masih belum nampak muka ayah kandung Awisya kerana lelaki itu membelakangi mereka.

"Ibu!!" Panggil Awisya riang apabila terlihat ibunya.

Dhiya mendekatinya anaknya sebelum tangan kecil itu ditarik. "Ikut ibu balik, Isya!" Farez terpinga-pinga sebelum bangun dan menahan isterinya.

"Kenapa dengan Dhiya ni? Abang nak bawa Isya jalan-jalan pun tak boleh ke?" Farez tak puas hati.

"Sepatutnya abang jangan ambil Isya kat tadika, abang tahu tak? Dhiya rasa nak terputus nyawa masa penjaga tadika cakap ada orang lain ambil Isya! Abang memang sengaja kan?"

Amirul terkebil-kebil melihat perbalahan itu. Terkejut dia apabila mendapat tahu lelaki itu sebenarnya bekas suami Dhiya. Patutlah lelaki tu beria-ia nak ikut ke hospital.

Tiba-tiba Amirul malu sendiri apabila mengingatkan dia kenalkan Dhiya dan Awisya sebagai isteri dan anaknya kepada lelaki itu, Farez.

"Abang minta maaf." Farez sedar kesalahannya.

"Balik dengan ibu, Isya." Ditarik lengan Awisya tetapi anaknya keraskan tubuh.

"Isya!"

"Isya nak makan aiskrim dengan ayah. Isya tak nak balik lagi." Awisya mula mencemik. Tanda anak kecil itu mahu menangis.

"Nanti ibu belikan. Sekarang ikut ibu balik."

"Tak nak!"

"Ilani Awisya!!! Jangan degil boleh tak? Ibu cakap balik, balik!!" Tubuh Awisya didukung dan dibawa pergi. Awisya yang meronta kuat sambil menangis membuatkan pengunjung di situ tertoleh-toleh ke arah mereka. 

Panggilan Farez dan Amirul yang tergamam tidak dihiraukan.
Apabila sampai ke tempat letak kereta, Farez melintasi Dhiya. "Kenapa Dhiya buat Isya macam tu? Jangan sebab marahkan abang, Isya pula yang jadi mangsa." Suara Farez sudah meninggi.

Amirul yang turut mengejar Dhiya berhenti betul-betul di hadapan Dhiya. Kemudian dia mengambil Awisya yang sedang menangis. "Biar saya dukung Isya. Awak selesaikan masalah awak dengan bekas suami awak ni."

Amirul turut tidak senang dengan tindakan Dhiya yang berkasar dengan Awisya. Ini kali pertama Dhiya berkasar dengan anaknya. Dia turut geram dengan Dhiya dan Farez yang bertengkar di hadapan anak kecil itu. Tubuh Awisya dipeluk kemas dan sempat dia memandang tajam ke arah Farez sebelum membawa Awisya ke keretanya.

Sementara itu, Farez tersentak mendengar gelaran yang diberi untuknya. "Apa maksud lelaki tu cakap abang bekas suami Dhiya?"

"Manalah Dhiya tahu!"

"Dhiya bagi tahu semua orang yang Dhiya janda? Janda anak satu?" Bibir diketap tanda marah dengan Dhiya.

"Dhiya tak cakap apa-apa. Tapi diorang yang tafsir sendiri. Selama ni pun Dhiya jaga Isya sorang-sorang. Kalau Dhiya cakap Dhiya masih ada suami... Diorang akan fikir macam-macam."

"Dhiya yang tinggalkan abang."

"Bersebab!! Abang dah tipu Dhiya, abang curang dengan isteri pertama abang! Abang ingat Dhiya boleh terima? Dhiya tak sanggup bermadu dan isteri pertama abang pun mesti tak sanggup!!"

"Tapi masuk tahun ni dah lapan tahun Dhiya bermadu. Dua tahun kita bersama ada abang tak pedulikan Dhiya? Ada abang abaikan tanggungjawab abang?"

Menyirap darah Dhiya mendengar kata-kata suaminya. Senang betul orang lelaki bercakap! Bagi lelaki 'madu' tu manis tapi pahit bagi wanita. Bermadu bermakna dia kena berkongsi dan menahan cemburu seumur hidup. Bukan nak menolak hukum Allah tapi hatinya tak rela dimadukan. Lebih-lebih lagi ditipu selama perkahwinan mereka.

"Huh! Malas Dhiya nak cakap dengan abang. Orang lelaki takkan faham!!" Dhiya berpaling tetapi lengannya dipegang.

"Okay okay! My bad… I'm sorry."

"Kita lupakan je. Err… Dhiya. Hujung minggu ni kita keluar ya? Kita pergi Legoland. Isya teringin sangat nak pergi sana." Farez tukar topik. Tak nak kemarahan Dhiya semakin membara.

"No! Dhiya sibuk."

"Abang dah janji dengan Isya." Dhiya terdiam. Berjanji dengan Awisya bermakna kena tunaikan. Awisya akan memberontak kalau tak ditunaikan. Lebih-lebih lagi Legoland adalah tempat yang Awisya memang nak pergi.

"Dhiya balik dulu." Dhiya berpaling.

"Kejap." Farez menghulurkan name card miliknya. "Kalau ada apa-apa call abang. Dan sabtu ni abang datang jemput Dhiya dan Isya."

Dhiya mendengus seterusnya berlalu mendapatkan Amirul dan Awisya yang sedang menunggu di tepi kereta. Kelihatan lelaki itu masih memujuk anaknya. Mereka masuk ke dalam kereta dan apabila Dhiya menghulurkan tangan untuk mengambil Awisya, anaknya erat merangkul tengkuk Amirul sambil merengek. Keluhan dilepaskan. Sekali Awisya merajuk, memang susah nak pujuk.

Farez pula hanya memerhati sehingga kereta Toyota Vios itu tidak kelihatan lagi.

---

Keluhan berat dilepaskan. Sayup-sayup kedengaran tangisan Awisya dari bilik. Dia malu dengan Amirul. Amirul menyaksikan pergaduhannya dengan Farez yang dianggap bekas suaminya oleh Amirul. Ketika dalam kereta pun Amirul hanya mendiamkan diri.

Lagi sekali Dhiya mengeluh. Jahat ke aku? Awisya dah enam tahun hidup tanpa kasih sayang sebenar dari seorang ayah. Hanya Amirul tempat Awisya menumpang kasih. 

Perasaan takut terus menghantuinya. Takut kalau-kalau Awisya tak boleh berpisah dengan Amirul. Kalau perpisahan betul-betul berlaku antaranya dengan Farez, bagaimana dengan Awisya? Kalau Farez ada anak dengan isteri pertamanya...

Dhiya memejamkan mata dan menunduk. Pelbagai andaian yang datang. Fikirannya bercelaru. Apabila sekali lagi terdengar esakan Awisya, Dhiya mengambil keputusan untuk berhenti berfikir tentang masalahnya dan mahu memujuk anak perempuannya. Dengan langkah lemah dia menapak ke bilik. Awisya yang sedang memeluk lutut ditepi katil didekati.

"Isya..." Walaupun mula-mula anaknya memberontak tetapi tubuh kecil itu tetap diraih ke dalam pelukan. Tangisan anaknya semakin lama semakin teresak-esak.

"Sayang... Ibu minta maaf."

"Ibu tak ada niat nak marah Isya pun. Ibu yang salah." Diusap belakang tubuh Awisya dan tunduk mengucup dahi anaknya.

"Isya… nak mak… an ais… krim... dengan ayah." Tersekat-sekat kata-kata Awisya kerana esakannya.

"Ya... Ibu tahu. Maafkan ibu. Lain kali kita makan aiskrim dengan Papa Irul, ya sayang?" Dhiya dah tak ada idea nak memujuk. 

Awisya masih menangis walaupun tidak sekuat tadi. Tangan tergaru-garu kening kanannya. Tiba-tiba kata-kata Farez terlintas difikiran.

"Kita lupakan je. Err… Dhiya. Hujung minggu ni kita keluar ya? Kita pergi Legoland. Isya teringin sangat nak pergi sana."

'Apa salahnya kalau pergi pun kan?' Detik hati Dhiya.

"Emm… Isya ada bagitahu ayah yang Isya nak pergi Legoland ya?" Awisya mengangkat muka.

"Betul anak ibu ni nak pergi Legoland?"

Awisya mengangguk.

"Okay, hujung minggu ni kita pergi Legoland dengan ayah. Tapi Isya jangan nangis lagi."

"Nak!!! Okay, Isya tak nangis dah." Dhiya tersenyum memandang Awisya yang sudah mengesat air mata di pipi. Berjaya juga pujuk anaknya ini.

"Good girl. Sekarang, kita mandi dulu. Lepas ni Isya tolong ibu masak. Boleh?"

"Okay ibu!!" Dhiya membantu Awisya membuka pakaian anak kecil itu lalu telefon bimbit dan name card Farez dicapai.

– Assalamualaikum, abang. Dhiya setuju hujung minggu ni kita pergi Legoland. –

Tak sampai dua minit Dhiya menunggu, telefon bimbit berbunyi tanda ada mesej yang masuk.

– Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Thank you, sayang. I love you. –

Mesej yang diterima dipandang tanpa perasaan. Kalau dulu, dia akan tersenyum kalau mendengar ucapan 'I love you' dari Farez. Hatinya berbunga-bunga. Tapi sekarang... Entahlah.

"Ibu!! Tadi kata nak mandi? Cepatlah, ibu!"

"Ya… Ya. I'm coming."

---

Farez tersenyum lebar. Baru tadi dia terima mesej dari Dhiya.

– Assalamualaikum, abang. Dhiya setuju hujung minggu ini kita pergi Legoland. –

Berkali-kali mesej itu dibaca. Syukurlah Dhiya bersetuju untuk keluar bersama. Kira family date lah ni. Apabila terasa tangannya disentuh, Farez berpaling.

"Yang abang tersengih-sengih ni kenapa?"

Wajah wanita berusia awal 30-an itu dipandang. Masih cantik seperti mula-mula mereka kahwin. Farez tersengih lagi. "Tak ada apa. Sayang dah makan ubat?" Diusap pipi Aisyah. Rasa sayang terhadap isteri pertamanya tidak dapat digambarkan walaupun isterinya lumpuh.

"Dah… Abang ni, asyik-asyik tanya dah makan ubat ke belum. Tanya lah benda lain." Aisyah memasamkan muka. Sengaja mak bermanja dengan Farez.

"Okay, kalau macam tu macam mana dengan sesi terapi Sya hari ni? Okay?"

"Abang! Tanyalah benda lain. Asyik benda sama je hari-hari."

"Eh, mestilah. Bagi Sya mungkin benda tu remeh tapi bagi abang penting! Cepat jawab."

"Hmm… macam biasalah. Urat-urat kaki Sya dah banyak tak berfungsi, jadi memang susah nak sembuh." Suara Aisyah bertukar sayu.

"Sebab tu abang nak Sya buat treatment kat US."

Aisyah terdiam. Matanya memandang tepat mata Farez. Kedua-dua belah tangan Farez digenggam. "Abang tak menyesal kahwin dengan Sya?"

"Ish! Mana ada. Buat apa abang menyesal? Isteri abang ni dah cukup sempurna untuk abang. Cantik, baik, beragama, pandai masak pulak tu. Dan… Yang penting, abang cintakan isteri abang ni."

Dari duduk di atas sofa, Farez beralih bercangkung di hadapan kerusi roda Aisyah. Genggaman isterinya dibalas erat. Dia mahu Aisyah tahu bahawa perasaan cintanya terhadap Aisyah masih mendalam.

"Ada lagi ke cinta abang untuk isteri abang yang lumpuh ni?" Air mata mula mengalir tapi laju diseka oleh Farez.

"Shhh… Jangan macam ni, sayang. Cinta abang pada Sya dari dulu sampai sekarang tetap sama. Tak pernah kurang."

"Macam mana dengan Dhiya?" Farez terpempan. Jarang-jarang Aisyah bertanya tentang Dhiya.

"Abang dah jumpa dia." Ujar Farez perlahan.

Aisyah pula yang terdiam. Ketika perjumpaan kali pertama dengan Dhiya, dia langsung tidak menyangka gadis muda itu madunya. Farez telah menceritakan segalanya. Memang hatinya bagaikan kaca terhempas ke batu tetapi selepas mendengar penjelasan Farez bahawa suaminya berkahwin kerana sunyi, dia sedikit lega kerana menyangka Farez tidak mencintai Dhiya tambahan pula gadis itu sudah meninggalkan Farez.

"Dia… masih isteri abang?" Farez mengangguk.

"Abang cintakan dia?" Farez membalas pandangan Aisyah sebelum tertunduk. Memang dia kahwin lain sebab sunyi tetapi perasaan cinta terhadap Dhiya tetap ada. Cuma…

"Abang memang cintakan Dhiya. Tapi isteri abang, Aisyah tetap bertakhta teratas di hati abang." Lafaz Farez dengan ikhlas.

Aisyah hanya tersenyum hambar.
"Abang nak tahu kenapa Sya tak nak buat treatment dekat US? Semua sebab Dhiya. Sya takut kalau Dhiya balik semula, abang akan ceraikan Sya. Buat apa Sya buat treatment tu semata-mata nak sembuh sedangkan suami Sya tinggalkan Sya?"

Pengakuan berani yang keluar dari mulut Aisyah mengejutkan Farez. Bulat matanya memandang Aisyah. Lidahnya kelu untuk membalas. Dia duduk di birai katil di belakang Aisyah lantas tubuh Aisyah ditarik perlahan dan disandarkan ke dadanya.

"Aisyah, isteri abang…"

"Abang nak Sya tahu yang abang cintakan Aisyah dan tak akan sesekali abang lafazkan talak." Ujar Farez perlahan. 

Aisyah hanya mendiamkan diri.

---

"Tiba-tiba je awak ajak saya datang sini? Tak ada Isya pulak tu." Ujar Dhiya sambil melabuhkan punggung di atas kerusi yang ditarik Amirul.

"Thanks." Senyuman diberikan kepada Amirul.

Selepas dua hari kejadian di One Utama Shopping Centre, setiausaha Dhiya menghulurkan satu kad jemputan kepadanya dan apabila terbaca kad jemputan itu terus dia tergelak.

Dijemput kepada Puan Nurul Dhiya Binti Farizzam menghadiri
majlis makan malam bersama Muhammad Amirul Bin Izaham.
Tempat : Hotel Shang-ri-lla
Tarikh : 13 Ogos 2014
Masa : 9:00 malam
Pakaian : Formal
Puan diwajibkan hadir dan akan dikenakan denda jika tidak menghadiri makan malam ini. Sekian.

"Saya ada benda nak cakap dengan awak. Tapi sebelum tu kita makan dulu." Dhiya hanya mengangguk dan mereka terus membuat pesanan. Mereka menikmati makan malam tanpa banyak bercakap. Dhiya hanya menunduk menikmati Lamb Chop. 

Sebenarnya dia kekok makan berdua dengan Amirul. Lilin yang berada di tengah-tengah meja dipandang. Makan malam mereka serupa macam 'candle light dinner'. Romantik. Tapi kenapa Amirul buat semua ni?

"Tak sedap ke lamb chop tu?"

"Hah?" Dhiya terpinga-pinga.

"Saya tanya, tak sedap ke lamb chop tu? Saya tengok awak macam tak berselera je." Tegur Amirul.

Dhiya menggeleng. "Tak adalah. Sedap!" Senyuman diberikan kepada Amirul.

Amirul mengangguk. Garfu dan pisau diletakkan di atas pinggan lalu dia mengelap mulutnya dengan napkin. Gelas berisi air jus lemon dicapai dan dia memandang Dhiya menghabiskan makanannya.

"Beautiful." Ujar Amirul perlahan.

"Pardon?" Dhiya mengangkat muka. Dia tidak dapat menangkap dengan jelas apa yang diperkatakan Amirul.

"Hmm… Cantik dress awak."

"Oh, thanks. Tapi dress ni dah lama saya beli. Murah je kot."

'Dress aku dipujinya? Heh. Dia ni memang susah nak puji aku. Ish! Yang aku sentap sangat ni kenapa? Alahai…' Desis Dhiya.

"Awak kata ada benda nak cakap dengan saya? Cakaplah." Ujar Dhiya seraya selesai menghabiskan makanannya.

Amirul membetulkan duduknya. Dia berdehem apabila terasa kerongkongnya tersekat. Tali leher dibetulkan. Pendingin hawa tidak dapat menyejukkan badannya yang sudah berpeluh. "Hmm… awak tahu kan sata sayangkan Isya macam anak saya sendiri?"

"Yes. I know… Kenapa tiba-tiba je ni?"

"Saya... Saya nak jadi pap... Papa Isya… Boleh?"

Dhiya tercengang. "Haha. Awak cakap apa ni? Kan awak memang Papa Irul, Isya." Ketawanya dibuat-buat. Dia tak bodoh untuk mentafsir kata-kata Amirul.

"Saya nak lamar awak jadi isteri saya, Dhiya…" Dhiya menunduk. 

"Saya serius Dhiya. Saya nak awak jadi isteri saya. Saya nak hidup dengan awak dan Isya."

"Saya tak kisah walaupun awak janda anak satu. Saya betul-betul ikhlas, Dhiya. Saya sayangkan Isya. Dan saya…" Dhiya mengangkat muka memandang Amirul. Mereka berbalas pandangan.

"Saya sayang awak, Dhiya. Saya… saya cintakan awak."

"Yes. I love you, Dhiya."

"Amirul..." Suara Dhiya tak terkeluar. Air mata bergenang. Terharu… Gembira? Ya, dah tentu dia gembira dengan lamaran Amirul. Tapi…

"Amirul… saya..."

"Shhh… awak tak perlu beri keputusan lagi. Awak balik fikir dulu ya?" Amirul takut Dhiya menolak. Sebab tu dia nak Dhiya fikir dulu.

"Amirul, sebenarnya saya..."

"Kan saya dah cakap, awak fikir-fikirkan dulu. Saya tak nak awak buat keputusan terburu-buru. Sekarang ni, saya hantar awak balik. Dah lewat ni." Amirul bangun namun dengan pantas lengannya ditangkap Dhiya.

"Wait!"

"Ada satu perkara yang awak perlu tahu tentang saya." Amirul duduk semula.

"Amirul… Actually, saya…"

"Actually I'm still his wife."

"What?!" Mata Amirul terbeliak memandang Dhiya yang sudah menunduk.

"I'm still his wife, Amirul... I'm still Mrs. Farez."

"But… But…"

"I'm sorry for not telling you the truth."

"But, how? Enam tahun awak hanya hidup dengan Isya. Enam tahun saya kenal awak… Saya tak pernah nampak dia dengan awak dan Isya." Terus-terusan soalan keluar dari mulut Amirul. Dia tak percaya dengan pengakuan Dhiya. Tak mungkin mereka masih suami isteri kalau dah enam tahun hidup berasingan.

"Saya tahu, awak mesti pelik. But, I'm sorry. I can't tell you."

Amirul menyandarkan tubuhnya di kerusi. Keluhan berat dilepaskan dan matanya terpejam rapat. Riak kecewa dimukanya jelas terpancar. Membuatkan Dhiya semakin rasa bersalah.

"I'm sorry, Amirul…"

"Jomlah saya hantar awak balik." Amirul terus bangun dan berlalu tanpa menunggu Dhiya. Setiap langkahnya terasa lemah. Sakitnya dikecewakan!

"Amirul…"

---

Sejak makan malam itu, Amirul langsung tak tunjuk muka di pejabat. Apabila ditanya kepada setiausaha Amirul, dimaklumkan bahawa bosnya itu perlu kerja di luar kawasan.

"Ibu! Ayah dah sampai." Jeritan Awisya mengejutkan Dhiya. Dia keluar mendapatkan Farez yang sudah melangkah ke ruang tamu. "Awalnya datang. Baru pukul 8 pagi."

"Saja abang datang awal. Boleh kita sarapan sama-sama." Farez tersenyum memandang Dhiya. Tubuh Awisya diangkat dan diletakkan di atas riba.

"Jom sarapan dengan ayah, Isya."

"Tak nak lah. Isya dah makan. Ibu masak. Sedap!" Farez memandang Dhiya.

"Jadi dah sarapan lah ni? Ibu masak apa?"

"Pau daging dengan pau kacang!"

"Sedapnya… Ayah tak sarapan lagi ni. Ayah nak pau yang ibu buat, boleh?" Soalan itu lebih ditujukan kepada isterinya. Dhiya bangun ke dapur kemudian diikuti Awisya yang berlari mendapatkan ibunya.

"Ibu! Ibu! Ayah nak makan pau yang ibu buat." Terlompat-lompat Awisya dihadapan Dhiya. Dhiya mengambil piring dan diletakkan beberapa kuih pau daging dan pau kacang di atas piring. Air milo dituang ke dalam cawan.

"Ibu, Isya nak buat."

"Tak boleh sayang. Nanti jatuh." Larang Dhiya apabila anaknya mahu mengangkat piring ke depan.

"Ala… Isya nak buat."

"Yalah. Nah, hati-hati tau. Jangan bagi jatuh." Awisya hanya mengangguk lalu dengan mata memerhati ke bawah, berhati-hati anak kecil itu membawa piring ke depan. Dhiya mengikut langkah Awisya. Takut kuih pau itu terjatuh dari piring.

"Ayah! Ni pau yang ibu buat."

"Terima kasih, sayang." Pipi Awisya dicubit. Diambil kuih pau sebiji.

"Sedap! Sama macam dulu. Terima kasih Dhiya bagi abang rasa lagi pau Dhiya ni." Dhiya duduk di sebelah Awisya dan hanya memerhati suaminya menghabiskan kuih pau yang dihidangkan.

"Alhamdulillah. Ayah dah kenyang, boleh lah kita bertolak sekarang."

"Yay! Yay! Nak pergi Legoland!! Ibu, cepat ibu!" Tergeleng-geleng Dhiya melihat keterujaan Awisya. Dia duduk di tempat duduk sebelah pemandu bersama Awisya. Baru sahaja kereta dihidupkan oleh Farez, telefon bimbitnya berbunyi.

'Aisyah My Wife'

Farez teragak-agak nak menjawab. Tak mungkin dia menjawab panggilan itu jika Dhiya disebelah. Pasti Dhiya akan marah. Tapi apabila telefon tidak henti-henti berbunyi, Farez gelisah. Keretanya sudah keluar dari perumahan Dhiya.

"Kenapa tak angkat phone tu? Dari tadi berbunyi."

"Tak apa. Tak penting."

"Kalau dah orang call banyak kali tu, tak penting lagi ke? Angkat jelah. Dhiya tak kisah." Perli Dhiya. Bukan dia tak nampak nama ‘Aisyah My Wife’ terpapar di skrin telefon bimbit Farez.

Farez mengalah. Butang hijau pada skrin ditekan.

"Hello…"

"Abang kat mana? Kenapa Sya call banyak kali abang tak angkat?" Suara Aisyah kedengaran.

"Abang dah cakap kan, abang kena pergi Johor. Malam nanti abang balik. Kenapa Sya?" Jawab Farez perlahan. Tidak mahu perbualannya didengari Dhiya tapi apalah sangat kalau dah namanya duduk dalam kereta, perlahan mana pun tetap boleh dengar.

"Maaf sebab ganggu abang tapi abang tahu kan hari ini Sya kena jumpa doktor. Nur pun tak ada. Outstation. Macam mana Sya nak pergi?"

"Sya… Sya call Pak Mat ya? Biar dia datang ambil." Farez mencadangkan Pak Mat yang merupakan pemilik teksi yang dikenalinya.

"Dah call. Pak Mat tak bawa teksi hari ni, isteri dia sakit. Abang batalkanlah pergi Johor dengan kawan abang tu ya?"

"Tapi Sya… Abang…"

"Kalau abang tak nak tak apalah. Biar jelah Sya tak jumpa doktor untuk bulan ni." Terus talian dimatikan oleh Aisyah.

Farez mengeluh. Dia dalam dilema. Tak kan nak batalkan ke Legoland? Kalau Dhiya tahu dia batalkan semata-mata sebab Aisyah, mesti Dhiya terluka. Lebih-lebih lagi Awisya.

"Pergi jelah, abang. Dhiya tak kisah." Farez terkejut. Dicari wajah Dhiya tetapi isterinya memandang ke luar tingkap kereta.

Farez diam. Kereta diberhentikan di tepi jalan. Dia menimbangkan baik buruk. Jika batalkan, Dhiya dan Awisya akan kecewa. Tapi… Kalau pergi juga, Aisyah tidak dapat memeriksa kesihatannya padahal semua tu penting untuk tahu perkembangan Aisyah. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum bersuara.

"Abang minta maaf, sayang. Abang terpaksa batalkan ke Legoland hari ni. I'm so sorry."

"Kenapa tak jadi pergi ayah?" Celah Awisya.

"I'm sorry, dear… Ayah terpaksa batalkan. Ayah ada hal penting. Lain kali ayah bawa pergi Legoland ya?" Pujuk Farez.

"Tapi ayah dah janji!!" Melihat Awisya menangis, pantas Dhiya menarik Awisya ke dalam pelukannya.

"Abang hantar kami balik rumah." Tegas Dhiya.

"Dhiya, abang minta maaf."

Dhiya diam. Tipulah kalau dia tak kecewa. Lebih-lebih lagi tujuan mereka ke Legoland dibatalkan kerana Farez perlu menghantar Aisyah ke hospital. Apabila kereta Farez berhenti di hadapan rumahnya, Dhiya mendukung tubuh Awisya masuk ke dalam rumah. Langsung tak bercakap dan berpaling ke arah Farez.

"Maafkan ayah, Isya. Ayah terpaksa. Kesihatan mama Aisyah lebih penting."

---

"Assalamualaikum. Hello?" Disebabkan Awisya tidak henti-henti mengamuk dan menangis, Dhiya akhirnya mendail nombor Amirul.

"Waalaikumussalam. Yes. Anything?"

"Mirul, awak outstation lagi ke tu?"

"Hmm… Saya dah balik semalam. Kenapa?"

Dhiya berdehem. "Tolong saya, Mirul... Isya mengamuk."

"Hah?! Kenapa?" Suara Amirul mula kedengaran kalut. Tadi dia hanya menjawab dingin setiap soalan Dhiya tapi apabila berkaitan dengan Awisya, terus dia terlupa dengan perasaan kecewanya.

"Sebenarnya hari ni kami nak pergi Legoland. Tapi terpaksa dibatalkan."

"Kenapa batalkan? Awak tahu kan Isya memang kalau orang dah berjanji dengan dia kena tunaikan."

Takkan perangai anak sendiri, Dhiya tak tahu? Dengus Amirul.

"No. Bukan macam tu. Bukan saya sengaja cancle tapi..."

"Tapi?" Amirul menunggu Dhiya meneruskan kata-katanya.

"Farez nak bawa kami pergi Legoland. Tapi last minute tadi dia terpaksa batalkan. Ada hal penting. saya tak biasa drive sendiri ke Johor. Awak… boleh bawak Isya dengan saya ke Legoland tak? Kalau awak free dan tak keberatan…"

"Awak tunggu. Saya datang ambil."

Sejam kemudian kereta Toyota Vios berhenti di hadapan rumahnya. Dhiya memimpin tangan Awisya. Anaknya itu dah tak menangis dan ceria kerana teruja apabila diberitahu mereka akan ke Legoland bersama Amirul. Dhiya terkaku di tepi kereta apabila melihat ada seorang perempuan yang duduk di bahagian penumpang sebelah pemandu. Cantik orangnya.

"Awak duduk kat belakang. Kat depan ni kawan saya. Harap awak tak kisah dia ikut kita sekali." Dhiya hanya mengangguk lalu masuk ke dalam kereta bersama Awisya.

"Hai! Nama I, Ira."

"Dhiya." Dhiya tersenyum tawar. Cantik gadis di hadapannya ini. Dan… Seksi.

"You dah lama kerja dengan Irul?"

Dhiya tersentak. Irul? Manjanya...

"Almost six years."

"Oh. Lama jugak tu." Ira beralih pandangan pada Amirul pula.

"You…"

Dhiya berpaling ke luar tingkap apabila Ira mula berbual dengan Amirul. Mesra dan manja. Mereka berbual-bual seolah-olah Dhiya dan Awisya tak wujud. Hatinya sakit melihat kemesraan Ira dan Amirul. Cemburu mungkin.

---

Seminggu selepas kejadian Farez membatalkan niat ke Legoland bersama Dhiya dan anaknya, Dhiya mula melarikan diri. Telefon tak angkat, mesej tak balas. Ke rumah Dhiya, isterinya langsung tak nak membuka pintu. Tapi hari ni, Farez menerima panggilan daripada Dhiya yang membuatkan dia tergesa-gesa.

Dhiya meminta membawa Awisya ke hospital kerana anak mereka demam panas. Dhiya tak boleh bawa Awisya ke hospital kerana keretanya berada di bengkel. Mahu menelefon teksi, jam sudah menunjukkan pukul dua belas malam.

Farez yang masih berada di pejabat kerena selesaikan kerja-kerja yang tertangguh terus tergesa-gesa ke rumah Dhiya. Telefon bimbit yang berbunyi di angkat Farez tanpa melihat nama si pemanggil.

"Abang dah on the way ni. Sekejap lagi abang sampai."

"Hello, abang!!" Farez terkejut apabila suara yang kedengaran bukan milik Dhiya. Apabila melihat skrin telefon bimbitnya, barulah dia perasan rupa-rupanya adik iparnya yang menelefon.

"Oh, Nur. Abang ingatkan siapa. Kenapa call abang malam-malam ni?"

"Abang! Kak Sya jatuh tangga, bang!!"

"Hah?! Jatuh tangga?!" Pemanduan Farez mula terganggu. Segera kereta diberhentikan di tepi jalan.

"Ya Allah! Macam mana boleh jatuh?"

"Nur tak tahu, bang. Nur baru sampai ke rumah dari outstation. Cepat, abang! Kak Sya… Darah. Banyak darah." Tersekat-sekat suara Nur diselangi dengan tangisan.

"Okay. Abang datang sekarang!"
Farez mula kalut. Apabila dia mahu menggerakkan kereta barulah dia teringatkan Awisya yang sedang demam panas.

"Ya Allah… Macam mana ni? Apa aku nak buat? Isya… Sya… Ya Allah!!" Farez keliru. Kedua-duanya perlu dibawa ke hospital tapi dia tak boleh bawa kedua-duanya sekali kerana rumah Aisyah dan Dhiya agak jauh.  

Aisyah dan Awisya. Dua-dua insan terpenting dalam hidupnya. 

Tiba-tiba nama seseorang terlintas di fikirannya. "Ya Allah!! Jika ini ketentuanMu, aku redha Ya Allah..." Air mata lelaki Farez mula mengalir. Jari jemari terketar-ketar mencari nombor seseorang dan apabila terjumpa, segera dihubungi.

"Assalamualaikum…"

"Waalaikumussalam. Amirul speaking."

---

Rambut si permata hati dibelai penuh kasih. Awisya terpaksa dimasukkan ke dalam wad kerana demam panas dan memerlukan pemerhatian doktor. Teringat jeritan anaknya kerana sakit disuntik membuatkan air mata Dhiya kembali mengalir.

Tapi apabila pintu wad terbuka dari luar dan kelihatan Amirul di hadapan pintu, segera Dhiya mengesat air matanya. Kejadian semalam berlayar di fikirannya. Meminta pertolongan dari orang lain tapi orang lain yang datang menolong. Ke hulur ke hilir dia berkawad semalam menunggu Farez datang tapi alih-alih Amirul pula yang muncul di hadapan pintu dengan riak wajah yang tak tentu arah.

Tanpa banyak cakap lelaki itu terus serbu ke dalam bilik dan mendukung Awisya. Amirul tidak menerangkan apa-apa dan dia pun tak tanya apa-apa. Semuanya risaukan Awisya. Tapi si ayah sampai sekarang tak tunjuk muka. Telefon pun tak. Tak sayang anak kah?

"Thanks." Dhiya bersuara apabila Amirul mendekati katil Awisya. Lelaki itu tunduk mengucup ubun-ubun Awisya.

"No thanks, Dhiya. Saya dah angggap Isya macam anak saya. Tanggungjawab saya."

Dhiya berdehem. "Saya nak tanya awak, Amirul..."

"Yes?" Amirul bergerak ke sofa diikuti Dhiya.

"Hmm… awak tahu dari mana Isya demam panas?"

"Saya harap awak tak kecewa dengan jawapan saya." Amirul menarik nafas panjang sebelum menceritakan perkara sebenar. 

Dhiya hanya tunduk mendengar. Air mata kecewa yang mengalir dibiarkan saja.

"It's not his fault, Dhiya. Dia dalam dilema. Awisya, anaknya. Aisyah, isterinya. Dua-dua insan terpenting dalam hidup dia. And he choose Aisyah. Awak dan Isya ada saya untuk membantu. But Aisyah… Nobody."

Amirul tidak mampu berbuat apa-apa apabila Dhiya tidak henti-henti menangis. Apa yang membuatkan Dhiya menjadi 'single mother' hampir 7 tahun sudah dijelaskan Farez. Dia turut bersimpati dengan nasib Dhiya. Teringat pula dengan kata-kata Farez.

"Apa yang saya buat kepada isteri dan anak saya dah keterlaluan. Dhiya mesti makin susah nak memaafkan saya. Kali ini, saya ikut keputusan Dhiya. If she choose to leave… saya redha. But if she want to stay by my side, I’ll never let her go."

Kata-kata Farez membuka peluang untuk Amirul mendekati Dhiya. Dia tidak tahu keputusan Dhiya. Paling penting, bagaimana perasaan Dhiya terhadapnya? Cinta? Apabila fikirkan tentang tu, Amirul takut dengan keputusan Dhiya. Dia tak sanggup untuk kecewa kali kedua.

Keluhan berat dilepaskan. Dhiya disebelah dipandang sekilas. Masih menangis. Adakah itu bermakna Dhiya kecewa dengan Farez yang lebih mementingkan Aisyah? Kalau betul, itu bermakna Dhiya masih cintakan Farez. Amirul bangun. Ingin meninggalkan bilik itu.

"Amirul…"

Amirul berpaling. Bertentangan mata dengan mata Dhiya yang merah dan sembab.

"Awak... masih sudi ambil saya jadi isteri awak?"

Amirul tergamam.

---

Dua tahun kemudian…

Suasana pada waktu malam itu, di rumah banglo dua tingkat milik Amirul dan Dhiya sangat meriah dengan tetamu-tetamu yang datang meraikan hari jadi Awisya yang ke lapan. Dhiya memandang Awisya yang kelihatan comel dengan 'princess dress' berwarna merah jambu dan rambutnya yang panjang melepasi bahu pula diikat tocang dua. Matanya beralih ke lelaki yang berkemeja merah jambu yang sedang menuju ke arahnya.

"Comelnya abang malam ni." Usik Dhiya. Wajah Amirul hanya kelihatan selamba walaupun sudah ramai yang mengusik suaminya itu. Suami? Ya, suami!

"Thanks. And you too. Cute like our princess." Amirul mencubit pipi Dhiya kuat. Memang Dhiya kelihatan comel dengan gaun labuh dan selendang yang digayakan dengan gaya terkini. Dan… Sudah tentu juga berwarna merah jambu!

Dhiya tergelak. Ini semua Awisya yang menginginkan parti hari jadinya bertemakan merah jambu. Jadi dipaksa juga ibu dan papa nya untuk memakai pakaian berwarna merah jambu walaupun Farez sememangnya tak suka dengan warna tu. Lelaki pakai? Mat jambu!

Tapi pada malam ini, Farez sanggup memakainya tanpa banyak bunyi walaupun pada mulanya membulat juga matanya apabila mendengar arahan si kecil Awisya. Tak apalah, apa saja untuk Awisya! Sayangkan anak kan… Isteri? Haruslah sayang!

Dhiya dan Amirul melayan tetamu-tetamu yang ada manakala Awisya sudah menghilangkan diri. Entah ke mana perginya. Dhiya dan Amirul menapak ke pintu utama yang terbuka luas apabila terlihat pasangan suami isteri yang ditunggu-tunggu.

"Datang pun Abang Farez dan Kak Sya. Lama kami tunggu." Sapa Dhiya dengan mesra. Dia berpelukan dengan Aisyah manakala Amirul bersalam dengan Farez.

"Maaf, Dhiya. Jalan jem tadi. Maklumlah, malam ahad kan... Orang-orang keluar lepak semuanya." Terang Aisyah.

"Kak Sya macam mana? Sihat?"
Teringat pula kes Aisyah jatuh tangga dulu. Syukurlah Aisyah dapat diselamatkan walaupun banyak kehilangan darah. Mujur sahaja darah Aisyah sama dengan Nur, adiknya sendiri.

"Alhamdulillah. Semakin sihat. Dhiya tu… bila due?" Tanya Aisyah sambil memuncungkan mulut ke arah perut Dhiya.

"Bulan depan, InshaAllah."

"Tahniah! Dapat anak lagi lah kau." Sampuk Farez kepada Amirul.

"Alhamdulillah. Rezeki, bro. Kau orang bila lagi?" Bahu Farez ditepuk Amirul.

"Dah ada pun." Selamba Farez memberitahu. Dhiya dan Amirul membulatkan mata.

"Berapa minggu?"

"Baru tiga minggu." Segera Dhiya memeluk Aisyah sekali lagi.
Nampaknya mereka akan sama-sama mendapat anak kedua pada tahun yang sama. Tentu Awisya suka apabila bakal mendapat 'adik kembar' lain mak ayah. Yalah… Awisya anak sulungnya dan Farez bererti Awisya juga merupakan anak sulung Aisyah. Walaupun anak tiri tapi Aisyah sudah menganggap Awisya seperti anak sendiri.

"Tahniah Kak Sya! Tahniah Abang Farez!" Farez tersengih manakala Aisyah tertunduk malu. 

Dhiya tersenyum. Segalanya sudah selesai. Dua tahun yang lalu, dia nekad mahu berpisah dengan Farez apabila yakin dengan cintanya yang sudah beralih kepada Amirul. Selepas berpisah, Farez terus terbang bersama Aisyah ke US dan sekarang... Alhamdulillah. Aisyah sudah boleh berjalan semula. Dhiya dan Aisyah pun berkawan baik. Begitu juga dengan Amirul dan Farez.

"Eh, jemput masuk. Ada pulak berborak depan pintu." Pelawa Amirul.

"Mana birthday girl?"

"Entahlah… Tadi ada. Ni dah hilang." Dhiya memandang sekeliling. Cuba mencari kelibat Awisya dicelah para tetamu yang datang. Kemudian beralih pula kepada Amirul kerana suaminya tiba-tiba mencuit lengannya.

"Tengok kat sana tu." Amirul menunjuk ke arah tangga.

Dhiya membulatkan mata memandang ke arah Awisya yang sudah bersolek. Bibir bukan main merah dengan gincu milik ibunya tambah lagi dengan pemerah pipi yang dipakai. Dhiya mencekak pinggang.

"Ikut perangai ibu dia lah tu!!" Serentak Amirul, Farez dan Aisyah bersuara. Mereka semua tergelak dan Dhiya tersengih malu. 

Awisya dihujung tangga tersengih-sengih apabila dirinya menjadi perhatian. Like a princess!

"Masa untuk potong kek!" Jerit Amirul lalu mengangkat Awisya supaya berdiri di atas kerusi. Kek bercorak Barbie dan diatasnya ada lilin berbentuk huruf lapan. Tetamu-tetamu yang datang mendekati meja bulat yang diletakkan kek disitu.

Happy bithday to you...
Happy bithday to you…
Happy birthday to Isya…
Happy birthday to… you…

Awisya meniup lilin lalu tangan Dhiya dan Aisyah turut memegang tangan Awisya yang memegang pisau kek. Mereka bertiga sama-sama memotong kek tersebut sambil disambut dengan tepukan dari tetamu. Potongan kek satu-satu disuap oleh Awisya kepada ibu-ibu dan ayah-ayahnya.

Awisya tersengih lebar apabila menerima kucupan di pipi oleh insan-insan yang disayanginya. Dipandang empat wajah yang sentiasa ada untuknya. Ibu dan papa. Ayah dan mama. Apa lagi yang mahu dikatakan? 

Cerita dah selesai dan penamatnya… Inilah keluarga bahagia!

TAMAT