"Berbahagialah wahai gadis yang diuji Tuhan. Di sebalik ujian pasti terselit sejuta hikmah. Hujan turun beserta guruh, akhirnya terlihat pelangi indah. Terus senyum ya bidadari, lantas kau bina warna-warna indah yang bisa terbiaskan pada insan lain. Sungguh, kau insan terpilih."

Friday, February 13, 2015

Pesan Imam Al-Ghazali.

Pesan Imam Al-Ghazali ;

"Temuilah hatimu di tiga tempat.

Temui hatimu ketika membaca Al-Quran.

Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.

Jika kau tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati.

Jika tidak juga kau temui maka berdoalah kepada Allah, minta hati yg baru kerana hakikatnya ketika itu dirimu tidak mempunyai hati."

Faten Shaheera <333

Sebab dia istimewa, sebolehnya aku mahu dia selalu bahagia.

Dia lah adik yg manja tahap "kau dah kenapa?". Dia lah kakak yg selalu bagi nasihat macam dia 20 tahun lagi tua dari aku. Dia lah ibu yg membebel tak ingat dunia. Dia lah kembar aku yg kalau boleh semua benda nak sama. Dia lah yg selalu jadikan aku hamba suruh tangkap gambar. Dia lah penguat semangat bila aku jatuh. Dia lah tempat aku menangis. Dia lah yg selalu teman aku bersembang sebelum tidur. Dia lah diari bergerak aku walaupun aku tahu dia selalu rasa macam "cerita kau ni bila nak habis, along?"

Dan dia lah segalanya. 

Terima kasih jadi adik yg terbaik untuk aku. Sayang angah sampai Syurga. InshaAllah.

Allah membuka dada seseorang untuk menerima Islam.

Surah Al-An'am ayat 125

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Maksudnya ;

"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membuka dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendakiNya sesat, Dia jadikan dadanya sempit & sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan seksaan kepada orang-orang yg tidak beriman."

Dari Abu Ja'far Al-Madani, seseorang dari bani Hasyim berkata ;

"Nabi SAW ditanya tentang ayat ini, 'Barang siapa yg dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), maka Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam'."

Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana Dia membukakan dadanya?"

Bagida menjawab, "Cahaya yg diletakkan di situ, maka hati itu menjadi luas & lapang."

Mereka bertanya lagi, "Apakah untuk itu ada ciri-cirinya yg dapat diketahui?"

Baginda menjawab, "Ia kembali ke negeri yg abadi, & memisahkan dari dunia yg penuh tipuan, mempersiapkan diri dengan cara membawa bekalan untuk menghadapi kematian sebelum kematian itu datang." (Hadis Riwayat Abdurrazaq & At-Tabari)

Maksud lapang dada ialah hati yg mudah menerima kebenaran. 

Maksud sempit dada ialah hati yg tidak mahu menerima kebenaran.

Pengajaran ayat ;

(1) Allah berkuasa memberi hidayah kepada orang yg dikehendaki.
(2) Orang yg menerima hidayah hatinya akan terbuka untuk menerima kebenaran.
(3) Hidayah Allah yg dikurniakan kepada manusia dapat membentuk keperibadian mulia.
(4) Kita wajib berusaha untuk mendapatkan hidayah Allah dengan meningkatkan amal ibadat kita

Semuanya dari Allah. Semoga bermanfaat :)