Surah Al-An'am ayat 125
فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
Maksudnya ;
"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membuka dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendakiNya sesat, Dia jadikan dadanya sempit & sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan seksaan kepada orang-orang yg tidak beriman."
Dari Abu Ja'far Al-Madani, seseorang dari bani Hasyim berkata ;
"Nabi SAW ditanya tentang ayat ini, 'Barang siapa yg dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), maka Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam'."
Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana Dia membukakan dadanya?"
Bagida menjawab, "Cahaya yg diletakkan di situ, maka hati itu menjadi luas & lapang."
Mereka bertanya lagi, "Apakah untuk itu ada ciri-cirinya yg dapat diketahui?"
Baginda menjawab, "Ia kembali ke negeri yg abadi, & memisahkan dari dunia yg penuh tipuan, mempersiapkan diri dengan cara membawa bekalan untuk menghadapi kematian sebelum kematian itu datang." (Hadis Riwayat Abdurrazaq & At-Tabari)
Maksud lapang dada ialah hati yg mudah menerima kebenaran.
Maksud sempit dada ialah hati yg tidak mahu menerima kebenaran.
Pengajaran ayat ;
(1) Allah berkuasa memberi hidayah kepada orang yg dikehendaki.
(2) Orang yg menerima hidayah hatinya akan terbuka untuk menerima kebenaran.
(3) Hidayah Allah yg dikurniakan kepada manusia dapat membentuk keperibadian mulia.
(4) Kita wajib berusaha untuk mendapatkan hidayah Allah dengan meningkatkan amal ibadat kita
Semuanya dari Allah. Semoga bermanfaat :)
No comments:
Post a Comment