"Berbahagialah wahai gadis yang diuji Tuhan. Di sebalik ujian pasti terselit sejuta hikmah. Hujan turun beserta guruh, akhirnya terlihat pelangi indah. Terus senyum ya bidadari, lantas kau bina warna-warna indah yang bisa terbiaskan pada insan lain. Sungguh, kau insan terpilih."

Monday, February 29, 2016

Cerpen #5 ; Love is Double

Berkongsi rumah yg sama, bilik yg sama, katil yg sama, bilik air yg sama tapi perasaan yg berbeza. Itulah perumpamaan kehidupan Afrina Bt Izaham bersama suaminya Ammar Ziqri. Mereka bukannya musuh & bukan juga ada salah faham, mereka cuma tidak saling kenal & berkahwin di atas permintaan Puan Zaleha. 

*****

"Mama nak kita balik rumah dia hujung minggu ni." Ammar bersuara di meja makan ketika mereka bersarapan bersama sama. Mereka jarang berbual & tak suka berbual, mungkin. Apa yg mereka tahu hanyalah jalankan tanggungjawab masing2 dah memadai. 

CINTA? jawapannya kosong! Hubungan tanpa perasaan.

"Saya tak boleh balik, ada kursus." Fina pula membuka mulut respon pada apa yg Ammar katakan.

"Okay." Itu pula balasan Ammar. 

Bayangkan, kehidupan macam ni dah berjalan selama 2 bulan. Istilah bosan tak pernah muncul dalam benak mereka. Pelik tapi benar.

Haluan mereka sama tapi masing2 pergi sendiri ke tempat kerja & tak ada kata selamat tinggal pun. Manusia ke mereka ni? Entah. 

*****

Fina memandu kereta MYVInya & terus ke kolej, dia dah mula mengajar di sini 2 minggu lepas jadi dia terpaksa hadiri banyak kursus sebelum menjadi pensyarah tetap. Cita-citanya telah tercapai jadi dia akan kerja dengan sebaik mungkin. 

"Fina!" Seorang perempuan menjerit memanggil Fina yang sedang berjalan ke biliknya, Fina berpaling & ukir senyum pada si pemanggil. Naila, kawan baiknya. 

"Apa?" Soal Fina & menjeling kawannya itu sekilas. Kelam kabut betul Naila ni.

"Saja, kursus tu kau ikut?" 

"Ikut. Kau?"

"Ikut lah. Yg minggu lepas aku tak ikut dah. Macam mana lah kau boleh handle masa bila dah kawin ni, suami aku ni kalau boleh dia nak aku ada depan mata dia je."

Fina tersengih bila dengar Naila merungut. Perkara biasa sangat lah ni di telinga Fina. 

Naila juga baru sahaja berkahwin cuma lebih lama sikit dari Fina. Apa yg Fina pasti, Naila ni bertambah kelam kabut sekarang.

"Laki kau sayang kau lah tu." Fina bagi jawapan sama setiap hari. Setiap kali Naila merungut, itu lah ayat yg Fina akan berikan sampai Naila pun dah malas nak dengar.

"Tu je lah kau. Laki kau bagi ke?" Soal Naila beralih topik. 

Fina hanya anggukkan kepalanya dan Naila mengeluh lagi. Berapa kali nak mengeluh pun tak tahu lah. Fina terus tersenyum & masuk ke dalam biliknya sebaik sahaja sampai. Naila perlu berjalan lagi sikit untuk sampai dibiliknya sendiri. 

Fina letakkan beg kerjanya & beg tangannya di bawah meja. Dia mengemas beberapa kertas yg ada di atas meja sebelum duduk. Seperti biasa Fina akan termenung lebih kurang 2 minit sebelum mula kerja, bukan termenung, lebih kepada berdoa kottt.

*****

Ammar seperti biasa masuk ke dalam pejabatnya dengan wajah serius. Ammar bukan seorang yg suka bergaul & lebih kepada suka bersendiri. Wajahnya yg serius membuatkan pekerjanya agak takut dengannya. Tapi, dia bukanlah jenis yg cepat naik angin & jenis yg suka marah2. Dia cuma tak banyak bercakap & tak suka bergaul.

"Boss, meeting dengan Encik Zainal dibatalkan." Maklum Zita, sebagai setiausaha Ammar. Ammar ucapkan terima kasih dan Zita terus keluar. 

Ammar bersandar pada kerusinya & dia buang pandang ke tingkap. Syarikatnya bukanlah syarikat besar & dia hanya ada beberapa orang pekerja sahaja. Lebih kurang 15 orang pekerja sahaja, tapi perniagaanya agak menguntungkan. Ammar membuka dokumen yg berada di atas meja & dia membeleknya malas. Hari ini dia rasa sangat malas nak lakukan apa2 kerja. 

"Zita, hari ni saya half day je. Jadi, apa2 meeting selepas pukul dua boleh awak batalkan?"

"Okay. Good!" Ammar letakkan telefon & dia membuka laptopnya pula. Dia mengemaskini beberapa lakaran dalaman rumah yg dia perlu siapkan dengan segera. Setelah berpuas hati dia keluar dari biliknya & memberitahu kepada Zita yg dia akan keluar berjumpa client.

*****

Tak disangka Ammar & Fina bertembung di sebuah restoran untuk lunch tapi masing2 tayang wajah selamba & saling tak kenal. Ammar seorang diri & Fina juga sendiri. 

'Aku nak makan dengan dia ke?' Soal hati Fina sendiri bila melihat Ammar sudah duduk di satu meja. Fina telan liur & mendekati meja Ammar.

"Awak sorang?" Soal Fina & senyum sedikit. Ammar masih lagi dengan wajah selamba & dia anggukkan kepala.

"Boleh saya duduk sini?" Soal Fina pula & Ammar angguk lagi. 

Okay! Suasana awkward gila. Fina terus duduk & keluarkan telefon dia. Entah nak buat apa dia sendiri tak pasti.

"Nak makan apa?" Soal Ammar pada Fina bila pelayan datang ke meja mereka untuk mengambil pesanan. 

"Nasi ayam." Jawab Fina ringkas.

"Nasi ayam dua, air?" Soal Ammar lagi.

"Jus oren."

"Nasi ayam dua, jus oren dua." Pesan Ammar & Fina senyum lagi.

"Kenapa sama?" Soal Fina pada Ammar.

"Memang itu je yg saya nak pesan." Jawab Ammar tanpa memandang Fina. Fina senyum bertambah lebar pula kali ini.

"Kebetulan! Saya pun sama." Ceria betul suara Fina & Ammar angkat muka pandang Fina yg sedang tersengih sehingga menampakkan setiap baris giginya. 

"Sorry, over excited." Pinta Fina segan dengan keterujaan dia yg terlebih tadi.

"Okay." Hanya itu yg Ammar balas & kembali memandang telefonnya. Fina hilang kata-kata bila melihat Adam langsung tak berminat untuk lanjutkan perbualan mereka. Fina ikut sama memandang telefonnya & membalas beberapa mesej yg ada. 

"Your order." Seorang pelayan membawa makanan mereka berdua.

"Thanks!" Ucap Fina mesra kepada pelayan lelaki itu sehingga pelayan itu blushing sendiri. Mungkin tak biasa tengok orang yg suka bagi senyuman terlajak ikhlas macam Fina ni.

Fina baca doa sendiri & dia mula makan tanpa menunggu Ammar. Dia mula menyuap perlahan-lahan & senyuman dia masih tak lekang dibibir.

"Awak selalu datang sini?" Soal Fina pada Ammar yg mula makan.

"Kalau ada masa je." Jawab Ammar tenang.

"Sama lah, saya setiap selasa & khamis je sempat. Hari lain jadual pack." Ujar Fina tanpa disoal lagi. Suka betul bagi jawapan tanpa soalan. Fina terus tersenyum & makan dengan berselera. 

Masa berlalu lima minit & suasana tenang & senyap je. 

"Awak tak makan sos nasi ayam ke?" Soal Fina pelik bila melihat Ammar langsung tak sentuh bekas sos itu. Ammar pandang Fina & gelengkan kepala ringkas.

"Saya tak makan pedas." Jawab Ammar pula & mulut Fina membentuk huruf O.

"Patutlah, saya masak asam pedas, awak tak makan pun. Sorry, awak sepatutnya cakap awal-awal lagi." Tasha mula rasa bersalah bila tak ambil berat mengenai Ammar. 

"Saya tak kisah pun." Jawab Ammar pula & Fina terdiam lagi. Fina teruskan makan & dia berfikir menu apa yg boleh dia masak tak perlu guna lada. Dia suka makan pedas. Fina selesai makan lebih cepat daripada Ammar & dia sudah bersedia untuk buat bayaran.

"Saya bayarkan." Ujar Ammar & Fina senyum sambil anggukkan kepala. Fina minta diri & keluar dari restoran itu. Dia perlu kembali ke kolej sebab tak nak terlewat untuk masuk ke kelas.

*****

Ammar terus ke rumah mamanya dari pejabat. Dia malas nak balik rumah sebab dia tahu tak ada siapa pun dekat rumah tu sebab Fina pergi kursus 2 hari. Ammar memarkir kereta & masuk ke dalam rumah.

"Mama." Sapa Ammar lembut & memeluk mamanya dari belakang. Puan Zaleha senyum & biarkan je Ammar peluk dia.

"Fina mana?" Soal mamanya & Ammar bagi jawapan biasa.

"Ammar dengan Fina okay?" Soal Puan Zaleha lagi. Dia kenal sangat mereka berdua. Fina adalah anak yatim yg dia taja pelajarannya & Ammar adalah anak manjanya. Ammar memang jenis anti sosial tapi Fina agak ramah dengan orang.

"Okay." Jawab Ammar ringkas. Memang hubungan mereka di paras okay je. 

"Really?" Soal mamanya lagi & Ammar angguk.

"Kami lunch sama-sama tadi." Ujar Ammar & keluar dari ruang dapur. Puan Zaleha pula teruja bila dengar berita itu. Perkembangan yg baik padanya. Ammar menonton tv & dia hanya pandang skrin itu tanpa tujuan atau fokus. 

"Fina pandai masak?" Soal mamanya lagi & Ammar angguk je.

"Ammar suka masakan dia?" Puan Zaleha cuba untuk memancing Ammar supaya buka mulut & bercakap lebih banyak daripada 10 patah perkataan.

"Pedas." Jawab Ammar selamba & Puan Zaleha ukir senyum sikit. Dia kenal sangat Ammar yg tak suka & tak boleh makan makanan pedas walaupun sikit. Fina pula tak berselera kalau makan makanan tak pedas langsung.

*****

Fina dan beberapa pensyarah lain sudah bersedia di kerusi masing-masing untuk mendengar taklimat & ceramah sesi pertama. Semua orang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penceramah.

Selesai sesi pertama ada majlis makan sedikit & semua orang sertai majlis itu. Naila & Fina juga ikut sama.

"Hai, saya Mazlan, boleh panggil Lan je." Seorang lelaki memperkenalkan dirinya kepada Fina yg sedang seronok berbual dengan Naila.

"Saya Fina." Fina tetap membalas teguran itu dengan ramah serta senyumannya yg terbaik.

"Saya Naila." Giliran Naila pula memperkenalkan dirinya.

"Mengajar apa?" Soal Mazlan lagi. 

"Account." Jawab Fina ramah. 

"Oh, saya mengajar sejarah." Jawab lelaki itu tanpa soalan. Naila & Fina angguk faham & teruskan tersenyum. 

Mereka masih lagi cuba untuk berbual sebelum saling kenal lebih rapat. Fina dah biasa sangat keadaan macam ni & dia memang jenis tak kisah untuk berbual dengan sesiapa sahaja. 

Naila minta diri sebab perlu menjawab panggilan telefon & Fina teruskan berbual dengan Mazlan. Fina suka peribadi Mazlan yg sangat memahami & agak kelakar pada masa yg sama.

*****

Fina balik ke rumah setelah 2 hari penuh dia asyik dengar ceramah je. Telinga dia pun dah nak keluar bulu rasanya. Fina hilangkan penat di sofa sebelum ke biliknya. 

"Mazlan?" Fina pelik bila satu panggilan telefon masuk dan panggilan itu daripada Mazlan. Fina terus menjawab dengan ceria & setelah berbual ringkas dia matikan telefon. 

Dia bangun dari sofa & terus ke bilik. Dia mandi Fina kemaskan bagasinya. 

"Ammar!" 

Tasha tepuk dahinya sebab dah terlupa untuk maklumkan pada Ammar yg dia dah sampai rumah. Padahal dia dah berjanji pada Ammar untuk maklumkan. 

Fina capai telefonnya & menaip sesuatu. Setelah butang send ditekan Fina kembali sibuk mengemas pakaian kotor untuk dibasuh. Fina ke bilik basuhan & masukkan pakaian kotornya ke dalam washing machine. Dia menunggu selama setengah jam & dia terus jemur diampaian. Masih ada sisa satu hari lagi sebelum dia masuk kerja balik. Fina buat keputusan untuk berehat di ruang tamu je.

Ammar yg mendapat mesej Fina terus balik ke rumahnya. Dia masuk ke dalan rumah dan melihat Fina sedang lena di atas sofa. Ammar tak hiraukan Fina & masuk ke dalam biliknya untuk mandi. 

Ammar turun semula ke ruang tamu & dia duduk di sofa lain. Dia pandang Fina lama sebelum dia tersedar yg ada panggilan masuk ke telefon Fina. Dia menunggu untuk Fina sedar sendiri tapi Fina langsung tak bergerak. Ammar capai telefon itu & menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Fina." Sapaan di sebelah sana kedengaran ceria. Ammar betulkan anak tekaknya sebelum menjawab.

"Maaf, saya suami dia." Ujar Ammar tenang.

"Su... suami?" 

"Ya. Ada apa ya?" Soal Ammar pula.

"Tak apa, bye." Suara itu langsung terputus. Ammar hanya diam je, dia melihat nama yang tertera di skrin.

"Oh, awak dah balik?" Soal Fina bila tersedar dari tidur. Dia menggenyeh matanya dan memandang Ammar yang kelihatan tenang seperti biasa.

'Mamat ni tak ada eksperesi lain agaknya.' Gumam Fina sendiri, dah banyak kali dia mengutuk Ammar dalam hatinya. Hahaha.

"Ada call masuk." Ammar tak menjawab soalan Fina malah berikan telefon Fina kepadanya. Fina masih lagi dalam mode mengantuk tapi dia capai telefon itu dan termenung pandang skrin.

"Siapa?" Soal Fina lambat. 

"Mazlan." Jawab Ammar selamba dan naik ke bilik mereka. Fina mengeluh dan letakkan semula telefonnya ke atas meja. Dia ke dapur untuk siapkan makan malam untuk mereka berdua nanti. Dia keluarkan ayam dan termenung seketika.

"Nak masak apa ni?" Soal Fina pada dirinya sendiri dan mula mengupas bawang.

*****

Ammar solat asar setelah selesai mandi. Dia keringkan rambutnya dan memandang dirinya di dalam cermin. Dia mula menyikat rambut dan kemaskan rambutnya. Ammar turun semula ke ruang tamu dan menapak ke dapur. Ammar membuka peti sejuk dan mengeluarkan jus mangga. 

"Awak nak apa2?" Soal Fina pada Ammar. 

"Saya okay. Awak tak penat?" Soal Ammar, dan Fina ukir senyum ceria sambil anggukkan kepala. Ammar pula berkerut bila ada orang boleh cakap dia penat dengan wajah seceria itu.

"Penat sangat." Jawab Fina masih lagi dalam nada ceria habis. Ammar garu dahinya sekejap dan memandang kuali yang sedang Fina pegang.

"Kita boleh makan luar." Ammar beri cadangan pula dan Fina dengan mesra menolak. Dia dah masak ni, nanti siapa yang nak makan.

"Saya dah masak."

"Okay." Balas Ammar akhirnya. Dia sendiri tak pasti apa yg dia boleh borak dengan Fina. Mereka memang tak banyak bercakap pun.

"Mama!" Fina yang tiba2 menjerit membuatkan Ammar bangun dari kerusi dan dia mendekati Fina.

"Kenapa?" Soal Ammar resah.

"Terpercik minyak panas." Jawab Fina sambil tergelak kecil. Kali ini memang jelas sangat yg Ammar keliru. Keliru dengan perempuan yang ada di depannya kini. Penat, senyum. Sakit, gelak. 

"Sikit je ni." Fina teruskan memasak dan Ammar hanya mampu pandang. 

"Saya buat." Ammar capai sudip ditangan Fina dan dia menyambung kerja Fina. Fina tersenyum lagi dan dia siapkan kerja lain. Takkan nak makan ayam goreng je malam nanti. Sayur macam mana pulak?

"Awak nak makan sayur apa?" Soal Fina dan buka peti sejuk. Fina pandang Ammar yang hanya diamkan diri. 

"Kenapa?" Soal Fina bila Ammar hanya gelengkan kepalanya.

"Saya tak makan sayur." Jawapan Ammar buatkan Fina yang mencangkung terduduk. Fina nak gelak tapi dia cuba untuk tahan. Ada jugak orang dewasa tak makan sayur rupanya. 

"Buah?" Soal Fina lagi dan Ammar gelengkan kepala. Fina jadi tertanya tanya mana khasiat yang Ammar dapat. Fina mendekati Ammar dan dia memegang lengan Ammar. Dia perhatikan lengan putih itu lama dan dia memandang Ammar. Ammar pula pelik bila dia dilihat sebegitu sekali.

"Mana awak dapat zat eh?" Soal Fina betul2 nak tahu.

"Saya minum jus." Jawab Ammar pula dan Fina faham sikit.

"Tapi, sama je kut rasa dia. Kan?" Soal Fina lagi.

"Entah." Jawapan Ammar buat Fina pelik lagi. Minum jus buah tapi tak makan buah. How can?

"Kalau saya buat jus sayur awak makan tak?" Soal Fina pula. Ammar gelengkan kepala. Dia sangat bencikan jus sayur.

"Carrot?" Soal Fina lagi dan Ammar masih lagi dengan jawapan tidak dia. 

Fina ukir senyum dan tergelak sikit. Dia meninggalkan Ammar dan termenung depan peti sejuk. Apa yang dia boleh buat untuk bantu Ammar makan makanan yang sihat. Tapi, dia pun bukannya jenis yang makan makanan sihat sangat pun. Tapi! Mesti makan sayur dan buah buahan.

"Dah." Ammar hidangkan ayam goreng atas meja dan Fina tersenyum senang.

"Ni je ke? Awak nak makan apa lagi?" Soal Fina pada Ammar  Ammar angkat bahu dan Fina lagi sekali terpaksa berfikir sendiri.

"Kita makan nasi goreng dengan ayam goreng la ya?" Fina meminta pendapat Ammar pula dan Ammar hanya angguk. 

"Nak saya tolong?" Ammar bertanya dan Fina segera mengangguk. 

Beberapa ulas bawang diberikan kepada Ammar supaya Ammar mengupasnya. Ammar ambil pisau dan berdiri disebelah Fina. Fina pula fokus kepada nasi yang telah ditanak. 

Dua minit kemudian Fina terdengar esakan dan dia berpaling memandang Ammar. Dia terpaksa mendongak untuk melihat Ammar yang jauh lagi tinggi daripada dia. Dia terdiam bila melihat air mata Ammar yang mengalir di pipi dan mata serta hidung Ammar dah merah habis. Ammar membalas pandangan Fina dan mata mereka bertaut.

Dup! Dup! Dup! 

Jantung mereka berdegup senada dan tatapan mereka begitu lama. Fina tersedar dan dia mengambil tisu. Fina gelak sedikit dan dia mengesat air mata Ammar.

"Alaa, dah menangis pun." Fina bersuara dalam nada bergurau dan Ammar pandang tempat lain. Dia segan.

"Sorry." Pinta Ammar pula dan Fina tergelak lagi. Fina ambil pisau di tangan Ammar dan dia mengupas bawang dalam masa seminit je. Ammar garu belakang kepalanya dan dia ke sinki untuk membasuh muka. 

"Sorry." Ujar Ammar lagi sekali dan Fina angguk sambil senyum. Ammar hanya mampu melihat tangan lincah Fina bermain dengan pisau. 

Dia tak membantu langsung sebenarnya tapi Fina langsung tak marahkan dia.

*****

Suasana meja makan senyap seperti biasa dan masing2 fokus pada makanan masing2. Fina puas hati dapat masak bersama-sama Ammar hari ini. Walaupun hakikatnya Ammar hanya tengok je yang lebih. Fina tersenyum bila teringat wajah Ammar yang kemerahan tadi, padanya dia rasa Ammar sangat comel. Dia nak tengok Ammar yang lebih pandai bagi ekspresi muka yang berbeza. Bukan hanya pandai tayang wajah serius dan tenang.

Ammar pelik bila Fina masih lagi tersenyum walaupun sedang makan. 

Dia memang tak faham kenapa Fina suka sangat tersenyum dan ceria je. Selama ini dia tak perasan akan semua ini tapi sehari dua ini ada yang berubah sedikit.

"Saya nak pergi rumah mama esok, awak nak ikut?" Soal Fina pada Ammar.

"Okay." Jawab Ammar sepatah dan Fina tersenyum lagi. 

'Apa yang boleh buat dia cakap lebih daripada sepatah? Nama aku pun dia tak pernah panggil rasanya.' Gumam Fina sendiri dan dia segera habiskan makanan di dalam pinggan. Fina ke singki dan membasuh pinggannya sendiri. Seperti biasa Fina akan basuh pinggan dia sendiri.

*****

Fina dan Ammar berkongsi kereta ke rumah Puan Zaleha. Bila Puan Zaleha melihat kemajuan dalam hubungan itu dia tersenyum bahagia.

"Mama!" Sapa Fina teruja dan terus memeluk Puan Zaleha erat.

"Fina. Kenapa mata macam tak cukup tidur je ni?" Soal Puan Zaleha khuatir. Ammar ikut sama pandang mata kuyu Fina. 

"Penat sikit." Jawab Fina dan masih lagi tersenyum.

"Tidur pukul berapa malam tadi?" Soal Puan Zaleha lagi dan Fina sengih.

"Pukul 3 je ma. Kena siapkan kerja sikit." Jawab Fina sambil tersenyum dan menarik tangan Puan Zaleha ke ruang tamu. Ammar pula habis idea nak fikir bila Fina tidur begitu lewat. Setahu dia Fina memang penat sangat tapi sempat dia siapkan kerja lain.

Fina terkejut bila melihat ada tiga kanak2 lebih kurang sebaya sedang main game di ruang tamu. Matanya seakan bersinar bila melihat wajah tiga budak lelaki yang comel itu. Dah la iras mat saleh je.

"Siapa ni ma?" Soal Fina teruja habis dan dia segera mendekati tiga budak itu.

"Ian, Joe, Mika." Jawab Puan Zaleha dan senyum lagi.

"Ni aunty Fina, salam sayang." Mereka bertiga terus datang dan menyalami tangan Fina. Fina ceria betul dan dia usap kepala tiga beradik itu.

"Kembar ma?" Soal Fina lagi.

"Ya, anak buah kamu la ni. Anak  Mirah."

"Oh, mama. Suami Kak Mirah mat saleh ke?"

"Mix." Jawab Puan Zaleh lagi dan Fina terus duduk diantara tiga kembar itu. Senyuman dia malah bertambah lebar je.

*****

Sejak hari itu Fina makin kerap ke rumah Puan Zaleha. Kembar itu juga senang dan gembira dengan kehadiran Fina. Ammar secara tak langsung ikut sama bermain dengan budak2. Ammar jenis tak pandai bergaul dan tak pandai melayan kanak2 tapi dengan melihat Fina dia belajar sedikit demi sedikit.

"Uncle Ammar pulak!" Jerit Fina dan mereka berempat terus menyerang Ammar dengan menggeletek Ammar. 

Malangnya, macam geletek tiang elektrik je. Ammar langsung tak rasa geli malah dia pelik. Fina betulkan rambutnya yang dah serabai dan berhenti menggeletek Ammar. Kembar itu ikut sama berhenti dan pandang Fina sambil berkedip mata tak berdosa. Fina senyum dan bisikkan sesuatu di telinga Ammar.

"Act je la geli." Bisik Fina mengharap tapi Ammar gelengkan kepala.

"Saya tak pandai." Jawab Ammar senang dan Fina tepuk dahi. 

"Kita serang... Mika!!!" Jerit Fina pula dan kembar itu mula menggeletek Mika. 

Akhirnya mereka berempat mula tergolek sebab penat sangat. Ammar tanpa dia sedari satu senyuman ringkas terbit di wajahnya bila melihat empat orang yang dah kehabisan tenaga.

"Dah pukul 10 malam. Tidur." Ammar bersuara dan kembar itu buat wajah sedih.

"Jom! Bedtime story." Ajak Fina pula dan kembar itu segera bangun da  berlari masuk ke dalam bilik mereka. Fina pandang Ammar dan menarik tangan Ammar.

"Saya nak awak yang bacakan cerita hari ini." Ammar tak mampu nak menolak dan hanya mampu berjalan mengikut langkah Fina. 

Puan Zaleha tersenyum lagi bila melihat semua itu.

"Fina memang untuk Ammar." Puan Zaleha masuk ke biliknya sendiri setelah ruang tamu kembali sepi.

*****

Fina pelik bila Ammar kembali tidur setelah solat subuh. Tak pernah selama ni Ammar tidur selepas subuh. Fina malas nak ganggu Ammar dan dia turun ke dapur untuk sediakan sarapan.

"Dia tak sihat ke?" Fina menyoal dirinya sendiri tapi dia tak fikir pulak jawapannya apa. Fina sediakan sarapan ringkas sebelum kembali ke bilik untuk mandi dan bersiap ke tempat kerja. 

Setelah Fina selesai memakai tudung dia melihat Ammar yang masih lagi tidur. 

"Tak kerja ke?" Soal Fina perlahan dan berjalan ke sisi katil.

"Ammar." Panggil Fina lembut dan bahu Ammar disentuh. Ammar menggeliat sikit dan membuka matanya perlahan lahan. Fina terkejut bila melihat wajah Ammar yang merah, dan matanya yang berair. 

"Awak okay?" Soal Fina pada Ammar dan dia duduk di sisi katil.

"Ah, demam ni." Fina buat kesimpulan sendiri bila dia menyentuh dahi Ammar. Panas betul.

"Kita pergi klinik ya?" Ujar Fina lagi dan kali ini Ammar menggeleng laju. Fina berkerut dan gigit bibir bawahnya. Apa yang dia boleh buat?

"Awak okay ke?" Soal Fina lagi tapi Ammar tetap berdiam diri. 

"Jangan pergi." Tangan Ammar memegang kemas lengan Fina bila Fina bangun dari katil. Fina terkejut sikit dan dia kembali duduk.

"Please..." Pinta Ammar lemah dan dia kembali menutup matanya. 

"Saya nak buat call kejap." Fina cuba bangun lagi tapi Ammar berkeras menghalang.

"Saya kena call, saya tak masuk kerja hari ni. Kejap je." Pujuk Fina pula tapi Ammar tetap menggelengkan kepalanya. Fina jadi hilang kata2 dan dia cuba meraih beg tangannya yang berada jauh dari situ. 

"Kejap je!" Fina lepaskan pegangan Ammar dan dia berlari selaju mungkin untuk mengambil telefonnya. Sebaik dia mencapai telefon itu dia kembali ke sisi Ammar. Tangan Ammar meraih tangan Fina semula dan dia genggam erat. Fina pelik betul dengan perubahan Ammar ni. 

"Hello, Naila, aku tak masuk kerja hari ni."

"Okay. Boleh tolong berikan untuk aku tak?"

"Okay. Thanks." Fina matikan telefon dan dia memandang Ammar yang sedang menutup matanya rapat. 

"Awak kena makan, nak makan ubat." Maklum Fina lagi dan Ammar hanya diam. Fina tersenyum lagi bila dia mendengar dengkuran halus Ammar.

"Comel awak ni!" Pipi Ammar dicubit lembut dan dia senyum lagi. Bila Fina dah pasti yang Ammar kembali lena dia lepaskan genggaman Ammar dan menukar pakaian dengan segera. Dia ke dapur untuk memasak bubur.

Bila dia kembali ke bilik dia terkejut melihat Ammar yang tengah memeluk lutut di atas lantai. Fina letakkan dulang makanan dan berlari mendapatkan Ammar.

"Kenapa ni?" Soal Fina risau bila wajah Ammar kembali pucat dan menggeletar seperti orang kesejukan dan ketakutan. Ammar terus meraih Fina ke dalam pelukannya. 

"Jangan pergi." Pinta Ammar seakan merayu dan Fina jadi pelik. Pelik dengan perangai Ammar sekarang ni. 

Fina usap lembut belakang Ammar sehingga badan Ammar hilang getaran sedikit. Fina pandang Ammar yang pucat tak berdarah itu dan memegang kedua pipi Ammar. 

"Saya tak pergi mana pun." Fina senyum dan dia usap lembut pipi Ammar. Ammar kembali memeluk Fina dan meminta Fina jangan pergi lagi. 

Fina angguk untuk meyakinkan Ammar yang dia tak akan ke mana2. 

"Saya nak ambil makanan tu, kejap je." Ujar Fina dan tunjukkan dulang makanan atas meja. Ammar dengan wajah risau dan takut, gelengkan kepalanya. 

Fina menarik tangan Ammar supaya ikutnya berdiri dan berjalan ke arah dulang itu. Fina membawa dulang itu ke katil bersama Ammar. Ammar didudukkan di atas katil dan disandarkan pada katil.

"Kita makan ya." Fina cuba untuk melepaskan genggaman Ammar tapi tak berjaya. Macam mana dia nak menyuap Ammar kalau macam ni.

"Awak pegang baju saya okay. Saya nak suap awak ni." Fina letakkan tangan Ammar pada sisi bajunya dan Ammar genggam kuat. Fina senyum dan mula menyuap Ammar perlahan lahan. Ammar tak banyak cakap dan hanya pandang Fina dalam2. 

"Ubat." Fina suapkan ubat pula dan Ammar telannya dengan segera. 

"Bagus." Puji Fina dan menyentuh pipi Ammar yang panas dan pucat itu.

"Tidur." Arah Fina sambil menepuk bantal dan Ammar hanya menurut.

*****

Fina terpaksa meminta Puan Zaleha ke rumah mereka sebab dia sendiri tak mampu nak bergerak ke mana2. Ammar kelihatan terlalu takut untuk bersendirian. 

Puan Zaleha dan kembar itu datang dan terus naik ke bilik. 

"Mama." Sapa Fina perlahan dan Puan Zaleha membalas sapaan itu dengan senyuman. Ammar masih lagi tidur selepas mandi dan solat zuhur tadi. 

"Ammar ada kena hujan ke?" Soal Puan Zaleha sambil mengusap kepala Ammar. Fina berfikir sejenak dan dia angguk bila teringat Ammar ada terkena hujan semalam.

"Ammar tak boleh kena hujan dan tak boleh berpanas lama sangat. Dia mudah jatuh sakit." Maklum Puan Zaleha sambil tersenyum dan Fina angguk faham. Dia tak tahu yang Ammar tak boleh kena hujan dan tak boleh berpanas.

"Dah makan?" Soal Puan Zaleha lagi.

"Dah ma, dah makan ubat pun." Jawab Fina sambil senyum.

"Bukan Ammar, Fina?" Fina tergelak sikit bila salah faham soalan itu.

"Belum. Tengok ni." Fina dengan sengihan lebar menunjukkan tangan Ammar yang berlingkar pada pinggangnya. Puan Zaleha senyum lagi dan turun ke dapur.

"Uncle demam ke?" Soal Mika sambil pandang Ammar.

"Ya sayang, badan uncle panas." Jawab Fina mesra dan Mika menyentuh dahi Ammar pula. 

"Panasnya." Ujar Mika dan segera melarikan tangannya dari dahi Ammar.

"Panas." Ujar Ian pula. Fina senyum lagi & anggukkan kepala mengiakan apa yg kembar itu cakapkan.

"Pergi tengok nenek & Joe buat apa." Ujar Fina & usap lembut dua kepala itu. Kembar itu faham & bergerak turun dari katil & berlari ke dapur.

"Hmm..." Ammar bersuara manja & Fina alihkan wajahnya memandang Ammar. Dia tersenyum lagi & mengusap lembut pipi Ammar. 

"Macam baby je." Puji Fina lagi & dia terus mengusap pipi lembut Ammar.

*****

Fina terpaksa kembali kerja walaupun Ammar belum sihat lagi. Puan Zaleha yg menjaga Ammar sekarang ni. Setiap satu jam Fina akan menelefon mamanya untuk mengetahui keadaan Ammar. Dah masuk hari ke empat & demam Ammar belum lagi kebah. 

"Dia tak makan sayur & buah, sebab tu cepat jatuh sakit." Gumam Fina perlahan.

"Apa miss?" Soal pelajar Fina bila mendengar suara Fina. Fina sengih sendiri & gelengkan kepala. Ammar dah buatkan Fina jadi tak tentu arah sekarang ni.

"Okay, class dismiss. Email pada saya assignment awak semua. Selewatnya minggu depan. Boleh?"

"Boleh!"

"Bagus! Saya keluar dulu" Fina segera keluar dari kelasnya & dia menuju ke biliknya. 

"Fina." Sapa seorang pensyarah yg mengenali Fina. Fina berpaling & tersenyum.

"Doktor Wardah."

"Ada kelas lagi ke?" Soal Dr. Wardah pada Fina.

"Tak. Kenapa?" Soal Fina pula.

"Saya pun free ni. Kita pergi minum dulu."

"Okay. Saya pun ada benda nak tanya doktor ni." Fina masih dengan senyuman manisnya berjalan bersama Dr. Wardah ke cafe kolej. Mereka mencari meja kosong & duduk dengan selesa.

"Doktor kan major dalam bidang sains makanan. Saya nak tanya sikit."

"Apa Tasha? Kalau boleh saya tolong, saya tolong."

"Doktor, apa yg boleh saya buat untuk bagi makan orang yg tak makan sayur & buah?" 

"Oh, awak boleh bagi vitamin."

"Ada tak cara untuk bagi dia makan sayur?" Soal Fina lagi.

"Awak boleh beli buku resepi yg melibatkan masakan. Contohnya kita masak sayur bersama lauk tapi, tak perlu ada wajah sayur pun."

"Oh, ada?" 

"Ada. Awak boleh beli resepi macam tu kat kedai buku. Internet pun ada."

"Oh. Terima kasih doktor." Ujar Fina lega sedikit.

"Siapa yg tak makan sayur?" Soal Dr. Wardah agak berminat. Fina senyum sedikit & menjawab soalan itu lambat.

"Oh, awak dah kawin?" Soal Dr. Wardah terkejut.

"Ya. Kenapa?" 

"Sebab student awak panggil awak miss."

"Oh, mereka yg nak panggil macam tu" jawab Fina sopan & Dr. Wardah ikut sama tersenyum.

*****

Fina sudah terlewat untuk balik ke rumah sebab dia terlalu lama di kedai buku. Ammar masih lagi di rumah mamanya jadi Fina terus ke sana tanpa singgah ke rumah mereka. Puan Zaleha yg minta Ammar & Fina tinggal di rumah sendiri kerana jarak tempat mereka kerja terlalu jauh dengan rumah Puan Zaleha. Fina segera turun dari kereta sebaik dia sampai & berlari masuk ke dalam rumah.

"Aunty!!!" Tiga kembar itu terus berlari mendapatkan Fina yg baru sahaja balik. Fina tergelak bila dia diserbu seperti artis je.

"Wow! Anak2 I sambut you lagi baik dari mereka sambut I" Inilah dia, Mirah, kakak Ammar yg tak pernah sukakan Fina walau sekali pun. Fina tetap ukir senyum & hulurkan tangan untuk bersalam tapi tiada balasan langsung. Fina senyum lagi & cuba untuk berlagak seperti dia dialu alukan disitu.

"Takziah atas kehilangan Kak Mirah." Fina cuba untuk berkongsi rasa simpati tapi tak disambut baik oleh Mirah.

"Dengar sini! Aku tak akan doakan perkahwinan kau & adik aku kekal lama." Bahu Fina ditunjal agak kuat sehingga Fina tergerak ke belakang. Fina senyum lagi & dia minta diri untuk masuk ke bilik. Dia tak perlu layan rasa benci kakak iparnya yg tiada sebab itu.

"Mama, Adam demam lagi?" Soal Fina bila melihat Ammar sedang lena di sebelah mamanya. Puan Zaleha beralih dari katil & menyambut kepulangan Tasha dengan mesra seperti biasa.

"Dah okay sikit." Puan Zaleha jawab soalan itu & dia kembali duduk di sisi Ammar.

"Sorry ma, Fina ada hal sikit." Pinta Fina & letakkan barangnya di atas sofa. 

"Pergilah mandi, mama nak turun bawah." Fina hanya angguk & masuk ke dalam bilik air. Dia bersihkan diri & selesai mandi dengan cepat. Bila dia keluar dari bilik air Ammar sudah duduk di atas katil & kelihatan sangat letih. Dengan rambut yg masih lagi basah dia mendekati Ammar & menyentuh bahu Ammar. Badan Ammar yg menggeletar buatkan dia risau.

"Dia datang lagi" Ammar pegang tangan Fina erat & wajahnya sangat ketakutan. 

"Siapa datang?" Soal Fina & membalas pegangan Ammar.

"Jangan pergi" Rayu Ammar pula & Fina jadi keliru. Fina dekatkan diri pada Ammar & dia usap lembut belakang Ammar.

"Ammar, awak nak keluar jalan2?" Soal Fina pada Ammar sambil tersenyum & Ammar pandang Fina. 

"Saya janji saya akan jaga awak." Fina cuba yakinkan Ammar & akhirnya Ammar angguk. Fina tersenyum lega & minta Ammar untuk bersiap ala kadar je.

*****

Ammar & Fina ke puncak bukit & mereka hanya berdiri di situ sambil hirup udara segar. Ammar kelihatan tenang sedikit & suhu badannya juga sudah turun banyak.

"Awak okay?" Soal Fina prihatin. Ammar angguk kepala & terus pandang permandangan hijau. Dia rasa sangat tenang & lega. Fina pasti yg Ammar & bertambah okay sekarang tapi dia pasti ada sesuatu yg mengganggu Ammar sebenarnya. Untuk bertanya lanjut dia tak ada keyakinan.

"Jom balik, dah nak maghrib" Fina terus masuk ke dalam kereta & beberapa saat kemudian Ammar ikut sama masuk. Fina hidupkan kereta & turun dari bukit itu.

"Terima kasih" Ucap Ammar bila suasana dalam kereta mulai senyap. Fina senyum & angguk perlahan.

*****

Akhirnya mereka kembali ke rumah mereka bila Ammar dah sembuh sepenuhnya. Fina menyiapkan beberapa kerja di ruang tamu sementara Ammar sudah masuk tidur. Fina topang dagu & teringat apa yg dibualkan dengannya bersama Puan Zaleha.

*****

"Mama, kenapa Ammar macam takut sangat?" Soal Fina bingung. Puan Zaleha memegang tangan Fina & bersedia untuk beritahu hal sebenar.

"Ammar trauma, dulu masa dia 5 tahun dia diculik sindiket penjualam organ.  Dia hilang selama dua minggu & semua orang cari dia. Mama tak pasti apa yg mereka dah buat pada Ammar & Ammar sendiri tak pernah cerita. Bila pihak polis dapat berkas sindiket tu, Ammar & beberapa budak lagi selamat. Ammar asalnya seorang budak yg ceria tapi semuanya berubah sejak hari itu. Ammar jadi takut, trauma, & dia selalu dapat mimpi buruk. Ammar takut dengan gelap, doktor, hospital & suara orang menjerit. Ammar sangat takut & selalu jatuh sakit. Setiap kali dia sakit dia akan meracau racau. Mama tak tahu apa yg mama boleh buat selain selalu ada disisi Ammar. Ammar membesar tanpa ayah & mama tak pandai nak jadi seorang ayah padanya. Bila Ammar dah bersedia untuk ke sekolah, mama ingatkan itu petanda baik tapi dia jadi takut dengan orang luar & ramai yg tak nak berkawan dengan Ammar. Sejak itu Ammar dah tak bergaul dengan orang ramai & hanya ada di rumah. Sampai sekarang" Cerita Puan Zaleha sebak & Fina faham kenapa Ammar sangat suka bersendirian & tak pandai bergaul.

*****

Fina terkejut dari lamunannya bila pen di tangannya jatuh. Dia kembali sedar & teruskan kerjanya semula. Apa yang dia mampu buat untuk tolong Ammar? Dia buntu.

Fina tersenyum bila di atas mejanya ada bunga & coklat seperti biasa. Entah siapa yg suka sangat bagi dia semua ni dia tak pasti. Fina ambil bunga itu & letakkan ditepi. 

"Fina!" Sergah Naila & Fina terkejut sedikit. Fina pandang Naila geram & duduk dikerusinya dengan wajah tenang.

"Problem?" Soal Naila prihatin & duduk di depan Fina.

"Coklat" Sua Fina tanpa menjawab soalan itu.

"Kau kenal mana2 doktor psikologi tak?" Soal Fina pula & Naila berkerut.

"Kau ada masalah ke?" Soal Naila balik & Fina senyum.

"Nope. Aku just nak tanya something" Jawab Fina tenang. Naila garu dagunya & memandang Fina.

"Susah ke soalan aku ni?" Soal Fina bila dah bosan tunggu jawapan Naila.

"Dr. Sufian. Dia lecturer kat sini & doktor psikologi."

"Really? Kau kenal dia?" Soal Fina teruja.

"Dia pak saudara aku" Jawab Naila sambil tersengih & Fina segera mendapatkan Naila.

"Aku nak jumpa dia, please" Rayu Fina bersungguh & Naila bertambah pelik.

"Okay. Ni nombor dia, kau call lah" Naila tulis sesuatu di atas kertas.

"Aku nak jumpa dia terus, please" pinta Fina pula & Naila mengeluh sekejap.

"Ok. Nanti aku call dia tanya lepas tu aku roger kau balik!" Naila bersetuju je dengan permintaan Fina.

"Yay! Aku sayang kau lebih daripada suami kau sayang kau!" Fina bersorak riang tapi Naila tayang muka pelik.

"Suami aku sayang aku lebih okay!" Protes Naila pula & Fina tergelak senang. Dia menepuk bahu Naila & membuka pintu biliknya.

"Jasa kau dah tak diperlukan buat masa sekarang." Naila ditolak lembut keluar dari biliknya & dia gelak lagi. Naila ni memang kerjanya nak borak & kacau Fina je, jadi Fina terpaksa guna cara terbaik untuk buat Naila pergi. Hahaha.

*****

Fina terkejut bila bunyi hon kuat daripada kereta dibelakangnya. Fina segera masukkan gear & pergi dari situ. Dia terlalu berfikir apa yg dia bercakap dengan Dr. Sufian tadi sampai tak perasan lampu dah hijau. Fina segera menuju ke rumahnya & dia memarkir kereta. Dia bersandar pada kerusi & berfikir lagi.

"Macam mana aku nak tolong dia? Bercakap dengan dia pun aku tak pandai." Fina terus berfikir & dia keluar dari kereta setelah bosan berfikir cara terbaik nak tolong Ammar tapi masih lagi buntu.

Fina pasti yg Ammar belum lagi balik sebab kereta Ammar tak ada di laman rumah.

Fina terus ke bilik & bersihkan diri, dia perlu siapkan makan malam. Bila dia tengok barang dalam peti langsung tak ada apa. Dah lewat sangat untuk beli barang dapur waktu macam ni. Dia mengeluh pula.

"Ammar!" Fina terjerit ceria bila melihat Ammar masuk ke dapur. Ammar pula memang selalu tayang wajahnya yg selamba.

"Kita makan luar ya malam ni?" Soal Fina & Ammar angguk setuju. Senyuman Fina terus melebar bila Ammar bersetuju dengan ideanya.

*****

Fina hanya mengenakan skirt labuh & blaus biasa je. Ammar pula tetap dengan baju kemeja. Fina tergelak kecil & menarik Ammar ke dalam bilik semula. Fina mencari baju T yg sesuai & dia hulurkan pada Ammar.

"Kita nak dinner biasa2 je." Ujar Fina masih lagi tersenyum & Ammar hanya menurut & menukar bajunya. Setelah itu dia ikut sama keluar dengan Fina.

Mereka ke sebuah restoran yg berdekatan dengan rumah mereka. Ammar kelihatan agak tak selesa sebab memang Ammar tak pernah makan kat sini selama ini. Fina buat pesanan untuk Ammar sama & dia pandang Ammar yg hanya memandang meja.

"Saya suka band yg nyanyi kat sini." Fina cuba untuk bercakap & Ammar pandang pentas yg masih lagi kosong.

"Awak suka lagu apa?" Soal Fina pada Ammar lagi & Ammar garu dagunya sedikit. Dia gelengkan kepala & teruskan berdiam diri. Fina hampir putus asa untuk bercakap tapi dia tetap nak Ammar bercakap dengan dia. Nak sangat Ammar boleh bercakap secara natural dengannya.

"Awak suka tengok wayang?" Soal Fina masih lagi mencuba & Ammar masih lagi menggelengkan kepalanya. 

Akhirnya Fina mengalah & dia ikut sama diam sama seperti Ammar. Fina pandang pentas yg mula diisi & band yg dia suka sudah sampai. Bila mereka mula menyanyi Fina rasa masa dia dah kembali terisi semula.

Ammar pandang wajah Fina yg kelihatan senang & ceria bila mendengar nyanyian kumpulan itu. 

Ammar tak sedar yg dia dah pandang Fina lebih dua minit. Ammar terus memandang Fina & dia kemudian berkalih pada band yg sedang menyanyi. 

"Mudanya." Perkataan itu keluar sendiri dari mulut Ammar menyebabkan Fina berkalih memandangnya. 

"Apa?" Soal Fina.

"Muda." Jawab Ammar & tunjukkan band lelaki yg sedang menyanyi itu. Fina tersenyum senang & angguk.

"Comel, kan?" Soal Fina minta pendapat Ammar & Ammar diam sebab dia tak tahu nak cakap apa. Fina tergelak pula & pandang Ammar.

"Awak pun comel." Puji Fina pula & dia kembali pandang band itu. Mata Ammar terbuka sikit bila mendengar pujian yg tak disangka keluar dari mulut Fina itu.

*****

Ammar kemaskan mejanya & dia dah bersedia untuk balik rumah. Dia sengaja nak balik awal sebab dia tahu yg Fina sudah berada di rumah.

"Boss, dah nak balik?" Soal Zita bila melihat Ammar keluar dari biliknya. Jam baru je pukul 4 petang.

"Ya." Jawab Ammar ringkas & terus keluar dari pejabat. Dia ke keretanya & memandu terus ke rumah. 

Seperti yg dia sangka, Fina sudah berada di rumah. Dia buka pintu & terus masuk ke dalam rumah. Dia tak cari Fina pun & terus menonong masuk ke dalam bilik. Dia tahu yg Fina tiada di dalam bilik. Dia ke beranda rumah & melihat Fina sedang sidai kain. Ammar masuk ke dalam bilik air & mandi.

Dia turun ke ruang tamu bila dah selesai berpakaian & ke ruangan laman pula. Fina yg agak terkejut dengan kehadiran Ammar ukir senyum.

"Tak dengar bunyi kereta pun." Fina bersuara & Ammar masih lagi dengan lagak selamba.

"Nak saya tolong?" Soal Ammar pada Fina. Fina senyum & angguk, perkara yg baik sangat ni. Dia & Ammar terus sidai kain tanpa sebarang suara & menghayati suasasa berangin itu dengan senang.

Fina & Ammar berehat setelah selesai menyidai kain & mereka menatap skrin tv yg kosong.

"Kita makan pizza malam ni okay?" Soal Fina pada Ammar & Ammar hanya angguk. Fina senyum lagi & bila dengar azan asar dia segera naik ke bilik.

Ammar pelik bila ada dua sejadah yg terhampar & dia pandang Fina yg sedang memandangnya sambil tersenyum.

"Kita jemaah ya? Awak pernah jadi imam?" Soal Fina pada Ammar & Ammar angguk. Dia belajar agama bersama ustaz khas di rumahnya dulu.

*****

Pizza yg sudah sampai buatkan Fina kelihatan sangat berselera & dia tak tunggu Ammar lagi dah. Dia makan terlebih dahulu sebab Ammar ambil masa lama sangat untuk turun ke ruang tamu. Ammar turun & dia duduk di depan Fina.

"Makan lah." Pelawa Fina & Ammar ambil satu bahagian & mula makan. Tapi dia terus berhenti mengunyah & memandang Fina. Wajahnya mula memerah. Fina pandang Ammar & dia pandang pizza yg diambil Ammar. Fina berlari ke dapur & ambilkan air.

"Minum!" Arah Fina gelisah & Ammar terus meneguk air itu rakus. Fina terlupa nak beritahu Ammar yg pizza itu untuknya. Pedas.

"Sorry, yg ni awak punya." Fina hulurkan pizza milik Ammar. Wajah Ammar masih lagi merah tapi Fina pula seakan terpaku melihat wajah itu. 

"Comelnya..." Puji Fina tanpa dia sedar & Ammar terus berhenti dari meneguk air. Terasa air tersangkut dikerongkongnya & dia pandang Fina yg sedang memandangnya seakan terpegun. Ammar letakkan gelas ke atas meja & Fina tersedar. Fina meraup mukanya & beristighfar sekali.

"Okay?" Soal Fina pada Ammar. Ammar angguk & dia kembali minum air semula. 

"Malunya..." Gumam Fina perlahan & teruskan makan tanpa hiraukan Ammar didepannya. 

*****

Fina bersiap ala kadar untuk pergi ke supermarket. Dia perlu beli barang dapur.

"Nak ajak Ammar macam mana ni?" Gumam Fina sendiri sambil memandang jam di tangannya.

"Ajak saya?" Soal Ammar yg terdendar apa yg Fina cakapkan tadi. Fina berpaling & tersengih.

"Nak beli barang dapur. Awak nak ikut?" Soal Fina berharap sangat. Ammar diam sekejap sebelum mengangguk.

"Yay! Pergi tukar baju." Ujar Tasha ceria & Ammar hanya menurut.

"Ammar, pakai jeans & baju T okay?" Pesan Fina pula sebab dia khuatir yg Ammar pakai baju formal pulak nanti. Ammar membuka almari & mengambil bajunya.

Fina tersenyum bahagia bila melihat Ammar yg segak dengan jeans hitam & baju T polo. Banyak jugak baju T Ammar ni tapi selalunya tak pakai. 

"Saya tak pernah tengok baju ni." Ujar Fina teruja dengan penampilan Ammar.

"Mama belikan."

"Oh. Awak ada banyak kemeja, baju T awak banyak jugak?" Soal Fina berminat.

"5 helai." Jawab Ammar tenang. Fina angguk lagi. Kalau baju T tak berkolar memang Ammar ada banyak tapi yg jenis kasual untuk keluar tak banyak pulak.

"Malam ni kita pergi shopping nak?" Saran Fina dengan harapan Ammar berminat tapi Ammar kelihatan serba salah. Dia tak biasa keluar ke tempat orang ramai.

"Saya akan sentiasa ada sebelah awak." Fina yakinkan Ammar lagi & akhirnya Ammar angguk lemah. Fina tersengih & dia menarik Ammar ke kereta.

Apa yg Ammar buat hanyalah menolak troli & semua barang Fina yg pilih. Ammar rasa kelakar sikit bila Fina bergaduh dengan dirinya sendiri mengenai barang yg dibeli.

"Ammar, yg ni ke yg ni?" Soal Fina bila dia dah pening nak pilih. Ammar ambil di tangan kanan Fina & letakkan dalam troli. Fina tergelak bila Ammar terpaksa buat keputusan macam tu. Fina ni memang susah sikit nak buat keputusan. Selesai membeli semua barang Ammar yg membayarnya & Fina terus tersengih tanpa sebab. Dia & Ammar ke kereta & letakkan barang.

"Sekarang kita ke pasar basah. Nak beli barang basah pulak." Ajak Fina senang & Ammar hanya menurut. Semua jalan Fina yg tunjukkan & Ammar hanya menurut. Dia tak pernah explore jalan selama ini. Dia hanya tahu jalan2 yg berguna untuknya sahaja.

*****

Masuk sahaja ke dalam pasar jelas raut wajah Ammar berubah & dia nampak sangat tak selesa. Mungkin sebab bau pasar ni kot. Fina serba salah nak paksa Ammar ikut dia masuk ke dalam bersama.

"Awak boleh tunggu kat sini, saya masuk sorang je."

"Saya nak masuk." Ammar bertegas pula & Fina hanya setuju. Mereka berdua masuk ke dalam pasar yg agak sesak dengan orang ramai. Pagi minggu macam ni memang ramai yg datang nak beli barang segar. 

Beberapa minit kemudian Ammar kehilangan jejak Fina & dia mula risau.
 
"Saya nak bayam satu." Fina pula sedang ralit membeli. 

"Ammar?" Fina panggil Ammar yg hilang di sebelahnya. Fina juga mulai risau & dia cepat2 buat bayaran kepada penjual itu.

"Anak hilang ke?" Soal mak cik penjual itu kepada Fina. 

"Bukan, suami." Fina jawab khuatir & dia melilau mencari Ammar di celah2 orang ramai. Dia terkejut bila ada orang menyentuh bahunya.

"Ammar." Fina lega bila nampak Ammar ada depan matanya sekarang ni & dia terus memeluk Ammar risau. Ammar pula kaku dengan tindakan drastik Fina tapi dia tak pula menghalang.

"Awak cedera? Luka?" Soal Fina jelas sangat dia risau & takut.

"Saya okay." Jawab Ammar tenang & Fina mampu bernafas lega. 

"Pegang tangan saya okay!" Arah Fina & genggam erat tangan Ammar. Ammar membalas genggaman Fina & mereka berjalan bersama sambil berpegangan tangan.

"Kita beli ikan merah ya. Mama suka sangat kari kepala ikan." Fina bersuara ceria & Ammar hanya menurut.

"Nak yg kecil sikit dari ni." Minta Fina kepada penjual ikan itu.

"Okay. Yg ni!" Fina terus teruja bila melihat ikan merah yg segar & saiz yg sesuai.

"Berapa encik?" Soal Ammar formal gila & Fina pandang Ammar lalu tergelak sikit. Penjual ikan pun rasa semacam je dengan gelaran itu.

"Abang, panggil abang." Ajar Fina kepada Ammar & Ammar berkerut.

"Berapa bang?" Soal Fina kembali & penjual ikan itu jawab dengan segera. Ammar keluarkan dompetnya & membayar ikan itu.

"Kenapa kena panggil abang?" Soalan itu berjaya buatkan Fina tergelak senang.

"Lebih mesra." Jawab Fina yg masih lagi rasa kelakar.

Mereka membeli udang, ketam, sotong, ayam & banyak lagi. Entah stok berapa hari tu pun tak tahu lah. Ammar pula hanya keluarkan duit hari ini.

*****

Fina kemaskan peti sejuk untuk letakkan barang basah yg dibelinya tadi. Ammar tak tahu sama ada dia perlu tolong Fina ataupun tidak. Tapi, dia sangat kagum dengan kesungguhan & kekuatan Fina. Baru sahaja balik dari pasar terus buat kerja lain. Entah bila Fina berehat dia sendiri tak pasti. 

"Awak tak penat ke?" Soal Ammar kepada Fina yg masih lagi bertenaga & mampu tersenyum bahagia.

"Sikit." Jawab Fina masih dengan senyuman.

"Rehat lah dulu." Ujar Ammar & Fina senyum.

"Sikit je lagi ni." Fina teruskan kerjanya & Ammar hanya mampu memerhati.

Selesai di dapur, Fina uruskan pakaian kotor pula & mengemas rumah. Ammar cuba untuk menolong tapi dia tak tahu apa yg dia perlu buat. Fina siapkan semuanya & duduk di ruang tamu dengan dua bakul pakaian yg diangkat dari jemuran. Ammar duduk di sebelah Fina bersila di lantai & bertanya jika dia perlu menolong.

"Awak nak pakai kemeja apa seminggu nanti?" Soal Fina kepada Ammar & Ammar tak menjawab.

"Awak pilih sekarang & bawak turun. Saya nak iron." Pinta Fina & Ammar hanya menurut. Dia kembali bangun & mengambil kemeja yg dia ingin pakai nanti. Dia berikan pada Fina & Fina tersenyum.

"Terima kasih" Ucap Fina pada Ammar. Ammar tak pasti kenapa Fina beeterima kasih padanya.

"Boleh saya tolong?" Pinta Ammar & Fina senyum. 

"Boleh." Fina serahkan iron kepada Ammar & Ammar memang kekok gila. Fina memegang tangan Ammar & membantu Ammar menyeterika dengan betul. Ammar senang dengan apa yg Fina ajarkan padanya. Mereka berdua terus menggosok baju dengan suasana tenang & diam.

"Dah. Awak boleh tolong saya?" Soal Fina pada Ammar. Ammar rasa gembira dengan pertanyaan itu.

"Boleh."

"Bawa baju saya & awak masuk dalam bilik & letak dalam almari. Okay?" 

"Okay." Ammar terus ke bilik mereka untuk letakkan pakaian mereka yg telah selesai digosok. Fina senang bila Ammar berminat nak bergaul & menolongnya.

"Sekarang ni kita lipat baju pulak." Fina dengan ceria keluarkan baju dalam bakul & mula melipatnya. Ammar perhatikan apa yg Fina ajarkan padanya & dia memang cepat belajar. Sekejap je dia dah pandai.

"Wah! Ammar, awak lagi cepat dari saya." Puji Fina bila Ammar dah melipat lebih banyak baju darinya. Ammar tersenyum sedikit & Fina terpaku melihat senyuman yg buat kali pertamanya dia tengok. Fina terlalu gembira sampai air matanya mengalir. Ammar terkejut bila mata Fina berair & dia begitu risau.

"Kenapa?" Soal Ammar resah.

"Tak, habuk" Jawapan cliche sangat & Ammar letakkan baju & maju ke depan Fiba. Dia membuka mata Fina & meniupnya perlahan. Fina pula ukir senyum bahagia dengan tindakan Ammar.

"Okay?" Soal Ammar & Fina angguk.

"Okay!" Jawab Fina ceria. Ammar sambung semula kerjanya & kembali khusyuk. Fina pandang Ammar lama & dia rasa dia mula sukakan Ammar yg tak pandai bergaul ni.

Ammar dah mula penat bila banyak berjalan & dia dah boleh labelkan Fina sebagai hyperactive. Fina masih lagi belum penat untuk mencari baju yg sesuai untuk Ammar. Apa yg Ammar tahu dia selesa berjalan disisi Fina & dia sukakan kehangatan genggaman Ammar. Dia tak pasti kenapa tapi dia rasa selamat bila Fina ada bersama dengannya. Dia tak pernah rasa se-selesa ini bersama orang lain. Lebih tepat, dia sendiri tak pernah mencuba untuk bergaul pun.

"Saya suka awak pakai baju warna pink" Ujar Fina & Ammar berkerut sikit. Dia tak pernah ada baju warna pink sebelum ini.

"Saya tak ada baju warna tu" Ujar Ammar & tiba2 mata Fina terbuka luas. Fina tutup mulutnya kalut & dia pura2 tergelak. 

"Apa saya cakap tadi?" Soal Fina seperti orang bingung.

"Baju pink."

"Maksud saya, saya nak awak beli." Fina segera betulkan ayatnya $ dia sengih sikit. Ammar angguk & memilih beberapa helai baju warna pink. Fina jentik dahinya sendiri & dia memandang Ammar. 

"Fina, forget it!" Fiba tarik nafas & kembali kepada Ammar. Dia memeluk lengan Ammar mesra & membantu Ammar memilih. Setelah dua helai baju dibeli Ammar bayarnya tanpa mencuba terlebih dahulu.

*****

Dalam perjalanan balik Fina hanya diam & termenung. Fikirannya menerawang jauh. Ammar pandang Fina sekilas, sangat pelik baginya kalau Fina tak banyak cakap & termenung. 

Ammar kembali fokus pada pemanduannya & dia rasa sedikit kecewa. Ammar parkir kereta & Fina terus turun & membuka pintu rumah. 

Ammar ambil barangnya & ikut sama masuk ke dalam rumah. Ammar letakkan beg kertas di atas sofa & dia duduk disebelahnya. Ammar meraup wajahnya & mengurut dahinya. Dia penat, tapi, dia lebih fikirkan kenapa Fina tiba2 berdiam diri.

*****

Fina turun ke ruang tamu setelah selesai bersihkan diri & dia tengok Ammar sedang berehat di sofa. Fina senyum dan ke dapur. Dia membancuh kopi dan bawa kepada Ammar. Dia tahu yang Ammar sangat sukakan kopi.

"Kopi." Sua Fina sambil tersenyum manis & Ammar membuka matanya memandang Fina.

"Sorry, kesian awak penat." Fina beralih ke sebelah Ammar & mengurut lengan Ammar mesra. Ammar lega bila Fina yg dia kenal dah kembali. Ammar meneguk kopi yang dibuat Fina dengan tenang dan dia nikmati urutan yang Fina berikan. 

"Saya nak mandi." Ammar buka mulut dan Fina angguk sambil pandang Ammar. Ammar naik ke bilik dan Fina mengambil semua beg kertas di atas sofa. Dia keluarkan semua barang di dalamnya dan baju2 yang baru sahaja dibeli diletakkan di dalam bakul. Bakul dibawa ke washer untuk membasuh semua baju baru dibeli itu. Fina kembali ke ruang tamu dan membuka tv.

*****

Ammar mengejutkan Fina yang sudah lena disofa. Fina buka mata dengan segera dan tengok jam dah pukul satu pagi.

"Tidur atas." Ujar Ammar dan Fina gelengkan kepala. 

"Saya nak sidai baju." Fina segera bangun dari sofa dan ke bilik basuhan. Ammar terkelu bila Fina cakap dia nak sidai baju. Ammar ikut Fina ke bilik basuhan dan melihat Fina menggantung baju yang baru sahaja dibeli mereka tadi. Fina sangkutkan di penyidai dan dia tersenyum pandang Ammar.

"Baju tadi?" Soal Ammar.

"Haah. Esok kita jemur bawah matahari pulak." Balas Fina mesra.

"Kenapa tak esok je?" Soal Ammar lagi.

"Nanti baju berkedut banyak. Kenapa tak tidur lagi?" Soal Fina pada Ammar.

"Ah, mimpi." Jawab Ammar sambil memandang lantai. Mimpi ngeri yg sama lagi. Fina mendekati Ammar dan dia memegang kedua pipi Ammar. 

"Saya teman awak tidur." Fina bersuara ceria dan dia menarik Ammar masuk ke dalam bilik. Ammar hanya menurut dan masuk ke dalam selimut. Fina baring di sebelah Ammar dan tangannya masih lagi menggenggam erat tangan Ammar. Ammar kembali tenang dan dia mula pejamkan mata lagi sekali.

*****

Hari yang sangat panjang untuk Fina sebab kelasnya penuh. Tapi, dia tak sangka yang dia akan berjumpa Ammar disini. Dia pelik sangat tapi dia tak cuba untuk menegur Ammar pun. Hanya dia yang nampak Ammar, Ammar langsung tak perasan kehadirannya.

"Handsome gila!" Pujian daripada kebanyakan perempuan yang melihat Ammar. Fina tergelak kecil bila mendengar pujian itu. 

"Aku tak sangka ada lelaki melayu yang putih macam artis korea." Naila keluarkan statement pelik dia dah. Fina sengih lagi dan menarik Naila pergi dari situ.

"Comel kan dia? Walaupun dengan muka tegas macam tu. Aku rasa dia tu baik je sebenarnya. Macam hero korea, bajet cool gitu." Luah Naila lagi & Fina bosan bila kawannya sibuk dengan artis korea dia. Fina teruskan berjalan tanpa hiraukan Naila lagi dah.

Fina lagi sekali rasa kerjanya takkan selesai bila semua pelajar perempuan kelasnya sibuk bahaskan soal sesuatu.

"Apa?" Soal Fina ringkas dan terus wajah teruja habis mereka tayang pada Fina.

"Pejabat pentadbiran nak buat ubah suai." Jawab salah seorang daripada mereka dengan wajah teruja habis. Fina angguk dan tayang muka keliru.

"Handsome gila ID tu!" Ah, barulah Fina faham maksud mereka semua dan dia tergelak.

"ID? Interior designer?" Soal Fina pula dan mereka tersenyum bahagia.

"Well, malangnya awak semua ambil account. Boleh kita proceed?" Soal Fina tenang dan mereka semua terus mengeluh. Fina tergelak lagi dan menulis sesuatu di whiteboard. Fina membebel seorang diri bila kebetulan sangat orang yang jadi bualan hangat hari ini sedang berdiri diluar kelas mereka. Fina berpaling melihat pelajarnya dan dia jadi kelu melihat semua pelajarnya dah hilang fokus. 

"Kenapalah semua kelas pakai dinding kaca." Rungut Fina sendiri dan dia berjalan untuk menutup langsir. Saat itu mata dia dan Ammar bertaut seketika dan Fina hadiahkan senyuman sebelum menutup sepenuhnya langsir. 

"Miss..." Pelajar perempuan dah protes dengan tindakan Fina. Fina tergelak senang dan kembali ke mejanya.

"Awak nak tahu satu cerita?" Soal Fina mesra dan mereka semua pandang Fina senang.

"Okay. Dengar ya..."

*****

Beberapa tahun yg lalu, saat bergelar siswi Fina sangat bahagia. Dia sangat sukakan suasana dan tempat belajar barunya. Tapi, lebih tepat dia sukakan seorang lelaki yang bergelar senior kepadanya. Seorang lelaki yang sangat menarik, dan sangat charming. Setiap hari selasa dia akan berada betul2 di tepi dinding, sebabnya, senior itu akan melewati laluan itu untuk ke kelasnya sendiri. Hampir berbulan hanya itu yang menarik bagi Fina setiap hari selasa. 

Tepat jam 10 pagi, Fina akan pandang ke tepi dan menunggu senior pujaan hatinya muncul. Fina betulkan cermin matanya dan dia akan tersenyum bahagia bila melihat senior itu walaupun tak pernah sekali senior itu berpaling memandangnya dan membalas senyumannya.

*****

"Tu la apa yg saya buat dan pensyarah saya akan tutup langsir setiap kali saya yang ada di tepi kelas." Fina tergelak bila teringat semua kisah itu semula dan pelajarnya lagi kelihatan frust.

"Apa jadi lepas tu?" Soal seorang pelajar lelaki yang begitu tertarik dengan cerita Fina.

"Okay, sambung pelajaran kita esok. Dah habis masa pun." Fina dengan senang dan senyumannya ceria keluar dari kelas manakala pelajarnya tak puas hati dengan ceritanya. Dia tergelak sendiri dan terus berlalu pergi.

*****

Ammar tak sangka yang dia akan bertembung dengan Fina. Tapi, dia kecewa sikit bila Fina langsung tak menegurnya. Ammar terus balik ke rumah dan dia tahu Fina masih lagi belum balik. Kereta Fina ada lagi di kolej. Ammar masuk ke dalam rumah dan dia terus mandi untuk solat asar. 

Selesai solat dia membaca mesej yang Fina hantarkan padanya.

My wife : Saya balik lewat sikit, maybe malam. Kalau awak nak stay rumah mama pun okay.

*****

Ammar telefon Puan Zaleha. Mamanya ke luar negeri dengan kembar tiga itu jadi tak ada orang di rumah mamanya. 

Ammar mula rasa cuak sebab dia tak pernah bersendirian di rumah waktu malam. Ammar pandang jam dah pukul 9 malam dan dia rasa tangan dia mula berpeluh. 

Kemudian lampu mula berkelip kelip. Jantung Ammar berdegup semakin laju dan peluh mula bermanik di dahi. Dia mencapai telefon dan mendail nombor yang sendiri tak pasti. Bila lampu tiba2 padam Ammar terjatuh dari katil dan dia mula rasa sesak nafas.

Fina menjawab panggilan Ammar senyap2 sebab dia masih lagi dalam bilik mesyuarat. 

"Ammar, saya tengah meeting ni." Fina bersuara perlahan.

"To... long..." Mata Fina terbuka luas bila mendengar suara Ammar yang kedengaran seperti orang sakit. Fina mencapai tasnya dan dia terus bangun dan berlari keluar dari bilik mensyuarat. Dia dah tak pedulikan semua mata yang memandangnya. Dia terus berlari ke kereta dan segera memandu dengan laju. 

Akhirnya dia sampai dirumah dan dia terkejut bila rumanya gelap. Dia pandang kereta Ammar dan sah Ammar ada di rumah. Fina berlari masuk ke dalam rumah dan sebab gelap dia langgar semua yang ada dilantai. Dia terjatuh beberapa kali tapi dia tetap berlari dalam gelap.

"Ammar!" Jerit Fina kuat dan dia mencapai telefon di dalam poketnya. Dengan cahaya itu dia ke bilik tidur mereka.

"Ammar!" Panggil Fina lagi dan bila dia dengar bunyi hembusan nafas yang berat dia ternampak Ammar yang terbaring di atas lantai. Fina terus berlari mendapatkan Ammar.

"Ammar, saya kat sini." Suara yang hampir menangis Fina keluarkan. Dia memegang bahu Ammar dan memeluk badan Ammar erat.

"Ammar, awak okay?" Soal Fina risau dan hanya nafas Ammar yang mampu Fina dengar.

"Tolonglah nyala." Doa Fina tapi sia2 je. Fina paut Ammar dan bantu Ammar untuk bangun. Dia membantu Ammar turun tangga dan mereka berdua sudah berada di laman. Fina hidupkan kereta dan dia pasangkan lampu dan menyuluh ke arah Ammar yang sedang terbaring lemah di atas rumput. 

"Ammar, awak okay?" Soal Fina bertambah risau. Bila Ammar mampu melihat wajah Fina dengan jelas nafasnya kembali teratur. Dia memegang erat lengan Fina dan dekatkan badannya pada Fina.

"Jangan... pergi..." Rayu Ammar dengan sisa tenaga yang dia ada. 

Fina menangis juga akhirnya dan dia mengeratkan pelukan.

"Saya tak akan ke mana." Jawapan Fina mampu menenangkan Ammar. Badan Ammar yang berpeluh Fina lap dengan lengan bajunya. Dia menatap Ammar yang cuba mencari udara untuk bernafas.

"Maafkan saya." Pinta Fina menyesal dan Ammar gelengkan kepala.

"Maafkan saya." Pinta Fina lagi dan Ammar perlahan-lahan ukir senyum. Fina memegang pipi Ammar bila dia melihat senyuman itu. Buat kali kedua dalam hidupnya, walaupun lemah tapi sangat bermakna.

"Mata awak tak masuk habuk kan?" Soal Ammar lemah dan kesat air mata yang mengalir di pipi Fina. Fina tergelak pula dan gelengkan kepala.

"Sejak bila awak belajar buat lawak ni?" Soal Fina sebak dan Ammar senyum lagi.

"Terima kasih." Ucap Ammar ikhlas dan Fina senyum.

*****

Bukan Ammar yang demam tapi Fina yang selesema sebab mereka tidur di laman sampai pagi. Elektrik terputus sebab ada kebakaran kabel dan seluruh perumahan itu tiada elektrik semalaman. Ammar rasa bersalah bila melihat Fina yang langsung tak larat nak bergerak dan hidung serta mata Fina merah semacam je.

"Saya nak pergi klinik. Saya perlu ambil MC." Fina ukir senyum lemah & Ammar kelu. Dia trauma dengan doktor tapi keadaan ini menyebabkan dia rasa teruk jika biarkan Fina pergi sendiri.

"Saya call Pak Mat." Ammar membuat panggilan telefon dan meminta driver mamanya datang untuk membawa Fina ke klinik.

"Pak Mat, hati2 ya." Pesan Ammar risau dan Pak Mat anggukkan kepala. Fina senyum dan sempat dia melambai pada Ammar. Ammar balas lambaian itu dan dia duduk di laman rumah. 

Fina meminta maaf pada Pak Mat kerana terpaksa menyusahkan Pak Mat kali ini.

"Memang kerja Pak Mat pun."

"Fina nak drive je tadi, tapi Ammar tak bagi." Maklum Fina sambil tersengih.

"Fina kan tak sihat. Kali pertama Pak Mat tengok Ammar risaukan orang lain selain daripada mamanya. Mirah pun dia tak pernah risau selama ni." Cerita Pak Mat buatkan Fina tersenyum bahagia. Seakan demamnya dah hilang pun.

"Ammar macam mana masa kecik2 ya?" Soal Fina pada Pak Mat.

"Sangat suka berkurung dalam bilik. Sebelum dia kena culik dia sangat suka bergurau dan suka ketawa, penculik tu dah rampas semuanya dari Ammar. Dulu Ammar sangat aktif dan nakal, Pak Mat rindu nak dengar dia ketawa lagi." Luah Pak Mat dan Fina ikut sama rasa sebak. Penculik yamg kejam tu tak ada sebab untuk hidup di dunia ni lagi dah!

*****

Ammar masuk ke pejabatnya dan kali ini dia dah tayang wajah serius tapi wajah tenang tanpa senyuman. Kalau ikutkan logik, Ammar boleh dilabel sebagai lelaki yang cantik. Mungkin! 

Bila Ammar berjalan di depan pekerjanya semua pekerjanya hormatkan dia seperti biasa.

"Kumpulkan lima designer dan masuk dalam bilik saya." Arah Ammar kepada Zita. Zita angguk faham dan dia segera siapkan kerjanya. Lima designer masuk ke dalam bilik Ammar.

"Ada tujuh ruang untuk dibaik pulih." Ammar bentangkan plan di atas meja.

"Setiap orang ambil satu ruang." Arah Ammar lagi dan semua orang menurut.

"Lagi dua, saya take over. Seminggu?" Soal Ammar simple dan pekerjanya angguk setuju. 

"Sebelum submit, bagi saya check dulu." Tambah Ammar lagi dan mereka semua berkata ya.

"Boleh mula kerja." Hanya lima minit dan perbincangan mereka selesai. Cara Ammar kerja memang cepat dan tak perlu nak bercakap banyak.


Fina masakkan banyak lauk hari ini sebab mama & kembar tu nak datang ke rumah mereka untuk makan malam. Ammar turun ke dapur dengan niat untuk menolong Fina. 

"Banyaknya lauk."

"Oh, Ammar. Mama nak datang kan?"

"Tapi, banyak sangat ni."

"Tak apa lah, saya happy sangat ni." Balas Fina senang & Ammar hanya mampu anggukkan kepalanya.

"Ha! Tu dah sampai." Ujar Fina ceria & terus berlari ke pintu setelah mendengar bunyi loceng. Ammar berjalan di belakang Fina dengan perlahan. 

"Mama! Babies!" Ceria betul Fina bila nampak orang yg dia rindukan sangat. Dah puas berpelukan Fina bawa mereka ke ruang tamu.

"Mama duduk dulu, Fina nak buat air." Fina segera kembali ke dapur.

"Ammar tengok Fina jap." Ammar ikut sama ke dapur.

"Awak buat apa kat sini? Pergi lah layan mama."

"Saya nak tolong." Ujar Ammar & Fina tersenyum senang. Dia biarkan Ammar membancuh teh & dia siapkan susu untuk kembar tiga itu.

"Buka lah apron tu." Tegur Ammar pula bila melihat Fina masih lagi lengkap berapron. 

Fina sengih & dia segera tanggalkan apron. Mereka berdua kembali ke ruang tamu semula. Puan Zaleha tak mampu nak sorokkan wajahnya yg terlalu gembira melihat Ammar yg mula berubah sedikit. 

"Terima kasih aunty."

"Sama-sama. Mana mummy?" Soal Fina pada mereka bertiga.

"Tak tahu." Jawab mereka & terus minum susu. 

"Dah dua minggu Mirah tak balik." Jawab Puan Zaleha mendatar & Fina angguk je. Ammar melayan kembar itu makan biskut dengan agak baik. Dah tak kekok macam hari pertama dulu.

"Fina nak naik mandi dulu ma. Macam-macam bau dah ni." Fina bersuara & angkat kaki ke biliknya. Puan Zaleha melihat Fina pergi & dia sentuh bahu Ammar sehingga Ammar berkalih memandangnya.

"Ammar happy?" Soal mamanya. 

Ammar diam sekejap & kemudian dia angguk sambil tersenyum nipis. Puan Zaleha hampir menitiskan air mata bila Ammar mengaku sendiri di depannya yg dia bahagia.

"Fina layan Ammar okay?" Soal Puan Zaleha lagi.

"Ma, dia sangat baik." Jawab Ammar jujur & ikhlas. Sekali lagi Puan Zaleha ucapkan rasa syukur yg menggunung di dalam hatinya.

"Sedap?" Soal Ammar pada kembar itu.

"Sedap. Uncle buat?" Soal Mika.

"Beli." Jawab Ammar tenang & mereka bertiga tergelak pula.

"Ian belajar buat biskut, nanti kita buat ya." Ajak Ian ceria.

"Nanti kita ajak aunty." Balas Ammar senang & mereka bertiga bersorak riang.

*****

Semasa makan malam semua orang berselera sangat makan. Rasanya seperti Ammar seorang je yg tak makan sayur kat situ. Kembar tiga tu pun makan je.

"Fina, Ammar. Khamis ni mama kena pergi Kedah jadi mama nak tinggalkan kembar ni pada kamu berdua. Boleh?" Soal Puan Zaleha.

"Boleh ma!" Jawab Fina bersemangat Ammar pula anggukkan kepala.

"Yay!" Jerit mereka bertiga ceria.

"Lama ke ma?" Soal Ammar pula.

"Entah, kawan baik mama sakit jadi, mama nak temankan dia. Isnin mama balik lah kot."

"Okay ma. Nak Fina jaga sampai sebulan pun Fina sanggup!" Jawab Fina gembira & Puan Zaleha tersenyum senang.

"Bestnya, tak pernah tidur rumah uncle." Ucap Joe senang.

"Datang je selalu, aunty & uncle tak kisah." Jawab Fina ceria. Ammar pandang wajah Fina yg terlalu gembira itu kemudian dia pandang mamanya yg sedang tersenyum melihat Fina. Apa yg Ammar tahu, keputusan mama dia untuk kahwinkan Fina dengannya adalah tepat. Awal-awal perkahwinan Fina tak banyak cakap tapi bila Fina mula bercakap, susah dia nak berhenti. Ammar tetap suka Fina walaupun dia tahu Fina ni jenis aktif sangat.

*****

Bermulalah episod mereka menjadi penjaga kepada triplets ni dan mereka berdua sangat senang. Fina lebih tahu banyak mengenai Ammar, Ammar tak suka keadaan gelap & tak suka tengok tv dalam gelap, tapi, triplets tu nak jugak tengok tv dalam gelap. Ammar mula berpeluh resah & Fina beradu jauh darinya ketika itu. Saat nafas dia mula memberat terasa ada sentuhan lembut di bahu Ammar. Ammar palingkan wajahnya & melihat Fina sedang menyentuh bahunya. Dia pasti Fina sedang tersenyum untuk menenangkannya. Fina tarik tangan Ammar untuk duduk balik di sofa bersama & Fina keluarkan telefonnya dengan kecerahan seratus peratus. Dia letakkan di depan Ammar & mengelus lembut tangan Ammar. Ammar rasa lebih nyaman & nafasnya kembali teratur. Ammar ingin berikan senyuman terbaik yg dia ada tapi bibirnya tak mampu untuk merekah sebaik mungkin. Trauma, menyebabkan dia hilang rasa gembira & lupa macam mana nak tersenyum. 

Fina pasti yg Ammar sedang memandangnya tapi dia tak nak berkalih untuk memandang Ammar. Sebabnya? Dia takut jadi seperti dalam drama, bila saling bertatapan boleh menyebabkan... Hmm... kiss. Maybe? 

Drama korea Naila dah eksploitasi otak Fina akhirnya. Ammar pasti yg Fina sedang berfikir sesuatu, Ammar rendahkan kepalanya & singgah dibahu Fina. Perbuatannya itu membuatkan Fina berkalih laju.

Fina jadi tak keruan bila dia berpaling rambut Ammar menyentuh pipinya & haruman wangi rambut Ammar memenuhi rongga hidungnya. Fina menyentuh rambut Ammar kerana dah jatuh hati dengan kehalusan & wangian rambut itu. Rambut Ammar tak sekasar imaginasinya tentang rambut lelaki yg mana seperti duri landak. 

"Aunty." Panggilan Ian membuatkan Fina jatuh dari awan-awan dia sendiri. Fina mendongak melihat Ian yg sedang memandangnya.

"Nak tidur." Pinta Ian merengek manja dan Fina tergelak sikit. Fina pasti Ammar dengar apa yg Ian cakapkan tapi Ammar langsung tak bergerak.

"Saya nak tidur sini." Perlahan suara Ammar kedengaran & Fina mula pening sendiri. Dia minta Ammar jauhkan kepala & dia naik ke bilik. Dia mencapai comforter & hamparkannya di depan tv, satu lampu suluh diambil & diberikan kepada Ammar. 

"Tidur atas ni." Ujar Fina sambil tersenyum senang & keempat lelaki dalam rumah itu terus mengambil tempat masing-masing. Fina mengambil selimut yg bersaiz super besar & lebar & selimutkan mereka berempat.

"Aunty, peluk Mika." Pinta Mika yg paling kecil. Fina angguk & ikut sama baring bersama mereka. Akhirnya, malam yg sempurna datang kepada mereka.

*****

Ammar tersedar bila ada sesuatu diatas dadanya & sangat berat. Bila dia buka mata bibirnya merekah sedikit melihat Joe betul-betul sedang alaskan dia sebagai tilam. 

"Oh, dah bangun?" Soal Fina dalam suara serak & masih lagi menahan kantuk. Ammar pandang Fina yg sedang menggenyeh matanya sambil merapikan rambut.

"Dahsyatnya tidur." Fina bercakap sendiri dengan senang & dia membantu meletakkan Joe dibawah. 

Ammar ikut sama bersila seperti Fina. 

"Tengok apa Joe dah buat ni." Fina berdiri dengan lutut untuk mencapai kepala Ammar. Rambut Ammar yg messy habis Fina perbetulkan dengan rasa sayang.

"Jom solat." Ajak Fina senang & terus berdiri.

*****

Fina pelik bila Ammar asyik betulkan belakangnya & dia kelihatan sedang menahan kesakitan. Fina maju menapak pada Ammar yg sedang bersandar lemah pada sofa.

"Kenapa?" Soal Fina ambil berat. Bila anak mata Ammar membalas renungan manis itu Ammar rasa sakitnya hilang tiba-tiba.

"Kenapa?" Fina terpaksa ulang soalannya bila Ammar seakan tidak mendengar.

"Saya tak biasa tidur atas comforter." Jawab Ammar perlahan. Dia mula segan dengan dirinya yg terlalu lemah & banyak kekurangan. Dia penakut, tak makan sayur, tak pandai bersosial, tak pernah tengok wayang, tak pernah sertai aktiviti luar rumah. Apa yg Ammar tahu hanyalah berada di rumah & dia pandai berenang. Mungkin sebab selalu berenang otot badannya agak kuat sedikit.

"Sorry." Pinta Fina rasa bersalah dah sebabkan Ammar kesakitan. Ammar terkejut bila Fina yg meminta maaf. 

"Bukan salah awak." Ammar cuba nak betulkan tapi Fina segera memintas percakapan Ammar.

"Pusing, saya urut." Ujar Fina lembut & Ammar hanya menurut. 

Jari runcing Fina mula mengurut belakang Ammar & Ammar rasa sangat lega & badannya kembali ringan.

"Terima kasih." Ucap Ammar ikhlas & dalam senyum, Fina angguk.

*****

Masa berjalan dengan pantas bila Ammar & Fina mula rasakan ikatan antara mereka tapi, Ammar masih lagi kekok dengan pergaulan. Sudah lima bulan & sangat lama waktu itu.

"Bila kau nak kenalkan laki kau?" Soal Naila dah jenuh sebenarnya. Hari perkahwinan Fina dia tak dapat hadir sebab ada urusan. Fina berikan senyuman malas & teruskan kerjanya tanpa menghiraukan Naila.

"Fina!" Bentak Naila geram & Fina mengeluh malas.

"Aku nak sangat kenalkan kau dengan dia tapi, kau tahu kan kisah dia." Jawab Fina malas. Dia sangat rasa simpati dengan hidup Ammar.

"Aku tahu, sorry okay." Pinta Naila serba salah. Dia tahu semuanya tapi dia tetap jugak mendesak. Tangan Fina diraih memohon maaf & Fina segera ukirkan senyuman. 

"Nanti aku tanya Ammar. Okay?" Soal Fina pula & cuba untuk kembalikan suasana asal.

"Okay. Aku pergi dulu." Naila sengih manja & keluar dari bilik Fina.

Fina mendapat panggilan mengenai mesyuarat yg tiba-tiba & dia terpaksa tinggalkan kerjanya & bergegas ke bilik mesyuarat di fakulti. Fina terpaksa mengejar masa & beberapa pelajar yg menegurnya dia balas dengan senyuman & lambaian sahaja. Bila Fina dah masuk ke dalam bilik meeting dia lega banyak bila dia tak jadi orang terakhir sampai.

"Kenapa?" Soal Fina pada rakan seejabatnya.

"Ketua kepada ketua unit kita." Jawab kawannya berbisik sebab suasana dalam bilik itu sangat senyap.

"Kenapa?" Soal Fina lagi, pelik bila semua orang seakan takut & cuak.

"New one." Balas seorang lagi berbisik & suasana kembali diam bila pintu dibuka luas. Semua mata memandamg gerangan yg masuk & semua mata terus terpaku pada wajah lelaki berkarisma & berkaca mata itu.

'Hazim' nama itu keluar secara sendiri daripada benak Fina & hanya Fina yg kelihatan hilang kata-kata bukannya terpaku.

"Saya ketua unit yg baru, Dr. Hazim Zafri." Semua orang berikan fokus sepenuhnya kepada Dr. Hazim yg sedang memberi ucapan ringkas. Fina pasti yg dia sekarang ni dalam mode bisu & blur tahap maksimum. 

Fina bersandar lemah pada kerusinya & dia hanya memandang meja besar itu. 

Hazim pasti semua orang mengaguminya tapi dia juga perasan akan sekujur tubuh yg langsung tidak memandangnya & hanya menunduk. 

"You!" Hazim menghalakan jarinya pada tubuh itu & semua orang agak terkejut. Fina yg disentuh kawannya mengangkat muka & memandang Hazim. 

Bila mata mereka bertemu, Hazim terus menjatuhkan jarinya yg sedang menala pada Fina & dia berdiri tegak dengan tiba-tiba. Suasana kembali tenang & Hazim mula bercakap semula.

Fina pasti yg hidup dia akan jadi lebih sulit lepas ni. Fina termenung di sofa sementara Ammar masih belum balik kerja. 

Ammar buka pintu rumahnya & dia ternampak Fina yg sedang memandangnya dengan wajah yg bermasalah & tanpa senyuman. Buat kali pertamanya Fina tidak tersenyum bila menyambutnya pulang.

Ammar juga tidak berkira untuk menegur Fina & dia terus langsung masuk ke dalam bilik. Seketika kemudian Fina juga ikut sama berada di dalam bilik itu. Masing-masing hanya simpan suara & wajah masing-masing.

Sudah hampir 24 jam Ammar & Fina tak bertegur sapa. Mereka berdua rasa asing & sunyi tapi tak tahu nak mencari topik perbualan.

"Family day nanti, awak pergi?" Soal Ammar pada Fina. Fina pandang Ammar & dia angguk sambil tersenyum lemah. 

"Awak okay?" Soal Ammar lagi & Fina ukir senyum lebih lebar. Ammar jarang sangat tanya soalan pada Fina.

"Awak pergi?" Soal Fina semula pada Ammar. Dia tahu Ammar tak pernah pergi.

"Tak." Jawab Ammar ringkas & kembali melihat tv. Fina mendekati Ammar & duduk di sebelahnya.

"Saya nak awak pergi, boleh?" Pinta Fina seakan merayu & memegang erat lengan Ammar. Memujuk.

"Tapi..." 

"Pergi ya?" Pinta Fina seakan memaksa & akhirnya Ammar angguk lemah. Fina tayang gigi putihnya yg tersusun rapi kepada Ammar. Berterima kasih kerana Ammar sudi ikut sama.

*****

Tak sangka yg pantai jadi pilihan keluarga Ammar untuk bersama tahun ini. 

Fina yg asalnya orang luar lebih mesra bermain bersama yg lain, tapi lain pula Ammar. Ammar hanya banyak terperap dalam bilik. 

"Mana abang Ammar?" Soal salah seorang dari sepupu Ammar kepada Fina. Fina dah ajak Ammar ikut sama tapi Ammar menolak untuk keluar petang ini main bersama.

"Akak pergi panggil jap." Fina terus berlari ke arah chalet untuk mendapatkan putera raja yg susah sangat nak keluar ni. 

"Ammar! Am..." Belum sempat habis menjerit Fina dah selamat jadi askar meniarap atas tilam sebab tersadung karpet. 

"Ah!" Satu erangan agak kuat kedengaran & mata Fina terbuka luas bila dia & Ammar bertatapan. Jadi, dia jatuh atas Ammar!

"Sorry!" Pinta Fina & terus berdiri tegak. Ammar keluar dari selimut & berdiri sama tegak dengan Fina.

"Sorry Ammar." Pinta Fina risau & dia menunduk memandang lantai. Malu pun ada lagi.

"Okay." Jawab Ammar & Fina lega.

"Kenapa berselimut?" Soal Fina pada Ammar. Ammar gelengkan kepala & tak menjawab soalan itu.

"Jom keluar." Fina tak mengajak tapi memaksa Ammar ikutnya dengan menarik tangan Ammar untuk ikutnya. 

Ammar hanya ikut apa yg Fina buat & melangkah dengan malas. 

Semua mata memandang Ammar & Fina yg sedang berjalan sambil berpegangan tangan ke arah mereka. Mereka ternganga & bersorak riang pada masa yg sama. Buat kali pertamanya melihat Ammar berada diluar & mesra dengan orang lain.

"Yay! Abang team Amir." Amir bersorak bila ahli kumpulannya dah cukup. 

Ammar gelengkan kepala dengan wajah selamba sebab dia tahu yg volleyball bukan sport untuk dia.

"Abang, tak cukup orang ni." Rayu Amir tapi Ammar masih lagi tayang wajah selamba.

"Akak in!" Fina kesian dengan Amir jadi dia gantikan Ammar. Tasha tahu yg dia dah buat keputusan salah sebab dia memang tak pandai main.

"Jom!" Ajak Amir & terus mula bermain.

Ammar mengukir senyum sendiri bila melihat Fina bukannya bermain bola tapi melarikan diri dari bola. Game terus & Fina terus juga melarikan diri. 

Semuanya berubah bila Mirah ikut sama main & berada pada team lawan. Mirah memang seorang yg atletik & dia boleh bermain dengan baik. Mirah, Zara & Dianne seakan berpakat & menyerang Fina seorang diri. 

Hanya Ammar yg sedar permainan kotor itu & Ammar pasti mereka semua sengaja nak kenakan Fina. Bila satu bola laju yg ditampar tepat kepada Fina, Ammar bangun dengan laju & berdiri di depan Fina. Bola laju itu menghentam kepala Ammar dengan kuat & melantun ke dalam laut. 

Semua mata terkejut bila Ammar masuk macam tu & bola terkena kepalanya. Ammar pandang Mirah dengan pandangan yg tajam. 

Fina dalam keadaan masih terkejut & segera meraih Ammar supaya memandangnya. Bola itu tepat pada sebelah kanan mata Ammar. Di bahagian atas dah ada kesan merah. 

Fina menahan sebal melihat kulit putih Ammar bertukar merah & kebiruan sedikit. Fina menyentuh kesan merah itu & Ammar meringis sedikit. Air mata Fina mengalir sedikit bila melihat Ammar nya kesakitan.

"Saya okay." Ammar memegang tangan Fina dengan lembut & sebuah senyuman dia berikan khas kepada Fina. Saat itu semua orang mula perasan yg Ammar mampu tersenyum kini. Tetapi hanya kerana Fina & mereka gembira melihat semua itu.

*****

Fina memerhatikan wajah Ammar yg lebam. Ammar sedang lena & Fina tahu Ammar kesakitan. Fina mengusap lembut lebam itu & Ammar bergerak sedikit bila rasa sedikit sakit dengan sentuhan Fina.

"Saya tak boleh tengok awak sakit macam ni." Fina bersuara perlahan & tanpa dia sedari bibirnya mendarat tepat di pipi kanan Ammar. Bila Fina melepaskan ciuman ikhlas itu matanya terbuka luas. Ammar! Ammar sedang memandangnya dengan wajah terkejut. Fina kehilangan kata-kata & dia mula gelabah sendiri.

"Sorry." Pinta Fina segan & rasa bersalah habis tapi dia hairan bila Ammar langsung tak cakap apa-apa. Bila Fina pandang Ammar, Ammar dah kembali lena. Fina tersengih sendiri bila melihat Ammar yg kembali lena.

"Comel!" Puji Fina serta laju tangannya mencuit lembut hidung mancung Ammar.

*****

Pada malam kedua mereka bercuti saudara Ammar telah sediakan satu game yg biasa mereka main. Truth or dare. Ammar duduk di sebelah Fina & kedudukan mereka sangat rapat. Ammar yg merapatkan jarak mereka bila Fina kesejukan kerana angin pantai.

"Okay! Lets spin the bottle!" Teriak salah seorang sepupu Ammar dengan ceria. Permainan dimulakan & botol menala kepada Qaish. 

"Okay! T or D?" Soal Hakim, leader kepada game kali ini.

"D!" Jawab Qaish yakin. Hakim ambil kertas di dalam bekas & membukanya. Sengihan lebar mula muncul dibibir Hakim.

"Cium bola & confess!" Baca Hakim kuat & ada yg tergelak besar, pastinya orang paling kuat gelak itulah yg tulis arahan itu. Qaish nak tak nak terpaksa lah cium & confess pada bola. Kalau tak nak, alamatnya memang kena minum sos cili. Permainan diteruskan & memang banyak betul arahan yg mengarut.

"Yay! Akhirnya the nerd Naim dah kena!" Sorak Iwan ceria. Entah apa yg dia suka sangat kenakan si Naim tu pun tak tahu lah.

"T or D?" Soal Hakim.

"Truth." Jawab Naim sopan & Hakim mengambil kertas di dalam bekas.

"Siapa yg paling cantik kat sini?" Soalan itu memang tepat untuk Naim & tak sabar nak dengar apa yg bakal keluar dari mulut Naim. Semua perempuan yg ada kat sini mulai nervous & curious nak tahu siapa kelihatan cantik pada Naim.

"Hmm... Kak Fina." Jawab Naim perlahan & semua mata terbuka luas termasuk Ammar. Perempuan lain dah frust menonggeng & ada yg ketawa juga.

"Akak?" Soal Fina seakan terkejut tapi dia masih mampu untuk tersenyum.

"Ya, sorry abang." Pinta Naim pada Ammar. Ammar anggukkan kepala tanda tidak perlu risaukan dia. Game diteruskan lagi & kali ini kembali kepada Ammar.

"Dare." Pilih Ammar & Hakim bacakan arahannya.

"Ucap I Love You pada orang sebelah anda." Semua orang dah tersengih bila Hakim bacakan arahannya. Fina pula dah membuka mata seluas lautan. Ammar pandang Fina & Fina senyum pelik.

"Its okay, awak tak perlu cakap. Saya akan minum sos cili tu okay?" Fina beri cadangan & dia mengambil bekas yg berisi sos cili itu. Ammar secara automatik memegang tangan Fina & dia memandang Fina dalam-dalam.

"Saya... sayangkan awak." Ucap Ammar ikhlas & bibirnya mendarat di dahi Fina. Suasana terus freeze & semua orang macam gembira habis melihat sesi itu. Fina menunduk & mukanya membahang serta-merta.

'Part of game'

'Just game'

'GAME!' Fina seperti ingatkan dirinya sendiri. Dia tak nak terlalu mengharap.

"Okay! Proceed." Fina membuka mulut & mereka terus bermain. Setelah beberapa pusingan akhirnya terkena pada Fina.

"Ha! Cantik soalan ni. Pernah bercinta?" Soalan Hakim ringkas je tapi berat untuk Fina menjawabnya. Fina anggukkan kepala & semua orang ikut sama terkejut dengan jawapan itu.

"Abang Ammar?" Soal orang lain pula & Fina tak beri apa-apa respon kecuali matanya membesar.

"Sambung!" Jerit Fina sambil tersengih & yg lain teruskan permainan. Fina takut untuk pandang Ammar sebab dia tahu bukan Ammar orangnya & Ammar juga tahu bukan dia.

*****

Ammar rasa sesuatu tak kena dengan hatinya. Dia rasa sakit bila dapat tahu yg Fina pernah cintakan seseorang. Dia tak pernah rasa macam ni & dia tak tahu apa yg perlu dia buat. 

Fina perasan yg Ammar kembali tak banyak bercakap sejak mereka balik dari family day hari itu. Ammar selalu berdiam diri & suka mengelak untuk berjumpa dengan Fina. Tambahan pula Fina serabut dengan kemunculan semula Hazim. Dia tak suka Hazim muncul semula dalam hidupnya.

"Saya pergi dulu." Fina meminta diri untuk pergi ke tempat kerja & Ammar tak respon apa-apa pun. Fina sedih semua ini jadi pada hubungan mereka yg baru sahaja membaik. Dia juga masih lagi mendengar luahan Ammar itu walaupun hanya sebagai game. Dia percaya & dia ikhlas & dia sangat harapkan Ammar betul-betul sayangkan dia.

Fina ke kolej & dia cuba untuk ceria seperti biasa. Fina tarik nafas dalam-dalam & keluar dari kereta dengan senyuman.

"Fina." Seseorang memanggil nama Fina menyebabkan dia berpaling & dia kembali menoleh bila tahu siapa yg memanggilnya.

"Fina, saya tahu awak dengar." Sambung Hazim lagi & Fina tayang muka bodoh.

"Ada apa yg boleh saya bantu Dr. Hazim?" Soal Fina formal habis & dia berikan senyuman tak ikhlas kepada Hazim.

"Fina, we need to talk." Fina tergelak bila dengar Hazim cakap macam tu & dia pandang Hazim dengan gelak sinis.

"Really? Nak cakap yg awak break dengan saya, kahwin dengan anak dato & berjaya sampai hari ni? Atau, nak cakap tentang betapa gembiranya hidup awak sekarang?" Soal Fina sinis & terus melangkah pergi tapi tangan Hazim sempat memaut lengan Fina membuatkan Fina berpaling memandangnya semula.

"Saya dah bercerai, tolonglah Tasha." Pinta Hazim seakan merayu & Fina menepis kasar tangan Hazim.

"Takziah atas penceraian doktor. Saya bersimpati sangat! Jangan sentuh saya! Saya ada suami & saya sayangkan suami saya." Fina terus pergi dari situ dengan langkah laju. 

Dia benci dengan dirinya sendiri bila air matanya mengalir. Dia tahu yg dia takkan mampu lupakan Hazim. Hazim cinta pertama dia & dia gembira saat dia & Hazim bersama. Fina kesat air matanya & masuk ke dalam biliknya. Dia terus menangis teresak-esak & meletakkan kepala di atas meja beralaskan tangan. Dia terus menangis & tak pedulikan siapa yg masuk ke dalam biliknya. Terasa bahunya diusap lembut.

"Aku dengar semuanya Fina. Sabar okay." Naila. Naila yg selalu ada bersamanya saat senang & susah. Fina berpaling memandang Naila & dia memeluk Naila yg sedang mengandung itu.

"Kenapa aku cintakan dia dulu?" Soal Fina menyesal dengan apa yg dia lakukan dulu. Naila terus menenangkan Fina & dia faham sangat perasaan Fina. Dia menyukai Hazim sejak zaman U lagi & bila Hazim balas perasaannya, hanya Allah yg tahu betapa gembiranya Fina saat itu.

*****

Ammar perasan yg hari ini Fina hanya bermurung & tak ceria seperti biasa. Ammar juga perasan yg ada air mata mengalir di mata Fina. Ammar rasa sakit bila melihat air mata itu, Fina tak pernah menangis selama ini. 

Bila dah pagi, Fina kembali tidur selepas solat subuh & Ammar pelik. Dia bersiap untuk ke tempat kerja tapi dia risaukan keadaan Fina. Dia berjalan ke katil & menyentuh dahi Fina. Sah! Fina demam.

"Awak demam ni." Ammar melutut di sebelah Fina & mengusap lembut pipi Fina yg panas & sedikit kemerahan.

"Ammar..." Serak suara Fina menyebut nama itu & Ammar senyum sedikit. Ammar duduk di katil & meletakkan tangannya di pipi Fina sambil mengelus dengan lembut. Fina gagahkan diri untuk bangun & memeluk Ammar erat.

"Maafkan saya, sebab menangis tentang lelaki lain." Pinta Fina sebak & dia kembali teresak. Ammar mengusap lembut belakang badan Fina & Fina mengeratkan pelukan.

"Saya cintakan dia tapi dia tinggalkan saya untuk perempuan lain. Saya dah putus asa tapi kenapa dia kembali. Kenapa dia nak saya balik? Saya dah tak nak dia." Luah Fina lagi & Ammar rasa sakit dengan pengakuan Fina. Fina cintakan lelaki itu & lelaki itu cinta pertama Fina.

"Saya tak kisah kalau awak nak bersama dia balik." Balas Ammar melawan kehendak hatinya sendiri. Dia sakit bila sebut hal itu tapi dia tak sanggup nak tengok Fina menangis & sedih. Fina pandang Ammar tak percaya & air matanya berhenti mengalir.

"Awak nak tinggalkan saya jugak?" Soal Fina sebak & masih lagi terkejut.

"Saya tak nak. Kalau awak nak..." Belum sempat Ammar habiskan ayat, Fina kembali memeluk Ammar dengan erat & kini dia berada di atas ribaan Ammar pula. Ammar sendiri terkejut dengan tindakan Fina yg lain macam ni.

"Saya dah tak cintakan dia, saya cuma sedih. Saya sayangkan awak. Jangan tinggalkan saya." Luah Fina & pelukannya semakin erat. 

Ammar tersenyum senang & dia membalas pelukan erat Fina. Fina kembali lena & Ammar lega sangat. 
Ammar mencapai telefon Fina & mendail satu nombor.

"Fina! Mana kau? Kata mengidam nak makan nasi lemak lah, penat aku tunggu tepi jalan ni." Ammar terkejut bila dia kena sembur macam tu. Dia berdehem sekali & suara yg sedang marah-marah itu terus diam.

"Maaf, saya Ammar. Suami Fina. Dia demam." Maklum Ammar sopan & Naila disebelah sana rasa nak hantuk kepala dia di bucu meja.

"Maaf. Fina demam?" Soal Naila kembali kepada mod manusia & bukan monster lagi dah.

"Ya." Jawab Ammar ringkas.

"Encik Ammar."

"Ammar je." Dengan sopan Ammar membalas.

"Ya. Ammar, saya Naila. Maaf lah ya."

"Tak apa."

"Ammar, saya rasa ni first time Fina demam selepas kahwin kan? & awak pasti pelik dengan Fina. Dia bila deman memang suka merapu & merengek sikit. Manja pun overdose, jadi, awak bertahan lah sikit dengan dia. Selalunya lepas makan ubat $ tidur, dia akan kembali asal balik. Dah hilang perangai pelik dia tu." Terang Naila lebar & Ammar hampir tergelak bila dengar Naila membebel macam tu sekali. Apa yg dia pasti, dia tahu Naila kawan terbaik Fina & dia dah faham kenapa Fina tiba-tiba je berperangai pelik.

*****

Ammar rasa gembira walaupun dia tahu dia tak patut gembira melihat Fina sedang sakit. Dia gembira akhirnya dia dapat menjaga Fina ketika sakit.

"Makan ubat." Ammar suakan ubat & air kepada Fina tapi Fina tayang muka sedih & dia tak nak makan ubat. 

Ammar tergelak sedikit & dia menyuap ubat itu ke dalam mulut Fina. Fina segera mengambil air & minum laju. Rasa pahit ubat memenuhi ruang mulutnya.

"Sorry." Pinta Ammar & lap air yg mengalir di hujung bibir Fina. Fina memandang Ammar & dia memeluk Ammar erat sebelum terlelap. Ammar mengeluh ringkas & dia tersenyum senang. 

Fina kelihatan comel dalam keadaan sakit & Ammar tak mampu nak mengalihkan matanya daripada merenung Fina.

Ammar lebih suka melihat Fina demam daripada sihat. Sebab, bila Fina sihat dia langsung tak duduk diam & mampu buat pelbagai kerja dalam satu masa & Ammar kembali dijaga dengan rapi oleh Fina.

"Adam, sarapan." Fina tersenyum pada Ammar. Ammar mengeluh lagi & dia tetap ikut duduk di meja.