"Berbahagialah wahai gadis yang diuji Tuhan. Di sebalik ujian pasti terselit sejuta hikmah. Hujan turun beserta guruh, akhirnya terlihat pelangi indah. Terus senyum ya bidadari, lantas kau bina warna-warna indah yang bisa terbiaskan pada insan lain. Sungguh, kau insan terpilih."

Friday, December 19, 2014

Kenal & Cinta Allah

Hati yg mengenal Allah & jatuh cinta kepadaNya itu digelar -- hati emas. 

Ya, mengenal Allah SWT tidak mampu dicapai oleh anggota lahiriah, tetapi oleh kekuatan hati. 

Hati itu dicipta oleh Allah dengan kemampuan untuk "melihat" & merasa sesuatu yg maknawi sifatnya. 

Pandangan mata hati yg dapat menjangkau kebesaran Allah & daerah2 rohani yg tinggi inilah yg disebut oleh Allah melalui firmanNya ;

"Sesungguhnya bukan mata yg buta, tetapi yg buta adalah hati yg ada dalam dada" 
[Surah Al-Hajj 22: 46]

Oleh sebab itu, "alat" mengenal & mencintai Allah yg paling penting ialah -- hati.

Akal hanya permulaan.
Alim (mengetahui),
amal 
& arif (mengenal) 
ialah 3 langkah untuk mengenal Allah. 

Mengenal dengan akal tentang sifat2 kesempurnaan Allah tak cukup, sepatutnya diresapkan ke dalam hati melalui ibadah2 fardhu & sunat. Seterusnya ibadah inilah yg akan mengasah hati untuk mengenal Allah.

Sebab tu ahli2 yg arif selalu mengungkapkan bahawa hakikat ilmu itu ialah "ketibaan" makna & hati. Melalui pembelajaran tauhid, kita mengetahui Allah itu wujud, Allah Maha Melihat,  Maha Mendengar & sebagainya. Tetapi mengetahui saje tak cukup. Kita perlu merasai Allah itu ada. Maha Melihat, Maha Mendengar & sebagainya. 

Kenapa kita perlu merasai & bukan sekadar mengetahui? 

Jauh bezanya antara seseorang yg mengetahui Allah itu ada dengan mereka yg merasai Allah itu ada. 

Aku highlight di sini, mengetahui & merasai. Beza kan?  

Orang yg mengetahui Allah itu ada, masih sanggup melakukan kejahatan tetapi orang yg merasai Allah itu ada takkan berani melakukan kejahatan. 

Tauhid dah dihayati, yakni sudah meresap ke dalam hati. Tidak hanya berlegar-legar di kepala (akal).

Inilah cabaran utama dalam kehidupan beragama waktu ini. Tauhid hanya dipelajari di otak kiri ; diketahui,  dihafal & kemudian dipindahkan ke atas kertas peperiksaan. 

Akhirnya, sistem pendidikan hanya mampu melahirkan pelajar2 yg mempunyai kelulusan dalam mata pelajaran agama, tetapi tidak "beragama" dalam realiti kehidupan seharian.

Terdapat persoalan dalam kalangan masyarakat. Kelulusan agamanya berjela-jela, tetapi hilang wibawa kerana dunia & kuasa. 

Masyarakat tertanya, kenapa semua ni berlaku? Kenapa ilmu agama yg dipelajari sejak tadika tak berjaya melahirkan pelajar berakhlak baik? 

JAWAPANNYA ;

Sistem pembelajaran & pendidikan yg ada belum berdaya menangani SOAL HATI!

Kita hanya melahirkan para mualim yg memindahkan ilmu tetapi kurang murobbi yg mampu memindahkan rasa daripada penghayatan tauhid ke dalam hati.

WAllahualam.

Thursday, December 11, 2014

Aku & Tabah.

Aku?
Tabah? 

Mungkin patut aku katakan kami terkadang serasi & terkadang tidak. 

Adakalanya, bila aku berjaya melepasi satu ujian yg Allah kirimkan, aku akan merasakan diri aku sangat tabah. Aku mampu tersenyum & terus menjadi kuat. 

Tapi sesungguhnya aku manusia biasa & pastilah adakalanya, aku tersungkur juga. Kekuatan & ketabahan aku ada hadnya sendiri tetapi aku bukan sesiapa. Allah takdirkan aku diuji dengan tiap ujian itu kerana Allah tahu aku mampu. 

Aku yakin tentang itu. Kerana persis seperti sebuah meja, pasti ada penciptanya. Sudah tentu penciptanya tahu akan kebolehan & kekuatan meja tersebut, bukan? Penciptanya pasti tidak akan memberikan beban yg tidak mampu meja tersebut tanggung kerana dia sendiri tahu setakat mana kekuatan meja tersebut. 

Sama seperti Allah, DIA yg mencipta kita. DIA tahu akan kekuatan tiap ciptaannya & DIA tidak akan mungkin pernah membebankan hambanya dengan sesuatu yg tidak mampu hambanya tanggung kerana sesungguhnya DIA lebih tahu. DIA tahu setakat mana kekuatan yg hambanya mampu.

Jadi, bila Allah hadiahkan ujian buat diri, jangan pernah sebut "aku tak mampu" sebaliknya ucapkanlah "ya Allah, aku redha dengan ujian ini andai ia akan mendekatkan aku pada diriMu", kerana sesungguhnya kita tidak tahu apa apa sedangkan Allah tahu segalanya. Allah itu Pencipta kita. DIA tahu tiap sesuatu tentang diri kita. Allah tak kejam. Allah tak akan membebankan kita dengan sesuatu yg berat & tak mampu kita tanggung. 

Ujian itu menguatkan bukan melemahkan. Ujian buat kita kuat & bangkit setelah kita jatuh tersungkur. 

Ingatlah, sulit itu jalan ke Syurga. Mana mungkin untuk mendapatkan sesuatu yg berharga, tidak ada ujiannya, bukan? Pandang langit, senyum. Hembus nafas, tarik nafas, senyum. Allah sayang kita :)

Muhasabah semula diri kita. Kalau tidak disebabkan ujian yg Tuhan kirimkan, susah benar bibir kita ni mengucapkan zikir. Susah benar bibir ni merintih meminta pertolongan DIA, bukan? 

Ya, Allah masih sayang & ingat kita. 

Senyum lagi.

Pesanan dari diri yg hina ini,

"Dunia ini penuh ujian & dugaan. Pilihlah untuk bersabar. 

Bila dirundung duka, ingat pesan Allah. La tahzan (Jangan kamu bersedih, DIA ada)

Bila kembali ceria, ingatlah, La taghtar (Jangan terbuai, DIA masih menduga)"

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg redha & diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, & masuklah ke dalam SyurgaKu." (Surah Al-Fajr ; ayat 27-30)