Aku?
Tabah?
Mungkin patut aku katakan kami terkadang serasi & terkadang tidak.
Adakalanya, bila aku berjaya melepasi satu ujian yg Allah kirimkan, aku akan merasakan diri aku sangat tabah. Aku mampu tersenyum & terus menjadi kuat.
Tapi sesungguhnya aku manusia biasa & pastilah adakalanya, aku tersungkur juga. Kekuatan & ketabahan aku ada hadnya sendiri tetapi aku bukan sesiapa. Allah takdirkan aku diuji dengan tiap ujian itu kerana Allah tahu aku mampu.
Aku yakin tentang itu. Kerana persis seperti sebuah meja, pasti ada penciptanya. Sudah tentu penciptanya tahu akan kebolehan & kekuatan meja tersebut, bukan? Penciptanya pasti tidak akan memberikan beban yg tidak mampu meja tersebut tanggung kerana dia sendiri tahu setakat mana kekuatan meja tersebut.
Sama seperti Allah, DIA yg mencipta kita. DIA tahu akan kekuatan tiap ciptaannya & DIA tidak akan mungkin pernah membebankan hambanya dengan sesuatu yg tidak mampu hambanya tanggung kerana sesungguhnya DIA lebih tahu. DIA tahu setakat mana kekuatan yg hambanya mampu.
Jadi, bila Allah hadiahkan ujian buat diri, jangan pernah sebut "aku tak mampu" sebaliknya ucapkanlah "ya Allah, aku redha dengan ujian ini andai ia akan mendekatkan aku pada diriMu", kerana sesungguhnya kita tidak tahu apa apa sedangkan Allah tahu segalanya. Allah itu Pencipta kita. DIA tahu tiap sesuatu tentang diri kita. Allah tak kejam. Allah tak akan membebankan kita dengan sesuatu yg berat & tak mampu kita tanggung.
Ujian itu menguatkan bukan melemahkan. Ujian buat kita kuat & bangkit setelah kita jatuh tersungkur.
Ingatlah, sulit itu jalan ke Syurga. Mana mungkin untuk mendapatkan sesuatu yg berharga, tidak ada ujiannya, bukan? Pandang langit, senyum. Hembus nafas, tarik nafas, senyum. Allah sayang kita :)
Muhasabah semula diri kita. Kalau tidak disebabkan ujian yg Tuhan kirimkan, susah benar bibir kita ni mengucapkan zikir. Susah benar bibir ni merintih meminta pertolongan DIA, bukan?
Ya, Allah masih sayang & ingat kita.
Senyum lagi.
Pesanan dari diri yg hina ini,
"Dunia ini penuh ujian & dugaan. Pilihlah untuk bersabar.
Bila dirundung duka, ingat pesan Allah. La tahzan (Jangan kamu bersedih, DIA ada)
Bila kembali ceria, ingatlah, La taghtar (Jangan terbuai, DIA masih menduga)"
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg redha & diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, & masuklah ke dalam SyurgaKu." (Surah Al-Fajr ; ayat 27-30)
No comments:
Post a Comment