"Berbahagialah wahai gadis yang diuji Tuhan. Di sebalik ujian pasti terselit sejuta hikmah. Hujan turun beserta guruh, akhirnya terlihat pelangi indah. Terus senyum ya bidadari, lantas kau bina warna-warna indah yang bisa terbiaskan pada insan lain. Sungguh, kau insan terpilih."

Saturday, October 17, 2015

Cerpen untuk birthday girl 😁

"Eby, bangunlah cepat. Nanti lambat pulak ke kelas." 

Ummi ni... Tak penting mana pun kelas hari Isnin ni dah memang aku muka ponteng kelas lecturer tu. Aku menarik selimut dan menyorok tapi ummi memang lebih terror bab kejut orang bangun pagi. 

Dan kalau nak tahu, nama panggilan 'Eby' aku tu adalah singkatan dari 'baby'.

"With three or you wet?" 

Hah! Tu dia ugutan ummi yang super garang bila bab kejut bangun pagi.

"Ummi, pergi kejut abang dulu." Hihihi. Aku ni dua beradik je. Ada abang je tu pun garang jugak memang sel-sel garang ummi turun dekat dia.

"Abg Reef dah pegi kerja pun. Bangun!" 

Peha aku dipukul dengan kuat. Aku bangun dan bersila atas katil. 

Sekarang dah pukul 7 pagi. Kalau aku bersiap sekarang kelas pukul 8 tu tak sempat jugak. Eleh. Alasan je tu sebenarnya.

"Now!" Aku pandang muka ummi. Memang garang gila oh dan memang cari pasal kalau tak bangun lagi. 

Aku turun dari katil. Sambung tidur dalam tab mandi lah. Ingat tak boleh tidur ke? 

"Don't you dare to sleep in the bathroom!" Erk! Baru je niat dah kantoi! Sense kuat betul ummi ni. Aku hanya mampu mengangguk dan tersengih.

"Naila Sofia, I mean it."

"Yes ummi. 15 mins and I'll be downstairs." Aku terpaksa mengalah. 

Ummi dah guna nama untuk akad nikah aku ni. Terpaksalah aku ikutkan. Malas betul nak pergi lecture sir Aziz. Mesti aku jugak yang kena perli dengan dia nanti. Asyik aku je yang terkena, tahu lah result aku ke laut sikit tapi agak lah nak malukan aku satu kelas. 

Hehehe. Salah aku jugak sebab malas belajar sangat.

Aku pandang makanan atas meja dengan berselera sebab nampak sedap sangat. Aku baru je baca doa makan last-last ummi bagi aku makan roti je. Lepas tu kena halau pergi kelas. Ummi ni... 

Huwaaa abi... Baliklah cepat outstation tu... Merana Eby kena control dengan abang Reef dan ummi... Merintih dalam hati je lah. Ye idok?

"Pak Khalid jangan ikut cakap Eby ni. Hantar dia pergi kolej." Pesan ummi pada pak Khalid. Memang pesanan yang biasa lah tu. 

Risau sangat aku melencong. Kesian dekat pak Khalid yang kena marah. 

Setelah bersalaman dengan ummi, macam biasalah. Pesanan penaja pagi-pagi ni suruh belajar elok-elok. Dengar macam aku tak suka kan? Aku sayang gila ummi aku ni tau! Kalau tak dah lama aku lari dari rumah! Hahaha. Idea gila, tak pernah terlintas pun sebenarnya.

"Nak pak Khalid hantar macam biasa ke?" Soal pak Khalid yang biasanya menghantar aku jauh dari kawasan kolej. Bukan apa aku tak suka orang tahu yang aku ni agak berada.

Riak oh kalau nak mengaku kaya. Bukan harta benda aku pun. Hak Allah jugak. Abi dan ummi selalu pesan suruh rendah diri sebab hidup di dunia ni harta bukan pengukur darjat seseorang.

"Macam biasa, thanks pak Khalid. Jangan dengar cakap ummi tu." Pesan aku sambil tergelak bila turun dari kereta.

"Pening pak Khalid macam ni. Hati-hati, nak." Pesan pak Khalid lagi. 

Aku mengangguk dan tersenyum lalu berjalan kaki. Takdelah jauh mana pun nak kena berjalan ni.

"Dah sampai pun orang kampung ni. Jalan kaki lagi?" Ni lah geng bajet diva dekat kolej aku. 

Geng Nugget Marina! Ey, kalau ikutkan tak sabar ni nak je aku pakai ilmu taekwando yang aku menuntut sampai red belt ni. Tapi dek hati penyabar aku ni dan sabar tu separuh dari iman, aku kuatkan jugak. Naila Sofia, kan?

"Jalan tangan ada ke? Kalau ada aku nak try jugak." Aku jawab selamba dan melintas dia dengan muka tak berdosa. 

Geram dia tengok aku sekarang ni. Alahai mamat tepi dia tu pun budak hot jugak. Tak dinafikan memang handsome tapi malang betul sangkut dengan minah sewel tapi hot ni. Marina pun lawa gila weh! Kalau tak takkan boleh jadi hot kan?

"Naila, kau kena lagi ke?" Soal Danisa.

"Kenapa tak cili je mulut nugget Marina tu?" Ni Afina. Atau Fina je kami panggil. 

Bestfriend aku lah dua orang ni. Mereka je tahu kehidupan sebenar aku macam mana. Apa nak kisah dorang pun lebih kurang sama dengan aku je hidupnya. Malah lebih kot. Aku pun tak sure tapi dorang ni rendah hati dan rendah diri. Takdelah nak berlagak macam nugget Marina tu!

"Alaaa, lagi dilayan lagi suka minah tu. Aku rasa satu cara je nak bagi dia diam." Aku mengangkat kening jahat. Jahat tu takdelah. Nakal boleh lah kot. Hihihi.

"Apa weh? Kau punya idea selalunya level jin jahat weh." Kurang hajaq punya Danisa. Aku dikatanya Jin? Memang tak sayang kawan betul!

"Cepatlah!" Marah Fina. Tahu pun nak dengar idea bapak hebat aku ni tapi takdenya aku nak melancarkan misi jahat ni.

"Usha pakwe dia!" Aku berkata senang lalu berjalan meninggalkan mereka berdua yang dah ternganga. Buruk gila muka dah macam ikan buntal yang kurus aku tengok. Kelakar habis! Memang lawak kampus!

"Kau ni biar betul. Meraung minah tu weh."

"Gila lah weh!" 

"Weh, aku gurau je weh!"

-----

Dalam kelas Sir Aziz memang tak lain tak bukan aku menyorok bawah meja kuliah dan tidur. Hehehe. 

Memang terlindung dan selamat tempat aku tidur ni. Ummi suruh datang kelas. Aku dah datang pun. Huhuhu. Kurang hajaq gak aku ni, tak respect ilmu. Tapi aku memang tak boleh. Aku kena cukup tidur.

"Naila Sofia?" Suara Sir Aziz memanggil nama aku. Kan aku dah kata dia suka benar seru nama aku ni. 

Danisa mengejutkan aku dari tidur dan dengan malas aku bangun dan terus berdiri. Ramai yang duk pandang aku sekarang. Dah ada yang gelak pun. Gelaklah sebab aku ni jenis muka tembok. Umur 20. Time ni lah nak buat perangai macam kurang mumaiyiz sikit. Tudung yang dah senget aku betulkan. Dahsyat sangat aku tidur agaknya.

"Slide kat depan. Apa awak buat kat bawah tu?" Soalan memang mati membunuh. Takkan nak jawab tidur tapi nanti bohong pulak. Mula-mula bohong lama-lama mencuri. Ummi tak bagi bohong. Dah lah semua orang dah gelakkan aku.

"Sir nak jawapan jujur ke jawapan selamat?" Soal aku balik. Memang kelas dah bising dengan gelak tawa.

"Awak nak saya bagi markah jujur ke markah selamat?" Soalan apakah ini? Fina dah suruh aku mengaku.

"Markah selamat sir!" Jawab aku sambil tersengih. Sir Aziz menggelengkan kepalanya. Dah muak dengan perangai aku kot.

"Awak ni Naila Sofia..." Erk. Dah kali ke berapa sir ni mengeluh sebab aku.

"Sir jangan benci saya sir. Karang terjadi menantu susah pulak. Kena hadap muka saya." Kelas gamat lagi dengan gelak. Aku pun dah tersengih bila sir pun sengih. Sir Aziz ni baik je orangnya tapi suka sangat perli aku.

"Ada impian ke?" Soal sir pula. Aku sengih lagi. Gurau je. Karang dibuatnya, serius mati doh. Tak nak aku!

"Tak ada sir." 

"Baguslah. Nanti anak saya nak makan apa. Ada isteri kuat tidur." Erk! Aku pulak yang terkena balik. Kena gelak lagi. Sir dah kemas barang dia sebab kelas dah habis. Malu weh kena atas batang hidung.

-----

Bila kelas habis je semua dah berlari keluar kelas dan aku mendapatkan sir Aziz.

"Sorry sir. Saya dah try nak fall in love dengan subjek ni. Tapi tak boleh." Aku menerangkan hal sebenar. Memang aku tak suka pun. Ni semua sebab ummi yang suruh jadi aku ikutkan aje. Lagipun ni subjek tambahan aku je. Yang main aku ambil architecture.

"It's okay. Saya faham. Samalah, awak tak jalan result pun tak jalan lah." Sir Aziz ketawa sakan. Aku hanya tersenyum sama. Aku tak kisah pun kalau markah aku ni tak jalan.

"Sir ni... Sorry eh sir?" Pinta aku lagi.

"It's okay. About your suggestion to be my dauhter in law..."

"Sir. Saya pergi dulu. Bye!" Laju kaki aku melarikan diri. Buatnya sir berkenan aku yang comel ni buat menantu. 

Danisa dan Fina dah bantai gelak macam orang hilang pedoman hidup. Eyyy! Kecik je aku rasa depa ni. Makan jugak kang. 

Seronok berlari, aku terlanggar orang pulak. Berterabur buku dia dan paling cantik timing hentak kepala aku weh! Buku amenda yang tebal sangat ni? Kamus oxford english ke apa? Terduduk jugak aku sebab sakit sangat.

"Sorry, are you okay?" Soal suara orang yang aku langgar tadi. Bila aku pandang muka dia yang bersalah tu buat aku terdiam sekejap. Mamat kaca mata mana yang cute ni. Boleh cair!

"Miss, are you hurt? Wanna go to clinic?" Soalnya lagi. Aku yang dah sampai kayangan cepat-cepat sedar. 

"I'm fine. Thank you." Lelaki depan aku tergelak kecil. Kenapa? Haah lah. Jawapan aku tu. Skema macam buku teks bahasa inggeris darjah dua. Aku tayang sengih dan berdiri. Pening lalat kepala aku ni sekejap. Jadi logik lah kali ni lupa semua ilmu sir Aziz tadi sebab kena hempuk. Hahaha. Dahsyat alasan kan?

"Wanna go to clinic?" Soalnya lagi.

"It's okay. I'm fine. Pening lalat je ni."

"Sorry, tak perasan sebab awak laju sangat berlari. Tak sempat nak elak"

"Its okay. Saja practise dalam kolej ni. Sorry gak, berterabur semua." Aku menolongnya kutip buku. Banyak buku mamat ni. Budak skema plus rajin ni. Kepala aku dah bengkak rasanya sebab sakit sangat. Nak nangis lah... Abi...

-----

Balik rumah je ummi dah mula dah mukadimah leterannya. Sebab tu lah walaupun kelas habis awal aku rela duk kolej. Hahaha takdelah. 

Ummi ni haaa suka sangat suruh aku belajar masak dengan mak Ida. Aku tak suka dan memang lah tak pandai sebab tu kena paksa belajar benda ni semua.

"Dengar lah cakap ummi tu. Melawan je tahu!" Tu dia... Back up dah mai dah. Abangku yang paling aku sayang, Zareef Haziq. Bekerja sebagai engineer.

"Sat lah, nak naik mandi dulu." Aku menjeling abang aku yang tinggi macam galah ni. Aku berlari naik ke bilik dan terus mandi. Kepala yang terasa pedih aku sentuh. Dahsyat benar kuasa kamus oxford tu ya.

"Jom!" Ajak abang sebaik aku turun ke dapur. Abang aku ni pandai masak. Dia baik je sebenarnya cuma... Ya lah. Sel-sel membebel ummi melekat kuat sangat dekat dia. Hihihi. Aku ni pulak jenis sempoi. Sel-sel abi. Hihihi.

Bila abang gosok kepala aku, aku mengaduh kuat. Sakitnya kepala aku ni. Abang ni pun!

"Aduh! Sakitlah abang..." Abang pelik. Dia menarik aku mendekatinya dan kepala aku dilihat.

"Ya Allah, benjol apa ni, Eby?" Soal abang prihatin. Aku malas nak cerita yang aku marathon dalam kolej lepas tu langgar orang lepas tu kena hentak.

"Buku hempap kepala. Sakit, abang..." Adu aku sedih. Air mata dah mula menuruni pipi... Memang sakit sangat ni... Tadi sakit jugak tapi takdelah sakit sampai macam ni.

"Abang letak ubat ya... Kesiannya..." Aku dibawa ke sofa dan abang keluarkan first aid. Kepala aku disapu ubat dan ditiup lembut. Air mata aku pun abang kesat. Kan dah habaq, abang aku ni baik...

"Kenapa, Eby? Luka?" Soal ummi. Risau lah tu!

"Kena hempap dengan buku, ummi. Benjol ni, teruk jugak." Abang menjawab bagi pihak aku. Ummi dah risau dah.

"Ya Allah, kalau sehari tak cari penyakit tak sah."

"Sikit je, ummi. Ummi, abi balik bila?" Asal sakit je mesti nak cari abi sebab boleh minta macam-macam. Hahaha... Memang teruk perangai aku ni. Tak boleh nak buat bini langsung.

"Dah on the way pun. Kejap lagi sampai lah. Dah, pergi naik atas rehat. Assignment jangan tak buat pulak."

"Baik ummi! Abi balik, panggil orang eh?" Aku meminta tolong pada abang dan abang mengangguk. Yay! Sayang abang. Ummi pun!

-----

Aku sedang melakar pelan untuk assignment minggu ni. Berat oh kali ni punya kerja. Kena pelan rumah yang ada dekat tanah berbukit bukau. Macam mana nak buat pattern ni? Kalau copy je rumah orang nanti dapat kosong pulak. Meniru katanya. Aku yang serabut otak menggaru kepala dan bila tersentuh di tempat kena hempap tu aku mengaduh kuat. Dah lah dalam library.

"Awww!" Semua mata memandang aku sekarang ni tapi cepat je aku angkat tangan minta maaf. Dah ada orang buat shhh... Huhuhu. Apa lah aku ni mulut main lepas je nak cakap apa pun.

"Kepala awak sakit lagi?" Terkejut aku bila tiba-tiba je ditegur. Aku angkat muka dengan dahi yang berkerut sebab geram. Dah tercalar pelan yang aku tengah lukis ni & mamat specky mana pulak datang sini tayang sengih?

"Sorry... Assalamualaikum." Sapanya pula. Aku dengan muka blur menjawab salamnya. Dia mengambil tempat duduk di depan aku dan aku memandangnya. Entah apa mamat ni nak sekarang ni.

"Awak tak ingat saya dah? Semalam buku saya jatuh atas awak."

Haah lah! Huhuhu macam mana pulak aku boleh lupa dia ni. Semalam rasa macam ingat lagi muka dia tapi hari ni dah lupa terus. Nampaknya bukan jodoh aku lah kot dan tak termasuk dalam list lelaki idaman aku.

Dalam banyak-banyak ciri, ada satu yang perlu ada dalam lelaki idaman aku iaitu bila aku pandang dia kali pertama aku dapat cam dia lagi buat kali kedua. Yang ni aku tak cam dah.

"Awak?" Haaa. Dah mengelamun.

"Naila. Saya Naila... It's okay. Benjol sikit je tak luak mana pun." Aku sengih tayang gigi sikit lepastu pandang pelan aku balik. Memang assingment ni diberi masa dua minggu tapi aku lebih suka buat kerja awal. Jadi bila ada idea nak tambah, terus tambah je. Senang.

"Saya Ammar Faezrul. Awak budak architecture, ya?" Jap. Dia panggil aku budak ke tadi? Kurang hajaq naa... Tapi dia ni siapa pulak?

"Haah..."

"Sorry pasal semalam." Pintanya untuk kali ke berapa dah aku tak sure sangat. Aku angkat muka dan pandangnya lalu tersenyum. 

Sungguh. Memang aku langsung tak salahkan dia sebab aku sendiri yang buat marathon di tempat yang tak sepatutnya.

"It's okay. I'm fine... Cool lah!" Aku berkata selamba. Dia tayang senyum.

"Saya budak account." Erk. Diri sendiri pun panggil budak? Ke memang jenis macam tu. Panggil budak semua. Patutlah skema mamat ni. Budak account rupanya. 

"Final year student."

"Oh, senior lah ni? By the way, good luck final exam minggu depan."

"Awak tahu?"

"Mestilah." Aku bangga kot tahu jadual senior ni. Hahaha.

"Awak pun final year ke?" Yang ni terkejut. Aku muka sikit punya muda dia kata sebaya dengan dia? Salah orang betul lah mamat ni.

"Tak lah... Second year."

"Terkejut saya... Muka macam adik-adik lagi."

"Adik-adik? Hmm, bolehlah." Ingatkan tak sedar yang aku ni awet muda. 

"Senior saya yang cakap."

"Oh... Kalau ada rezeki jumpa awak lagi saya belanja awak makan. For my sorry?" 

Erk. Aku telan liur. Mana pernah aku makan dengan budak lelaki selama ni. Dia yang tersenyum manis tu buatkan aku mengangguk. Tak sampai hati nak tolak muka dia yang cute tu. Jap! Muka dia yang cute? Memang cute pun. Alahai hati perempuan... Suka tengok benda comel...

"Okay!" Okay je lah dulu. Nanti aku ajak dua orang kawan aku sekali. Hahaha. Biar cari beg duit dia nak bayar. 

Hahaha. Takde lah aku sejahat tu. Memang aku ni banyak idea jahat tapi tu idea je lah. Kalau orang nak beli boleh je aku jual dengan diskaun sikit. Amboi buat jahat!

-----

Apa yang orang semangat gila berkumpul dekat situ? Aneh bin Pelik ni tapi aku malas lah nak menyibuk. 

Karang kena pijak buat naya je. Peh hiberbola kena pijak. Kan best kalau ada mata ajaib, senang sikit nak usha. 

Malaslah. Aku bersandar pada batang pokok untuk hilangkan penat. Nak patah pinggang eden buat pelan tu. Tidur kejap. Hihihi. Hantu tidur lah katakan. 

Baru je mata jumpa timing nak lelap, dah mai pulak bestfriendss aku ni. 

"Handsome gila weh..."

"Gila handsome weh!"

Aku garu kepala yang memang gatal sangat ni. Aku pandang dua sahabat aku yang duk sibuk sekejap jerit sekejap gelak. Memang kalau aku ni jahat aku dah call tanjung rambutan. 

Siapa yang hensem gila weh weh tu?

"Korang cakap pasal apa ni?" Soal aku akhirnya.

"Ada pameran kesihatan kat sini seminggu." Aku blur. So, apa yang weh weh tu. Setiap tahun memang ada, jadi apa yang seronok dan lain macam sangat. Tak faham aku dengan budak-budak tak matang ni.

"Setiap tahun ada kan?"

"Kali ni special, Naila."

"Apa yang specialnya? Doktor-doktor dan nurse-nurse buat show lagu Korea ke?" Soal aku selamba habis. 

"Bukanlah!" Marah Danisa. Aik. Nak marah-marah aku pulak? Gigit jugak minah ni nanti.

"Tahun ni doc dari Hospital Klang."

"Dah tu? Yang teruja sangat kenapa? Pakwe kau?" Soal aku malas.

"Handsome weh! Ramai pulak tu."

Patutlah menggedik semacam kawan aku ni. Aku senyum segaris. Dua orang ni memanglah, pantang nampak orang handsome sikit, menggedik je kerjanya. Hahaha. Jahat betul mulut aku ni kesian dekat depa.

"Apa yang ramai?"

"Doc handsome lah!"

"Berapa ramai?"

"5 orang lelaki 3 perempuan."

"Perempuan pun handsome?" Soal aku lagi. Saja je sebenarnya.

"Kau ni! Tapi yang lelaki tu. Ada tiga orang yang handsome weh. Sorang chinese, dua lagi melayu dan yang pakai baju biru tu! Handsome weh!" Danisa buat muka cair. 

Aku dah nak gelak sampai pengsan. Memang handsome sangat kot. Siap disokong oleh Fina lagi. 

Malas nak melayan orang tengah syok sendiri ni. Baik aku pergi cafe, makan. Senior nak belanja kan? Esok dia dah exam dan lepas dia exam aku cuti pulak. Bestnya cuti!!!

"Jom pergi jumpa senior cute korang. Dia nak belanja makan."

"Senior Ammar?" Soal Fina beria. Lupa terus dekat doktor-doktor handsome tu. 

Haha, kelakar betul muka Fina sekarang ni. Dah tangkap cintan tapi usha jugak orang lain. Karang melepas padan muka. Senior pun suka juga dekat Fina ni. Kononnya nampak ayu lah apa bagai. Tak kenal luar dalam lagi memang lah nampak ayu. 

Tunggulah dah kenal nanti semua belantara dia nak redah hilang terus ayu tu. Tapi dua-dua malu nak cakap, macam mana nak jalan? Aku tak nak masuk campur lagi dah. Cukuplah sekali je bila aku campur tangan pasal Fina. Aku yang satukan dia dengan orang yang salah. Playboy tahap dewa!

"Hmm, jom!" Aku mengajaknya. 

Danisa yang masih ada awan kepul-kepul, kami tinggalkan dan akhirnya dia terpaksa berlari mengejar kami berdua. Hahaha. Padan muka. Tu lah asyik nak berangan je. Kalau nak, pergi je lah cakap betul-betul. Kalau simpan duk buat sakit mental je sia-sia jugak.

-----

"Senior." Aku menyapanya lalu duduk di sebelahnya. Danisa dan Fina didepannya. Sengaja aku bagi can Fina duduk depan senior. Dua-dua muka dah merah weh. Aku sembunyi senyum dan Danisa juga buat benda yang sama. Alahai malu-malu lah pulak dua orang ni.

"Saya bawak teman. Okay ke?" Soal aku pada senior. Tengok dari muka dia yang gembira sangat dapat jumpa Fina ni pun dah tahu, okay sangat.

"Okay je. Order lah. Saya belanja." Aku dan Danisa dah angkat punggung dulu. Orang nak belanja kena laju. Lama sikit baru Fina dan Senior gerak. Mesra je bercakap. Ke dorang dah ada something tapi tak nak cakap. Fishy haaa?

"Teh o ais limau!" Ujar aku dan orang di sebelah aku pada mak cik cafe serentak. Rasa macam sehati sejiwa pulak. Aku pandang orang sebelah aku ni dan mata aku terus kena paku pada wajahnya yang sedang blur memandang aku. Aku palingkan muka aku ke kaunter balik dan memegang jantung aku. Apesal macam baru lepas jumpa hantu ni? Aku menarik nafas kemudian buat-buat pandang phone. Cover lah kononnya.

Setelah mengambil air, aku terus ke meja. Malas nak layan perasaan aku yang semacam je ni. Bila aku duduk, terus Danisa berbisik pada aku. Aku melihat entah apa yang menarik sangat tu? Rupanya lelaki tadi adalah doc yang super kacak tu. Aku tak cakap eh, depa ni yang duk puji doc tu.

"Handsome kan?" Soal Danisa sambil mengangkat keningnya. Aku hanya mampu angkat bahu. Fina pun dah mula curi pandang doc handsome tu. 

Aku ada bau renjatan jealous lah dekat sini. Muka senior yang berubah aku tenung agak lama.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Soal senior membuatkan Danisa dan Fina memandang aku dan dia. Fina dah angkat kening tanya 'kenapa'?

"Kalau senior dah habis study jangan lupa kami pulak." Aku sengaja berkata begitu. Aku pandang muka Fina yang dah berkerut. Ingat aku ni nak pikat senior ke?

"Takkan saya lupa." Balas senior sambil tersenyum dan dia pandang Fina. Fina membalas pandangan itu dan aku tersenyum puas.

-----

Gila tak gila aku teman kawan-kawan aku ni derma darah. Katanya boleh usha doc handsome tu lama sikit. Aku teringin jugak nak tahu nama baju purple ni. Dah Danisa dan Fina asyik duk usha mamat ni je. Aku tak tahu nama dia sebab dia tak pakai nametag. Kot putih tu pun dia tak pakai jugak. Betul ke doc ni?

"Cik, isi borang dulu."

Danisa dan Fina yang dah lepas ujian tekanan darah menuju ke tempat yang disediakan. Sekarang ni Dr. Ayu yang tengah layan kami. Jadi tak ramai lah budak perempuan. Hahaha. Nampak sangat dermanya tak ikhlas. Memang ayu sangat doktor ni. 

Aku isi borang dan kemudian duduk di kerusi untuk diperiksa tekanan darah dan jenis darah. Korang tahu kenapa kan?

Karang jadi cerita biology pulak. Bila turn aku, Dr. Ayu dah tukar dengan doktor baju purple yang aku nak tahu sangat nama dia ni. Bila dia sarung kot putihnya, aku buat-buat main phone. Memang aku rasa tak sedap je jantung aku ni. Cantik pulak dia duduk depan aku. Hesh! Kacau betul mamat ni.

"Tangan?" Pintanya. Aku yang sedikit blur, terkejut.

"Ha? Nak buat apa?"

"Nak check type darah cik."

"AB." Jawab aku pula.

"Let me check first." Aku dah cuak. Tak suka sebenarnya dengan jarum ni tapi dah nak derma sangat ikut Danisa dan Fina, aku korbankan jari kecik aku ni.

"It's okay lah, saya takut jarum sebenarnya." Aku tersengih dan memang dah ready untuk melarikan diri secepat mungkin. 

Apasal doktor ni pun sengih? Dah lah sengih jin jahatnya. Mentang-mentang doktor! Pui!!!

"I can't force you. Okay. Next?" Panggilnya kemudian. Jadi aku yang tak rasminya telah dihalau secara halus oleh doktor ni. Aku angkat punggung untuk beredar sebab ramai gila kot beratur belakang aku sekarang ni. Memang fans mamat ni kot. 

"I hope you can come again tomorrow. Once you are ready. It's hard to find AB Blood." Aku yang dah angkat kaki berpaling semula tapi dia tak pandang aku pun. Duk layan pesakit sekarang ni. Dia cakap dengan aku ke tadi?

"Doc cakap dengan saya?"

"Yes." Dia menjawab sambil tersenyum.

-----

Yang ni memang boleh masuk KL Book Of Records. Aku datang jugak hari ni. Bukan apa, ni sebab darah aku ni mahal. Limited edittion katanya. Tahu kenapa AB blood ni famous? Haaa, google je lah malas nak cerita biology.

"Cik takut ya?" Soal doktor lelaki cina depan aku. Hmm. Boleh tahan jugak handsomenya.

"Apa?"

"Cik takut ke?" Soalnya lagi.

"Cuak."

"You jangan risau, tak sakit pun."

"Okay. You manyak hensem jadi I tengok you punya muka. Hilang sakit tu wooo." Aku mengarut. Bahasa apakah yang aku guna. 

Doktor depan aku ni pun dah tergelak. Alahai comelnya Dr. Lee ni gelak. Suka lah tu orang puji dia tapi takdelah handsome mana pun mengikut firasat aku. Lepas satu klik je, darah aku keluar sikit. Test jenis darah dulu.

"AB lah. Manyak susah mau dapat."

"Limited edittion kot." Aku berseloroh. Memang tak sakit pun sebenarnya. Cuak je lebih.

"Tapi you tetap tak boleh derma lah."

"Awat?" Haaa, terlopong doktor ni tak faham. Dah bahasa utara mana pulak yang mai ni. Aduh, haha.

"Why?" Tu dia. Bahasa London sekali.

"Blood pressure you rendah."

"Oh. Sedihnya."

"It's okay. Make sure you eat something heavy. Like meat. But your blood pressure is not at serious level. Just take care of your food."

"Okay. Thanks." Adoi. Darah rendah pulak. Sia-sia je jari aku berlubang. Eleh poyo je aku ni padahal tak luak mana pun.

"How? Dapat donate?" Tanya Danisa sambil buat assignment. Haaa. Baru sibuk nak siapkan. Duk lagi usha benda tak berfaedah tu.

"Tak. Darah rendah" Aku tongkat dagu depan Danisa  Fina the bising-est dah pergi mana? Tak muncul-muncul lagi hari ni.

"Fina mana?" Soal aku pada Danisa.

"Jumpa senior. Entah apa yang dia nak bagi." Jawab Danisa tanpa pandang muka aku yang baik punya terlopong. Dah pandai Fina sekarang niii. Tunggulah hang, aku korek sampai lubang cacing kisah sebenar. Peh macam polis ayatnya. 

Tak habis aku punya lopong, Danisa dah tambah pulak. Aku pandang apa yang Danisa pandang. Lah, doktor tu lagi. Baju pink hari ni. Nak terkeluar biji mata Danisa aku tengok.

Aku keluarkan phone dan snap gambar Danisa  Hihihi. Kelakar gila. Masuk Instagram lawa gak ni!

-----

"Kereta encik kena bawak pergi bengkel ni." Dr. Zairis Asyraf dimaklumkan mengenai keretanya yang tiba-tiba mati di tepi jalan. Nasib dah nak sampai dekat kolej jadi dia bercadang untuk berjalan kaki je. Pada masa yang sama ada sebuah Mercedes berhenti tak jauh darinya. Dia terkejut bila yang kelaur dari kereta tu adalah minah yang takut jarum yang dia jumpa di kolej.

"Pak Khalid datang ambil kat sini ke nanti?" Soalan dituju pada gadis muda itu.

"Macam biasalah pak Khalid. Eby pergi dulu. Hati-hati." Gadis itu terus berjalan. Dr. Zairis tersenyum melihat semua itu. Dia terus mengatur langkah dan berjalan di belakang gadis itu.

-----

"Aduh! Sir Aziz lah pulak." Aku dah tak senang kaki ni, mana nak lari? 

Aku atur langkah ke sebelah kiri cafe dan sir Aziz tak perasan aku. Kalau tak, confirm dah kena sound.

"Baru sampai?" Suara sir Aziz yang agak kuat buatkan aku berpaling. 

Ingatkan dia tegur aku. Bila aku pandang, rupanya dia tegur doktor kesayangan Danisa  Mak aih, mesranya dua orang ni. Macam anak beranak je. Dah lah ada orang cakap anak sir Aziz tu doktor dan datang sini jugak. Entah-entah tu lah anaknya. 

Weh! Baik aku jangan kacau, karang masin mulut nak jadi menantu sir. Baik lari!!!!

-----

"Sekarang cuti kan, Eby?"

Soalan apakah duhai ummi. Sudah terang lagi bersuluh tengah relax pagi-pagi buta depan TV ni. Memang tengah cuti lah.

"Yup. Why ummi? Nak ajak holiday?" Soal aku tersengih. Best jugak kalau boleh pergi holiday... Atau aku patut buat kerja part time. Danisa dan Fina kata nak try rasa susah cari duit sendiri. Macam best tak terkata je kan?

"Holiday apanya... Abi dengan ummi kan nak pergi umrah." Haah, lupa pulak yang ummi dan abi nak pergi umrah.

"Lupa, jadi kenapa tanya?" Soal aku pelik.

"Ummi nak ajak Eby keluar hari ni."

"Shopping ke, ummi?" Soal aku dengan kening terangkat. Kalau shopping dengan ummi tak best sebab kena amal kempen jimat cermat tapi kalau dengan abi, ambiklah semua yang mana berkenan.

"Tak lah. Jumpa kawan ummi." 

Err. Orang tua punya conversation. Tak nak lah aku nanti kena jaga adab semua tak boleh nak tunjuk belang harimau aku yang aktif gila ni. Mesti kena cubit dengan ummi kalau cakap main bantai je.

"Tak nak lah ummi. Boring."

"Ummi tak kira. Pukul 2." 

Aku bergolek atas sofa. Baru je nak pujuk tapi ummi dah blah. Haih malasnya nak pergi. Last sekali cramp mulut aku duk senyum je. Ummi ni memang suka paksa aku buat benda yang aku tak suka langsung!

-----

"Ni lah Naila, ya?" 

Aku menyalami tangan datin depan aku ni. Baik weh, pakai tudung labuh lagi. Siapa kata datin-datin ni majoritinya rambut merah? Jangan buat fitnah weh!

"Itulah nama diberi. Tak tahu pulak atas sebab apa." Aku menjawab selamba sambil tersengih. Dah dapat gift jelingan ummi. Susahnya kena control daripada jadi diri sendiri.

"Aunty sihat?" Soal aku mesra. Suka tengok wajah aunty ni. Memang wajah ibu-ibuan lah katakan. Ummi pun aku suka tengok tapi bila tengok aunty ni buat aku teringat dekat ustazah aku yang paling baik dengan aku dan yang dah basuh otak aku yang agak jahat dulu. 

Zaman form 1 lah tu. Tak mumaiyiz lagi masa tu. Kepala hotak tak mumaiyiz! Tak tak, zaman nakal.

"Alhamdulilah sihat. Panggil ibu je."

"Ibu? Nak buat Naila jadi menantu ke?" Soal aku selamba dan gelak. 

Ummi dan ibu pun turut sama gelak. Memang aku tengah buat lawak pun sebenarnya.

"Itulah niat ibu." Apakah? Apakah? Apakah yang tengah berlaku ni? Aku tengah loading sekarang ni. Tolonglah jangan buat aku macam ni. Jangan lah buat lawak. Cuaknya.

"Ummi?" Soal aku sambil pandang ummi.

"Eby belum berpunya kan? Ibu tu nak merisik lah ni." Aku rasa macam blur gila. Dah rasa macam nak nangis dah ni. Abi...

"Ibu nak ikat je dulu. Bertunang dulu ke? Ibu dan ummi nak ke Makkah lama. Macam-macam boleh jadi kat sana. Jadi kami nak satukan Naila dengan Zairis, anak lelaki ibu." 

Mamat mana pulak yang bernama Zairis ni? Aku pandang ummi tapi ummi memandang aku dengan harapan.

"Naila belajar lagi." Jawab aku. Mengelak lah ni. Alasan.

"Bertunang je dulu. Lepas habis study, kahwinlah." 

Macam dah jatuh ditimpa pagar je. Bukan tangga lagi dah. Aku tersenyum berat. Cincin merisik disarungkan ke tangan. Aku nak menolak tapi tak mampu. Aku muda lagi!!!

-----

"Eby tak suka, ya?" Soal abi.

Esok aku akan bertunang dengan Zairis Asyraf si lelaki mana aku sendiri tak tahu. Danisa dan Fina cakap aku kena bersyukur sebab Allah dah sampaikan jodoh aku sekarang. 

Suka lah dorang bila aku nak kena ikat macam tu. Aku ni cinta monyet pun tak pernah try. Ni nak kahwin pulak.

"Entahlah abi. Terkejut."

"Abi faham." Abi tarik aku ke dalam pelukannya. Akhirnya aku boleh menangis dengan tenang. Nangis tenang ni maksudnya nangis ada mood lah. Menangis pun kena ada mood weh baru lah nampak real sedih tu. Baru tarik simpati orang. Poyo lah ayat aku. Padahal cuak.

"Abi pun tak tahu kenapa abi tak menolak cadangan ummi. Kalau boleh, nak Eby habis study dulu tapi bila Allah dah aturkan semuanya, hati abi boleh terima. Eby, sepatutnya Eby rasa bahagia Allah dah temukan jodoh Eby sekarang."

"Tapi Eby tak kenal lelaki tu. Eby takut."

"Baik Zairis tu. Zairis tu baik sangat sampai abi rasa..." Apa ni abi? Buat iklan pulak.

"Rasa apa?" Soal aku tak sabar nak tahu.

"Rasa risau, macam mana dia nak jaga anak abi yang nakal ni?" Aku dah naik geram. Abi ni! Aku meleraikan pelukan dan buat-buat merajuk.

"Sampai hati!" 

Abi tergelak besar. Memanglah aku ni nakal, sikit je lah kalau setakat huru-harakan rumah ni dan main skateboard dalam rumah. Boleh dimaafkan nakal aku tu aku rasa.

"Merajuk ke?"

"Tak payah nak pujuk sangat." Aku buat duck face. Boleh rasa hodoh bebenor muka aku sekarang dan abi gelak lagi. Aku akhirnya tersenyum. 

Betul ke aku untung sebab dipertemukan jodoh sekarang? Takut lah nak jumpa tunang aku esok... Eee macam manalah rupa Zairis Asyraf tu.

-----

Cincin merisik dah bertukar. Cincin tunang sekarang. Tak sangka yang aku dah jadi tunang orang sekarang. Takpelah kalau aku tak happy mana pun, asalkan ummi dan abi bahagia. 

Aku sebenarnya dalam mood tak sabar nak tengok tunang aku. Harapnya muka tak kasi muntah lah. Kalau tak, aku pengsan terus dekat sini. 

Dah lah tua! Dah 27 weh, tua 7 tahun dari aku. Jauh jarak tu dan dah lah dia kerja doktor. Satu kerjaya yang aku tak minat langsung. 

Tu lah Danisa selalu pesan jangan benci sangat nanti kahwin dengan doktor baru tahu. Hari ni memang aku baru tahu. Danisa dan Fina pun tak sabar nak jumpa tunang aku.

"Kalau jongang macam mana weh?" Soal Danisa. Aku dah geram berasap ni. Janganlah jongang.

"Nerd aku rasa." Balas Fina pula. Budak berdua ni saje je nak kenakan aku. Aku tendang jugak kang.

"Tunang adik tak dapat datang lah. Emergency call dari hospital tadi." Abang datang membawa berita 'paling' best.

"Alaaa..." Kami bertiga mengeluh serentak. Abang tergelak bila melihat muka kecewa kami.

"Handsome jugak abang eh?" Soal Danisa tiba-tiba. Aku dan Fina dua-dua jeling Danisa  Dia ni memang jenis spontan bebas tak tahu malu. Merah weh muka putih abang aku tu. Mak aih! Pantang betul abang dengan perempuan ni. Sebab tu takde awek lagi. Katanya malas nak cari padahal tak berani.

"Abang pergi dulu." Laju abang aku melarikan diri. 

Danisa senyum lagi. Takkanlah, majlis tunang aku dah jadi tempat jodoh si Danisa ni. Alahai. Takkan Danisa nak jadi kakak ipar aku pulak? Masak kalau betul.

"Abang kau dah berpunya ke?" Soalan Danisa buat aku dan Fina ternganga luas. Luas gila dah macam gua kot. Biar betul Danisa ni.

"Kau ni betul ke betik?" Soal aku tak percaya.

"Aku tanya je lah." Danisa dengan muka selamba menidakkan. 

Aku hanya mampu tersengih. Kalau Danisa boleh buat abang jatuh cinta pun best jugak. 

Dah 28 tapi tak ada awek pun lagi. Lagi tragis abang aku ni. Nak kata comel macam aku ni taklah tapi ada lah sikit.

-----

Kempunanlah nak kenal tunang aku hari ni. Dr. Zairis Asyraf. Nama yang boleh buat lidah aku terbelit nak sebut.

Aku dah meraung atas katil. Cincin di jari aku gigit kuat. Keras weh, memang emas putih ori punya ni.

-----

"How's life? Jadi tunang orang?" Soalan Danisa di awal sem baru ni tak enak didengar. 

Ummi dan abi pun dah balik dari umrah. Sihat walafiat je, Alhamdulillah. Ada jugak mereka suruh aku jumpa dengan tunang aku tu tapi aku tak nak. 

Akhirnya malam ni ada dinner dekat rumah aku dan tunang aku dijemput sama. Cewah. Macam best je sebut. Tunang aku.

"Sengih pulak!"

"Malam ni aku akan jumpa dengan tunang aku."

"Baguslah, akhirnya dah sebulan tunang tak kenal tuan punya badan lagi."

"Kau tak ada gambar dia ke?" Soal Fina.

"Ada! Tapi ada cerita tragis sikit."  Aku tersengih.

"Apanya?"

"Ingat tak yang kita main lumpur tu? Gambar dia aku letak dalam poket seluar. Lepas tu selamat masuk washing machine." Aku sengih lagi. 

Sebab tu jugak aku setuju bertunang dengan dia sebab bila ummi tanya berkenan ke tak aku tak berani nak cakap benda betul. Berkenan je lah. Kenapalah aku jadi kerbau hari tu, kan?

"Gilalah. Harap kau tak lari lah bila jumpa dia nanti."

"Tak kuasa mak." Aku balas selamba. Macam mana kalau aku lari nanti? Ummi, Eby cuak ni...

-----

"Ummi, dia sorang je ke or family sekali datang?" Soal aku pada ummi yang sibuk hidangkan makanan. Aku memang banyak menolong hari ni. Tolong tengok dan mengacau ajelah.

"Sorang je. Ibu dan abah dia kat UK sekarang."

"Kaya eh family dia?"

"Kenapa tanya?"

"Boleh Eby rampas harta dia. Lepas tu dia hidup merempat!" Aku dah ketawa jahat macam mak tiri bawang merah.

"Mengarut apa ni?" Marah ummi. Alaaaa gurau je pun. Tak kuasa lah nak makan harta orang. Aku boleh cari sendirilah.

"Eby gurau je. Naik atas jap nak mandi." Aku tersengih.

-----

Siap mandi dan memakai tudung yang baru dibeli. Alahai melawa dalam rumah sendiri macam pelik je. 

Aku dapat dengar suara orang lain dalam rumah ni. Maknanya dia dah sampai. Siapakah? Tunang aku lah.

Nak turun ke tak nak ni? Ke baik bertapa je dalam bilik ni? 

Aku keluar dari bilik bila abang panggil dan bila sampai je kat tangga paling bawah, mata aku dah dapat tangkap siapa tunang aku sebenarnya.

"Anak sir Aziz??? Lari!!!" Aku menjerit bagai orang gila dan terus langkah sejuta lari masuk dalam bilik. Tak nak!!! Aku tak nak kahwin dengan anak sir Aziz. 

Ya Allah, aku takkan tidur dalam kelas dia lagi. Janganlah aku kahwin dengan anak sir Aziz tu. Pintu bilik aku kunci. Masaklah aku.

"Eby, bukak pintu ni." Suara abi kedengaran.

"Tak nak, abi. Tak nak kahwin dengan anak sir Aziz." Aku dah menangis bagai nak rak dalam bilik sampai suara pun dah serak.

"Eby. Keluar dulu kita bincang."

"Tak nak, abi. Putuskan je pertunangan ni." Aku bersuara lagi.

"Eby, keluar dulu, kita bincang elok-elok."

"No means no, abi. Tak nak, abi." 

Aku terus menangis dan akhirnya pintu bilik aku dibuka dari luar. Dah hodoh muka aku sekarang sebab menangis. 

Abi tarik aku keluar dan turun ke ruang tamu dengan air mata yang laju turun ni. Boleh supply air dekat KL sehari ni banyaknya.

Muka Dr. Zairis aku pandang sekilas. Menangis bagai nak rak ni. "Tolonglah doktor, saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tak nak jadi menantu sir Aziz." Aku merayu lagi.

Suasana takyah cakap lah, sunyi. Asal lah muka doktor ni blur je. Aku tak nak kahwin dengan dia!

"Doc faham tak? Saya cakap bahasa melayu ni?" Soal aku geram. 

Ummi dan abi dah pandang aku semacam. Tapi mereka tinggalkan aku berdua dengan doktor ni. Saje nak suruh dia mati kena karate ke apa?

"Weh. Hang jangan diam ja. Ceq tak mau nikah dengan hang. Hang faham dak?" Soal aku geram. 

Senyap je mamat ni? Bisu ke apa? Mesti dia tak ingat aku kan?

"Awak orang utara ke?" Soalnya pula.

"Orang KL lah. Apasal?"

"Dah awak cakap utara." 

Aku cakap utara ke tadi? Patutlah terkebil-kebil tak faham. Aku rasa mudah je bahasa aku guna tadi. Takde yang payah mana pun.

"Saya tak nak kahwin dengan awak. Putuskan pertunangan ni. Now!" Aku berkata tegas.

"Why? Give me three reasons?" 

Amboi! "Soalan exam saya pun paling banyak dua reason je tau. Sedapnya mintak tiga reason. Ada satu je sebabnya."

"Apa?" Soal lelaki itu dengan kening terangkat. Rasa handsome lah tu? Hek eleh. Memang handsome pun.

"Dengar elok elok eh."

"Sebab. Saya. Tak. Nak. Jadi. Menantu. Sir Aziz!" 

Dia gelak? Kenapa? Gila? "Nah!" Dia hulurkan IC dia. Nak buat apa?

"What for?" Soal aku malas.

"I think you should know my name correctly." Ujarnya selamba. 

Aku dengan malas mengambilnya dan membaca nama dia. Apa dia rasa hebat sangat dengan nama alien yang susah nak sebut tu. Eja pun confirm selalu salah ni. Nak eja nama bakteria pun lagi senang.

"Muhammad Zairis Asyraf Bin Izaham, kenapa?" Soal aku malas. 

Dia pandang aku dan tersenyum. 

Aku cuba cerna apa yang aku sebut tadi. Izaham? Izaham...? Bukan Aziz?

"Izaham? Bukan Aziz?" Soal aku terkejut.

"Izaham. Aziz tu nama ayah kawan saya." Jawabnya tenang. 

Muka aku dah rasa panas ni. Panas boleh cecah suhu 100 darjah. Mana nak sorok muka ni weh. 

Dah lah meraung macam apa. Tudung yang dah senget sebab menangis aku betulkan. Tekak yang terasa pahit aku adjust sikit. Malu malu malu!

"Duduklah dulu. buat macam rumah sendiri." Aku berkata gugup lalu melarikan diri lagi. 

Masuk dalam bilik dan bergolek atas katil sebab malu. Ya Allah, kenapalah aku terburu-buru tadi. Sekarang kan dah malu tahap apa pun aku dah tak tahu nak cakap macam mana.

Time makan, abang dan abi asyik sengih je. Nak gelakkan aku lah tu. Aku pun makan asyik pandang nasi je. Selera dah hilang.

"Makanlah lauk tu. Takkan nasi putih je." Abi dah tegur dah. Saje lah tu nak tambahkan malu aku yang dah melimpah keluar ni. 

Aku angkat muka dan jeling abang yang sedang sengih. Aku pandang ummi yang turut sama tersenyum. 

Baiknya layan menantu dia, eh silap potong line. Bakal menantu lah.

"Eby dah kenyang." Bohonglah, mana aku makan apa-apa lagi hari ni. Nak nangis je sebab malu sangat.

-----

"Pergi lah teman Zairis ke kereta." 

Ummi menyuruh aku pulak? Ni memang kes sengaja ni. Bukannya payah mana jalan nak ke laman rumah. Pintu pun bapak besar. Orang rabun pun boleh agak. Nak kena hantar pulak. Takyah nak buat kempen eratkan silaturrahim sangat. 

Aku dengan malas mendengar aje. Senyap je kami berdua. Kalau nak mintak maaf pun rasa macam aku tak salah apa.

"Masuklah." Ujarnya bila dia dah sampai dekat kereta.

"Tak payah halau. Memang nak masuk pun. Tak kan nak berkhemah dekat sini."

"Saya tak halau. Saya cakap je."

"Yelah. Balik lah!" Aku pulak yang halau dia. Ish! Ni bukan perangai aku halau tetamu ni. Kita sepatutnya menghormati tetamu. Tahu dek abi, kena ceramah agama dua hari dua malam ni. Tapi kenapa dia senyum bila kena halau. Nak gelakkan aku jugak lah tu.

"Dah lah! Jangan nak gelakkan orang! Belasah karang!" Eee. Aku ni dah geram pulak.

"Assalamualaikum." Ujarnya sebelum masuk ke dalam kereta. Tak tunggu lama aku terus masuk dalam rumah. 

Selepas tutup pintu baru aku teringat nak jawab salam dia. Abang dah gelak dah. Abi pun sama. Malulah.

"Siapa sir Aziz tu?" Soal abang sambil ketawa.

"Bukan bapak mertua Eby lah yang penting." Aku jawab selamba dan duduk disebelah abang. 

Kalau aku buat marah dan malu makin seronok dorang ni semua. Jadi, kena bertenang kalau tak aku bertendang dengan abang nanti.

"Abi, ummi, ingat tak kawan Eby yang Danisa tu?" Soal aku selamba. Bohong lah kalau tak kenal.

"Kenapa?" Soal ummi. 

Abang pun dah pasang telinga curi dengar. Heh. Berminat ke?

"Dia nak usha abang. Ummi and abi izinkan tak?" Soal aku lagi. 

Ternganga abang dibuatnya. Ummi dengan abi pun terkejut. Aku just sampaikan hasrat hati Danisa je. Niat yang Danisa tak nak orang lain tahu. 

Aku tahu ni memang tak elok tapi aku jumpa dalam diari dia. Tak sengaja je sebenarnya aku terbaca.

"Really? Abi berkenan sangat dengan Danisa tu. Cantik budaknya."

"Betul ke Eby ni? Ke saja nak kenakan abang?"

"Ada pulak tipu. Betul lah!" 

Abang dah malu. Yay yay! Abang dah malu. Muka macho sangat. Bab perempuan je malu, lembik.

"Mengarut lah tu!" Abang dah angkat punggung. Aku gelak lah apa lagi. Best jugak kenakan si hati batu Zareef Haziq ni.

"Betul ke?" Soal ummi dan abi berminat. Suka betul dekat Danisa tu. Memang perangai baik tapi dah sampai mereng dia penat nak layan oh. Hahaha.

"Tipu je. Saja nak sakat abang." Aku sengih lalu melarikan diri. Ummi dah naik angin. Abi pun dah pandang aku semacam. Hahaha. Bapak hebat boleh kenakan orang hari ni.

-----

Aku pandang telefon tanpa perasaan. Pandang pun kena pandang dengan perasaan rupanya. 

Dah dua minggu tak contact tunang aku, eh bukan. Dah dua minggu dia tak contact aku. Sejak bila kami baik pulak eh? Dah bertunang dua bulan tapi hambar macam orang single je. 

Aku tak kisah pun sebenarnya. Kalau dia contact aku pun sekali je seminggu tu pun tanya bila nak cari barang kahwin dan tanya khabar je. Ke aku berharap dia call aku? Huh! Pelik bonar aku sekarang ni.

"Ingat Dr. Zairis ke?" Danisa ni. Potong mood aku betul lah.

"Tak dak masa nak ingat dia. Kau pe cerita? Tak jealous ke aku dapat doc kau tu?"

"Aku jealous? Takde maknanya. Aku sekarang ni jatuh cinta dengan abang kau. Tapi abang kau tu jual mahal sangat."

"Hahaha. Aku jual abang aku tu satu singgit je. Beli dengan aku je lah." Mengekek aku dengan Danisa gelak. Kesian abang jadi barang dagangan, ya? Aduh, kelakar.

"Weh. Semangat gelak" Fina dah mai.

"Semangat lah! Yang kau sedih ni kenapa? Wrestling dengan Senior?"

"Mana ada. Senior ajak aku jumpa mak dia. Cuak!"

"Yeke? Bagus bagus! Congrats friend, bakal menyusul aku lepas ni." Aku angkat kening.

Fina tetap serius, tak pernah-pernah dia serius macam ni sekali.

"Korang teman aku jumpa mak dia?" Ajak Fina. 

Aik, tradisi zaman bila bawak kawan jumpa mak mertua. Aku dan Danisa naik hairan.

"Tak pernah dibuat orang weh."

"Aku nak buat. Tolonglah..." Rayu Fina lagi. Aku pandang Danisa kemudian Danisa mengangguk jadi aku pun tak ada sebab nak menggeleng. 

Aku ikut sama mengangguk barulah Fina senyum lepas tu. Hahaha. Penangan jumpa mak mertua ni boleh tahan dahsyat eh. Aku ni kes lain macam.

"Thanks friends!" Kami bertiga berpelukan. Aku gembira Fina dah jumpa cinta dia. Agaknya macam ni lah mereka gembira bila tahu aku bertemu jodoh. Memang kawan baik aku dua orang ni percaya dengan jodoh. Yakin dengan kuasa Allah.

-----

"What??? No way!!!!" 

Aku membantah keras. Cakap lepas 2 tahun baru nak suruh kahwin. Ni baru je dua bulan dah suruh aku kawin dengan dia. No way! Janji tak ditepati betul lah.

"Sama je Eby, bulan depan ke tahun depan ke orang yang sama jugak."

"No, ummi. I'm just 20. Too young you know?"

"Abi, please..." Aku dah pujuk dan merayu bagai nak rak ni. Tapi kenapa tak ada orang faham dan hiraukan aku. Sepatutnya dorang gembira aku tak bantah bila nak bertunang dulu. Sekarang paksa aku kahwin pulak.

"Sorry, Eby... Please." Abi pun sama je.

"Apa ni?" Aku malas nak gaduh jadi anak derhaka. Aku naik ke bilik dan bersiap untuk keluar. Aku tak nak buat keputusan terburu-buru nanti menyesal.

"Eby nak pergi mana?" Soal ummi.

"Kejap je. Please, ummi?"

-----

Tak rasa tenang pun ada kat sini. Atau aku patut call Danisa dan Fina. Aku tak tahu nak buat apa sekarang dan tak faham kenapa perlu tergesa-gesa. Aku dalam proses lagi nak kenal doktor tu. 

"Assalamualaikum." Aku membuka mata memandang orang yang beri salam. 

Dia? Macam mana dia boleh ada kat sini dan dia buat apa?

"Awak buat apa dekat sini?" Soal aku.

"Jawablah salam saya dulu." Ujarnya pula. 

Aku dah geram tapi betul jugak aku tak jawab lagi salam dia. Salam dia aku jawab perlahan dan terus bangun menghadap dia yang sedang berdiri.

"Why? Tell me? Are you trying to destroy me? You wanna see me suffer? Huh? All of this. Its a big mistake to be your fiancee!" Aku bercakap dengan perasaan marah. 

Dan jelas dia tak sangka aku boleh semarah itu. Aku sendiri tak sangka aku boleh marah macam tu. Dia meraup mukanya kemudian dia menyelak rambutnya. Buat iklan syampu pulak dah.

"I'm sorry. Kalau tahu awak menyesal awal-awal lagi saya dah tolak permintaan ibu. Saya ingatkan awak redha macam saya redha. Saya salah rupanya." 

"Maafkan saya. Saya akan perbetulkan semua ni." 

Aku kelu bila dia cakap macam tu. Apa maksud dia? Tiba-tiba je aku rasa IQ aku drop teruk. Dia nak putuskan pertunangan ni, kan? Kan?

"Baguslah. Tapi kenapa?"

"Kenapa? Awak yang mintak kita putus kan? Mungkin itu yang terbaik."

"Bukan. Kenapa tiba-tiba nak cepatkan kahwin?" Soal aku pula.

"Kenapa nak tahu? Saya akan lepaskan awak." Aku terkedu sekejap. Senangnya dia nak lepaskan aku macam tu je?

Aik, bukan tadi aku ke yang beria mintak sampai rela gaduh dengan unmi. Aku dah tak tahu nak cakap apa sekarang ni tapi aku tetap jugak nak tahu.

"Saya nak tahu..."

"Okay. Opah saya sakit. Dia mintak saya kahwin cepat sikit. Saya tahu yang saya akan susahkan awak..."

"Opah sakit? Tak ada orang cakap pun?" Soal aku terkejut lagi. 

Tak habis dengan terkejut aku ni. Opah tu aku sayang kot sebab baik sangat dah lah ikan keli masak lemak dia best gila. Best gila-gila sebenarnya.

"Tak teruk pun."

"Baguslah, saya chow dulu." Aku meninggalkan dia seorang diri di situ. Betul ke tindakan aku dengan putuskan pertunangan kami ni? Macam mana nak cakap dengan parent aku nanti? 

-----

Cincin tunang aku dengan dia aku pandang lama, kenapa berat pulak rasa sekarang ni? Aku masuk ke dalam kereta dan terus beredar dari situ.

Tengak syok layan perasaan dan lagu kat radio, tiba-tiba kereta aku kena hiccup. Dah kenapa pulak ni? 

Hesh, dah lah hujan time gini jugak dia nak rosak. Aku turun dari kereta tapi aku masuk balik bila hujan turun dengan semakin lebat. Adoi. Dah lah jatuh, kena hempap pulak tu. Tapi kenapa aku rasa kosong je ni? Tak rasa apa-apa pun sekarang ni. Nak marah pun tak ada.

"Naila!" Cermin kereta aku diketuk kuat dan aku tersedar. 

Dah tertidur rupanya, aku pandang luar dan Zairis rupanya. Aku keluar dari kereta buat macam hujan tu angin je.

"Kenapa keluar?" Soal dia dengan nada yang kuat. Yelah nak lawan hujan yang lebat bagai nak rak ni. Dah basah dah aku. Dia takpelah bawah payung.

"Dekat sikit." Arahnya mengajak aku berkongsi payung. Alahai beli payung kecik macam cendawan mana nak muat? Hish tak reti bersyukur pulak aku ni eh?

"Masuk kereta." Aku dan dia bergerak ke keretanya. tak payah nak berpayung sangatlah dah basah lencun pun. Sejuk weh.

"Sejuk?" Soalnya. Aku yang dah menggigil ni dah biru tau macam avatar dah aku rasa. Dia menghulurkan kot putih dia tu, aku ambil je lah sebab sejuk sangat ni.

"Saya tengok kereta awak jap." Ujarnya dan nak keluar lagi? Tak payahlah nak jadi pomen pulak. Rawat orang dah lah tak payah nak rawat kereta aku tu. Karang jadi tikus membaiki labu pulak. Buat naya kat kereta je.

"Ambil kunci je. Biarlah, saya akan call pomen." 

"Okay."

-----

Sepanjang jalan ke rumah aku, kami sama-sama senyap sebab memang tak ada apa yang perlu dicakapkan. Memandangkan kami pun dah jadi orang asing bukan tunang lagi. 

Sebaik tiba di rumah, ummi terkejut tengok aku yang basah kuyup, Zairis pun ada sama. Lagi lah terkejut.

"Ya Allah, masuklah dulu, Zairis. Ganti baju."

"Masuklah." Aku menyampuk bila Zairis pandang aku. Mungkin segan kut sebab sekarang ni kami dah tak ada apa-apa lagi dah. Pada aku lah tapi tak cakap pulak direct nak putus tunang. Tak ada siapa yang declare jugak.

"Saya ambil baju jap dalam kereta." 

Aku dah masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik untuk mandi.

-----

Setelah selesai solat asar dan tukar baju semua, aku turun ke bawah. Zairis masih ada disitu.

"Saya rasa eloklah kita bincang pasal majlis kahwin tu. Saya dengan Naila dah decide..."

Aku pandang dia. Beratnya hati nak beritahu hal sebenar. 

"Kami putuskan..." Semua dah terkejut.

"Putuskan untuk kahwin! Eby dah setuju!" Aku memandang lantai, kenapa mulut aku degil sangat ni? Kenapa hati tak bekerja dengan otak? Apa aku dah buat kali ni. 

Semua orang dah gembira dengan keputusan aku. Zairis je terkejut beruk lagi. Terkejut lah selalu karang bertukar jadi beruk aku tak tahu. Masa tu takyah cakap lah aku memang takkan kahwin dengan dia. Aku hantar zoo buat tambah koleksi dekat sana.

"Alhamdulilah." Abi mengucap syukur. Aku senyum je lah dah mulut degil sangat kan? 

-----

Hujan dah reda, aku teman Zairis ke kereta. Mesti banyak tanda soal dalam otak dia kan?

"Kenapa?"

"Kenapa?" Soal aku balik.

"Kita discuss lain tapi awak buat lain."

"Saja, saya suka cincin ni. Tak kan nak pulangkan balik."

Dia pandang cincin di jari aku. Memang cincin ni lawa, mahal pulak tu tapi bukanlah sebab cincin ni mungkin sebab aku tak tahu kenapa kot. Macam pelik je ayat aku ni?

"Saya tak penah ada niat pun nak ambil cincin tu balik. Awak tak perlu berkorban demi cincin tu."

Tak faham bahasalah pulak mamat ni. Aku buat muka bengang. Dia tak suka ke aku setuju kahwin dengan dia? Saja je nak cari gaduh. Kalau rasa nak lawan mai lah dekat sikit.

"Awak tak suka ke? Nak saya putuskan?" Soal aku padanya. Gaya memang tak boleh blah, macam gangster.

"Tak. Suka! Tapi kalau awak terpaksa, saya tak nak paksa."

"Bukan sebab apa-apa. Saya pun tak sure kenapa. Sebab saya redha kot. Awak pun ada kerja, kaya dan ada rupa. Kira rezeki lah tu." Aku jawab selamba tapi dia dah senyum. Agaknya jawapan aku best didengar begitu sahaja kot.

"Thanks."

"Most welcome. Baliklah, saya halau ni." Aku berkata jujur. Haha.

-----

Paginya aku bangun untuk solat. Sakit kepala tak payah cakap lah. 

Lepas je solat, aku sambung tidur balik. Memang kena penangan hujan drama semalam rasanya. Sakit satu badan. Mulalah rasa sedih kalau demam. Aku ni memang bila demam sikit, manja dia yang dah jadi lebih sikit.

"Hello." Serak suara aku menjawab call Fina. Ponteng lagi nampaknya kelas sir Aziz hari ni. Suka!

"Kau demam ke?"

"Sikit. Aku ponteng weh. Bye." Aku baling telefon niatnya slow je tapi dah sampai atas lantai. Untung ada karpet kalau tak memang kena buat pembedahan plastik phone aku tu.

"Bangun, Eby!" Ummi mai.

"Ummi, Eby tak sihat lah..." Aku bersura sedih. Ummi terkejut terus naik ke atas katil dan dahi aku disentuh.

"Demam ni."

"Ummi, nak abi..." Aku merengek manja. Memang kalau demam aku nak dengan abi je. Apa salahnya, demam bukannya selalu sebulan sekali pun kira mujur kalau ada. 

Ummi yang memang dah kenal aku, pergi panggil abi. Abi yang dah handsome nak pergi pejabat terpaksa cancel kerja dia. Abi baring disebelah aku sambil menyandarkan aku pada badannya.

"Panas ni. Pergi klinik, ya?" Ajak abi. Hesh macam lah aku nak. 

Aku menggeleng laju. Air mata yang mengalir sebab selsema, abi lapkan. Bukan sebab aku yang manja tapi selsema ni buat mata aku panas rasa nak menangis. Sebab tu air mata keluar bagai nak rak. Boleh simpan untuk bekalan setahun air kat rumah. Cewah ayat bohong.

"Call Zairis lah." Saran abi. Eh, buat apa pulak? Tak payah nak menyusahkan dia sangat. Abi is more than enough.

-----

Aku cakap tak payah tapi mana ada orang dengar. Zairis yang ada depan aku sekarang ni pandang je aku. Dah cakap, tak payah datang. 

Aku yang melekat dengan daddy sambil berbungkus dalam selimut terpaksa memakai tudung. Dah dia haram bagi aku. Air mata masih jugak turun tak berhenti. Manja bebenor anak En Farizzam ni!

"Pergi lah kerja. Saya okay." Aku menghalaunya lagi. Dah kali ketiga aku halau dia rasanya. Bukannya membantu pun dia ada dekat sini. Air mata aku mengalir jugak bagai air terjun dah aku rasa.

"Awak sure? Tak nak pergi hospital?" Soalnya lagi. 

Aku yang sedang memeluk abi menggeleng. Tak payah nak tunjuk concern sangat karang aku penendang, dia yang duk hospital.

"Saya takut awak hidrate je nanti. Air keluar banyak sangat." Terkejut aku. Biar betul boleh hidrate? Aku cepat-cepat lap air mata yang masih lagi mengalir. Lepas tu aku nampak dia sengih. Abi dengan ummi pun sama. Kurang hajaq punya doktor tua! Berani dia mainkan aku.

"Pergi!" Aku berkata keras. Abi dah nak marah dah, ummi pun duk back up sangat bakal menantu dia tu. Eee geram betul aku rasa sekarang ni. Dia tu bukan sesiapa pun. Tunang aku je kot. Geramnya.

"Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum." Haa, tahu takut. 

-----

"Aku terima nikahnya Naila Sofia Binti Farizzam dengan mas kahwinnya 180 ringgit tunai." 

Sah sah sah. Alhamdulillah satu impian aku tercapai jugak bila aku nak kahwin nanti, nak abi yang jadi wali. Sekarang dah termakbul. 

Selalunya suami yang datang dulu tapi kali ni abi yang datang dekat aku dulu. Aku menyalami tangan abi dan dahi aku dicium abi. Air mata aku mengalir lagi. Memang boleh hidrate kalau macam ni. Kalau nak tahu, aku dah kurangkan menangis sebab takut.

"Jadi isteri yang solehah tau. Eby kena jaga Zairis, sayang Zairis lebih dari abi. Syurga Eby pada Zairis. Ya sayang?" 

Air mata aku yang mengalir, aku sapu. Air mata abi yang mengalir, aku lap jugak. Aku tak boleh nak janji jadi isteri solehah sangat tapi kalau setia, aku mampu.

"InsyaAllah abi. I love you." Tangan abi aku cium lagi. Alahai. Macam abi pulak yang kahwin ni.

"Selamat pngantin baru. Moga bahagia sampai ke Syurga."

"Aamiin."

"Dah lah tu abang. Bagi can kat menantu pulak." Usik ummi sehingga tetamu ketawa sakan. 

Amboi, pandai mengusik sekarang eh ummi. Aku dah malu sikit ni. Abi menjauhkan diri dari aku untuk memberi ruang pada Zairis. 

Tangan Zairis aku salam dan dahi aku dicium. Biasalah ni kan? Memang trademark orang kahwin. First time sentuh lelaki ajnabi tapi sekarang kami dah halal. Rasa janggal tu tetap ada dan tipulah kalau aku cakap aku tak berdebar. Impian aku nak kahwin bila umur 25 tapi dah terawal pulak flight aku ni jadi, nak tak nak aku terima je lah.

"Tak kiss Zairis?" Aku terdiam. Soalan apakah, abi? 

Jangan nak buat hal dekat sini. Dah lah ramai orang. Ish malu lah kite nak kiss doktor tua ni. Tak nak lah kite. Lagipun pernah dibuat orang ke? Pengantin perempuan yang kiss.

"Cepatlah." Gesa abi lagi. 

Muka aku dah membahang malu ni. Muka Zairis tenang je. Dia ni memang heartless ke apa? Geram pulak tengok muka mamat ni. 

Dengan berani aku pegang pipi dia dan aku mencium pipinya. Haa! Terlopong ternganga dia dekat depan aku ni. Merah weh muka dia! Tetamu pun dah tergelak.

"Apa pandang-pandang?" Soal aku pada Zairis yang tengok aku macam jumpa hantu. Tak kan aku yang sikit punya cute ni dia ingat hantu kot.

"Tak malu ke?" Soalnya berbisik ditelinga aku. What??? Apa maksud dia tak malu? Nak cakap aku tak malu ke apa? Kurang asam punya doktor!

"Pakai baju apa. Kenapa nak malu." Balas aku selamba. 

Dia pandang anak mata aku dan dia tersenyum lalu pipi kiri aku dia cium lama. Bukan. Lama gilaaa! Kali ni aku yang rasa malu pulak. Dah lah tetamu bersorak. Habislah kena usik nanti. Photographer pun sakan eh?

"Ish!" Aku pukul bahu dia. Boleh tahan kuat tapi dia sengih je. Kurang asam lah dia ni saja je nak buat aku malu. Ingat ni cerita omputeh 'you may kiss your bride'?

Apa-apa pun, Selamat Pengantin Baru Muhammad Zairis Asyraf Bin Izaham & Nur Naila Sofia Binti Farizzam! 

-----

"Sweet weh korang!" Danisa dah mai dah gedik dia. Aku jeling dia macam nak makan. Aku dah pesan jangan ungkit sebab aku malu tapi mana ada minah ni nak dengar.

"Rasa berdebar tak?" Soalan apakah, Fina? Aku malas nak layan dua orang ni.

"Biasa je. Biasalah kena kiss tu. Kan?" Soal aku buat-buat selamba padahal untung oksigen sampai lagi dekat otak time tu kalau tak memang dah pengsan pun.

"Eleh poyo." 

"Honeymoon kat mana?" Soal Danisa.

"Kat bulan lah. Nama pun moon."

"Kurang asam punya jawapan."

"Tak adanya honeymoon. Doktor tua tu busy. Honey star ada. Nak?"

"Geram aku dengan minah ni!" Fina bengang. Eleh. Tak takut.

"Weh. Aku pergi usha abang kau jap." Aku dan Fina gelak sakan. Aduh, Danisa ni tak cover langsung yang dia suka abang. Main belasah je. Pergilah, aku izinkan kau jadi kakak ipar aku. Hahaha.

-----

"Hai!" Sapa Danisa dan abang yang sedang duduk terus berdiri tegak. Nak nyanyi lagu negaraku agaknya. 

Danisa senyum memandang abang. Dia tahu yang dia ni macam muka tembok tapi entah kenapa tak salah kalau perigi kejar timba pun. Sebab timba tu tak boleh pergi mana-mana pun.

"Sombong eh. Senyum pun tak nak." Usik Danisa lagi. 

Abang tak payah cakap lah muka maintain je. Serius pun ada. Tak kan tak suka Danisa yang cantik tu.

"Awak nak apa?" Soalan direct abang. Danisa gelak kecil. Aduh lah skema bonar abang ni.

"Nak awak boleh?" Soal Danisa lagi.

"Ingat saya ni apa? Barang market?" Kali ni kelakar gila. Danisa dah gelak sakan untung tak tergolek je. Aduh. Abang ni kelakar jugak sebenarnya.

"Barang market murah je. Awak ni, jual bapak mahal. Tak cukup duit saya. Kena rompak baru dapat. Nak saya rompak ke?"

"Nonsense!" Abang dah blah tinggalkan Danisa. Nampaknya misi kali ini gagal lagi. Tapi aku rasa boleh tolong Danisa ni kalau dia serius nak dekat abang. 

Tips pertama nak pikat lelaki yang bukan bergelar suami ;

Pikatlah orang tuanya dulu lepastu baru pikat tuan punya badan. Lagipun abi dengan ummi suka Danisa ni. Jadi, tak mustahil ummi pinangkan Danisa untuk abang. Korang tengoklah nanti macam mana.

-----

"Penatnya..." Usai solat Isyak dan mandi, aku bergolek atas katil. Penat gila hari ni layan tetamu. 

Mana pulak Zairis ni? Dia tak penat ke? Lantaklah.

Tengah syok bergolek sakan, Zairis masuk dalam bilik selepas dia bagi salam.

"Tak mandi lagi?" Soal aku direct bila dia masih lagi dengan baju melayu. Tapi sampin dah tak ada lah.

"Jawab lah salam saya dulu." Hayya. Asyik terkena aje. Aku jawab salamnya dan menanti jawapan darinya.

"Belum lagi. Nak mandi lah ni. Awak dah solat?"

"Dah. Baru je."

"Bagus. Saya mandi dulu."

"Pergilah. Dah sebilik bau haaa." Dia senyum je. Senyum je ke mamat ni tahu? Gelak tak reti? Kalau tak reti nak ajar ni sebab aku punya bakat gelak memang luar biasa sikit. Kalau setakat nak turunkan ilmu sikit, boleh je. 

Hmm patut ke aku buka tudung? Patut je kan? Sebab dia suami aku dah tak aurat lagi dah. Tudung aku buka dan simpan di tempat sepatutnya.

Tengah aku syok sikat rambut, dia keluar dari bilik air. Dah kenapa jadi tugu depan bilik air? Aku pandang dia sambil kening terangkat sebelah.

"Asal?" Soal aku pelik.

"Cantik rambut awak." Eh, dia puji aku. Senyum pulak tu. Puji lah lagi. Aku suka kot.

"Dah tahu dah. Sebab tu saya simpan untuk suami saya je." Cewah! Ayat tak boleh blah. Tapi dia senyum je. Alahai hati... Suka ya tengok dia senyum?

"Bertuah suami awak ya?" Ujarnya lagi. Bukan dia ke suami aku? Nak kata dia bertuah dapat aku ke? Bangganya!!! Macam dapat pingat emas dalam sukan olimpik je!

"Agaknyalah. Bertuah lah kot." Aku pergi ke katil dan terus masuk dalam selimut. Badan letih, mata pulak mengantuk. Memang tidur je jalan penyelesaiannya.

-----

"Awak, bangun solat subuh. Kita solat sama-sama." Siapa pulak suara baik macam bidadari kejut aku solat ni?

"Pukul berapa ni?" Soal aku malas. Memang dah dasar pemalas semuanya malas lah jadinya.

"6:15 pagi. Bangunlah."

Aku buka mata yang masih berat. Aku pandang insan di depan aku ni. Lelaki? Siapa pulak ni?

"Siapa hang ni?"

"Saya? Suami awak lah."

"Bila ceq kahwin?"

"Semalam."

"Oh, bukan mimpi ka?" 

Aku dengar dia tergelak kecil. Lawak ke soalan baru bangun tidur aku ni?

"Reality. Bangunlah."

"Angkat boleh?"

"Apa?"

"Angkat saya, malas nak jalan."

"Sure?"

"Yup." Terasa badan aku diangkat. Bestnya kalau hari-hari macam ni. Rasa macam puteri je. Hehehe. Cita-cita zaman tadika nak jadi puteri.

"Saya tunggu luar." 

"Ambiklah wudhuk lain. Dah batal wudhuk awak tadi." Aku melepaskan tangannya. 

Dia berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding bilik air.

"Kenapa tengok saya macam tu? Tak puas hati?" Soal aku sambil tersengih jahat. Jahatnya aku ni saja nak kenakan dia pagi-pagi macam ni. Tapi lain pulak yang jadi bila dia mendekati aku dan mengepung aku dengan tangannya. Kenapa ni? Mana nak lari kalau macam ni? Abi, tolong!!!

"Alang-alang dah batal wudhuk, saya nak minta hadiah sikit." Ujarnya sambil kenyit mata. Dah kenapa kenyit mata?

"Hadiah apa dalam bilik air ni? Nanti pergi mall ke, kedai makan ke boleh lah mintak hadiah. Ingat saya ni santa claus?"

"Cepatlah ambil wudhuk." 

Aku tersengih gembira. Aku gosok gigi dulu. Bersugi kan sunnah. Memang tak guna kayu sugi. Yelah mana nak cari dekat bandar macam ni. 

Aku ambil wuduk dan mengesat muka dengan tuala. Rupanya dia tunggu turn lah weh. Tunggu turn ambil wuduk. Dah macam duduk hostel pulak aku rasa sekarang ni. Kami berdua keluar dari bilik air dan abi ada depan pintu bilik tidur.

"Awat abi? Senyum ja?" Aku memandang abi sekilas dan ambil telekung lalu menyarungnya. Abi pandang aku dan Zairis pelik. Apasal  dengan kami? Pakai baju sempurna je.

"Jom solat berjemaah. Lama daddy tunggu ingatkan tak siap lagi."

"Jom abi! Dah siap ni." Aku mendahului langkah Zairis. Yang dia membatu tu kenapa pulak? Lantak kau lah takkan nak suruh aku angkat pulak.

-----

Selesai solat subuh berjemaah, kami sekeluarga mengaji. Abi kata eloklah mulakan hari dengan kalam Allah.

"Salam lah dengan Zairis."

"Haa?" Soal aku terkejut. Aku garu pipi sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam. Setelah bersalam abi pandang aku lagi. Apa lagi ni?

"Kiss lah, takkan abi dengan abang je." Apasal pulak nak kena kiss dia? Abi ni saja je nak mengarut pagi-pagi ni. Ummi pun pandang aku jugak. Aiseyman, seganlah. Bukannya aku biasa lagi dengan Zairis ni.

"Dekat sikit." Aku menyuruh Zairis yang macam nak larikan diri mendekati aku. Aku tak pandang  sesiapa lagi dah dan terus cium pipi kanan Zairis.

Abi punya pasal lah ni. Mentang-mentang ummi selalu buat dekat dia, minta aku pun contohi drama romantik dorang.

-----

"Bermalam kat sini lah malam ni" Pinta ibu Zairis bila kami ke rumahnya. 

Abah merangkap bapak mertua aku yang bernama Izaham ni jauh lagi handsome dari Sir Aziz weh. Macam mana lah aku boleh lupa muka bapak mertua aku dulu kan? Tu lah duk percaya kata hati yang suami aku ni anak sir Aziz. Malu bila ingat balik.

"Memang niat macam tu pun, ibu. Nak borak dengan ibu. Nanti Naila belajar susah lah nak jumpa selalu."

"Dah kamu berdua cuti sikit je. Zairis pun tak apply cuti lama sikit." Adu ibu. Alahai ibu merajuk pulak. Yang kahwinnya aku tapi ibu pulak yang merajuk. 

Muka Zairis dah bertukar dah. Rasa bersalah kot. Abah pulak pandang je muka kami suami isteri.

"Takpe lah ibu. Zairis sibuk kan? Naila pun study lagi. Nanti cuti sem kita pergi honeymoon berdua. Yang kerja ni kita tinggal je." Aku berkata ceria dan ibu dah tersenyum balik. 

Abah dan Zairis pun senyum sama. Berhoneymoon dengan mak mertua tajuk yang aku tak pernah dengar pun selama ni.

"Honeymoon dengan ibu tak dapat cucu. Honeymoon dengan Zairis lah." Rasa tersedak macam tertelan biji cempedak je. Mulut aku yang ternganga aku tutup cepat-cepat. Amboi sakan gelak suami aku ni? Suka lah kan muka aku yang tak tahu malu ni dah malu sendiri.

"Boleh je abah! Abah nak berapa?" Soal aku berani. Ingat aku makan kena usik macam tu? Haa nganga luas sikit doktor. Ingat aku layan gurau macam ni. Seronok bak hang abah gelak. 

"Amboi. Cakap macam dah ready ya?" Soalan apakah suamiku...?

"Naila cakap pasal 3 tahun lagi. Bukan sekarang. Kan ibu?" Aku buat-buat gelak. Rasa macam lawak aku tadi dah terbabas ke bahu jalan.

"Kami tak kisah bila dan berapa. Asal kamu berdua bahagia itu pun dah cukup."

"Betul tu umi! Yang penting happy!" Sokong aku cepat. Abah dah gelak dah. Adoi macam aku je terkena balik ni kenapa?

-----

"Dah lama impian nak ada penthouse. Tak dapat yang sendiri dapat yang suami punya pun bolehlah." Aku berkata ceria sambil menari-nari dalam rumah. Dah lah cantik rumah ni. Memang doktor aku ni seorang yang kemas dan pembersih kot. Baguslah, kebersihan tu kan separuh dari iman.

"Jom menari!" Aku menarik Zairis dan kami berputar-putar di tengah-tengah ruang tamu dah macam cerita bollywood je aku rasa. Bestnya!!!

"Peninglah..." Zairis menghentikan langkah aku dengan menarik aku ke dalam pelukannya. 

Akhirnya kami berdua berhenti berputar dan kami saling berpandangan. Memang pening gila weh sebab nampak muka dia pun macam dah ada tiga.

"Peninglah." Aku pegang kepala yang rasa berputar macam ada kapal terbang je duk tawaf kepala aku. Bukan pening lalat ni tapi pening kapal terbang.

"Awak okay?" Soalnya risau. Suara dia pun dah macam dengar suara alien.

"Tak sedapnya suara awak." Dia tergelak kecil dengan komen aku. 

Aku pun dah sama gelak akhirnya aku nampak yang dia ni satu je sebenarnya. Aku menyandarkan kepala pada dadanya dan tangan aku memeluk badannya erat dan lepas tu... Gelap semuanya.

-----

Kepala aku yang sakit aku ketuk dengan tangan. Tiba-tiba rasa tangan aku dipegang. Siapa pulak yang halang aku buat rawatan kecemasan ni?

"Apa awak buat ni?" Soalnya risau. Pipi aku dipegang dan dia memandang mata aku. Weh, hensemnya dia. Kenapa aku rasa semacam je ni.

"Handsomenya awak. Putera raja ke?" Soalan ikhlas aku keluar pulak.

"Awak okay tak ni?" 

Aku puji dia bukannya nak ucap terima kasih. Tak bersyukur punya orang.

"Okay. Tapi kepala sakit." Aku dah nak menangis ni. Aku mendekatinya dan badan sado lah sangat tu aku peluk. Time macam ni rasa nak abi.

"Saya urut ya, ke nak makan ubat?"

"Nak abi..."

Dia gelak pulak.

"Abi jauh lah. Selalunya abi buat apa?" Soalnya prihatin. 

Nak aku buat jahat tak? Usik dia sikit macam best je. "Abi dance." Jawab aku sambil sembunyi senyum.

"Dance???" Haa, bergema rumah ni dibuatnya. Aku ikhlas nak gelak sebenarnya tapi takut kantoi, aku tahan.

"Tak nak buat ke?" Soal aku lagi. Buat-buat sedih.

"Dance apa?" Soalnya berat. Dance apa eh? Shuffle boleh? Ada kena tendang nanti.

"Chicken dance."

"What? Serius abi buat?" 

Soalnya dengan muka tak payah cakap lah. Muka tak ikhlas langsung. Aku angguk dan senyum pada masa yang sama.

"Sekali je saya buat. Tengok betul-betul." Aku angguk beria. 

Doktor menari chicken dance? Rare betul! Dia terus je menari dan aku dah tak boleh nak tahan gelak dah tergolek atas katil sampai jatuh atas lantai. Sumpah kelakar gila. 

Kepala yang sakit pun memang dah hilang. Aku bangun dari lantai dan mendekati dia.

"Awak rasa larat ke abi nak dance? Saya gurau je." Aku terus melarikan diri bila muka dia dah berubah nak jadi monster. Lawak gila weh rasa nak gelak sampai tahun depan.

"Naila!!!" Satu bandar dapat dengar suara dia aku rasa. 

Aku menyorok di tempat paling strategik iaitu dalam perabot kat dapur. Nasib baik tak banyak barang muatlah aku yang kecik molek ni.

"Naila!" Panggilnya tapi aku diam je. Takut nak menyahut. Aku dapat dengar derap kaki dia dalam dapur.

"Banyak lipas dalam almari tu. Tikus pun ada rasanya."

"Abi!!!" Terus aku melompat keluar bila paspas dan kuskus disebut. Takut lah dengan binatang tu. 

Tapi... Zairis gelak. Sakan gelakkan aku ya? Macam kenakan aku balik je. Aku tayang penumbuk padanya tapi dia buat muka tak kisah langsung.

"Fair?" Soalnya pula. Aku jeling dia lalu keluar dari dapur. Hari dah malam rupanya, dah maghrib pun.

"Awak..." Belum sempat aku cakap apa dia dah ada depan mata aku. Dekat pulak tu sampai aku dapat dengar jantung dia. Best bunyi heartbeat dia ni.

"Saya period jadi awak solat sorang eh. Lepas Isyak kita makan. Saya nak try resepi baru."

"Resepi baru? Sure?"

"Yup. Betul ke ada benda alah tu kat dapur?" Soal aku cuak. Tak suka lah weh! Angkat tangan kalau ada perempuan yang suka binatang macam tu.

"Tak ada. Gurau je. Rumah saya bersih kut. Awak pun naik mandi dulu, lepas tu masaklah."

"Jom!" Aku memeluk lengannya.

"Pergi mana?" Alamak, blur lah suami aku ni. Nak usik tak?

"Mandi sama-sama. Sunnah!" Aku buat muka gatal. Merah weh muka dia sebab malu. Aku gelak lagi. Kelakarnya ada suami doktor ni. Ingatkan tak best tapi best rupanya kenakan orang jenis skema ni.

"Gurau je lah. Awak mandi dulu then saya lepas awak. Jangan bagi orang potong line tau!" Main tanda-tanda zaman sekolah asrama dulu. 

Zairis dah kembali normal. Siap gelak lagi. Aduh, nak pengsan aku ada suami pemalu macam ni.

"Mandi sama lah, jimat air dan masa." Aik! Ayat apakah ini? Aku pulak yang kecut sekarang. Main kasar nampak.

"Takpe. Awak kan kaya boleh bayar bil air. Pergilah cepat." Aku tolak badannya dan dia memang tengah senyum lebar sekarang ni. Sukalah tu tahu aku ni pemalu jugak. Memang jenis muka tembok tapi malu tu kan indah. Pandailah nak auta pulak.

-----

"Sedapnya bau..." Pujinya sebaik masuk ke dapur. Aku angkat kening padanya. Riak lah ni aku boleh masak padahal buku resepi berlapik sebelah ni. Aku dah try boleh tahan sedap. Takdelah sampai boleh buka kedai tapi bolehlah isi perut.

"See the chef lah."

"Jom makan. Tak sabar nak rasa little chef masak."

Dia tarik aku duduk. Eee, excitednya macam ni. Lepas je dia baca doa makan, dia sua makanan ke mulut aku.

"Cepat rasa." Aku nganga mulut dan selamat mee masuk dalam mulut aku. Boleh tahan lah rasanya tak teruk sangat.

"Basuh pinggan eh?" Aku tanya dia dan dia mengangguk je. 

Senang dapat suami mithali ni. Malas aku nak basuh pinggan ni. Dekat rumah pun malas nak buat. Lagipun penat masak walaupun tak sedap sangat.

-----

Aku memasang tv dan siaran bola luar negara sedang ditayang sekarang. Aku ni bukan tak minat bola sepak tapi lebih kepada dalam negara je lah. Aku mestilah sokong Pahang, kampung tercintaku! Yeah!

"Boleh saya duduk sini?" 

Dah kenapa sopan semacam je suami aku ni? Nak kata sempit, luas je lagipun dia ni bukannya gemuk pun sampai tak muat.

"Duduk je lah. Bukan hak kerajaan pun." Aku jawab selamba dan dia terus labuhkan punggung disebelah aku. Jauh pulak tu duduk nak tumpang bahu buat tidur pun tak boleh. Kedekut. Ke dia segan? Ni yang rasa nak usik ni.

"Awak." Aku panggil ringkas. Dia pandang aku dan senyum. Alahai senyuman ni lah buat aku tak sampai hati nak kenakan dia tapi dek kerana aku ikut akal jahat ni aku kena gak kenakan dia, nanti tak lena tidur.

"Dekat sikit." Aku menyuruhnya merapatkan kedudukan tapi dia berkerut. Suka sangat berkerut mamat ni. Karang aku ambil iron baru hilang kang kedut dia tu. Kalah professor berkerutnya. Aku bukannya suruh terjun bangunan pun.

"Cepatlah!" Aku memaksanya dan dengan cepat dia mendekatkan diri pada aku. Tak rapat pun. Alahai pemalu sangat ke dia ni? Aku merapatkan diri aku padanya. Dia dah kaku dan fokus memang 100% dekat tv. Kalau tegak macam ni dah macam patung. Aku meletakkan tangan pada pehanya dan dia terus pandang tangan aku. Dia cuak lah! Haha rasa nak gelak je.

"Awak..."

"Apa?" Lajunya dia jawab. Aku tak sempat habis ayat lagi. Lawak gila mamat ni adoi sakit perut tahan gelak. Boleh tercabut usus kalau macam ni.

"Nak peluk awak boleh?" Soal aku berani. Dia pandang aku sekarang ni. TV depan dia tu dah tak best kot. Merah kot muka dia sekarang ni alahai lawaknya rasa nak pengsan! 

"Awak... Nak apa?" Soalnya tergagap gagap.

"Peluk. Macam ni." Aku terus memeluknya dan dia diam je tak membalas pelukan aku. Lama pulak tu. Bila dia nak respon balik ni? Ke dah pengsan?

"Sedapnya bau perfume awak. Perfume apa ni?" Soal aku sambil mendekatkan hidung aku pada lehernya. Hahaha dia telan liur lagi. Bapak lawak!

"Err... Mana pakai perfume... Dah malam ni..."

"Tapi saya ada bau. Ke nak saya bau dari dekat lagi?" Soal aku lagi. Dia dah terkejut beruk aku rasa.

"Tak ingat... Tak ingat perfume apa."

"Tak ingat? Nyanyuk dah dia..." Aku sengaja lepaskan pelukan dan aku nampak dia dah lega. Tak macam masuk rumah hantu lagi dah. Cuak gila muka dia weh dah lah merah semacam je.

"Rindunya kat abi..." Aku bersandar pada sofa dan tak tahu kenapa ayat tu keluar sendiri dari mulut aku. Dia pandang aku sekilas kemudian dia memandang aku lama. Kenapa pulak ni?

"Kalau awak nak balik rumah ummi, saya tak kisah. Saya izinkan. Saya minta maaf."

"Eh. Kenapa pulak ni? Lambat lagi raya."

"Sebab saya, awak berjauhan dengan abi. Awak terpaksa tinggal dekat sini." Hayya. Aku cakap je tadi rindu. 

"Kalaulah saya dapat tukar ke hospital dekat sikit..."

"Eh. Awak ni misunderstand ni. Saya cakap je rindu. Best apa duduk sini. Kolej saya pun dekat sikit. Tak kena bebelan ummi lagi." Aku gelak kecil. Tak ada lah. Mesti lepas ni rindu bebelan ummi!

"Don't worry, dulu saya budak hostel tau. Dah biasa jauh sikit dengan family walaupun saya anak bongsu. Lagipun, kalau saya rindu sangat saya boleh je suruh pak Khalid ambik saya dekat kolej then balik rumah mummy. Okay? Jangan fikir bukan-bukan." Aku menyentuh pipinya dan dia tersenyum lagi lalu aku ditarik ke dalam pelukannya dan dahi aku dikucup. 

Errr apakah? Rasa macam jejak kasih pulak. Tapi sekarang ni aku pulak rasa segan. Kenapa time aku peluk dia tak rasa berdebar pun tapi bila dia peluk aku rasa berdebar nak pengsan pulak?

"Esok ada kelas, saya dah ngantuk. Nak tidur."

"Saya pun penat. Jom!" Ajaknya pula. Aku pun dah senyum sama. Tidur tidur tidur... My priority.

"Nak naik belakang. Boleh? Nak jadi beg sekolah." Pinta aku manja dan dia terlopong sekejap. Nak jadi beg sekolah ni sebab malas nak jalan.

"Cepatlah. Jom pergi sekolah."

"Beg sekolah cute dah ajak ni. Cepatlah." Akhirnya dia tergelak lalu mendekati aku. Aku naik atas belakang dia dan dia membawa aku ke atas. Rindu pulak dekat abang kalau macam ni.

"Berat tak beg ni?" Soal aku ditelinganya.

"Ringan sangat. Rasa macam nak baling je."

"Hesh! Beg merajuk kang!"

"Beg pun boleh merajuk?"

"Mestilah..." Pintu bilik dibuka dan aku dibawa ke bilik air. Aku mintak katil dia bagi bilik air pulak.

"Salah parking ni!"

"Gosok gigi dulu. Ambil wudhuk."

"Lupa. Okay. Turunkan saya." Aku duduk di atas sinki disebelahnya. 

Berus gigi dihulur dengan ubat yang telah diletak. Aku senyum dan terus menggosok gigi. Setelah siap, aku keluar sendiri dari bilik air. Sejuk betul.

Aku terus masuk dalam selimut dan pejam mata. Terasa katil bergerak dan dia dah ada di sebelah aku sekarang ni. 

Baru je nak pejam mata, muka garang ummi datang beri nasihat terakhir. Sebelum tidur, minta maaf dengan suami. Bagi goodnight kiss. 

Macam susah je nak buat ni. 

Aku mendekati dia yang sudah tutup mata dan menarik tangannya lalu aku cium kejap. Kasi sentuh je.

"Sorry kalau ada silap hari ni." Dia mulanya terkejut tapi lepas tu terus senyum. Dia mengusap kepala aku.

"Saya pun nak minta maaf kalau ada silap."

"Macam hari raya pulak. Tak pelah kosong-kosong je lah."

Zairis ketawa kecil. Adoi lah memang hari raya setiap malam kalau macam ni lah gayanya. 

Aku merapatkan wajah aku padanya dan bibir aku menyentuh pipinya. Goodnight kiss kan? Haa? Keluaq bijik mata terkejut dia. Aku rasa dia ni memang lawak weh. Asyik terkena current je.

"Goodnight... Mimpi saya, eh?" Aku kenyit mata dan senyum sambil gelak.

-----

"Woi! Yang kau duk usik hubby kau tu kenapa?" Marah Fina bila aku cerita seminggu hidup aku jadi isteri kepada Encik Muhammad Zairis Bin Izaham. Aku rasa macam kisah kelakar tapi kena bebel pulak.

"Usik hubby aku lah. Tak kan nak usik hubby orang lain. Nak makan tapak kaki?" Soal aku balik. 

Laju je tangan si Danisa ni pukul bahu aku. Aku tak izin jadi kakak ipar baru tahu!

"Apa lah kau ni. Buatlah sweet-sweet sikit. Romantik tu sunnah kan?" 

Ya, ustazah Fina dah mai dah. Aku buat-buat menguap dan sekali lagi kena pukul dengan Danisa. Sakitlah weh!!! 

Tengah aku duk syok membebel kat Danisa, tiba-tiba ada tangan tarik aku dengan kuat. Huwaaa kena culik ke ni tapi ni dalam area kolej kut.

"Fina! Danisa!" Jerit aku bila ditarik kasar dan hampir terjatuh. Bila aku dah dapat imbangkan badan, baru sedar mamat hot psiko ni yang tarik aku rupanya. Laju aku tarik tangan aku dari tangan dia. Pakwe Nugget Marina ni weh!

"Ko pehal?!" Marah aku. Dia rentap tangan aku sampai putus tali beg aku. Berterabur semua buku. Lengan aku pun dah merah sebab dia pegang kuat sangat. Dah lah kami ni haram! Faham tak haram?! Tak belajar agama ke dulu! Huh!

"Weh Joe! Ko pehal tarik kawan aku?"

"Gila ke?!" Soal aku geram. Buku aku kutip lalu masukkan ke dalam beg.

"I love you! So please don't love other man." Dah tiga-tiga nganga dekat sini. Boleh tercabut rahang sebab nganga luas sangat. Aku pandang Fina dan Fina pandang Danisa. Ni memang kerja gila.

"Weh. Kot ya pun gila agak-agak ah weh!" Aku jawab bengang lalu gelak sinis. Gelak jahat dan gelak jin sekali aku rasa. Apa punya orang lah dia ni.  Dah sah-sah dia tu Marina yang punya, datang try aku pulak. Memang sengaja cari pasal kalau macam ni.

"I cintakan you. Jadi tolonglah jangan pandang lelaki lain."

"Kau ni gila ke? Aku ni Naila bukan Marina. Tak payah nak translate sangat ingat aku tak belajar english dulu?!"

"Blah!" Aku dah malas nak layan sinetron tengah hari ni. Kang ada orang makan selipar. Baru je aku melangkah, dia dah halang aku depan-depan.

"Excuse me! I want to confess that I love Naila Sofia and I've broke up with Marina." 

Gila punya orang. Dah lah kat cafe ni dia announce. Kenapa dengan dia ni? Dah lah siap sebut nama penuh aku lagi memang mintak makan pelempang ni. Baru je aku nak pergi lempang dia, Marina tu lagi laju sampai. Berputaq kepala mamat gila ni.

"You choose her? Since when?" Haa, ni memang drama pasangan couple yang gaduh. 

Aku, Danisa dan Fina dah angkat kaki nak blah dari situ. Entah apa lah mamat psiko tu. Mungkin dia gaduh dengan Marina then saje nak buat minah tu jealous kut. Tapi sesuka rasa je ambil isteri Dr. Zairis Asyraf ni. Aku tak boleh kahwin 4 okay? Mohon undur diri siapa yang berminat.

-----

Tipulah aku kata aku tak terfikir apa yang Joe cakap. Kenapa aku kena fikir pulak? Macam tak patut fikir je kan? Tapi dia tahu nama penuh aku kot siap cakap tak bagi aku suka orang lain. Zairis pun tak pernah mintak aku buat macam tu. Pening.

"Assalamualaikum."

"Ummiii hantu beri salam!!!" Aku terlatah bila terkejut ada orang bagi salam. Dahi Zairis dah berkerut sebab turut sama terkejut. Kuat kot suara aku latah ada lah sekuat guruh time hujan.

"Ish! Nak saya mati awal ke?" Marah aku padanya.

"Sorry. Dah banyak kali saya bagi salam tapi awak tak dengar. Sorry buat awak marah." 

Eh, dia berjauh hati? Mulut aku ni macam manalah boleh termarah pulak? Tu lah, menung je kerjanya.

"Mana ada marah. Terkejut kite!" Aku tayang sengih walaupun tak ikhlas. Baru kahwin seminggu dah naik suara dengan suami. Nak masuk neraka ke?

"Kalau tak marah, jawab salam saya dulu." Adoi. Asal dia yang bagi salam asyik lupa je nak jawab. Boleh amnesia sekejap dengan salam dia. 

Cewah macamlah dia beri salam cinta. Dia bagi salam masuk rumah je lah.

"Waalaikumussalam... Berapa kali bagi salam tadi? Saya nak jawab semua ni?"  

Dia dah senyum dah. Ni lah yang aku nak tengok. Bukan kedutan side dia yang boleh sampai luka hati aku tengok ni. Alahai comelnya dia. Aku cubit pipi dia dan dia macam biasa lah. Shock lagi. 

Aku rasa jelly fish boleh supply current dekat dia.

"Jauh menung. Saya balik tak sedar pun."

"Mana ada jauh. Duk sini je sejak tadi. Fikir masa depan sikit."

"Future? Apa?" Soalnya berminat. 

Aku ambil coat dia lalu berjalan ke bilik tidur kami. Dia ikut dari belakang, macam best je kalau kenakan dia lagi malam ni.

"Fikir pasal baby." Hahaha. Hentam sajalah...

"Baby? Baby siapa?" Soalnya lurus. 

Pintu bilik dibuka dan dia masuk bersama aku kemudian aku tutup pintu bilik rapat. Plan jahat ni. Aku sangkut coat dia. Dia masih lagi menanti jawapan aku.

"Baby... Baby kita lah." Aku senyum manja. Manja lah kot. Tangan aku membuka butang bajunya.

"Agaknya, baby kita tu comel macam saya ke blur macam awak ni?" Meledak ketawa aku bila dia terkejut aku cakap dia blur. Hahaha seronok dapat kenakan doktor ni rupanya. Dah lah asyik terkena dengan budak separa mumaiyiz macam aku ni. Kesian orang tua moden ni.

"Awak, saya tak masak hari ni. Awak dah makan?" Soal aku bila dia tak berminat lagi nak marah. Sensitif pulak orang tua ni.

"Saya dah makan tadi. Awak dah?"

"Belum."

"Kenapa tak makan?"

"Kenyang lagi. Saya letih lah. Saya tidur dulu eh? Goodnight kiss... Yang terbang je boleh?" Soal aku lalu melayangkan flying kiss padanya. Kalau nak sambut, sambutlah. 

Aku terus terjah katil, dengar tak perkataan terjah tu? Dahsyat mengantuk ni.

-----

"Dah dekat sebulan kau kahwin, kan? Happy gila aku tengok." Dr. Adam menepuk bahu Zairis bila mereka berdua berborak di pantry. 

Tak ada sorang pun yang menafikan Zairis tersangat gembira sekarang dan selalu tersenyum. Memang selama ni senyumannya murah tapi kali ni lain. Gembira dirinya boleh dirasai oleh orang lain jugak.

"Alhamdulilah."

"Kau ni happy je kan? Apa yang bini kau dah buat kat kau ni?" 

Zairis tersengih bila teringat kenakalan isterinya itu. Macam-macam benda tak matang dan tak logik menjengah otak kecil Naila tapi sekali pun dia tak rasa berat nak melayan.

"Kau tahu, first week kahwin dia dah berjaya buat aku menari chicken dance." Haa! Terkejut Adam bila Zairis yang skema ni boleh buat benda macam budak-budak.

"Biar betul weh? Nakal betul isteri kau ni, Zairis."

"Memang nakal pun. Sebab tu lah aku tak pernah rasa penat walaupun kerja banyak. Balik rumah dapat tengok dia, hilang penat."

"Untungnya."

"Alaaa nama pun budak-budak, main je dia tahu" Dr. Ayu atau Ayu datang menyampuk. Macam tak sedap dengar je kan? Ayu datang menyampuk. Sepatutnya kurang hajaq lah, kan?

"Kau jealous lah tu." Perli Adam. Zairis hanya membatu je.

"Orang lelaki nak isteri yang ayu, pandai melayan. Bukannya pandai buat benda tak bermanfaat." Sinis sekali ayat tu. Dengar dek Naila ni memang kena masuk court buat gaduh.

"Alaaa, kalau asyik duk control ayu je menyampah jugak." Balas Adam pula.

"Dam, kita ada kerja ni. Jom!" Ajak Zairis segera. Sebenarnya dia tak bersetuju dengan pendapat Ayu tu. Walaupun Naila macam budak-budak tapi Naila sangat sempurna sebagai isteri dia.

-----

"Weh minah! Kau jangan berani dekat dengan Joe!" Tempik Marina ni macam aku duduk Pahang. Aku depan mata dia je sekarang ni kot. Aduhai masalah penglihatan betul minah ni.

"Aku tak nak lah dekat Joe tu. Ambiklah! Free aku bagi." Balas aku geram. Layan orang gila macam dia ni, doktor gila pun boleh jadi gila. Ni semua salah Joe jugak sebab asyik kacau aku. Aku tak sure macam mana dia boleh tangkap cintan dengan aku padahal aku ni usha dia pun tak pernah.

"Kurang ajar!" Aku tutup mata rapat-rapat bila nak makan pelempang sulung ke bongsu aku tak sure tapi aku sure kalau kena memang sakit. 

Lamanya on the way tak sampai-sampai lagi ni? Jammed ke? Aku buka mata dan terkejut bila dia ada depan mata aku.

"Doc..." Eh, terskema pulak panggil suami sendiri.

"She's my wife! Don't you dare!" First time dengar suara Zairis menjerit. Garang dan menakutkan. Senyap terus Marina ni. 

Aku terus memeluk lengan Zairis minta dia bersabar. Tak sanggup tengok muka cute dia jadi garang macam ni.

Fina dan Danisa pun dah minta diri. Aku dapat dengar Zairis beristighfar. Bagus. Marah ni api dan api ni syaitan, syaitan ni sah sah lah jahat. 

Aku menarik Zairis berehat di bawah pokok di tepi padang bola. Petang macam ni ada lah budak bola practise dan ada lah mamat-mamat sado yang jadi pujaan sesaat.

"Sit." Aku mengajaknya duduk. Dia duduk di sebelah aku dan mukanya masih lagi tegang. Sikit tu ada lah. 

Baik dia berkerut nampak lawa sikit. Aku terus cium pipinya. Memang dasar muka tembok kan? Haa! Dia dah merah dah. Dah masak apple ni, dah boleh petik. Haha.

"Tak malu ke?" Soalnya geram.

"Tak. Bukan dosa pun. Tak suka awak marah."

"Sorry. Saya tak boleh sabar. Saya takkan benarkan sesiapa pun cederakan awak."

"Ya, superman. Tapi tak sweetlah lelaki marah perempuan. Tengking perempuan. Tak gentle. Rasulullah pun tak tinggikan suara bila marah. Pakwe dia syok kat saya sebab tu dia marah sangat. Jealous."

"Pakwe dia suka awak?" Soalnya terkejut. Amboi! Ingat muka aku tak ada market ke? Limited edittion ni.

"Sikit lah. Pakwe dia Joe kot. Tak boleh percaya. Lagipun, saya tak boleh kahwin 4." Seloroh aku selamba dan dia tergelak. Kan senang hati honey tengok hubby gelak canggini. Aduh, berhoney hubby pulak! 

"Pandailah."

"Memang pandai pun, isteri siapalah pandai sangat ni kan?"

"Tu lah, isteri siapalah."

"Tak nak mengaku pulak dia. Ni isteri GK tu. Petang-petang macam ni saya usha dia lah." Aku tunjuk senior yang jadi gol keeper.

"Saya ke dia suami awak?" Soalnya dan langsung tak pandang muka aku. Lain macam dia ni.

"Tak ingat lah siapa yang akad nikah hari tu. Bukan awak ke?" Soal aku pula. Mengusik. Dia dah pandang aku pelik. Adoi tak faham betul naluri seorang doktor ni.

"Awak tak nak balik lagi ke?" Soalan dia kali ni menyimpang sungguh dari tajuk tadi. Merajuk ke? Apa-apa pun...

"Jom balik!"

-----

Senyap je dia malam ni. Aku rasa pelik dan boring kenapalah malam ni tak datang pulak mengantuk. 

Aku jeling dia yang tengah khusyuk baca buku entah buku pasal apa. Aku pun duk baca buku jugak tapi novel lah. Bergunung koleksi novel aku. 

Aku mendekatkan diri pada badannya dan dia langsung tak bergerak. Aku ada buat salah ke? Throwback balik rasa macam tak ada je.

Hmm tiba-tiba datang idea jahat...

"Hello, ya saya." Aku lekap phone dekat telinga dengan malas.

"Dah siap, tapi esok lah saya hantar." Aku mengangguk faham dan ada kalanya aku senyum. Aku duduk bersila daripada meniarap. Aku pun dah jauhkan diri dari orang yang sombong sangat tu. Aku gigit jugak mamat spek ni. 

Confuse aku, kadang-kadang dia pakai spek tapi kadang-kadang tak. Dekat hospital pakai, bila kat rumah tak pakai pulak. Pelik.

"Esok kita jumpa."

"Kat mana? Taman bunga? Awak ingat ni Cameron ke?" Soal aku lalu tergelak. Ada ke taman bunga dekat tengah bandar ni? Aku garu dagu dan gelak aku semakin kuat. Kali ni aku boleh rasa ada orang jeling aku.

"Rindu saya?" Soal aku pula sambil gelak gedik. Berpisat mamat tu pandang aku sekarang ni. Aku pandang dia sekilas kemudian aku pandang tempat lain.

"Rindu awak more." Aku memintal hujung bantal. Memang ni lah kerja orang on the phone kan? Habis benda dipintalnya. Kalau rambut tu sampai botak dipintalnya.

"Awak cakap dengan siapa?" Soal Zairis. Akhirnya dia buka mulut jugak. Hahaha. Menjadi trick aku nak buat dia bercakap.

"Tak ada sesiapa pun. Tunggul kayu je." Mencerlung dia pandang aku bila aku kata dia tunggul kayu je. Hahaha tahu pun apa itu yang dimaksudkan dengan marah.

"Nak cakap dengan dia? Jap eh."

"Nah. Dia nak cakap dengan awak." Aku hulurkan phone dan dengan berat hati dia mengambilnya lalu diletakkan ditelinganya. Matanya masih memandang aku dan aku dah ukir senyum jahat.

"Apa ni? Tak ada suara pun."

"Saya cakap sorang-sorang je lah. Gotcha!" Hahaha. Adoi sakit perut gelak. Tergolek-golek aku gelak sekarang ni lantaklah nak kata macam tak waras pun. Tengok muka cuak dia tadi buat aku rasa nak gelak sampai tahun depan.

Tiba-tiba aku rasa tangan aku ditarik dan aku digeletek. 

Ummi!!! Geli!!!

Beria aku menjerit minta dilepaskan tapi dia semakin galak pulak. Merah muka aku gelak. Akhirnya kami berdua jatuh atas lantai.

"Tak keluar ke weekend ni? Pergi rumah ummi ke?" Aik. Soalan tak nak bagi aku duk rumah nampak. Nak sangat ke aku merayap keluar? Karang aku tak balik sini lagi baru dia tahu.

"Esok. Hari ni nak tidur je." Sebenarnya aku merajuk dengan ummi sikit. Dah 4 bulan kami kawin tapi tak pernah aku panggil Zairis dengan panggilan yang lebih mesra. 

Ummi dah berleter panjang dekat aku dua hari lepas. Selama ni aku tengok je ummi tu tapi entah kenapa rasa macam sedih je bila ummi cakap yang aku ni tak patut layan Zairis macam tu. Dah tu nak layan macam mana lagi? Kan? Katanya suami tu untuk dicintai. Aku belum bersedia lagi untuk mencintai sesiapa. Cukuplah sekadar aku tahu yang aku sayang padanya. Tapi bila ummi tanya aku anggap dia macam abang ke? Aku tak boleh nak jawab apa yang aku rasa pada dia sebenarnya. Pening.

"Balik dari rumah ummi dua hari lepas, awak tak banyak cakap dah. Kenapa?"

"Ummi ada marah awak ke?" Aku pandang dia sekilas kemudian mengeluh malas. Malas nak cakap pasal benda yang aku sendiri tak pasti. Kenapa selama ni aku tak pernah terfikir pasal benda ni?

"Mana ada. Rindu abi lah, dah seminggu abi outstation."

"Oh, abi pun mesti tengah rindu awak ni."

"Saya tahu."

"Saya pelik tau awak diam macam ni. Tak ada benda ke awak nak main dengan saya hari ni?"

"Main?"

"Main! Jom! Kita main rugby, saya ada beli bola semalam. Jap eh saya pergi ambik." Laju aku berlari naik ke bilik. Lupa pulak nak main rugby dengan dia.

"Kalau bab main, laju je." Zairis ketawa sikit. Senang betul nak ubah angin Naila.

Aku turun dan memberitahu arahan game. Ala-ala referee gitu. Kami kena bergelut dan pastikan bola sampai di garisan pihak lawan. Kalau tengok gender memang tak larat nak lawan Zairis tapi aku ni dalam golongan cerdik pandai.

"Ready?" Soal aku mencabar.

"Of course. Jangan nangis kalau kalah."

"See the leg lah. Kalah, basuh pinggan seminggu!" Yakin boleh menang ni.

"Deal!"

Kami berebut bola yang satu tu dan aku dah agak Zairis takkan berkasar dengan aku. Suami gentleman lah katakan. 

Aku ni pulak main bantai je, gigit lah dan semua cara kasar dan kotor aku guna. Hahaha. Dah diri sendiri yang jadi referee. Sampai sekarang dia tak dapat skor lagi. Nak sangat aku menang sampai sanggup meniarap bersama bola. Penat lah asyik duk gelak je.

"Mana aci!" Protes Zairis geram. Aku dipeluk dari belakang sampai aku dah tak boleh nak bergerak. Macam mana nak skor kalau ni?

"Mana boleh lock saya."

"Dah awak main tipu."

"Mana ada. Tipu dosa tau masuk neraka." Dia tergelak tapi aku tetap tak dilepaskan. Sikit je lagi nak skor ni. Macam mana ni?

Aku sangkut kaki dia dan akhirnya kami berdua jatuh terbaring. Nasib baik sofa ni gol aku. Kalau tak, patah pinggang ni. 

Merah muka kami main rugbi. Memang penat gila weh. Tak tahu lah apa perasaan orang yg main atas padang. Kalau real game punya, aku mati letih kot.

Aku diam bila tangan Zairis sentuh pipi aku. Eee kenapa rasa macam nak pengsan je ni? Tak pernah-pernah rasa macam ni selama ni.

"Pernah tak awak menyesal dengan perkahwinan ni?" Soalan daripada Zairis buat aku tersenyum. Haah lah kan? Aku tak pernah terfikir pulak pasal tu. Dulu bukan main lagi bangkang macam nak lawan boss besar pun ada. Sampai nak larikan diri pun ada tau! Aku rasa nak tanya jugak lah.

"Awak menyesal tak?" Soal aku semula. Dia senyum lalu bangun bersama aku. Kini aku didepannya, dalam pelukannya lagi. Atas ribanya pulak tu. Kuat macam superman betul sebab boleh tahan berat aku atas ribanya.

"Kenapa nak menyesal? Isteri saya tak ada cacat cela pun. Cantik, baik."

"Tertinggal satu!" Pintas aku cepat.

"Apa?"

"Comel!" Aku gelak lagi dan dia turut sama gelak dengan aku. Alahai aku sengaja je buat macam tu sebab aku berdebar. Hati aku ni degil bukan main. Kembang bagai nak rak bila kena puji dengan Zairis. Selama ni aku tak makan puji pun tapi tak tahu kenapa bila pujian tu dari mulut Zairis, buatkan aku gembira. Cewah jiwang tak boleh blah ayat aku kan?

"Saya suka mata awak. Coklat, tapi rabun!" Dah terhambur tawa aku dan aku segera bangun dari atasnya dan gelak sorang-sorang. Zairis menggelengkan kepala tengok perangai aku yang bila lah nak dewasa ni. Gaya macam orang tak cukup vitamin pun ada.

-----

Tengah aku duk layan perasaan depan TV rumah ummi, ummi duduk sebelah aku. Aku peluk lengan ummi. Tiba-tiba je rasa nak bermanja dengan ummi. Ummi membalas pelukan aku dan mengusap rambut aku.

"Eby happy dengan Zairis?"

"Mestilah happy, ummi! Happy gila kot sebab dia asyik terkena je." Aku gelak jahat. Habis tangan aku ummi cubit. Alaaa ummi ni gurau je dengan Zairis tu.

"Jangan asyik nak kenakan orang je." Haa, dah start dah. Aku buat-buat menguap dan pejam mata rapat-rapat malas nak dengar.

"Zairis, dah makan?" Soal ummi sebaik nampak suami aku. Eh ummi ni rampas takhta aku nampak. Baru petang ni aku nampak muka dia. Sibuk benar dengan hospital tu. Ececeh ayat merajuk ni.

"Dah ummi, ummi dah makan?"

"Dah." Ummi menolak bahu aku supaya menyambut kepulangan Zairis. 

Dah dekat setahun kahwin nak sambut buat apa lagi. Karang patah jari aku nak sambut sebab berat sangat. Aku bangun dari sofa dan terus mendekatinya. 

Ummi dah pergi ke dapur. Aku angkat kening jahat. Jari aku menari atas tali lehernya. Cewah bapak ayat kan? Jari menari? Dah rasa macam nak goda suami sendiri. Muka dia dah cuak dah, best ni kalau kacau dia bagi masak ini apple sikit. Huhuhu.

"Awak rindu saya tak?" Soal aku manja.

"Me... mestilah..." Eh! Positif lah jawapan dia. Suka!

"Awak tak rindu saya?" Soalnya pada aku tapi pandang tempat lain. Ingat ni zaman tak kahwin ke takut zina mata. Ke mata aku ada laser macam cerita X-men tu? Sekali pandang terbakar?

"Tu lah masalahnya. Tak rindu." Balas aku sambil buat muka sedih. Dia dah tersenyum, kenapa senyum pulak? Aish, aneh ni.

"Siapalah saya kan? Bukan dapat duit pun kalau rindu saya." Pelukan aku dirungkainya. Eh, tak pernah pun macam ni selama ni. Aku pandang dia yang dah pergi ke bilik tidur. Aik? Lain benar angin dia hari ni. Aku ada salah cakap ke tadi? Malaslah nak throwback.

Aku naik ke atas dan tengok dia sedang berdoa. Baru lepas solat Asar rupanya. 

Setelah dia mengaminkan doa, aku bersila disebelahnya dan memeluk lengannya. Tapi dia tak balas pun. Kenapa ek?

"Saya nak mengaji ni. Lepas ni lah awak usik saya, ya?" Soalnya tanpa senyuman. Pelik sungguh aku rasa sekarang ni. Kenapa ni? Apa dah jadi sebenarnya? 

Dah tiga hari kalau aku tak lupa. Dia jadi dingin sikit. Dah lah asyik ada emergency call je.

-----

Zairis on-night malam ni. Jadi tinggallah aku sorang-sorang dekat rumah besar ni. Rasa kosong je. Tak pernah aku duk sorang kalau dia on-night tapi malam ni rasa macam nak duk sorang je. 

Dah seminggu lebih dia tak banyak cakap. Bukan dia jenis tak banyak cakap ke? Bukan, dah lama dia tak layan lawak aku yang memang bodoh jugak kadang-kadang. Aku renung tempat yang aku dan dia pernah menari dulu. Pada mulanya aku menari kpop bajet hot sikit. Tak sangka dia pun pandai menari hip hop dan street dance.

Aku pandang peti sejuk tempat kami buat sticky note warrior dulu. Dah lama tak main benda ni kan? Selalunya kalau gaduh bab basuh pinggan dan makanan, peti lah jadi mangsa sticky note warrior.

Aku pandang remote TV yang kami berebut. Last sekali aku cabut bateri dan dia terkulat-kulat tak faham kenapa dia punya siaran tak boleh ditukar. Aku senyum jahat kemudian dia gigit jari aku manja. Geram katanya. First time dia gigit jari aku. Sweet. Aku suka sangat.

Ada jugak aku ajak dia swimming rumah ibu dan aku yang kuasa tidur tinggi ni boleh lelap dalam air. Aku sangat sukakan air! Sangat suka!

Teringat bila malam Jumaat duk cerita hantu zaman sekolah berasrama dulu. Last sekali dia dan aku tak tidur sebab aku ni takut sangat sampai tak boleh lelap. Malam jumaat orang bacalah Yaasiin ke Al-Kahfi ada elok sikit. Duk cerita pasal hantu tu kenapa? Cari pasal kan?

Teringat bila dia suka ajak aku main sorok-sorok lepas tu kena tangkap dan kira sampai sepuluh. Masa mencari limit 5 minit je. Jadi pandai-pandai lah nak cari jalan selamat dan tempat sembunyi yang paling bijak.

Aku rindu main polis dan penjahat sebab asyik aku je yang jadi polis dan dapat tembak dia. Dia tu kena mengalah selalu.

Aku berhenti dari throwback dan termenung. Dah 6 bulan kahwin, kami masih lagi macam tu.

Sekarang cuti sem pun aku bertapa je dekat rumah. Teringat zaman kuliah, cewah macam dah lama je. 

Aku curi dia punya sign nak buat surat MC. Ponteng kelas sir Aziz lepas tu sir Aziz lapor dekat Zairis. Kantoi! Lepas tu dia dah warning aku jangan menipu. Tapi dia tak marah pun. 

Sukanya ingat balik. Paling best kalau main sembunyi aku tidur terus tak sedar. Bagai nak gila dia cari aku dia cakap. Lepas tu masa mencari dikurangkan sebab dia takut aku tidur lagi. Kelakarnya rasa. Kan?

Air mata aku mengalir. Dah banyak yang kami lalui bersama tapi seminggu yang dingin ni buat aku rasa sunyi berpuluh tahun. Ya Allah, adakah aku bukan isteri yang baik untuknya? Atau ini balasan aku sebab tak menjadi isteri yang sepatutnya?

-----

"Danisa, Fina. Doc dah tak sayang aku..." Aku terus menangis sebaik nampak dua bff aku ni. 

Sakit sangat dah tak boleh tahan sorang-sorang. Cukup dua minggu aku memendam rasa. Air mata aku menangis tanpa rasa kesian pada diri aku ni. Kalau nak hidrate pun, hidratelah. Kalau mati pun aku rela. Bodohnya aku cakap macam ni! Macam orang tak ada iman.

"Apa kau mengarut ni, Naila?"

"Betul Fina, dah seminggu dia OT. Dah seminggu kami tak makan semeja. Dah seminggu dia tak jadi imam aku. Dia sayang hospital dia je."

"Kau jangan macam ni weh. Aku pun nak nangis sama. It's okay, kami tolong kau! Kita siasat kenapa!" Fina dah bersemangat nak jadi spy. Danisa pun beria nak tolong aku. Air mata aku kesat dan terus peluk mereka. Lepastu nangis lagi berjemaah. Air mataku takkan habis! Agaknya kalau aku kumpul dari dulu dah berapa liter, ya? Ke boleh buat sampai banjir kilat?

-----

"Kau tak ceria je kenapa? Dah lama kau tak senyum macam dulu." Adam menegur Zairis yang bersamanya di kempen derma darah dekat Pavilion hari ni. 

Dah seminggu mereka disini dan dah seminggu Zairis asyik ambil OT. 

Selalunya nak ajak on-night pun dia tak nak sebab takut Naila tinggal sorang dekat rumah. Siapa tak tahu Naila punya penakut macam mana.

"Aku dah tak rasa nak senyum. Rasa macam aku ni mainan dia je, Dam. Dia anggap aku ni macam toy dia je." Luah Zairis. Dia sendiri yang rasa macam tu.

"Kau je rasa macam tu. Kesian Naila, weh."

"Kau ni, kot ya pun terasa jangan ikut sangat hati tu. Mana kau tahu dia anggap kau macam tu? Kau tak rasa dia terluka ke? Kau ni lelaki, ketua keluarga. Kalau kau dah lemah macam ni apatah lagi dia. Kau sendiri tahu yang dia tu budak lagi. Mana nak matang macam kita ni. Kau jangan menyesal bila dia dah jumpa orang yang dia cinta. Kau kena tahu yang perempuan ni suka orang ambil berat pasal dia. Macam mana kalau budak Joe tu yang berjaya tackle Naila. Masa tu kau jangan nak gigit jari pulak." Panjang benar bebelan Adam.

Zairis jadi tak senang duduk. Macam mana kalau apa yang Adam cakap betul? Padahal Naila selalu buat macam biasa tapi dia yang rosakkan suasana. Dia tu suami. Ketua keluarga. Lelaki dan Khalifah pulak tu. Sanggup dia biarkan isterinya macam tu.

"Aku nak balik. Bodohnya aku."

"Bukan bodoh weh. Tapi cinta. Kau terlalu cintakan dia. Baliklah. Aku control sini. Dah sehari kau tak tengok dia kan?" Adam menepuk bahu kawannya. Hebat betul penangan cinta Naila sampai Zairis sendiri boleh tewas.

-----

Melilau Zairis mencari kelibat isterinya tapi tak jumpa. Rumahnya sangat sunyi. Memang sunyi lah sebab tak ada orang. Zairis melangkah ke dapur dan baca sticky note dari Naila.

Dear awak,
Saya balik rumah ibu. Saya takut nak tidur sorang malam ni sebab tadi Danisa cerita pasal hantu. Hantu moden katanya, boleh keluar ikut phone. Takut saya. Saya call awak tapi awak off phone. Busy ya? Entah awak sempat tak baca note ni. Saya duduk rumah ibu je, kalau awak teringat dekat saya, mai lah. Hehehe. Macam rumah saya pulak kan? Awak take care tau! Bye awak.

Zairis mencium nota itu lama. Dia rindukan isterinya. Tapi apakan daya dia sendiri yang buat jarak antara mereka.

-----

"Kalau laki kau balik, terus peluk dia tau. Jangan nak bersoal jawab macam polis pulak. Kau ni kena lah pikat dia sikit." Aku garu kepala fikir apa yang mahaguru Danisa cakap. Macam manalah nak pikat suami sendiri.

"Zairis balik sini ke hari ni?" Soal ibu bila tengok aku duk termenung je. Muka dimaniskan dan aku memeluk bahu ibu. Kalau boleh nak je aku nangis sebab sedih.

"Tak sure lah ibu. Sibuk dengan kempen derma darah katanya. Ibu tahu, dia kata darah AB ni darah kedekut tapi darah O ni generous. Saje nak kutuk Naila tapi puji diri sendiri." Cerita aku pada ibu. 

Lama tak gaduh pasal jenis darah ni. Suka sangat cakap darah aku ni jenis kedekut. Dah memang dari abi lagi nak buat macam mana. Abi lah yang kedekut. Hahaha.

"Kalau Zairis senyap tu dia merajuk je." Ujar ibu tiba-tiba. Aku pandang ibu dan ibu senyum pada aku. 

Ibu tinggalkan aku seorang di beranda dan aku bergerak ke bilik tidur. Menangis lagi. Jadi, dia merajuk ke? 

Ibu pun dapat tahu yang kami ni ada problem sebab tu aku tak balik rumah ummi. Hari ni baru aku sedar yang menangis banyak ni memang penat.

Aku lap air mata dan saat itu kereta Audi merah milik Zairis masuk ke perkarangan rumah. Dek nasihat Danisa, cepat je aku turun ke bawah dan terus meluru pada Zairis. 

Dengan selipar tak pakai aku terus melompat, amboi tak adalah lompat tapi lebih kurang macam terjah gitu. Aku terus peluk Zairis sehingga dia tersandar pada kereta.

Rasa dekat sangat hati aku dengan dia sekarang. Sebab aku peluk dia ke?

Suasana yang sunyi tu aku tak peduli langsung. Malu lagi lah tak sebab aku ni muka tembok. Lama jugak aku peluk Zairis  Dan akhirnya aku rasa ada tangan melingkar di pinggang aku. Dia balas pelukan aku... kan? Lagi erat lah aku peluk dia. Biar dia rasa lemas dan tercekik. Dah seminggu tak peluk dia. Rindu! Eh, jap. Pedia??? Rindu.

"Lebih sayangkan hospital daripada saya, ya?" Soal aku merajuk. Sempat lagi ni. Aku nak pujuk dia ke nak merajuk sebenarnya ni. Eh mana satu misi aku ni? Adoi. Matlamat dan misi pun tak jelas.

"Sayang awak lah. Sebab tu ambil emergency leave." Dia sayang aku? Macam first time je dia sebut.

"Rindu saya tak?" Soal aku lagi. Macam aku je yang merajuk dan minta dipujuk ni.

"Mestilah. Terlalu rindukan awak." Sayu suaranya. Ikhlas dan aku rasa macam nak mintak ulang suara tapi sekali je dah cukup kot.

"Jom masuk. Kaki ayam je ni." Aku meleraikan pelukan dan memandang kaki. Dia pun turut sama memandang kaki aku dan kami berbalas senyum. Aku mendekatkan diri padanya lagi dan kali ini pipi dia aku cium. Sifu Fina yang suruh. Lepas tu suruh minta maaf lagi.

"Maaf andai saya ada buat silap." Siap berandai bagai.

"Tak ada apa yang perlu dimaafkan. Dah macam hari raya pulak." Ish. Copypaste ayat aku tu. Aku tayang sengih je lah. 

Tak sempat aku cakap apa-apa, dia dah angkat aku masuk dalam rumah, aiseyman mamat ni buat drama lah pulak. Dah lah masuk je dalam rumah bukan je ibu yang nampak, abah pun nampak. Paling tak boleh blah. Bibik pun nampak jugak sih! Waduh waduh malu banget ni.

"Eee. Saya boleh jalan lah." Aku paksa dia turunkan aku. Dah ambil alih jadi tembok besar cina nampak. Tak malu dah sekarang.

"Saya naik atas. Nak mandi. Nanti awak naik eh?" Soalnya pada aku. Macam nak berbisik tapi satu rumah boleh dengar. Aku mengangguk dan dia berlalu setelah menyalami tangan ibu dan abah.

"Kenapa ibu?" Soal aku ringkas. Kalau nak kata aku malu tadi memang ya lah. Sekarang dah tak malu dah.

"Pergilah naik atas." Ujar ibu pula. 

Aku mengangguk dan terus ayunkan kaki ke bilik. Kenapa mood dia okay je hari ni? Lupa, tadi dia kata dia rindu aku kan? Jadi sebab apa dia tak okay sebenarnya? Bila aku duk termenung macam ni mulalah rasa nak tidur, mengantuk. 

Tapi bila ingat balik apa yang Danisa kata aku layan dia macam abang je ke atau suami? Kenapa soalan sama macam ummi? Ke memang nampak aku macam tu? Buat dia macam abang eh? Siapa pulak yang nak jawab soalan aku ni?

"Awak dah sampai mana?" Terasa bahu aku disentuh. Terkejut beruk aku dibuatnya sampai terjatuh katil. Sakitnya punggung aku. Mamat ni!!!

"Sorry. Sakit?" Soalnya resah. Tahu takut dengan red belt ni. Eleh orang lain tak poyo pun ada black belt aku yang red ni jugaklah nak berlagak sangat.

"Sikit lah. Awak dah solat?" Soal aku pula. Rasa macam tak ada idea gila sekarang ni. Danisa kata puasa dulu idea jahat aku tu.

"Dah. Awak?" Soalnya pula lalu duduk disebelah aku. Tuala ditangannya aku ambil lalu mengeringkan rambut dia. Rambut yang maintain terpacak macam naruto ni. Aku suka rambut dia. 

"Saya suka rambut awak." Puji aku bila aku tatap matanya. Amboi. Tatap mata! Aku nak pukau kasi cair. Hahaha. Poyo lah sangat.

"Saya lagi suka rambut awak." Ni orang panggil tak nak kalah. Nak puji apa lagi? Dia tak pakai spek jadi mesti dia tak perasan apa yang aku dah buat kalau dari jauh.

"Saya suka mata awak."

"Saya lagi suka mata awak."

"Saya suka kening awak."

"Saya lagi suka kening awak."

"Saya suka hidung awak."

"Saya lagi suka hidung awak." 

Macam tak ada kerja je kan? Tak nak kalah pulak tu.

"Saya suka pipi awak."

"Saya lagi suka pipi awak."

"Saya suka bibir awak. Nak kiss boleh?" Soal aku laju. Haa! Membulat besar mata sepet dia tu terkejut. Tak lawan dah! Aku dah menang. Aku ketawa sakan. Hesh terkena lagi dia ni.

"Saya lagi suka bibir awak. Saya nak kiss awak boleh?" Soalnya balik. Kali ni aku yang brek emergency. Gelak pun dah hilang larikan diri. Aku gurau je lah tadi. Makin lama muka dia makin dekat dengan aku. Kali ni aku pulak yang rasa cuak. Agaknya macam ni lah dia rasa bila aku kenakan dia.

Tiba-tiba pintu diketuk.

"Ya ibu?" Soal aku bila buka pintu. Ibu dah selamatkan aku.

"Jom minum petang." Ajak ibu mesra.

"Jap lagi kami turun."

"Okay." Ibu dah pergi. 

Aku pandang belakang, hek eleh dia malu lagi lah. Alahai suami aku ni. Comel bebenor.

-----

Nak tanya ke tak nak kenapa dia dingin sangat atau baik tak payah ungkit terus. Karang dia kecik hati pulak. Kali ni mahaguru Danisa dan sifu Fina tak sehaluan lah pulak. 

Sorang kata jangan ungkit weh sorang lagi cakap kau kena lah tanya weh. Confuse aku. Tapi aku rasa better shut up kot. Tapi macam mana nak baiki kesilapan kalau tak tahu kita silap di mana. 

Doa! Haah lah. Doa kan senjata mukmin.

"Awak, sehari dua ni duk menung je kenapa?" Aku mandangnya yang telah siap untuk ke hospital. Aku bangun dari kerusi dan mengikat tali lehernya. Memang dulu tak pandai tapi lepas kena lecture dengan ummi, aku belajar jugak tapi tu pun dah lama sebelum kahwin lagi. 

Ummi tu selalu pesan belajarlah ikat tie senang nanti nak ikatkan untuk suami. Lepas tu aku cakaplah suami aku superman. Superman tak pakai tie, ummi. Terus kena cubit, aduhai teringat balik effort aku nak belajar ikat benda alah ni memang sakit jugak sebenarnya tapi sekarang tak rugi dah betul sangat apa yang ummi buat tu. Hihihi. Tu lah dulu asyik nak merungut je.

"Saya tinggal sorang lagi. Awak dah pergi kerja."

"Sorry, saya akan try minta cuti kita pergi holiday ya?" 

Hehehe ayat pujuk memujuk. Ye lah tu kena tinggal sorang. Ibu nak letak dekat mana. Ibu depan mata nak simpan je ke?

"Takyah lah awak. Saya dah nak start class balik dah. Dah tamat riwayat cuti sem."

"Sorry again." Pintanya lagi. Aduhai pujaan hatiku... Eh... Nak menyanyi pulak. Aku memeluknya erat, aku suka. Suka sangat rasa sekarang ni. Rasa tenang dan hangat. Kalau lah dia ni buat bantal peluk confirm tidur terlajak punya.

"Jangan buat saya rasa duk sorang-sorang dalam rumah tu."

"It'll never happen again. I'm sorry."

"It's okay. Jom breakfast! Awak, saya keluar hari ni boleh?" Aku dan dia beriringan ke dapur. 

Ibu dan abah dah ada dekat situ. Pinggang aku yang dipeluk erat aku cuba rungkaikan sebab segan kot! Depan mertua kalau depan abi boleh tahan sikit. 

Haa! Tengok tu pakat duk tayang sengih pulak. Tahulah kempen mulakan pagi anda dengan senyuman tapi ni dah masuk macam kes lain. Tolonglah jangan nak menyakat pagi-pagi ni.

"Morning." Sapa aku mesra lalu duduk di sebelah Zairis.

"Morning."

"Awak nak apa?" Soal aku pada Zairis.

"Roti je. Lunch nanti dengan saya eh, kat luar?" Soalnya pandang aku. Aiseyman aku dengan Danisa dan Fina dah decide nak makan sama-sama. Last lepak before start new sem yang lebih sakit otak.

"Saya dah janji dengan Danisa dan Fina. Dinner boleh?"

"Okay, kita dinner luar? Or awak nak saya masak? Sebab saya balik awal hari ni." Plan yang cantek menarik tertarik kau memang deboom tapi kalau aku kata ya karang dipanggil buli suami pulak. Tapi bakat dia masak memang best kalau nak bandingkan dengan aku yang tadika lagi ni. Dia dah phd kut.

"Zairis masak je. Tak salah sekali sekala rasa air tangan suami." Ibu dah bagi petunjuk yang memang aku nak sangat. Aku senyum mengangguk. Bukan sekali sekala ibu, dah berkala-kala Zairis yang masak dekat rumah. Eee, bini apalah aku ni.

"Saya masak. Awak nak makan apa?"

"Saya tolak batu dengan besi je. Saya makan semua." Balas aku selamba. Abah dah gelak dah, hahaha. Batu pun aku telan kadang-kadang. Gula batu lah! Bukan batu sungai.

-----

"Weh! Tengok tu!" Aku dan Fina pandang apa yang Danisa tunjukkan. Beria sangat sampai senget mulut. 

Ugh! Lelaki yang mata keranjang rupanya. Dah ada anak bini nak menggatal lagi. Kurang hajaq namanya. Ni kena beri kesedaran sivik baru dia faham. Dulu dalam kelas confirm tidur ni. Cakap orang pulak, padahal dia yang selalu tidur. Dia tu siapa? Aku lah.

Serentak aku dan Fina pandang heels Danisa. Tinggi dia tak dak lah tinggi mana tapi tajam heels tu boleh tahan. Setakat dua inci half boleh dah ni. 

Aku angkat muka pandang Fina dan kening aku terangkat sekali. Jahat punya style ni. Danisa yang blur pun angkat sama tapi angkat bahu.

"Danisa, pinjam heels jap. Aku nak kasi kenangan manis ni." Pinta aku pada Danisa.  Fina dah angkat double likes hehehe.

Jaga lah kau mamat miang! Bini nak suruh pegang anak pun tak nak sebab duk usha awek. Bini dia tu dah boleh tahan lawa kot. Ni lah lelaki. Ish ish ish. Kesian lelaki yang baik diluar sana ya. Mohon maaf jangan terasa.

"Cepatlah." Aku meminta Danisa cepat. Lambat bebenor. Setelah heels bertukar kaki aku cuba imbangkan diri. Tak pandai pakai benda alah ni sangat. Karang aku yang tertonggeng, diri sendiri yang malu.

Aku terus bergerak mendekati lelaki miang yang sedang bersandar pada dinding kedai. Aku buat-buat cari phone dan kemudian...

"Aduh! Kaki aku!!!" Haa, tu ubatnya untuk orang gatal tak ingat dunia. Aku tak sengaja lah sangat terpijak kaki dia. Hahaha. Jahat aku ni mohon jangan dijadikan teladan. 

Meringkuk dia sebab sakit. Apa lagi, cepatlah minta maaf karang berdosa pulak.

"Sorry tak perasan..." Bersalah sekali suara aku. Padan muka. Lepas tu bini dan anak dia keluar.

"Ya Allah, Irfan okay? Darah ke?" Soal bininya risau. Kalau akak nak tahu suami akak ni gatal miang. Padan dengan muka dia!

"Okay kak! Sikit je ni. tak payah pergi klinik pun." Kak??? Aku dan Fina dah nak tercabut rahang terkejut. Alamak!!!! Dah salah target pulak. Aku pandang lelaki depan aku dengan rasa betul-betul bersalah. Apa aku dah buat ni? Kesian orang tak berdosa.

"Sorry kak, abang. Saya tak sengaja. Nak pergi klinik ke or nak saya bayar ganti rugi?"

"It's okay. Untung saya pakai kasut. Dah tak sakit pun." Dah lah siap senyum dekat aku lagi. Fina!!! Apa kita dah buat ni.

"Lagipun awak tak sengaja kan? Biasalah tu kemalangan." Tak sengaja lah sangat. Aku dah tunduk-tunduk macam orang Jepun sebab rasa bersalah.

"Sorry again."

"It's fine. Don't worry." Dia senyum weh. Muka macam baik bak pak ustaz. Kenapalah aku cop dia gatal tadi. Tang mana nampak dia gatal. Takkan sebab pandang perempuan lain pun dah label gatal kot.

"Maafkan saya." Ucap aku lagi sebelum dia berlalu pergi. Ya Allah, apa aku dah buat ni?

"Yang kau pergi pijak kaki dia tu kenapa?" Soal Danisa bengang.

"Dah lah guna kasut tak berdosa aku buat dosa."

"Sorry Danisa. Aku ingat kau tunjuk lelaki tu gatal duk usha orang lain. Padahal dah ada bini." Pohon aku pula.

"Mana ada! Aku nak kata dia sweet lah dengan bini dia sebab nak tolong dukung anak tapi bini tak kasi. Rupanya adik dia lah."

"Aku pun ingat macam tu. Sorry lah." Fina bersuara jugak akhirnya. Tu lah nak judge orang by it's cover je. Salah tau macam tu! Jangan buat lagi!!!

Aku dan Fina berpandangan bila kena marah dengan Danisa. Malu. Tapi Danisa tiba-tiba berhenti bila ternampak kelibat Joe dan awek baru dia. 

"Kalau yang macam tu kau nak pelangkung pun aku rela." Aku dan Fina senyum. Danisa ni memang lah. Aku dan Fina dah terfikir nak kenakan pasangan baru ni tapi tengah kami duk syok survey condition. Bahu aku dicuit.

"Sabarlah Fina, line tak clear lagi ni." Fina ni pun tak menyempat.

"Assalamualaikum." Eh. Orang bagi salam? Pejabat agama ke ni? Aku tak buat salah pun kalau polis dah sahlah 'jangan bergerak kami polis' ayat first dorang. Tag line gitu.

"Awak?" Suami aku lah weh. Alamak. Dia buat apa kat sini? Lupa lah ngok hari ni kan dia ni ada pameran dekat sini. Aku tayang sengih.

"Awak? Kenapa?" Soal aku direct.

"Jawablah salam saya dulu." Aduh. Asyik lupa nak jawab salam yang dia hulur. Lain kali hulur cinta lah, nak je aku sambut terus. Hahaha. 

Jawab salam dulu. Sebaik aku jawab salam, dia tersenyum pandang aku yang tersengih. Mana hilang Danisa dan Fina ni. Bila aku pandang dorang, lah tengah makan dengan Dr. Adam rupanya.

"Jom lunch sama?" Haruslah dia pelawa aku kalau tak aku merajuk dengan dia nanti. Pandai dah merajuk sekarang ni.

"Jom!" Dia tarik tangan aku untuk mengikutnya. Malulah pulak mesti dia duk wondering apekebenda yang aku tengah buat tadi dan si Fina dan Danisa ni boleh pulak blah tak bagi salam dulu. Say goodbye ke. Nak kena minah dua orang ni.

"Ni lah anak sir Aziz." Ternganga kami bertiga. Memang kawan dia lah weh. Nasib baik kahwin dengan Dr. Zairis kalau tak masak jadi menantu sir Aziz. Tak nak aku!!!

Dah makan semua kenyang pun dah time to watch movie lah. Eee rasa macam nak ajak suami aku sekali tapi dia kerja lah weh. 

Aku peluk lengan dia dan menggengam tangannya. Rasa macam nak duk sini dengan dia. Mai dah gedik negeri aku ni. Kenapa mesti negeri? Negara tak boleh? Mengarut dah.

"Awak buat apa tadi? Pijak kaki orang bagai." Erk?! Dia tahu? Apakah???

"Terkejut ya? Dari jauh saya dah cam awak. Nakalnya awak ni." Pipi aku dicubit. Tahulah lembut macam marshmallow. Alamak dia nampaklah. Malu lah pulak.

"Bye awak. Masak sedap-sedap tau malam ni." Aku tersengih. Dia pun senyum lalu aku pergi dari situ.

"Weh. Sir Aziz dah pencen. Nanti dapat lecturer baru lah kita." Ucap Danisa happy. Lah, aku ingat dia sayang sangat sir Aziz tu.

"Aku ingat kau suka sir Aziz."

"Idoklah weh. Aku punya projek selalu kena tendang. Markah pun cukup-cukup makan je." Danisa pun rasa benda yang sama lah. Fina je lah yang jenis perform subjek tu. Tak sabar jugak nak jumpa lecturer baru sem depan. Tak tahulah kalau alamatnya aku jadi kaki tidur lagi.

-----

"Abang ni teruk tau. Tak bagi can langsung kat Danisa. " Geram aku rasa bila abang aku ni langsung tak bersungguh bila Danisa duk usha dia. Danisa betul-betul kot dah tebalkan muka bagai tapi abang ni dah dasar batu, batu lah jugak. Geram cakap dengan orang tak reti bersyukur ni.

"Apa Eby cakap ni. Tak kan Danisa mengadu kut?"

"Tak ada maknanya dia mengadu. Takpelah abang, lepas ni dia dah tak kacau abang lagi." Aku bersuara malas. Abang yang elok bersandar duk tegak. Kenapa? Sentap? Dah terlambat.

"Danisa dah give up. Selalunya orang yang dah give up ni jumpa orang baru. Untunglah siapa dapat Danisa tu." Aku terus berlalu dari situ. Melepaslah abang. Padan muka jual mahal sangat. Aku jual singgit je dekat pasar malam baru tahu.

"Sedih ni kenapa?" Soal Zairis bila tengok muka aku yang sedih ni.

"Danisa dah tak nak kat abang."

"Kenapa?"

"Sebab abang tu sombong sangat." Jawab aku geram. Zairis tinggalkan meja yang terhidang lalu datang memeluk aku. Kenapa pulak ni? Bukannya abang sombong dengan aku.

"Saya ajak abang dinner sekali tak tahu pulak awak merajuk dengan dia."

"Mana ada merajuk. Okay je... Hmm!"

"Mentol dah nyala!!!" Aku terjerit dan berlari naik ke bilik. Pandai aku rupanya minum susu ummi lah ni.

"Saya nak mandi kat bawah ni awak. Takut kat atas sorang-sorang. Kalau saya jerit terus datang tau."

"Lah. Mentol nyala sebab nak mandi ke?" Soal Zairis lalu gelak.

"Bukanlah. Tak mandi lagi dari tadi." Aku tayang sengih.

"Patutlah ada bau je." Dia gelak lagi. 

Eleh lawak macam tu dah basi tak menjadi pun punchline dia. Aku jelir lidah sebelum masuk ke bilik air. 

Mandi! Kan aku ada cakap aku suka air. Sebab tu aku suka nangis. Padahal manja. Bijak je kan alasan ni.

Tengah aku duk syok mandi, aku syampu lah rambut yang dah berkelemumur ni. Tengah syok syampu. Blackout!!!!

"Awak!!!" Menjerit aku dalam bilik air. Berlari Zairis mendapatkan aku dalam gelap gelita tu. Semua benda dilanggarnya aku rasa. Kerusi meja sekali kot.

"Sayang. Awak okay?" Soalnya di luar pintu bilik air. Haruslah aku yang ada dekat dalam ni. Takkan nak suruh dia masuk macam tu je. Malulah weh.

"Awak. Sabun masuk dalam mata. Pedih."

"Buka air!" Jeritnya. Gelap lah pak cik mana nak nampak.

"Tak nampak. Sakit..."

"Saya masuk okay?" 

Haa? Nak masuk? Cepat ambil tuala!!!! Bungkus diri dulu. Sempat je aku berkembam, pintu dah terbuka.

"Saya masuk ni." Ujarnya sambil terkapai-kapai. Nama pun gelap asal tak bawak torchlight? Alahai doktor ni.

"Saya jumpa tangan awak." Aku menarik tangannya dan dia cepat-cepat mencari paip air. Lepas tu air dari atas mencurah membasahi kami. Akhirnya hilang pedih mata aku. Aku menyentuh badannya, memang dia lah kot kalau hantu dah mati dah kat sini.

"Takutnya, awak."

"Pedih lagi?" Suara je aku dengar.

"Tak." Nak nangis ni. Time aku mandi jugak nak blackoutnya. 

Aduh! Tiba-tiba lampu menyala. Eh dah nampak muka orang. Memang suami aku lah bukan hantu.

"Alhamdulilah. Awak okay?" Soalnya mencari wajah aku. Aku senyum segaris. Tiba-tiba aku tengok muka dia blushing. Kenapa ni? 

Dia melarikan pandangannya dengan melihat ke depan terus. Kenapa pulak ni. Aku tengok diri aku sendiri. Mak aih. Lupa pulak bertuala je ni. Dah lah berpelukan under water drop ni. Adoi. Hujan dalam rumah. Hahaha. Aku pun malu ni. Mana nak lari.

"Okay. Hmm... Okay lah... Saya... Saya... Keluar dulu..." Bila dia malu aku lagilah malu.

"Ganti lah baju dulu. Basah nanti kat luar saya tak nak mop. Nah." Tuala kering aku hulurkan padanya. Dia sambut tapi macam malu je.

"Saya ganti baju kat sini?" Soalnya. Haah lah. Aku kan ada dalam ni. Malunya.

"Ganti je lah. Saya tak tengok. Swear."

"Okay. Awak nak guna apa?"

"Jubah mandi ada. Saya pakai ni je." Terkejut aku bila dia buka baju. Dah lah bertuala je, aku tak nak tengok sebab malu tapi mata hari ni miang semacam je. Aku pandang dia kemudian dia malu terus pandang tempat lain.

"Sorry." Pintanya. 

Aku angguk je. Aku okay lah sikit sebab pakai jubah mandi ni. Habis-habis pun kaki je nampak.

"Ada orang datang. Saya jenguk jap." Aku angguk bila dia beredar. Aku pun takkan nak bertapa dalam tu mestilah keluar sama. 

Suara abang kedengaran dan aku pun keluar dari bilik tetamu tu. Abang terkejut pandang kami.

"Abang duduk dulu. Kami siap kejap." Selamba je muka Zairis tapi abang sengih tu kenapa?

"Tengah blackout pun sempat ya? Nasib baik lif sangkut tadi. Kalau tak entah apa yang abang nampak." Haa. Mengarut dah orang tua bujang ni. Zairis dah membahang sebab malu.

"Abang, tadi..."

"Biarlah. Abang tu tak kawin lagi apa tahu. Jom awak!" Aku tarik tangan Zairis naik ke atas. Geram lagi dengan abang. Biar dia tahu sikit. Zairis hanya ikut aku naik ke atas.

"Sorry. Sepatutnya saya naik atas pakai baju dulu. Kalau tak, tak ada kena usik dengan abang."

Berapa kali nak sorry lah dia ni. Aku pun dah malas nak dengar. "Awak sorry lagi sekali, saya kiss awak." Ugut aku. Terlopong dia dibuatnya. Hahaha. lawak rumah!

-----

Abang masih lagi duk tayang sengih bila kami dah ada di meja makan. Memang masam muka depan rezeki tak elok tapi kalau senyum semacam tak enak jugak kan?

"Alhamdulilah. Abang happy tengok korang." Ujar abang ikhlas. 

Aku dan Zairis senyum. Happy kan kami ni walaupun aku ni otak mereng sikit.

Baru je kami start makan, loceng rumah bunyi lagi. Kami bertiga berpandangan. Aku angkat kening. Tapi Zairis tak faham pun. 

Aku bangun dari kerusi dan pergi buka pintu. Zairis ikut aku sama ke pintu. Abang? Melantak je dia tahu. Danisa yang datang dengan senyuman, aku pandang lama. Aku jeling Zairis yang dah tersenyum.

'Apa lagi idea bini aku ni?' Gumam Zairis.

"Jom Danisa!" Aku peluk lengan Danisa dan menariknya ke dapur. Terbatuk abang bila nampak muka Danisa  Terkejut kan? Hahaha...

Selesai je makan, abang yang tadinya bising bagai nak rak diam je masa Danisa ada. Zairis dan abang berborak di luar tapi aku dan Danisa di dapur.

-----

"Abang. Kalau kita suka kita kena cakap. Kalau tak orang tak faham." Cewah. Cakap dekat orang pandai padahal Zairis pun sama je. Sayang tapi tak cakap pun.

"Apa maksud kau ni?"

"Saya lelaki jugak. Danisa suits you well."

"Bro, it's hard you know. I've never fall in love or being in love before so I don't know how."

"But, both of us know. She likes you."

"Suka? It's can be the strenght in relationship?"

"Yes, marry her then love her. Naila said, Danisa is giving up on you." Abang panggung kepala. Dia pandang Zairis lama sebelum meraup mukanya.

"Really?" Soalnya berat.

"Yes. I think. She's beautiful and no wonder if she met anyone else."

"I like her... But, I don't know."

"Marry her, don't make her give up. Raise her love again. You know what, once a person stop to love, it will hurt both heart. So please, appreciate her. Catch her while she's around. Or. You will regret."

-----

"Asal kau tak cakap abang kau ada?" Soal Danisa. Kalau tanya saje, tahan lagi. Ni tangan naik sekali wo! Sakit!

"Doc ajak dia. Kau betul dah tak suka abang?"

"Dia tak pandang aku pun tadi."

"Aku tanya kau dah tak suka abang ke? Faham question sikit."

"Aku tak pernah tau suka orang macam ni. Nampak dia tadi berdebar weh."

"Kau nak stop je ke?"

"Maybe." Aku sedih. Sedih sebab abang tak pandai nak menilai diri Danisa.  Aku dah 22 tahun ni. Bukan budak-budak lagi...

-----

Zairis yang paksa abang hantar Danisa turun ke bawah. Danisa takut nak naik lif katanya trauma. Bagus jugak lama sikit dia nak turun tingkat lima ni. Adalah masa dorang discuss kalau dua-dua tak bisu lah.

"Awak dah berhenti?" Soal abang bila Danisa sampai ke kereta.

"Berhentilah. Dah sampai" Danisa buat lawak hambar.

"Awak tak boleh berhenti!" Ucap abang tegas. Danisa pandang abang pelik.

"Tak kan nak tidur sini?"

"Awak tak boleh stop over me." Danisa pelik. Abang pandang Danisa tajam ke anak matanya.

"Apa pasal bahasa rojak ni?"

"Awak tak boleh mengalah sebab awak dah ambil hati saya. Jadi awak kena bertanggungjawab." Ternganga Danisa sampai nak pengsan pun ada rasanya. Abang luahkan perasaan lah weh. Nak sangat tapi tak nak mengaku.

"Apa... Apa... Apa awak mngarut ni?"

"Saya tak pandai bercinta. Saya tak pandai nak layan perempuan. Saya tak tahu macam mana nak mulakan hubungan. Tapi, saya nak awak jadi isteri saya. One minute. Yes or no?"  Soal abang direct. Danisa dah ternganga macam orang buta huruf omputeh.

"Awak sakit perut ke?" Soal Danisa tak percaya.

"One minute is over. Yes or no?"  

Danisa tak tahu nak cakap apa. Abang pulak dah blah mcm tu. Ingat ni drama Jepun ke? Alahai nak marah je. Cepat lah jawab, Danisa. Karang meraung.

"Yes! Yes! Yes! Marry me!" Abang senyum dan pandang belakang balik.

"Just wait for me. I'll make you mine."

"Can't wait!" Gedik pulak si Danisa ni. Ayoyo.

-----

Alhamdulilah... Abang cakap dia nak kahwin terus tak nak tunang lama-lama jadi suka lah si Danisa tu. Dah gatal sangat kan? Haha, ampun, Danisa.

"Sayang!" Aik, first time aku dengar dia panggil aku sayang. Serius ke ni aku dengar sayang.

"Awak sayang saya?" Soal aku direct. Sayang aku rupanya.

"Kenapa, awak tak percaya?" Soalnya serius. Adoi tetiba je serius ni. Aku cuba nak sengih tapi bila dia palingkan muka, aku terkejut.

"Awak ni kenapa? Saya ada buat salah ke?"

"Apa maksud hubungan kita selama ni pada awak? Kawan?" Soalnya lagi.

"Apa yang awak mengarut ni?"

"Mengarut?" Soalnya sambil tersenyum sinis.

"Awak rasa apa maksud perkahwinan ni? Status kita? Awak tak pernah terfikir ke?" 

Aku kelu, tak tahu nak cakap apa lagi dah. Kenapa malam ni dia macam nak ajak gaduh pulak?

"Saya isteri awak kan?"

"Ya. Awak isteri saya dan siapa saya di hati awak? Suami ke? Atau macam abang awak je?" 

Aku terdiam. Kenapa semua orang persoalkan benda ni.

"Awak tak nampak ke sayang dan cinta yang saya hulurkan untuk awak? Saya mencintai awak tapi kenapa saya rasa hanya saya yang mencintai awak. Siapa saya pada awak? Hampir setahun kita kahwin, tak pernah saya rasa awak cintakan saya. Tak cukup ke sayang dan cinta yang saya beri pada awak?"

"Saya takut awak. Saya takut saya penat. Saya terlalu cintakan awak." 

Aku diam di satu sudut. Air mata Zairis yang mengalir menambah rasa sakit di hati ini. Air mata aku turut sama mengalir dan aku rasa ingin memeluknya tapi apakan daya aku umpama terpaku di situ. 

Langkah dia atur ke bilik. Kenapa aku tak mengejarnya? Bodohnya aku ni! Aku terduduk di lantai dan menangis sepi. Bawalah rasa sakit suamiku, ya Allah. Ampunilah dosaku, ya Allah. 

Tanpa aku sedar waktu berginjak ke satu pagi. Aku perlu minta maaf dengan Zairis. Bila aku masuk ke bilik, dia dah tidur. Mengiring dan bukannya memandang tempat aku tidur seperti biasa. Aku naik ke katil. Wajah itu aku elus dan pipi serta dahi itu aku kucup berkali kali. Maafkan saya... Aku merebahkan diri disebelahnya dan aku peluknya erat.

"Tak pernah saya tahu erti cinta selama ini. Awak yang ajar saya. Saya cintakan awak, tak sangka cinta diam saya buat awak sakit. Awak cinta hati saya. Tolonglah jangan jauhkan diri awak. Saya sayangkan awak. Syurga saya bersama awak." Air mata turun lagi.

Bila tiada lagi suara, Zairis membuka mata dan memandang isterinya. Dia tersenyum melihat wajah sedih itu. Tak sangka yang cinta ada untuk dia. Rasa bersalah menyebabkan air mata isterinya mengalir. Dicium pipi dan mata itu. Dia dengar semua luahan hati isterinya.

-----

Bila aku tersedar aku rasa pelik. Eh, dia peluk aku? Aku takut dia marah bila sedar nanti jadi aku cuba untuk alihkan tangannya tapi tak boleh.

"Don't move." Eh. Dia tak tidur lagi lah. Aku diamkan diri. Aku takut dia masih terasa.

"Sorry." Pinta aku pilu. Betul-betul sedih.

"Saya yang patut minta maaf. Emo tak pasal-pasal. Saya takut yang saya bertepuk sebelah tengan."

"Saya sayangkan awak. Dah lama pun. Awak satu-satunya orang yang berjaya buat jantung saya berdebar."

"Saya dengar semuanya tadi. Saya tak tidur pun lagi." Eh. Rasa macam malu lah pulak. Betul ke ni?

"Jadi awak tak tidur sejak tadi?"

"Tak. Mana saya boleh tidur, isteri saya ni menangis."

"Lain kali jangan merajuk lagi. Saya tak pandai nak pujuk."

"Mana ada. Saya sayang awak..." Aku senyum je kali ni. Dah puas hati sebab tak gaduh lagi dah. Dia ni memang hebat buat aku rasa sayang dia tau. Tak pernah-pernah pujuk orang selama ni. Dialah orang pertama yang aku pujuk. Patutnya masuk Book Of Records.

-----

"Tidur lah, sayang. Awak demam ni." Ajak Zairis. Aku exam esok ni. Last year pulak tu. Air mata yang keluar sebab demam ni pun asyik duk meleleh je. Kacau betul orang nak study.

"Saya exam esok. Last paper. Kenalah study.

"Tapi sayang demam ni. Makan ubat then tidur. Or sayang nak miss exam sebab tak dapat bangun?"

"Okay!" Mengalah je lah dengan doktor yang bijak sangat ni. Susah jugak kahwin dengan doktor ni. Hehehe... Takdelah, best apa. Terus badan aku diangkat dan dibawa ke katil. Ubat dan air disua. Aku pun terpaksalah mendengar.

-----

Habis exam. Alhamdulillah dapat jawab dengan baik. Tak sabar nak graduate dan cari kerja. Dah hampir dua tahun aku kahwin dengan Zairis. Danisa dah mengandung kot. 

Nasib baik dah habis study. Tu lah abang tak menyempat sungguh. Fina pulak tengah pasang pelamin nak kahwin. Bagus! Semuanya berjalan dengan baik.

"Main sembunyi?" Soal Zairis.

"Yup."

"Tak menang sayang punya."

"Tengoklah... Let's wait and see. Saya ada trick baru tau."

"Apa?"

"Main dulu!" Aku sengih sambil angkat kening. 

First kena menyorok dan ada masa tiga minit untuk sepak kotak nyawa. Tapi kalau dapat tangkap kena kira sampai sepuluh baru dianggap kalah. Kalau terlebih masa pun kalah jugak. Jadi jom main! Tengok siapa yang menang.

"Dah nak habis masa kena cepat."
Aku meluru ke arah kotak nyawa tapi dengan selamba aku dipeluk. Memang tak bergeraklah jawabnya. Takkan kalah lagi kut.

"Got you!"

"1... 2... 3... 4... 5..."

"Mana trick sayang?" Perli aku lah tu.

"6... 7... 8... 9..." Tak sempat dah! Cepat aku mencium pipi dia dan dia terdiam terus. Pelukan juga terlerai jadi cepat-cepat aku berlari dan kick kotak nyawa. Apa lagi merdeka lah sebab menang tapi dia masih lagi kaku dekat situ. Kenapa pulak ni? 

Oh! Lupa, trick aku menjadi kan? Haa tahu terkejut. Aku gelak sakan. Kesiannya suami aku terkena lagi. 

"Thank you. Thank you for the kiss." Err. Kenapa ni?

"Okay. Most welcome." Aku tayang sengih dalam debar.

"Nakal awak ni. Asyik kenakan saya je." Ujarnya lagi. Dia mengusap lembut pipi aku. Aku tersenyum dan memegang kedua pipinya.

"Saya nakal dengan awak je."

"Baguslah... Nanti saya jealous kalau awak nakal-nakal dengan orang lain."

"Nakal? Mana ada. Setakat kenakan orang. Bantai orang. Buli lecturer baru. Biasa lah tu." Aku balas selamba. Dia gelak dah. Adoi terbocor rahsia buat jahat pulak.

"Nakal sangat tu. Jangan baby terikut sudah." Eh. Baby mana pulak ni? Sejak bila aku mengandung? Mengarut betul doktor ni. Silap makan ubat ke apa?

"Bila masa pulak kita ada baby?"

"InsyaAllah. Kalau ada rezeki. Two years had past, so?" Soalnya sambil pandang aku. What??? Oh man!!! Mana mau lari maa? Wa dah manyak takut sekalang ini. Dia serius ke? Matilah wa...

"So?"

"Takde apalah." Ujarnya senyum. Eh, apa aku dah buat ni? Berdosa ni. Dia dah bangun dan menuju ke bilik air. 

Apa yang patut aku buat sekarang ni? Aku bangun dan turut ke bilik air. Aku tunggu luar pintu dan bila dia keluar aku terus peluk dia.

"Kenapa ni? Awak jangan rasa bersalah, saya okay. Saya gurau je." Dia membalas pelukan aku dengan mesra dan dahi aku dicium.

"Kita solat hajat berjemaah dulu. Doakan yang terbaik untuk keluarga kita.

"Jom solat!" Ajak aku cepat. Dia mengikut aku ke bilik air untuk berwudhuk.

-----

Selesai solat dua rakaat itu, doa yang dibaca oleh Zairis Asyraf buat aku sebak. Air mata aku berlinangan. 

Moga Allah perkenankan doa kami. Semoga kami sekeluarga bersama di Syurga. Aku tak minta bidadara di Syurga nanti ya Allah, cukuplah sekadar suami aku jodohku.

"Jangan menangis, sayang." Air mata aku dilap dan dahi aku dicium lama.

"Allah maha pemurah dan penyayang. Berikan saya sebaik-baik suami. Izinkanlah saya menjadi isteri awak untuk selamanya."

"Moga awak jadi pendamping saya hingga ke syurga."

Aku memeluknya erat. Tak kisahlah betapa hebat cinta manusia tapi tak setanding cinta Allah kerana Dia yang memberikan rasa cinta pada hambanya. Maka, cintailah maha pencipta cinta dan cinta antara kita akan lebih indah.

-----

"Nakalnya isteri saya ni!" Ujar Zairis sambil menarik hidung isterinya yang sedang berbadan dua sekarang. Dah dua bulan tapi perut tak nampak lagi. Teman Danisa katanya. Nak fight katanya. Seronok isterinya menyakat Fina yang cuak akan kahwin hari ni. Kemain lagi. Main redah je tak hiraukan orang lain dah.

"Relax ah, dear. Nak bagi blusher free and ketar lutut ni." Balas Naila dan dah bangun dari kerusi untuk menambah malu Fina yang diusik sakan. 

Tangan Naila ditarik oleh Zairis dan Naila terpaksa duduk semula.

"Sit here or I'll kiss you." Terdiam terus aku bila dia ugut macam tu. Eee. Geram pulak aku rasa. Tapi dia berani ke? Aku sengih dan cuba bangun, baru je nak gerak dia dah kiss pipi aku!!! Depan orang ramai! Malunya!!!

"Apa ni?!" Marah aku. Blushing giler. Orang dah gelak dah. Malu lah!

"Nakal awak eh! Saya gigit kang!"  Dia boleh bantai gelak dan peluk pinggang aku. Buat malu je lah. Fina pun kemain gelak ya. Jaga kau!

"Jaga-jaga Fina, selalunya lelaki tak banyak cakap macam Ammar tu nakal macam ni lah. Teruk lagi kot." Usik aku. Hahaha. Muka Fina dah cuak. Yes! Berjaya bayar balik. Aku dah gelak sakan. Fina terkena.

'Nakalnya isteri aku ni...' Gumam Zairis lalu tersenyum memandang Naila yang sedang seronok ketawa. Kenakan orang memang.