"Anis."
Anis menoleh. Ibu... “Ya, bu. Ada apa?”
Buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’ karya Ustazah Fatimah Syarha yang entah muka surat keberapa yang dibacanya ditanda dan diletak di atas meja dihadapannya.
Puan Zahra tersenyum. Dia melabuhkan punggung di sebelah Anis. Anis memusingkan badan menghadap ibunya.
“Ada apa, bu?”
“Ibu nak cakap sikit.” Anak mata Anis direnung sedalam-dalamnya. Suci... "Tapi Anis jangan marah ibu, ya?” Tangan kanannya dibawa ke ubun-ubun Anis. Ya Allah, moga ini yang terbaik buat anakku.
Anis buat muka pelik. Ibu ni... “Kenapa pula Anis nak marah ibu?” Tangan Puan Zahra yang lembut mengusap ubun-ubunnya ditarik perlahan lalu dicium. “Anis kan sayang ibu. Ibu kan the apple of my eyes, takkan Anis nak marah ibu.” Anis sengih.
Puan Zahra tersenyum lega.
Kening Anis berkerut. “Apa yang ibu nak cakap? Serius aje bunyinya, bu.” Anis ada buat salah ke? Hati tertanya-tanya sendiri.
Puan Zahra menarik nafas. Sedalam-dalamnya. “Anis, ibu nak tanya. Anis dah ada calon ke?” Lembut tutur katanya.
Anis terdiam. Soalan maut beb...
Wajah ibunya ditatap. Mencari sebab, kenapa ibu tanya soalan macam ni? Anis belum mampu manjawab.
Sekali lagi Puan Zahra menarik nafas. “Ibu ada seorang kawan. Dia nak lamar Anis jadi menantunya. Melamar Anis bagi pihak anak lelaki tunggalnya.” Perlahan dan lembut suara Puan Zahra. “Anis setuju?”
Anis jelas mempamerkan riak terkejut. Tak percaya.
Masuk kali ni dah berapa risikan dah yang Anis tolak. Bukan tak suka, tapi hati dia tak tenang. Istikharah dah, berdoa pun dah. Tapi masih belum ada tanda-tanda bahawa yang melamar adalah baik untuknya. Ya Allah. Adakah kali ini juga sama dengan jawapan yang Kau berikan kepadaku seperti sebelum ini?
Sebelum ni Anis hanya mampu memberikan alasan ‘tak bersedia’ aje. Dia tak nak membina rumah tangga atas dasar lain selain dasar keyakinan pada petunjuk Allah SWT. Memang la sebelum ni dia decide nak buat solat istikharah. Tapi tak ada apa-apa petunjuk untuk terima dia. Apa nak buat? Soal nikah kahwin ni mana boleh nak buat main macam game. Kalau salah jawab ada icon ‘play again’. Tapi soal nikah kahwin? Serius, takde ‘play again’ ataupun reverse. ‘Start a new game’ memang boleh, tapi sure susah nak ‘reset’ data-data ‘game’ yang dah ‘over’ sebelum-sebelumnya. Kalau game dalam komputer memang boleh play again, tapi jangan sesekali samakan game dalam komputer dengan game dalam kehidupan.
“Anis?”
Anis tersentak. Suara ibunya mengembalikan fikirannya ke alam nyata.
"Anis setuju?” Puan Zahra bertanya lagi.
“Ibu kenal ke anak lelaki kawan ibu tu?” Ini lamaran ketiga. Anis tak nak lah ini kali ketiga dia menolak. Nanti ibu jugak yang sedih.
Puan Zahra tersenyum lega. Petanda baik...
"Kenal. Baik budaknya. Hari tu ibu jumpa dengan dia. Sopan. Baik budi bahasanya, selalu senyum.” Puan Zahra memuji.
Haishhh, tak padan dengan aku. Dia sopan, aku? Dia baik, aku? Kalau nak cakap baik tu bolehlah. Nak cakap aku ni sopan, takdenya. Getus hati Anis.
“Ibu, bagi Anis masa...?"
Nay, seek ((Allah)'s) help with patient perseverance and prayer: It is indeed hard, except to those who bring a lowly spirit,-
Al Baqarah, [2:45]
“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatkanlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redailah aku dengannya."
Amin ya Rabb. Anis meraup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Telekung dilipat kemas, lalu disimpan di dalam almari semula.
Moga ini yang terbaik. Tubuh yang lemah dibaringkan di atas katil. Siling kosong direnung. Ya Allah... berilah petunjukMu... Dan akhirnya Anis lena sampai ke subuh.
----
Anis menghirup udara subuh. Nyaman. Terasa menyegarkan. Jiwanya diselimuti ketenangan. Tiada keresahan membelenggu jiwa. Anis yakin, Allah dah berikan jawapan. Hadiah ketenangan hati daripada Allah menjelaskan segala-galanya. Anis yakin, ini pilihan yang tepat.
The Truth is from thy Lord; so be not at all in doubt.
Al Baqarah, [2:147]
"Anis setuju, ibu.” Tenang Anis menuturkan. Tak ada resah.
“Alhamdulillah…” Puan Zahra terharu. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. “Tercapai jugak hasrat ibu nak tengok anak ibu menikah.” Hati Puan Zahra berbunga-bunga. “Kejap lagi ibu telefon kawan ibu, bagitahu berita gembira ini.” Senyuman di bibir Puan Zahra jelas menunjukkan rasa bahagianya.
Tapi ada satu lagi soalan. Nak ke mamat tu kat aku? Dah la tak cantik, agama pun bukanlah nak cakap perfect. “Tapi bu, nak ke anak dia kat Anis?"
"Anis jangan risau.” Puan Zahra tersenyum. “Kawan ibu cakap hari tu anak dia kata tak kisah, asalkan perempuan yang baik.” Pipi Anis dielus lembut dengan hujung ibu jari. “Anak ibu kan baik?” Puan Zahra menyambung.
“Memandai lah ibu ni.” Pipi terasa panas tiba-tiba.
Moga ini yang terbaik… Dalam hati Anis tenang berdoa mengulang ayat 8 surah Al-Imran.
"Our Lord!" (they say), "Let not our hearts deviate Now after Thou hast guided us, But grant us mercy From Thine own Presence; For Thou art the Grantor Of bounties without measure.
Al Imran, [3:8]
Amin Ya Rabb.
----
Eee... Menyampahnya aku dekat mamat ni. Nasib lah kau suami aku. Hishhh… Mulut Anis dah muncung 2 inci. Dah seminggu berlalu selepas dia diijabkabul dengan suaminya kini, Muhammad Isyraf.
Kenapa lah aku kahwin dengan dia. Hati Anis merungut.
Eh amboi, Anis. Bukan kau yang terima lamaran mak dia dulu ke? Suara dalam kepala menyampuk. Muncung ditarik kembali.
Betul jugak ek? Hari tu sure tak tipu, aku rasa yakin gila dia untuk aku. Tapi lepas kahwin, mak aihh. Boleh sakit mental tinggal serumah dengan dia ni.
Bukan nak cakap apa. Bukan lah nak kata dia ni seksa aku ke, buli aku ke, dera aku ke. Eh, kejap. Part ‘buli’ tu aku dengan bangganya mengiyakan. Mana taknya, aku rasa tiap hari dia buli aku. Dia layan aku macam adik dia je, bukan macam isteri dia. Masak ini la, masak itu lah, buat ini lah, buat itu lah. Ingat aku ni kuli dia ke? Suka hati nak suruh-suruh itu ini. Kan?
Tapi dah memang tanggungjawab kau sebagai isteri dia. Kena masak untuk dia kan, Anis? Suara itu menyampuk lagi.
Rasa nak je ketuk kepala sendiri dengan mangkuk dekat tangan ni. Gila aku ni, perang antara hati dan otak. Percaya sangat lah kau dengan cinta selepas kahwin. Padan muka sendiri. Anis mencebik.
Peristiwa tempoh hari berlayar ke ruang ingatan.
“Awak.”
Anis menoleh ke belakang. Niat nak buka pintu toilet tergendala. “Awatnya?” Anis buat muka.
“Bagi lah saya masuk dulu, saya dah lambat ni. Nanti bos marah.” Isyraf buat muka kesian.
“Eh eh suka dia je. Habis saya ni macam mana? Saya pun nak pergi kerja jugak. Saya pun takut bos saya marah jugak.” Anis mencekak pinggang. Wahai suamiku… Tolong la faham...
"Alaaa awak, tolong lah.”
Anis menjulingkan mata. Lalalala…
“Anis. Saya masuk dulu, awak tolong lah iron baju saya sekali. Sementara tunggu saya habis mandi. Boleh?” Isyraf buat muka comel, penuh harapan.
Anis buat tak kisah. Lalalala…
"Isteri yang baik adalah isteri yang dengar cakap suami.” Sarkastik. Isyraf memancing. Isteriku... Boleh tak tunjuk muka lembut sikit, sayang?
Anis menghela nafas. Nasib lah.... “Ok, fine!” Dia dah malas nak berdebat. “Mari sini baju.” Gaya bosan habis...
Isyraf tersenyum lebar. Yes! Menang… “Thanks Anis.”
"Whatever.” Suka sangat lah tu buli aku.
“Isteri yang baik adalah isteri yang dengar cakap suami.” Anis mengajuk kata-kata suaminya tempoh hari, dengan mulut yang sengaja dicebikkan. Menyampah…
“Tu dah kenapa mulut tu? Macam orang cacat aje gayanya.” Anis tersentak. Hampir pinggan yang dipegangnya terlepas dari pegangan.
“Basuh pinggan pun sempat lagi ya mengutuk dalam hati?”
“Perasan. Siapa yang kutuk awak?”
“Bila saya cakap awak kutuk saya?” Isyraf berjalan menuju ke peti ais. “Saya cuma cakap awak mengutuk.” Ais krim Cornetto dikeluarkan lalu dibawa ke atas meja makan.
Mamat ni kan… "Whatever." Anis meneruskan basuhan. Makin dilayan mamat ni, gila aku jadinya.
“Tak nak mengaku la tu.” Sudu berisi ais krim dibawa ke mulut. “Nak?” Matanya masih melekat pada Anis yang sedang membasuh pinggan di sinki dapur.
Anis tidak memberi reaksi.
“Kalau tak nak saya habiskan.”
“Awak!!” Anis berpaling. “Tinggal tu aje tau.” Anis buat muka tak puas hati. “Tinggalkan lah sikit.”
Isyraf gelak. Isteriku….
………………..
“Awak.”
“Hmmm?” Isyraf tak menoleh. Tumpuan tak lari dari pantulan dirinya dalam cermin, dia sedang mengikat tali leher pada kolar baju.
“Ada lagi baju yang kotor tak?” Mata Anis melilau di ruang bilik tidur mereka. “Saya cuti hari ni. Dan tengah rajin ni, nak basuh baju.”
Oh, cuti rupanya. “T-shirt saya warna maroon tu awak dah ambil dah?” Kolar baju kemeja dikemaskan.
“Dah.”
“Tu aje lah. Yang lain kan awak dah basuh?” Isyraf berjalan meninggalkan Anis.
Anis mencebik. Tengok lah tu. Tak bagi pun aku salam dia. Macam ni lah kan perkahwinan yang bahagia. ‘Untungnya’ aku dapat suami macam dia. Anis menggeleng. Tipu lah kalau dia cakap dia tak sedih sekarang ni.
Anis buat tak kisah. Takkan nak paksa Isyraf sayang dia kot. Sabar je lah. Anis yakin satu hari nanti dia akan bahagia juga. Kan Allah dah janji?
Mustahil Anis silap Istikharah hari tu. Baru 2 minggu kahwin, lama-lama elok lah tu. Yang penting kena sabar. Kan Anis?
Mana boleh lemah. Dan tak boleh jugak menyesal sebab kahwin dengan Isyraf. Macam menyalahkan takdir pulak. So Anis, just bersabar, don’t sad-sad ok? Kan Allah dah cakap dalam Al-Quran, jangan bersedih hati? Anis memujuk hati sendiri.
So lose not heart, Nor fall into despair: For ye must gain mastery If ye are true in Faith.
Ali Imran, [3:139]
O ye who believe! Persevere in patience And constancy; vie In such perseverance; Strengthen each other; And fear Allah; That ye may prosper.
Ali Imran, [3:200]
Bersabarlah, Anis.
………………….
Perlahan-lahan Isyraf memulas tombol pintu rumahnya. Dah tidur ke Anis ni? Gelap je rumah. Perlahan-lahan langkah dibawa menuju ke tingkat atas. Baru sahaja nak mendaki tangga…
"Awak.”
Jantung Isyraf hampir nak melompat ke anak tekak. Mak aihh, terkejut aku dibuatnya. “Apa awak buat malam-malam dalam gelap ni?” Isyraf mengurut-urut dadanya. Dia menuju ke arah Anis yang tengah duduk di sofa berhadapan TV. Aik, apasal monyok semacam je ni? Pasal aku lambat balik ke? Tapi sebelum ni tak pernah pun dia nak ambil kisah. Isyraf duduk di sebelah Anis.
Di sofa, Anis duduk merenung skrin kosong di hadapannya. Wajahnya serius.
“Kenapa tak bagi tahu baju maroon awak tu luntur?” Dingin suara Anis. Soalan Isyraf dibiar tak berjawab.
"Baju maroon? Yang pagi tadi tu ke?”
Anis angguk perlahan. Matanya masih merenung skrin televisyen.
“Alaaa, sorry lah. Saya lupa nak bagi tahu.” Isyraf menyandarkan kepalanya di kepala sofa. “Kenapa?”
Anis menjeling tajam Isyraf di sebelahnya. “Awak tahu tak baju kesayangan saya dah hancur? Disebabkan baju awak yang luntur tu?” Anis cuba mengawal amarahnya. Dah lah baju tu mahal, ingat orang beli guna daun ke?
Isyraf buat muka selamba. “Alaa, baju je pun. Nanti esok esok boleh beli yang lain kan?”
“Awak ni memang lah. Tahu tak saya sayang sangat kat baju tu? Dah lah baju tu mahal. Senang-senang je awak cakap beli lain?” Betul lah Isyraf ni nak buat Anis jadi sakit mental. Tak berperasaan langsung. “Awak? Dengar tak ni?”
Anis menoleh. Ya Rabbi, tidur pulak dia. Aku tengah tak puas hati ni. Boleh dia tidur? Ey, memanglah. Kalau bukan kau suami aku, memang kau masuk wad ICU lah ni.
Dan siapa tahu Isyraf hanya berpura-pura tidur?
……………….
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds ; Most Gracious, Most Merciful ; Master of the Day of Judgment. Thee do we worship, and Thine aid we seek. Show us the straight way, The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.
Al Fatihah, [1:1-7]
Anis mengakhiri bacaan surah An-Nisaa’ dengan surah Al-Fatihah. Tafsir Al-Quran ditutup lantas dicium dan diletak di rak semula. Telekung dilipat kemas lalu dimasukkan ke dalam almari.
Isyraf yang baru keluar dari tandas mengeringkan rambutnya yang basah. Tanpa sedar perlakuannya diperhatikan.
“Jom keluar.”
Tangan Isyraf terhenti. Pandangan dialihkan ke arah Anis. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Dan kemudian ke arah Anis semula. “Awak cakap dengan saya ke?” Selamba Isyraf bertanya.
Memang masa tu ringan aje tangan Anis nak capai alarm clock kat sebelah dan baling terus ke arah suaminya. Namun disabarkan hatinya.
“Yelah, ada orang lain ke dalam bilik ni selain kita berdua?”
"Mana la tau awak bercakap dengan hantu ke, apa ke. Saya pun hairan la awak tiba-tiba ajak saya keluar. Buang tabiat ke apa?” Isyraf meneruskan kerjanya mengeringkan rambut.
Anis buat muka kecewa. “Tak apa lah kalau awak tak nak tem…"
"Tunggu saya siap.” Isyraf memotong sebelum sempat Anisa menghabiskan ayatnya. Dia dah berjalan ke balkoni, menyidai tuala yang digunakan sebentar tadi.
Anis tergamam. Dia buat muka tak percaya. Serius? Aku mimpi ke? Anis menampar-nampar pipinya. Isyraf. Teman. Aku. Shopping?
"Tu kenapa tu? Dah, pergilah bersiap.” Isyraf masuk ke dalam semula. Pintu slide balkoni ditutup. Kaki dibawa ke almari pakaian. “Nanti kang lambat.” Perempuan ni kalau bersiap boleh berjanggut menunggu. Isyraf mengeluarkan baju kemeja putih dari almari.
Anis masih lagi kaku. Otak tak dapat nak berfungi!
Kening Isyraf terangkat sebelah. “Kenapa tercegat lagi tu? Kita pergi awal sikit. Pagi-pagi macam ni mall tak sesak sangat.” Isyraf menuju ke pintu bilik.
“Awak bersiap cepat, saya nak iron baju.” Dan dia terus meninggalkan Anis.
------
“Dah!” Anis buat muka riang.
Langkah Isyraf terhenti. Cepatnya… Anis direnung atas bawah, bawah atas. “Awak pakai macam ni?” Seluar slack, T-shirt labuh lengan panjang dan tudung hitam.
Anis menundukkan kepalanya, memerhati pakaiannya. “Salah ke saya pakai macam ni?” Dahinya berkerut. “Ke nak saya pakai jubah dengan purdah sekali?” Soal Anis, sarkastik.
Lalala. Isyraf terus berjalan ke dalam bilik, tanpa mempedulikan Anis.
“Awak!” Suara Anis naik satu oktaf. “Salah ke saya pakai macam ni?” Pandangannya ditala ke bilik mereka.
“Awak tunggu je saya kat bawah. Nanti saya turun.” Isyraf sedikit menjerit. Tak salah, sayang. Saya suka tengok awak macam tu, cantik. Sopan. Isyraf senyum tanpa sedar. Untung aku dapat isteri macam Nur Anis Athirah.
And those who pray, "Our Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes, and give us (the grace) to lead the righteous."
Al Furqaan, [25:74]
Dan memang awak menyejukkan mata saya.
…………………..
“Awak, cepatlah sikit.” Isyraf menoleh kebelakang sambil bercekak pinggang. Riak wajahnya jelas mempamerkan rasa letih yang tak boleh ditahan lagi. “Takkan semua kedai kat mall ni awak nak masuk kot?” Kalau ada beli apa-apa tak apa lah jugak. Ni tak, tengok je. Pinggang Isyraf kejap lagi patah lah ni. Kot kot kena balik guna wheelchair.
Bibir Anis muncung seinci. Tak pandai sabar lah mamat ni. Kaki melangkah malas ke arah suaminya. “Saya nak tengok-tengok baju lah. Kan awak dah rosakkan baju saya hari tu?” Ujar Anis, sedikit merajuk. Tangannya memeluk tubuh, Isyraf di sebelah dijeling dengan hujung mata.
"Awak tahu tak dah berapa kedai awak serbu? Tapi tak ada sehelai pun yang awak suka?” Isyraf buat muka bosan. “Saya dah penat lah awak.” Kaki suami awak ni dah nak tercabut, tahu?
“Yelah… yelah...” Muncungnya sedikit kendur. “Kita rehat kejap. Cari bench.”
Anis berjalan mendahului Isyraf Isyraf mengikut. Dan akhirnya Isyraf melepas nafas lega, melihat bench berwarna coklat yang kosong tak berpenghuni bersebelahan dengan pintu lif.
Laju Isyraf menghenyakkan punggungnya.Tubuh lemahnya disandarkan di dinding. Lega…
“Nanti sambung lagi tau. Banyak lagi saya belum beli.” Gumam Anis tanpa memandang Isyraf.
Isyraf mengurut-urut kakinya yang terasa lenguh. “Awak borong satu mall ni pun saya tak kisah.” Selamba Isyraf menjawab.
Anis mengeluh. Dilihatnya Isyraf sibuk mengurut-urut kakinya dengan dahi yang entah berapa lapisan kerutannya. Macam fikir masalah negara aje.
“Apa awak fikir tu?” Tanpa berselindung Anis bertanya. “Mesti lepas ni awak berfikir dua kali kalau nak teman saya shopping.” Kedengaran nada suara Anis sayu.
Isyraf mendongak.
"Lepas ni kalau awak tak nak teman saya, saya tak kisah..."
“Teruskan perjalanan. Kaki saya dah okay ni.” Isyraf berdiri lalu berjalan meninggalkan Anis.
Anis tercengang. Ni dah terlebih semangat lah pulak. Tadi dia yang sibuk mengadu, penat lah, letih lah, bosan lah.
---
Di tengah lautan manusia Anis terkinja-kinja mencari Isyraf Mana pulak mamat ni pergi… Dah hampir sejam dia mencari suaminya itu. Tapi tak jumpa-jumpa jugak. Kena culik alien ke apa.
Tiba-tiba Anis teringat sesuatu.
Handphone…
Haah... handphone…
Laju dia mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangan. Nombor Isyraf didail. Sabar dia menunggu talian diangkat. Beep!
“Assalamualaikum! Hello, awak ka...”
The number you have dialed, is not answering. Please try again later.
Sabar Anis… Sabar…
Nombor Isyraf didail lagi. Juga tak diangkat. Kali ketiga, juga tak diangkat. Kali keempat, juga. Kelima, juga. Keenam pun juga. Dan kali ketujuh, juga tak diangkat. Dada Anis berombak. Menguji kesabaran betul mamat ni.
Macam mana ni…
Mentol tiba-tiba bernyala atas kepala Anis.
Aha! Buat announcement… Dan mentol itu terus pecah…
Takkan nak cakap mamat berumur 26 tahun sesat kut? Takkan nak buat announcement ;
Perhatian kepada sesiapa yang terlihat kelibat lelaki berumur 26 tahun memakai kemeja putih, sila heret lelaki tersebut ke kaunter pertanyaan kerana isteri beliau sedang menunggu. Sekian terima kasih.
Buat orang gelak je. Kepala Anis terus berfikir…
Dan akhirnya dia terus ke parking lot menunggu Isyraf di kereta.
10 minit…
20 minit…
40 minit…
Anis sabar menunggu.
Sejam...
Sejam setengah...
2 jam...
Dan Anis hilang sabar.
2 jam setengah…
Terus menunggu…
Dan akhirnya Isyraf muncul juga.
"Eh, awak? Kenapa tak call inform awak tunggu kat kereta?” Isyraf buat muka tak berdosa. Di tangannya sebuah beg plastik berisi entah apa.
Anisa diam.
“Dah lama tunggu?” Isyraf membuka pintu kereta. “Masuklah.” Sungguh, muka tak berdosa. Anis hanya diam, menahan amarahnya.
Enjin dihidupkan. Dan kereta Preve putih laju meluncur meninggalkan bangunan E-curve.
“Kenapa tak call tadi?” Isyraf menumpukan perhatian ke hadapan.
"Awak nak saya kira ke berapa ratus kali saya call? Ada awak angkat?” Dingin suara Anis.
Isyraf memegang saku kanannya. Eh? “Sorry, saya tertinggal kat rumah.” Masih buat muka selamba. “Awak marah ke?” Perlahan suaranya bertanya.
Anis tak menoleh ke arah Isyraf “Tak ada lah. Mana ada saya marah. Best sangat duduk kat parking lot selama hampir 3 jam.” Pedas gila ayat Anis. "Apa yang awak beli sampai nak dekat 3 jam?”
“Kemeja je.”
“Kemeja?” Je...?
………………..
Tahukah anda, Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yg terbaik & sumber segala kesenangan & kasih sayang.
CINTA SELEPAS KAHWIN
Bagaimana tu? Sebagaimana yg dinyatakan di dalam Al-Quran ayat 21 surah Ar-Rum ;
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yg demikian ada tanda-tanda bagi orang yg menggunakan fikiran”.
Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yg diredai & dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yg agung untuk bercinta melalui ikatan yg sah & diiktiraf oleh agama & juga anggota masyarakat.
Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak & tanggungjawab kepada yg dicintai dengan penuh kecintaan & kasih sayang.
Hmm...
Anis mengangguk-angguk sendiri di hadapan komputer riba. Bagus sangat la ‘cinta selepas kahwin’ aku ni. Heh. Sampai bila nak hidup macam ni, Anis? Tipu lah kalau dia cakap dia tak nak hidup bahagia macam wanita lain.
Setiap pagi bersalaman dengan suami.
Makan semeja dengan suami sambil berborak.
Malam pulak borak-borak dengan suami. Bergelak ketawa dengan suami. Tengok bulan bersama suami. Semuanya lah bersama suami. Anis berangan. Indahnya perkahwinan. Anis tersenyum sendiri.
Dan senyuman terus hilang. Suami aku Isyraf seorang yang takde perasaan. Tak romantik dan tak penyayang. Juga tak pernah faham hati dan perasaan aku. Nasib kau lah Anis...
Anis menongkat dagu dengan siku diletakkan di paha. Artikel ‘Cinta Selepas Kahwin’ yang terpampang di skrin dipandang kosong. Hari Sabtu ni je aku boleh rehat sikit. Aku pun tak tahu hantu mana yang sampuk aku petang-petang hari Sabtu ni, buang tabiat search benda ni dekat Google. Suami aku lepas Zuhur terus je keluar rumah, pergi main futsal katanya. Kejap lagi dia balik lah tu. Dan, apa aku nak buat ni?
Masak.
Masak makanan yang dia suka?
Anis geleng sambil tersengih sendiri.
Gila.
Nak dekat sebulan aku kahwin dengan dia, mana pernah aku tanya dia nak makan apa. Aku main masak je mana-mana makanan yang aku tahu. Ni nak masak makanan yang dia suka pulak? Sah, memang idea pelik kuasa sejuta lah ni.
Pintu bilik dibuka. Isyraf masuk dengan baju yang basah berpeluh. Rambut pun basah jugak. Pintu almari dibuka. Anis mengangkat muka daripada skrin komputer riba.
"Cepatnya balik.” Cepat-cepat Anis menutup komputer ribanya.
Isyraf menoleh. Huh?
"Tak suka saya balik ke?” Tuala berlipat ditarik keluar. Rambut dan muka yang basah melekit dilap.
“Takde la. Tanya je. Touching pulak.” Sejak bila suami aku pandai touching ni?
Isyraf memusing badan membelakangi Anis. Cermin di hadapan direnung sambil tangan ligat mengeringkan rambut.
“Ingatkan awak dah tak sayang saya, tak suka saya kat dalam rumah ni.”
Anis terdiam.
"Awak, malam ni boleh tak tolong masak ayam masak merah?” Isyraf berpusing kebelakang. “Saya teringin nak makan ayam masak merah.”
Rahang Anis jatuh sedikit. Kepala diteleng ke kiri. Aku tak salah dengar kan?
Isyraf geleng. Isteriku… "Awak, dengar tak?” Suara Isyraf naik sedikit. “Malam ni tolong masak ayam masak meraj. Boleh?”
"Bo...leh.”
Anis pejam celikkan mata.
Ayam masak merah?
…………………..
Ek? Tak bagi reaksi pun? Lidah dia ada masalah ke? Tak kan receptor rosak kut?
Mata Anis tak lari daripada Isyraf yang sedang menikmati juadah makan malam.
Say something ke, apa ke. Ni boleh dia buat dek je?
Sedap ke? Tak sedap ke? Terlebih pedas ke, terlebih gula ke?
Suapan Isyraf terhenti. Terasa ada sepasang mata memerhatikannya. Dan tak lain dan tak bukan, isterinya. Muka diangkat dari pinggan.
"Tak pernah tengok orang makan ke?” Kening Isyraf berkerut. Nasi tu pun
tak sentuh lagi.
Anis gelabah. Laju tangan mencapai mangkuk kaca berisi ayam masak merah hasil air tangannya sendiri.
“Tu duk tengok-tengok saya dah kenapa?” Isyraf meneruskan suapan. Pelik betul isteri aku ni.
Cakaplah sedap ke, tak sedap ke. Ni makan macam tak berperasaan je. Ingat senang ke nak masak ayam masak merah?
Memang senang pun, aku yang buat jadi susah. Risau sangat dia tak suka nanti. Konon nak ambil hati. Ceh...
Kalau nak cakap Anis ni pandai masak, tak jugak. Tapi boleh tahan lah. Boleh je kalau nak buat perut dan lidah tu puas. Tapi dari tadi Isyraf diam aje. Tak cakap sepatah pun. Anis yang jadi curious dibuatnya. Sedap ke? Ke tak?
“Anis, tak baik menghayal depan rezeki.”
Anis tersedar. Sedap ke? Dia ni kan..
“Saya dah.” Isyraf berdiri lalu membawa pinggannya ke sinki. Dan berjalan meninggalkan Anis sendiri.
Pergi macam tu je? Anak mata Anis mengekori langkah Isyraf sehingga dia hilang dari pandangan.
Kalau aku tau macam ni takdenye aku nak penat-penat masak sehabis baik tau. Sedihnya...
Tak sedap ke?
……………………...
Laju tangan Anis mengemas kertas-kertas A4 yang berterabur di atas mejanya. Sesekali jam di tangan dipandang sekilas. Dah pukul 7. Mesti dah gelap kat luar ni.
Aduh... Aku paling malas kalau kerja bertimbun mengalahkan Gunung Everest ni. Lidya pun satu, nak MC tak inform awal-awal. Jadinya semua kerja yang menjadi tanggungjawab ‘beliau’ dengan rasminya diserahkan pada Anis. Bagus la sangat…
Sempat Anis mengeluh dalam hati.
Tak ada pekerja yang masih stay waktu-waktu macam ni. Pak cik guard aje yang tinggal. Anis terkocoh-kocoh mengeluarkan kunci kereta dari beg tangan.
Pintu kereta dibuka. Beg tangan diletak di tempat duduk penumpang di sebelah pemandu. Enjin dihidupkan. Dan enjin mati. Sekali lagi. Enjin tak hidup.
Anis semakin kalut. Hisyyy, jangan buat hal masa aku nak cepat ni. Adoi lah kereta ni. Enjin cuba dihidupkan berkali-kali. Tak berjaya jugak.
Dan akhirnya dia memutuskan untuk meminta bantuan daripada… Isyraf. Dia kan suami?
“Assalamualaikum, hello.”
“Waalaikumussalam.” Suara Isyraf separuh berbisik. “Kenapa call? Saya ada kerja ni.”
“Awak, kereta saya tak boleh nak start ni. Awak boleh tolong saya tak?” ‘Ambil saya’ sebenarnya yang Anis nak cakap.
"Haa? Awak tak balik rumah lagi?” Suara Isyraf masih separuh berbisik.
"Ada kerja lebih sikit tadi.”
"Alaa, awak call lah mekanik ke apa. Saya sibuk ni.”
Anis menghela nafas. “Awak, saya tak ada nombor telefon mana-mana mekanik... Saya takut ni, awak...”
Isyraf diam sejenak.
“Tunggu saya.”
----
Dan beberapa minit selepas tu kereta Preve putih menghampiri kereta Anis. Tak lama kemudian Isyraf keluar dari kereta dengan badan yang berpeluh. Laju langkahnya diatur mendekati kereta Anis. Dengan segera Anis keluar dari kereta.
"Apa masalah?”
Anis jongket bahu.
"Ada tools?”
Anis angguk. Dia membuka bonet lalu mengeluarkan toolbox.
Sepuluh minit kemudian kereta Anis dah boleh start.
Toolbox Isyraf serahkan semula kepada Anis. Peluh yang mengalir di pelipis dilap dengan belakang tangan. “Dah.”
"Errr... thanks.”
Isyraf angguk. “Anything else?”
Anis geleng. “Nope.”
“Balik dulu. Saya ada kerja sikit lagi.” Isyraf menuju ke arah keretanya semula. Dan Preve putih meluncur laju meninggalkan Anis.
Boleh harap jugak kat dia ni rupanya...
………………………………..
Blur…. Blur….
Hari Sabtu datang lagi. Apa yang ada hanya kebosanan aje. Anis duduk bersandar di kepala katil. Otak tak tahu nak buat apa. Semalam Isyraf selamat meninggalkan Tanah Melayu. Konon ada projek dekat Paris sana. Dan yang buat dia tergamam apabila Isyraf menghulur tangan sebelum check in tadi. Salam tangan...
Bosannya...
Anis melepaskan keluh. Apa nak buat ni. Bosan tahap gaban dah ni.
Eh kejap.
Badan Anis tegak.
Kat airport semalam bukan ke Isyraf pesan tengok bawah katil?
Tanpa membuang masa, Anis turun dari katil dan berlutut di tepi katil. Kepala ditundukkan.
Ada kotak.
Kotak berbalut itu ditarik keluar. Kemas berbalut. Dan ada kad dilekat di penutup kotak itu. Anis melabuhkan punggung di katil semula. Kad berwarna putih itu dibelek.
Anis, isteriku sayang...
Anis buat muka pelik. Apa ni? Penutup kotak dibuka. Alangkah terkejutnya dia melihat isi kotak tersebut. Ada sehelai baju, dan… surat.
Surat?
Anis membelek baju itu. Looks familiar…
Surat yang berlipat kemas pula dibuka.
Assalamualaikum dan salam sayang buat Anis, isteriku sayang.
Awak suka tak baju tu? Tu saya ganti baju awak yang rosak tu. Maaf lah ya...
Anis, awak ingat tak awak tanya saya masa kita nak pergi shopping tu. Awak tanya saya, salah ke awak pakai macam tu.
Awak nak tau jawapan saya apa? Saya suka sangat tengok awak pakai macam tu. Tutup aurat. Sopan je. Sweet. Kan Allah dah cakap dalam surah An-Nur ayat 31…
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yg beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yg haram) & memelihara kehormatan mereka & janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yg zahir daripadanya ; & hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; & janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka...
An-Nur, [24:31]
Bagi saya, awak terlalu cantik pakai macam tu. Ikut firman Allah. Saya bersyukur sangat dapat isteri macam awak (walaupun saya selalu buli awak, sebenarnya saya sayang awak...)
Anis,
Saya minta maaf buat awak tertunggu-tunggu masa kita shopping dulu tu. Sebenarnya saya sengaja tinggalkan telefon saya, dan saya memang sengaja tinggalkan awak, sebab saya tak nak awak tahu saya pergi mana. Awak nak tahu tak saya hilang ke mana selama 3 jam tu?
Sebenarnya, saya bertekad nak ganti balik baju awak yang rosak tu... Satu mall saya tawaf, cari baju yang sama lagi serupa dengan baju yang awak sayang tu. Betul lah kata awak tu, baju tu memang mahal.
Awak tahu tak betapa susahnya saya cari baju awak tu. Cuba awak check, sama tak dengan baju awak yang rosak tu? Harap awak suka baju yang saya beli tu…
Hampir lupa. Awak ingat lagi tak masa saya urut-urut kaki saya tu, awak ada tanya saya tengah fikir apa kan? Awak main tuduh je kata saya lepas ni mesti nak fikir dua kali sebelum teman awak shopping. Tak baik awak kata macam tu. Tapi tak apa, saya maafkan.
Sebenarnya, masa tu saya fikir sangat, macam mana saya nak kuatkan kaki saya ni, supaya saya boleh selalu teman awak shopping...
Anis,
Saya tahu awak tertanya-tanya kenapa saya diam aje masa makan ayam masak merah yang awak masak khas untuk saya tu. Sebab tu awak asyik-asyik tengok saya makan kan?
Anis, awak tahu tak, masakan awak sedap sangat sehingga saya dah tak boleh nak cakap apa dah! Serius, awak masak memang sedap. Thanks a lot ya, sayang? Nanti saya balik awak masak lagi ya.
Anis,
Awak ingat tak masa awak call saya sebab kereta awak rosak tu? Awak tahu tak masa tu saya tengah meeting besar dengan klien saya? Tapi saya risau sangat dekat awak, jadi saya cancel projek dengan klien saya. Cancel projek takde hal lah, saya lagi risaukan awak.
Lepas dapat call awak tu, terus saya pergi tempat kerja awak. Saya risau sangat. Sehinggakan habis saya berpeluh walaupun saya dah pasang air-cond kat dalam kereta.
Anis,
Awak tahu tak saya dari dulu lagi sayang pada awak. Awak ingat tak anak Mak Cik Ida yang selalu datang rumah awak ikut mak dia tu?
Itu saya lah, tak kenal ke?
(Mungkin saya dah tak comel macam dulu tapi saya dah makin kacak, betul tak?)
Saya suka sangat ikut mak saya pergi rumah awak, saya suka tengok awak yang bertocang dua sambil main anak patung dekat taman rumah awak tu.
Awak tak perasan ke saya selalu tengok awak dulu? Dan saya bersyukur dapat kahwin dengan budak bertocang dua yang suka main anak patung tu.
Anis,
Maaf kalau saya tak jadi suami yang baik. Saya belajar, ya? Janji.
Saya sebenarnya segan dengan awak, saya ni kan pemalu sikit orangnya... Saya teringin sangat nak salam dan cium dahi awak tiap hari. Tapi saya malu. Awak pun malu jugak kan?
Tapi saya nekad salam awak dekat airport. (Saya dah rancang dari minggu lepas lagi)
Anis,
Sampai sini je lah surat saya ya awak. Awak jangan rindu saya. Biar saya yang rindu awak. Saya pergi seminggu aje.
Anis, maaf sebab tak bawa awak pergi holiday. Saya sibuk sangat. Takpe, lepas projek saya kat sini siap, kita holiday sama-sama nak? Sekarang ni mungkin saya dah sampai Paris. Anis! Saya dekat depan Eiffel Tower ni! Cantiknya... (jangan jealous).
Semoga cinta kita diredhai Allah. Love you so much, isteriku tersayang.
Husband awak yang nakal, Isyraf.
Tanpa sedar air mata mengalir. Surat itu dilipat kembali.
Ya Allah, besar sungguh kurnia yang Engkau berikan kepadaku.
Betul lah kata Ustazah Fatimah Syarha, cinta selepas kahwin amat membahagiakan.
Hati Anis tak henti memuji kebesaran Ilahi.
Isyraf, saya sayang awak! Saya tunggu awak balik.
- TAMAT -
No comments:
Post a Comment