Keadaan di pintu utama Universiti Teknologi Petronas itu sesak sungguh dengan lautan manusia. Di sana sini ada graduan-graduan yang memakai jubah dan topi sibuk bergambar pada hari konvokesyen mereka.
Fina yang baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam pintu utama terus ternganga melihat perpustakaan universiti itu yang tersergam indah.
“Library je dik, tak payah lah kau nak nganga sangat. Kang masuk lalat!”
“Serius ni library?” Mata Fina dah membulat. “Gila cool!!”
Haziq tergelak. Itu juga yang dia rasa bila pertama kali menjejakkan kaki ke universiti ini. Perpustakaan yang tersergam indah di pintu masuk utama yang menjadi tumpuan utama universiti ini memang amat mengagumkan!
“Tu lah, dulu ummi suruh masuk UTP macam abang, adik tak nak. Boleh abang jaga-jagakan adik. Degil sangat anak perempuan ummi ni!” Puan Lufia berpura-pura memarahi anak gadisnya itu.
“Tak dapat scholarship lah, umi.” Sengaja Fina bersuara sedih.
“Kan ayah dah kata ayah boleh sponsor. Adik yang tak nak.” Encik Shah menyampuk.
Fina hanya tersengih. “Alaaa, UTM pun okay apa? Asalkan engineering sudah… Kan abang kan?” Dia mengerdipkan mata kepada Haziq.
Haziq tergelak. Comel sungguh adik aku yang seorang ni!
“Dah lah, jom kita masuk! Kang sesak pulak kat dalam tu nanti!” Ajak Haziq.
“Memandangkan adik tak boleh nak masuk sekali, adik nak pergi jalan-jalan!”
“Nak jalan-jalan pi mana? Kang sesat baru tahu!”
“Alaaa, abang tak payah lah risau. Adik tahu lah macam mana nak datang balik!”
“Yelah, tapi jangan pergi jauh-jauh! Apa-apa nanti call abang!” Haziq mengingatkan Fina seperti budak tadika.
Fina mengangguk. “Ummi tolong bawak masuk beg tangan Fina eh. Beratlah.” Fina sengih.
Fina menunggu sehingga mereka betul-betul masuk ke dalam dewan itu dahulu sebelum dia mulakan misi.
Ada lagi satu jam sebelum majlis bermula, jadi boleh lah aku tengok-tengok kawasan universiti ni kejap!
Fina terus berjalan sekitar kawasan universiti. Dari satu tempat ke satu tempat dia jelajah. Sampai masuk ke dewan kuliah orang pun ada! Sungguhlah, kawasan universiti ni besar! Sampai dah tak larat nak jalan!
Fina sempat singgah di kafeteria untuk membeli minuman sebelum meneruskan perjalanannya. Makin lama makin jauh Fina berjalan tanpa dia sedar yang dia dah jauh dari dewan.
Apabila habis sahaja Ice Lemon Tea di tangan, Fina baru tersedar yang dia sudah jauh tersasar dari dewan.
Dia sendiri tak tahu dia berada di kawasan mana sekarang. Fina menggaru kepalanya. Ah, sudah! Macam mana aku nak balik ni???
Call abang lah, apa susah! Dia meraba-raba dress labuh yang dipakainya yang ternyata tiada poket.
Tiba-tiba Fina menepuk dahinya kuat. Handphone dalam handbag. Handbag dekat ummi! Baru dia teringat yang dia menyerahkan beg tangannya kepada Puan Lufia sebentar tadi.
“Apasal lah nasib aku malang bertingkat-tingkat sangat hari ni???” Berkali-kali dia menepuk dahi, geram!
Fina berpatah balik dan cuba mencari jalan yang baru dia lalui. Kejap dia ke kiri, kejap dia ke kanan, kejap dia berpusing, tapi masih tak jumpa jalan untuk ke dewan. Dahlah jalan dekat universiti ni bercabang-cabang! Sekejap kanan, sekejap kiri! Kepala yang tak gatal digaru. Puas dia bertanya orang lain arah untuk ke dewan, tapi dia masih sesat! Ah, payah!!!
Mata Fina tiba-tiba tertancap ke arah seorang lelaki yang sedang memakai jubah konvo warna hitam dari jauh.
Ting! Tu dia penyelamat dah sampai baru turun dari langit pakai payung!!!
Fina terus berlari ke arah lelaki itu dengan pantas agar lelaki itu tidak pergi lebih jauh. “Awak!!!!!!!” Jerit Fina dari jauh.
Lelaki itu berhenti berjalan dan berpusing memandang Fina. “Awak panggil saya ke?”
Fina mengangguk. Dia masih termengah-mengah mencari nafas setelah berlari ala-ala olahraga terhebat sebentar tadi.
“Awak boleh tolong saya tak? Saya sesat ni. Saya nak pergi dewan tapi saya tak tahu macam mana. Dah lah majlis konvokesyen dah nak start. Nanti mesti abang saya marah sebab saya sesat! Dia suruh saya call dia kalau sesat tapi saya lupa bawak handphone. Sekarang ni saya memang tak tahu macam mana nak pergi sana. Awak tolong lah saya eh! Awak pun nak pergi sana kan? Kalau awak nak pergi sana…” Belum sempat Fina menghabiskan penerangannya yang panjang lebar, tiba-tiba lelaki itu memotong.
“Cup cup cup! Kenapa laju sangat macam popcorn ni? Cuba cakap satu-satu!”
Fina menggigit bibirnya. “Sorry lah, awak. My adrenaline rush! Sebab tu cakap cepat. Sekarang ni, boleh tak awak tolong bawak saya ke dewan sebab majlis dah nak start, kalau lambat nanti abang marah!”
“Haaa, cakap slow slow macam ni kan bagus! Dah, jom! Saya pun memang nak pergi sana, ni."
Fina terus mengekori lelaki itu seperti anak itik mengikut mak itik ke sana sini.
“Macam mana boleh sampai area ni? Dah jauh sangat awak jalan.” Lelaki itu memulakan perbualan.
“Ingatkan nak tengok-tengok kawasan. Tiba-tiba sesat pulak."
Lelaki itu gelak. “Saya Ammar Faezrul. Panggil Ammar.”
“Saya Afrina, panggil Fina."
“Abang awak yang konvo tu siapa? Mana tahu saya kenal.”
“Abang saya, Haziq. Buat master in petroleum engineering.”
“Haziq Muhd Shah?” Fina mengangguk.
“Laaa... Adik Haziq rupanya!”
“Awak kenal abang saya ke?” Tanya Fina dengan muka blur.
Amar senyum. “Saya pun buat master in petroleum engineering jugak! Satu kelas je dengan Haziq!”
“Ohh…” Kepala Fina terangguk-angguk. Baru faham. “Kalau macam tu, call lah abang saya sekarang! Cakap saya ada dengan awak."
Ammar mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus mendail nombor Haziq.
“Weh, Ziq! Adik kau ada dengan aku ni!”
“Hah! Adik aku dengan kau? Kau buat apa dengan dia?” Tanya Haziq di hujung talian.
“Dia sesat lah. Ni aku on the way nak pergi dewan, kau tunggu kat luar nanti aku bawak adik kesayangan kau ni pergi sana. Okay, bye!”
Ammar terus membawa Fina ke dewan. Lagi sepuluh minit majlis akan bermula. Dari jauh Fina dapat lihat abangnya sedang menunggu di luar dewan.
“Tu lah, abang dah cakap jangan pergi jauh-jauh! Kan dah sesat! Kalau tak jumpa dengan Ammar tadi macam mana?” Haziq terus membebel apabila Ammar membawa Fina kepadanya.
“Alaaa… Itu pun nak marah!” Fina mencebikkan bibirnya.
“Marahlah! Dah lah handphone tinggal dalam handbang, handbag pulak bagi kat ummi. Memang pandai sangat lah tu!”
“Memang lah adik pandai… Kalau tak pandai tak boleh lah belajar engineering macam abang… Kan abang kan!” Fina mengerdipkan matanya beberapa kali. Buat muka comel sikit. Kalau macam ni, marah abang mesti boleh reda.
Ammar tergelak besar melihat reaksi Fina. “Comelnya adik kau, Ziq! Macam chipmunk!”
Fina membulatkan matanya. “Chipmunk awak panggil saya? Ini boleh mendatangkan kemarahan melampau ni!” Fina sudah bercekak pinggang di hadapan Ammar.
“Adik… Manners!” Haziq menjegilkan matanya. “Ammar, kau jangan layan sangat adik aku ni. Kadang-kadang dia ni tak betul sikit!”
“Sampainya hatimu…"
“Mula lah tu nak berdrama!”
“Yelah… Fina ni bukannya petroleum engineer macam korang… Belajar pun tak habis degree lagi… Sedihnya… Huhuhu…” Fina buat suara macam orang nak menangis.
“Mengadanya!”
Fina tersengih. Yang penting, abang tak marah lagi!
-----
“Adik… Yang graduate ni kau ke abang? Kenapa macam kau pulak yang over ni?” Berkerut-kerut dahi Haziq melihat Fina yang asyik berposing depan kamera.
Fina tersengih. Mesti abang bengang gila sebab photographer dia asyik ambil gambar aku je dan bukan gambar dia sebab aku yang suruh photographer tu ambil gambar aku. Aku nikan memang gila bergambar!
“Alaaa, abang… Dont angry-angry meh… Jom ambik gambar sama-sama!” Fina terus berdiri di sebelah abangnya dan menyuruh photographer itu mengambil gambar mereka berdua.
“Kau ni Ziq… Dari start belajar ke degree, degree ke master kita buat sama-sama dekat universiti ni, tapi kau tak pernah bagi tahu aku kau ada adik perempuan! Apa punya kawan lah kau ni!” Ujar Ammar ketika dia berbual dengan Haziq.
“Laaa, kalau aku ada adik perempuan pun kenapa?”
Ammar sengih. “Adjust lah dekat aku. Adik kau comel gila kot!”
“Kau ni agak-agak lah, adik aku tu…”
“Apa salahnya… Mana lagi kau nak cari adik ipar yang penuh sahsiah terpuji macam aku ni!”
Haziq buat muka menyampah. “Sahsiah terpuji konon!”
Ammar tersengih. “Boleh lah eh… Boleh lah boleh lah…”
“Yelah, nanti aku adjustkan!”
“Yes!!!”
-----
“Adik… Kau kat UTM tu dah ada boyfriend ke?” Tanya Haziq sambil menyapu Nutella pada rotinya. Termasuk yang ni dah empat keping roti dia makan. Pergh, breakfast roti dengan Nutella memang nikmat!
Fina yang sedang menyuap nasi goreng ke dalam mulut terus terhenti. Dia memandang abangnya dengan wajah yang berkerut. “Takde masa lah nak ada boyfriend bagai time study macam ni…”
“Eh dik! Masa-masa macam ni lah kau kena cari bofriend. Nanti dah kerja payah nak cari boyfriend dah!”
Puan Lufia tersenyum mendengar kata-kata anak sulungnya. Betul jugak cakap Haziq tu… Dah lah anak perempuan aku seorang je… Kalau tak ada boyfriend lagi, bila nak kahwin pulak? Simpang malaikat 44 jadi anak dara tua! Puan Lufia sudah melalut walaupun anaknya itu baru berusia 21 tahun.
“Malas lah!"
“Kalau kau malas, meh sini abang tolong recommend-kan! Memang baik punya!"
Amboi, promosi tak hengat! Kalah jualan mega akhir tahun!
“Siapa…?”
“Muhammad Ammar Faezrul Bin Said! Senang cerita, Ammar!”
“Hah???”
-----
Fina terjaga daripada tidurnya apabila tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa membuka mata, dia meraba-raba meja tidur yang terletak di sebelah katilnya. Skrin telefon disentuh dan terus diletakkan di telinga.
“Hello…” Fina menjawab malas dengan suara yang serak-serak basah baru bangun daripada tidur.
“Aik, sayang tak pergi kerja ke?”
Fina melihat skrin telefon bimbit dengan mata yang masih sepet. “Abang… Fina ingat tadi siapa.”
“Baru nak bangun ke, sayang? Kenapa tak pergi kerja ni? Mengelat eh!”
Fina tergelak kecil. “Bos bagi cuti dua hari lah... Hari tu kan Fina outstation ke Bandung dua minggu. Baru sampai malam semalam!”
“Pergi Bandung tu ada bawak balik hadiah tak untuk abang?”
“Tak ada…”
“Sampainya hati!”
Fina tergelak lagi. “Ummi suruh beli macam-macam untuk buat hantaran. Sampai tak menang tangan Fina bawak balik!”
“Hantaran? Siapa yang nak kahwin?” Macam orang bodoh Ammar bertanya.
“Kitalah!” Fina menjawab geram. Ammar ni!!!
“Abang tak cakap apa-apa pun lagi… Kenapa awal sangat beli hantaran?”
“Habis tu bila lagi?” Suara Fina keras.
“Bila kita dah confirm nak kahwin lah! Kalau abang tak confirm lagi, kang sayang kena kahwin sorang-sorang pulak!”
Fina terdiam. Dia sedikit terasa dengan kata-kata Ammar tadi.
Dah hampir lima tahun mereka bertunang, tapi sampai sekarang Ammar belum ada ura-ura untuk berkahwin dengannya. Dia lelaki, mestilah dia boleh tunggu lama! Aku ni? Perempuan yang dah nak masuk umur 26 tahun tau!
“Takpelah! Nanti Fina bagi barang-barang ni dekat Abang Haziq suruh dia buat hantaran kahwin dia! Bye!”
Fina terus mematikan talian.
Tak sampai seminit telefon bimbitnya berbunyi kembali. Nama Ammar terpampang di skrin telefon. Melihat nama itupun dah buat Fina sakit hati.
Telefon bimbitnya yang asyik berbunyi itu dimatikan terus.
Dulu waktu nak dekat aku, bukan main lagi! Abang pun sama. Dia lah makhluk yang paling over nak kenenkan aku dengan Ammar dulu.
Dulu, Fina ikutkan saje kehendak abangnya. Lama-kelamaan jadi ngam juga dengan Ammar.
Tak lama untuk Fina mengenali Ammar kerana genap enam bulan mereka berkenalan, Ammar dan Fina dah mengikat tali pertunangan. Dan tali pertunangan itu masih kekal hingga sekarang.
-----
Masam mencuka muka Fina apabila turun ke meja makan. Haziq yang sedang menjamu selera berpandangan dengan Puan Lufia sambil memberi isyarat kepada umminya.
“Kau ni dah kenapa, dik? Orang dapat cuti kena lah happy macam abang ni! Ni pagi-pagi lagi muka dah masam macam tapai basi, rezeki pun lari!” Tegur Haziq sambil bergurau.
“Tak payah sibuklah!”
“Aik, orang pagi-pagi makan mi goreng, kau pagi-pagi dah makan rimau! Garang semacam!” Haziq tergelak besar.
Fina menjeling abangnya. “Ummi, tengok lah abang ni!”
“Haziq…” Puan Lufia memberi isyarat mata kepada Haziq supaya berhenti mengusik adiknya. Serta merta Haziq terdiam. “Anak ummi ni kenapa pagi-pagi lagi dah marah-marah… Nanti cepat tua tahu!” Usik Puan Lufia.
Makin masam wajah comel Fina mendengar usikan umminya. Mi goreng di dalam pinggan hanya dikuis-kuis dengan sudu dan garfu.
“Barang-barang yang adik beli dekat Bandung tu ummi ambil lah untuk buat hantaran kahwin abang. Adik sponsor!” Ujar Fina dengan geram yang masih bersisa terhadap Ammar.
Puan Lufia memandang Haziq sambil memberi isyarat. Haziq mengangguk-angguk faham. Ni bergaduh dengan Ammar lagi lah ni…
“Itu kan untuk hantaran kahwin adik…” Puan Lufia memujuk lembut anak manjanya itu.
“Tak payah! Bukannya ada orang nak kahwin dengan adik pun!”
“Apa pulak? Ammar tu kan tunang adik!”
“Dah lima tahun adik bertunang dengan dia, ummi! Tapi sampai sekarang dia tak ada pun cakap nak kahwin dengan adik. Kalau adik tahu macam ni, adik tak bertunang dengan dia dulu! Buat sakit hati je!” Air mata Fina dah mula menitis. “Dah lah dia jauh dekat Miri sana! Adik pun tak tahu dia kat sana macam mana. Adik tak suka lah jauh-jauh macam ni! Kalau susah-susah sangat, adik nak putus tunang dengan dia!”
Haziq dan Puan Lufia terkejut. Haziq terus meletakkan sudu dan garfunya di atas pinggan selepas selesai makan. Dia merapatkan kerusinya dengan kerusi Fina. Rambut Fina diusap lembut.
“Takkan sampai nak putus tunang? Nanti biar abang cakap dengan Ammar. Dahlah… Jangan menangis lagi.” Pujuk Haziq. Adik bongsunya ni memang sangat manja dan sensitif. Dah nama pun perempuan, hati memang lembut sangat macam marshmallow!
“Janganlah cakap dekat dia!” Fina membentak. Air matanya diseka kasar. “Kalau abang cakap dekat dia, siap abang!”
Haziq dan Puan Lufia hanya mampu melihat perangai Fina yang manja, sensitif tapi degil itu.
-----
“Kau tengah sibuk ke?” Haziq bertanya sambil jarinya memusing-musingkan pen di tangan.
“Taklah, aku tengah makan ni. Lunch hour. Kau tak kerja ke?”
“Aku cuti seminggu. Sekarang ni ada kat rumah ummi. Ammar, aku ada benda sikit nak cakap dengan kau.”
“Apa benda? Macam serius je.”
Haziq menghela nafas berat. “Kau gaduh dengan adik aku lagi ke?”
Ammar terdiam sekejap di hujung talian. “Macam biasa lah, Ziq! Gaduh-gaduh manja!” Dia tergelak kecil.
“Tapi kali ni aku rasa bukan gaduh-gaduh manja lagi sebab Fina cakap dia nak putus tunang dengan kau. Selama ni bila dia gaduh dengan kau, tak pernah lagi dia sebut pasal putus tunang. Hari ni nampak nekad sangat nak putus.” Tenang Haziq memberitahu kepada Ammar.
Ammar yang sedang minum jauh nun di Sarawak itu tersembur airnya keluar dari mulut. “What?!” Jerit Ammar. “Betul ke ni?”
“Takkan aku nak tipu pulak.”
“Ziq, kau bagi aku cakap dengan adik kau kejap! Dari pagi tadi lagi dia switch off dia punya handphone!”
Haziq terus keluar dari bilik dan melangkah ke arah bilik adiknya yang terletak di sebelah biliknya.
Haziq duduk di birai katil sambil memandang adiknya yang sedang baring sambil membaca majalah.
“Adik, Ammar nak cakap.” Telefon bimbit disua kepada Fina.
Fina terus menutup majalahnya. Wajah abangnya dipandang penuh geram. Orang dah kata jangan cakap dekat Ammar, tapi dia cakap jugak! Nak kena abang ni!!!
“Tak nak!”
“Cuba jangan degil sangat!”
“Adik kata tak nak, maknanya tak nak lah! Abang cakap dekat kawan baik kesayangan abang tu, kalau orang yang di sana tak nak orang yang di sini, orang yang di sini sejuta kali tak hingin dekat orang yang di sana! Adik kalau sekali petik, satu taman datang beratur tahu!” Sengaja Fina cakap kuat-kuat supaya Ammar dengar dan sakit hati. Biar padan muka dia!
Haziq tengok Ammar dah mematikan talian sebaik sahaja mendengar kata-kata Fina tadi.
Geram betul Haziq melihat perangai degil adiknya. Langsung tak nak mengalah!
“Apa adik ni? Abang cuba nak baik-baikkan korang, but you just make it even worst!” Marah Haziq.
Fina memeluk tubuh. “Yelah, semuanya salah adik! Ammar tu jugak yang betul! Adik jugak yang salah!”
“Abang tak cakap pun adik salah! Tadi kan Ammar nak cakap baik-baik dengan adik, nak settle hal korang. Tapi adik buat perangai pulak! Habis tu, sampai bila korang nak jadi macam ni?”
“Sampai bila-bila!!!”
-----
Sebelum ni pun Fina dan Ammar pernah bergaduh juga, tapi selalu tak lama. Kali ni nampaknya memang serius, sebab Fina dan Ammar dah sebulan tak berhubung.
Dah puas Haziq menasihati adiknya supaya mengalah saje dengan Ammar, tapi Fina degil! Tak nak jugak mengalah! Haziq pun dah pening kepala nak melayan kerenah Fina dan Ammar ni.
-----
Dari tadi Fina asyik memandang telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja sambil menanti panggilan daripada Ammar yang tak muncul-muncul. Fina mengeluh lemah. Dah sebulan tak bercakap dengan Ammar. Rindu betul dekat dia...
“You ni Fina, asyik mengelamun je dari tadi. Kenapa?” Tanya Aiman apabila melihat Fina hanya diam tak bersuara dari tadi.
“Tak ada apa.” Fina tersenyum nipis.
“Geram betul I dengan company yang dah janji dengan kita hari ni! Boleh pulak dia cancel last minute! Dia ingat kita ni tak ada kerja lain ke apa?” Cepat-cepat Fina menukar topik.
Aiman tergelak kecil. “What to do, customer is always right! At least, I boleh jugak lunch dengan you for the first time.”
Fina hanya boleh senyum. Nak kata apa lagi.
“I’m going to the ladies for a while. Excuse me.”
“Sure.”
Fina terus bangun dan melangkah ke arah bilik air. Betul-betul saje dia pergi, telefon bimbitnya yang lupa dibawa bersama berdering.
Aiman buat tak peduli dengan deringan telefon Fina. Deringan itu mati sekejap sebelum berbunyi semula untuk beberapa kali. Fina masih belum lagi keluar dari tandas.
Memikirkan mungkin ada hal yang mustahak berlaku, Aiman terus mencapai telefon bimbit Fina.
Nama ‘Abang’ muncul di skrin telefon bimbit.
“Fina! Kenapa sekarang baru nak jawab call abang?”
“Hmmm… I’m sorry but this is not Fina. Ni abang dia ke?” Ujar Aiman.
Ammar terdiam di hujung talian. Suara lelaki. Tapi siapa? Tak mungkin Haziq sebab dia kenal sangat dengan suara Haziq.
“Who are you?”
“I’m Aiman. Sorry, Fina pergi tandas kejap. Ada apa-apa yang nak pesan dekat dia ke?”
Ammar terkedu. Tandas? Fina sedang bersama dengan seorang lelaki. Timbul rasa curiga dalam hati Ammar. “Korang dekat mana sekarang ni?”
“Shangrilla Hotel.”
Ammar terus mematikan talian. Berombak-ombak dadanya menahan marah. Fina dan seorang lelaki berada di dalam hotel! Patut lah beria-ia nak putus tunang dengan aku! Rupa-rupanya curang! Ada jantan lain!
“You buat apa dengan handphone I?” Tanya Fina sebaik sahaja dia sampai ke meja makan. Pelik dia melihat Aiman yang sedang memegang telefon bimbitnya.
“Your brother is so weird. Tadi dia call you, tapi I tak jawab. Banyak kali dia call, so I takut mungkin dia ada hal mustahak nak cakap dengan you so I jawab that call. Dia tanya you mana, I cakap lah you pergi toilet. Lepas tu dia tanya where are we now, and bila I cakap kita kat Shangrilla Hotel, dia terus putuskan talian.” Terang Aiman panjang lebar.
Berkerut dahi Fina. Terus dia mencapai telefon bimbitnya dan melihat nama pemanggil. Matanya membulat. Ammar!
“I need to go!”
Tanpa menunggu jawapan Aiman, Fina terus mencapai beg tangannya dan berlari-lari anak keluar dari kawasan hotel itu. Jari-jemarinya sibuk mendail nombor Ammar.
“Abang! I can explain!” Ujar Fina apabila taliannya berjawab.
“Explain what, Fina? What?! Patut lah beria-ia nak putus tunang dengan abang! Letakkan semua kesalahan atas abang, kata abang tak nak kahwin dengan Fina! Semua tu hanya alasan untuk tutup kesalahan Fina yang dah curang pada abang!”
“Fina tak curang!”
“Kalau tak curang habis tu jantan tadi tu siapa?! Dia jawab handphone Fina, saying that you’re in the toilet in a hotel. Apa lagi yang Fina nak cakap?!”
Fina dah mula menangis teresak-esak mendengar suara Ammar yang menengkingnya.
“Fina tak buat apa-apa pun dengan dia! We’re just…” Belum sempat Fina menghabiskan ayatnya, Ammar menyampuk.
“Sudahlah, abang tak nak dengar lagi! Mulai hari ni, kita putus tunang!” Talian terus dimatikan.
Fina terkejut. Dia tak sangka Ammar akan sangat marah sampai sanggup putuskan tali pertunangan mereka berdua. Fina terus menangis dan menangis di luar kawasan hotel itu walaupun orang ramai memandangnya.
-----
“Kenapa boleh jadi macam ni, adik… Apa yang dah jadi?”
“Dah lama bertunang tup tup putus pulak! Apa masalahnya ni?”
“Kalau bergaduh pun takkan lah tak boleh bawak berbincang…”
“Tu lah adik, degil sangat! Abang dah cakap dah!”
“Gaduh apa lah korang berdua ni sampai boleh putus tunang pulak… Pening kepala ummi macam ni!”
“Habis tu sekarang ni macam mana ni? Kamu suruh si Ammar tu datang sini! Kita ni ada adat. Waktu nak ambil pun kena beradat, nak pulang pun kena lah beradat! Bukan dalam telefon aje!”
Fina hanya diam sambil menunduk memandang kakinya. Bebelan ummi, ayah dan abangnya langsung tak diambil peduli.
Tiba-tiba dia menangis. Mula-mula esakannya perlahan kemudian menjadi makin kuat pula.
“Laaa... Menangis pulak! Kita orang bukannya marah, cuma nak tahu je apa yang sebenarnya dah jadi kat korang ni!” Pujuk Haziq.
Fina mula bercerita segala-galanya yang terjadi semalam kepada keluarganya. Haziq menggeleng-geleng mendengar cerita adiknya. Huh… Dah makin parah relationship dua orang ni!
“Habis tu sekarang ni adik nak buat apa?” Tanya Haziq lembut. Apa-apa pun, hati Fina perlu dijaga. Orang baru lepas putus tunang, siapa yang tak sedih?
Fina menjungkitkan bahunya.
“Kalau abang nak bagi opinion, adik nak dengar tak?”
Fina mengangguk.
“Pack your things and pergi Miri esok. Abang book ticket awal pagi, adik call boss cakap nak cuti, okay?”
“Pergi sana nak buat apa? Nak bagi adik kena marah dengan Ammar lagi?” Fina bersuara sedih.
“Alaaa dik… Ammar tu marah kejap je! Adik pergi sana, settle dengan dia baik-baik. Cakap dekat dia hal yang sebenarnya. Ammar tak tahu cerita sebenar, sebab tu dia marah-marah. Yelah, siapa tak marah kalau tiba-tiba ada orang lelaki angkat telefon tunang sendiri pastu cakap ada dekat hotel!”
Mata Fina mula bercahaya. Betul jugak! Takkan aku nak mengalah macam tu aje? No way! Lima tahun aku bertunang dengan dia, takkan pasal salah faham sikit ni nak putus tunang? Never!
“Okay! Abang sponsor tiket adik tau! Adik nak call bos kejap." Fina terus berlari-lari anak ke tingkat atas.
Haziq tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Adik kesayangan punya pasal, sanggup dia minta cuti dan memandu dari Terengganu ke Kuala Lumpur. Tiket untuk ke Miri pun dia sanggup sponsor.
-----
Ammar menyandar pada sofa tanpa menghiraukan hiruk-pikuk yang berlaku di sekelilingnya. Ramai orang menari di sana-sini. Bunyi muzik yang kuat pula menyakitkan telinganya.
Tak lama selepas dia duduk di sofa itu, datang seorang perempuan merapatinya.
Perempuan itu tiba-tiba duduk amat rapat dengan Ammar sehingga Ammar berasa rimas.
“Please leave me alone!” Jerit Ammar cuba melawan bunyi muzik yang kuat.
“Come on lah. You datang sini pun mesti nak release tension kan? So, why not bagi I hilangkan tension you tu…” Ujar perempuan yang memakai dress singkat paras paha dan sangat ketat itu.
Ammar hanya diam. Memang betul dia datang ke kelab malam itu untuk menghilangkan stress. Memikirkan Fina membuatkan dia tertekan. Apatah lagi apabila memikirkan bekas tunangnya itu curang dengan lelaki lain!
“Nama I Fazura. You boleh panggil Faz.”
Ammar tak hiraukan Fazura yang makin lama makin rapat dengannya. Tiba-tiba dia rasa bersalah kerana masuk ke tempat sebegini, duduk rapat dengan perempuan yang sebegini.
Kalau Fina tahu… Ahhh! Pedulikan dia! Dia boleh curang, takkan aku tak boleh?
Fazura menuangkan arak ke dalam cawan kemudian menghulurkannya kepada Ammar. Pada awalnya Ammar menolak, tapi selepas dipujuk oleh Fazura, akhirnya dia tewas. Air kencing syaitan itu diteguk seperti sedang meminum air masak.
Sudahnya, dia bergelak tawa dan menari sakan dengan Fazura sepanjang malam dalam keadaan yang mabuk.
-----
Loceng rumah yang berbunyi berulang-ulang kali membuatkan tidur Ammar terganggu.
Kepalanya masih terasa sakit akibat minum terlampau banyak alkohol.
Ammar bangun dari tidurnya dan melangkah ke arah pintu rumah tanpa sedar yang dia tidak memakai t-shirtnya terlebih dahulu.
Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, wajah Fazura yang menyapanya dahulu.
“You nak apa ni?” Tanya Ammar malas.
“I bawa breakfast untuk you!” Ujar Fazura ceria sambil mengangkat plastik di tangannya. Dia terus masuk ke dalam rumah Ammar tanpa kebenaran.
Ammar mengeluh malas. “You letak je atas meja tu.” Jawab Ammar acuh tak acuh lalu terus melangkah ke dapur untuk mendapatkan segelas air.
Fazura meletakkan beg plastik itu di atas meja. Dalam hati dia sumpah seranah Ammar. Nasib baik kau kaya. Kalau aku tak tahu kau pakai BMW dan kau duduk dekat kondo mewah ni, tak ada makna aku nak pikat kau!
Loceng rumah berbunyi lagi.
Fazura yang kebetulan berada berhampiran dengan pintu terus membuka pintu rumah.
“Opsss, sorry. Saya silap rumah kot.” Fina terkejut apabila yang membuka pintu rumah itu seorang perempuan yang memakai pakaian yang amat seksi. Seksi sampai dia sendiri tak sanggup nak tengok!
“Siapa yang datang…” Belum sempat Ammar menghabiskan ayatnya, dia terus terdiam.
Mata Fina terpaku melihat Ammar yang baru sahaja keluar dari dapur. Matanya berulang kali memandang Ammar serta perempuan dihadapannya ini dengan pandangan tidak percaya. Ammar berada dalam satu rumah dengan perempuan seksi ni? Dia tak berbaju pulak tu!
“Fina…” Panggil Ammar sambil melangkah ke arah pintu rumah. Tangan Fina terus ditarik lembut supaya masuk ke dalam rumahnya. Pintu rumah terus ditutup. “Apa pun yang Fina tengah fikir sekarang ni, semuanya tak betul!”
“After what I have seen, you dare to say that it is not like what I am thinking?!” Jerit Fina. Kesabarannya tak dapat dibendung lagi kali ini.
“We’re not even do anything!”
Fazura yang sedari tadi hanya melihat tiba-tiba menyampuk. “Excuse me. You cakap kita tak buat apa-apa? Habis tu yang you mabuk dekat club semalam tu dengan siapa? Bukan dengan I?”
“Shut up!” Jerit Ammar tepat ke muka Fazura.
Fina memandang Ammar dan Fazura bersilih ganti seperti tidak percaya.
“Mabuk? Club? Since when?” Tanya Fina sinis.
“Since you cheated on me!” Jerit Ammar pula. “Salah abang, Fina pandai cari! Salah Fina macam mana? Fina yang curang pada abang! Tidur dengan jantan mana-mana entah!”
“I did not do that!”
“Habis, Aiman tu siapa?”
“Aiman tu office mate Fina!”
“Since when office mate boleh bawak sampai ke hotel?!” Marah Ammar.
“We’re having our discussion there, that’s it! You can call my company if you refuse to believe! Bila Fina pergi toilet, Fina lupa bawak handphone. You called me several times and he thought that it might be important. That’s why dia yang jawabkan. I have nothing to do with him…” Fina sudah mula menangis teresak-esak.
“Selama ni Fina percayakan abang. Walaupun abang jauh dari Fina, tapi tak pernah sekali pun Fina mencurigai abang. Fina ingat abang percayakan Fina macam mana Fina percayakan abang. Lima tahun kita bertunang. Lima tahun! Fina datang sini semata-mata nak terangkan dekat abang the real situation, tapi ini yang Fina dapat. After what I have seen, Fina tak menyesal langsung putus tunang dengan abang!”
Cincin emas putih yang cantik tersemat di jarinya selama lima tahun itu terus ditanggalkan dan diletakkan di atas meja sebelum dia melangkah keluar dari rumah Ammar dengan tangisan yang semakin laju.
-----
Haziq membuka cermin matanya lalu diletakkan di atas meja. Tangannya menongkat dahi sambil jari-jemarinya mengurut dahi. Baru saje Puan Lufia menghubunginya sebentar tadi. Ingatkan lepas Fina pergi ke Miri, keadaan akan menjadi lebih elok. Rupa-rupanya jadi makin parah!
“Adik dah balik dah. Dari tadi duk menangis je… Ummi risau lah abang!”
“Laaa… Macam mana boleh jadi macam tu? Dia ada cerita dekat ummi tak?”
“Dia kata waktu dia pergi rumah Ammar dekat sana, dalam rumah dia ada perempuan. Adik kata Ammar mabuk. Ummi pun terkejut jugak dengar! Yelah, selama ni Ammar tu kan budak baik!”
Mengucap panjang Haziq mendengarnya. Ammar mabuk? Perempuan dalam rumah? Sejak bila dia buat benda-benda macam ni? Selama ni Ammar elok je aku tengok! Tak pernah buat benda bukan-bukan!
“Umi tunggu… Abang balik sekarang!”
-----
Berkali-kali Haziq mengetuk pintu bilik Fina tapi Fina tetap tak nak buka pintu. Haziq risau walaupun dia tahu Fina takkan buat perkara yang bukan-bukan.
“Adik… Dah lah tu. Jangan macam ni. Apa-apa pun kita kena bincang dulu.” Pujuk Haziq lembut. “Can you please open this door and let me in?”
Masih tak ada respon daripada Fina. Haziq makin risau. Dah lah pintu bilik berkunci. Kunci pendua semuanya dia bawak masuk sekali. Betul-betul punya plan ni!
“Ziq, bagi aku cuba pulak.” Ujar Ammar tak sabar.
Baru saje dia nak ketuk pintu, Haziq dah menghalang. “Kau nak mampus? Adik aku tu dah lah tengah marah dengan kau!” Suara Haziq separuh berbisik supaya Fina tak dengar.
Kebetulan masa dia dalam perjalan ke Kuala Lumpur dari Terengganu, Ammar menghubunginya dan memberitahu bahawa dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur juga.
Jadi, Haziq terus menjemput Ammar dari KLIA dan dibawa terus ke rumahnya. Sampai rumah, teruk Ammar kena sembur dengan ummi, ayah dan paling penting sekali kena sembur dengan Haziq. Dan sekarang pula misi mereka hanya satu, nak pujuk Fina!
“Adik, if you refuse to open this door, abang call Ammar suruh dia datang sini pujuk adik!” Ugut Haziq sambil tangannya masih mengetuk pintu.
“Apa abang nak ni…!” Tanya Fina geram sebaik sahaja pintu bilik dibuka. Matanya membulat melihat tetamu yang tak diundang turut berada di situ. Baru saje dia nak tutup pintu balik, pintunya dah dihalang oleh tangan Haziq. “Adik, jangan lah tutup!”
Fina menepis tangan Haziq sambil menyorok di belakang pintu bilik. “Abang, I didn’t wear my tudung lah! Lepas lah dulu!!!”
Baru Haziq tersedar adiknya tak bertudung tadi. Pintu bilik Fina dilepaskan dan Fina terus menutup pintu. Haziq pandang ke arah Ammar yang sedang tersengih.
“Apa sengih-sengih? Free-free je dapat tengok adik aku macam tu!”
“Rezeki… Alhamdulillah!” Usik Ammar.
Tak lama kemudian pintu bilik Fina terbuka semula. Fina muncul dengan wajah yang masam mencuka.
“Abang ni kalau nak buat something boleh tak fikir habis-habis dulu?” Marah Fina sambil berdiri bercekak pinggang di hadapan Haziq. “What makes you think that bringing this mamat over here can settle the problems?” Mata Fina menjeling ke arah Ammar.
Ammar menelan liur. Peh, memang betul-betul marah ni. Tak pernah lagi Fina cakap bukan main kasar macam ni dekat aku.
“Abang yang…” Belum sempat Ammar menghabiskan kata-katanya, Fina terus berikan jelingan mautnya.
“Fina tak tanya abang lah!”
“Adik kalau tak nak respect Ammar as your fiance, please respect him as the elders!” Haziq masuk campur.
Fina mengunci mulutnya apabila Haziq dah marah.
“Abang nak cakap sikit dengan sayang. Kita bincang kat luar?”
“Don’t sayang-sayang me anymore!”
Ammar menelan air liur. Amboi, garangnya!
“Abang nak cakap sikit.”
“Cakap je kat sini.”
“Abang nak kita dua je.”
Fina merengus perlahan sambil berpeluk tubuh. “Kita cakap kat bawah. Fina tak nak ikut abang pergi mana-mana. Cerita sini habis sini je. Lepas ni jangan cari Fina lagi!”
Tanpa menunggu Ammar, Fina terus berlalu ke tingkat bawah. Puan Lufia yang sedang duduk di ruang tamu tak dipedulikan. Dia terus keluar dari rumah dan duduk di gazebo yang terletak bertentangan dengan air terjun buatan.
Tak lama kemudian Ammar turut duduk di situ tanpa Haziq mengekorinya.
Lama mereka duduk diam sambil mata memandang air terjun buatan yang turun mencurah-curah.
Kadang-kadang mata nakal Fina mencuri pandang wajah tenang Ammar disebelahnya. Dalam hati dia mengeluh berat. Kalau abang tak kenenkan aku dengan Ammar ni dulu kan bagus. Tak ada aku ditimpa masalah macam ni.
“Nak tunggu 20 jam lagi baru nak cakap ke? Fina bukannya ada banyak masa macam abang nak duduk dekat sini 24 jam!”
“Dulu sayang tak macam ni. Sayang tak kasar dengan abang.”
“Jangan nak bersayang-sayang dengan Fina!” Fina merengus. “Itu dulu! Fina yang dulu bukan Fina yang sekarang!” Fina berpeluk tubuh dan langsung tak memandang wajah Ammar.
“Fina nak ajar diri Fina supaya tak jadi bodoh lagi. Senang diperbodohkan dan senang diambil kesempatan oleh orang yang macam abang!”
Ammar mengeluh perlahan. Lama dia terdiam sebelum dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. “Fina tinggalkan benda ni dekat rumah abang.” Cincin emas putih itu diletakkan elok di atas tapak tangan Fina.
Fina buat muka menyampah. “Ni bukan Fina punya!” Cincin itu diletakkan semula di atas gazebo.
“Fina punya!”
“Bukanlah!” Fina menjeling. “Bagi cincin ni dekat perempuan dekat rumah abang tu!”
“Perempuan tu tak ada kena mengena dengan abang lah."
Fina bangun dari duduknya. “Dahlah, Fina malas nak cakap dengan abang. After all, we have nothing to do with each other anymore! Abang yang putuskan tali pertunangan kita, bukannya Fina.” Fina mengesat air matanya yang tiba-tiba jatuh.
“Abang rasa Fina bukan perempuan yang baik kan? So, just stay away from me because I’m not good enough for you!”
Belum sempat Fina pergi, Ammar terus mencapai tangan Fina.
“I’m sorry. Abang tahu Fina tak buat macam tu. Abang yang silap… Tapi apa yang Fina nampak semalam tu bukan macam apa yang Fina fikir. Semua tu tak betul!” Bersungguh-sungguh Ammar cuba menerangkan hal yang sebenar kepada Fina. Tangan Fina masih belum dilepaskan.
“Yes, abang mengaku memang abang pergi club. Abang tahu apa yang abang buat tu salah, but I was so stressed that time sampai tak boleh nak fikir mana betul mana salah. I admit I was drunk, but that was my first time! Fina kena percaya pada abang…” Sambung Ammar lagi.
Fina memandang Ammar dengan pandangan sayu. “Habis tu, macam mana perempuan tu boleh ada dalam rumah abang?”
“Dia datang nak hantar breakfast dekat abang. I know I shouldn’t let her in, tapi masa tu abang masih sakit kepala dan abang malas nak bertekak dengan dia pagi-pagi buta…”
“But you’re not wearing your shirt…”
“Sayang, abang baru bangun tidur masa tu. Malaysia ni panas, sayang!” Usik Ammar dengan tawa kecil.
Tangannya masih bermain dengan jari-jemari comel milik Fina.
Fina tersenyum nipis. Jauh di sudut hatinya dia mempercayai kata-kata Ammar. Kalau Ammar nak buat jahat, tak perlu tunggu sekarang baru nak buat, dari dulu lagi dia dah boleh buat!
“Betul ni? Abang tak tipu Fina?”
“Sumpah WAllah abang tak tipu! Abang dah bertaubat. Tak sangka abang boleh ambil keputusan bodoh macam tu.”
“Kalau Fina tahu abang buat benda-benda macam tu lagi, siap abang Fina kerat 26!” Fina memberi amaran dengan wajah yang sengaja dibuat-buat marah.
“Ganasnya sayang abang ni…!”
“Abang belum kenal siapa Fina tau!”
“Yeke? Kalau macam tu, jom kahwin!” Ammar bangun dan menarik tangan Fina.
“Hah?! Kenapa?”
“Yelah, sayang kata abang tak kenal siapa sayang lagi. Jomlah kita kahwin, nanti baru abang boleh kenal sayang." Ammar sengih.
-----
Penantian selama lima tahun akhirnya berakhirnya juga apabila Nur Afrina sah menjadi isteri Muhammad Ammar Faezrul dengan hanya sekali lafaz sahaja.
Puan Lufia dan Encik Shah lah yang paling gembira sekali kerana satu-satunya anak perempuan mereka akhirnya sudah mendirikan rumah tangga.
“Okay, one more! Fina jangan kaku sangat, ya…” Ujar jurugambar itu.
Eh eh, over pulak photographer ni... Karang elok-elok aku hidang nasi minyak nanti aku hidang nasi kaki pulak!
Merah muka Fina menahan malu. Segan bila jurugambar ni nak ambil gambar ala-ala romantik! Ammar pula dari tadi tangannya asyik di pinggang Fina membuatkan gadis itu menjadi lebih segan di hadapan ahli keluarganya.
“Dik, nampak sangat kau takut dekat Ammar tu kenapa?” Selamba Haziq berkata sambil tersengih.
Semua ahli keluarga tergelak mendengar kata-kata Haziq. Fina menjegilkan matanya kepada Haziq tanda memberi amaran.
“Sayang takut ya…” Bisik Ammar rapat di telinga Fina setelah selesai mengambil gambar.
“Ma… Mana ada!”
“Abang tak pernah makan orang tau, tapi tiba-tiba rasa macam nak makan sayang!”
“Hishhh, apa abang ni!”
“Aunty, aunty, malam ni ada cerita boyprend aunty tau kat tibi!” Jerit Nisa, anak sepupunya, dengan pelat sambil menunjukkan iPad di tangan kepada Fina.
“Boyfriend yang mana satu tu, Nisa?” Tanya Ammar sambil mendukung anak kecil berusia empat tahun itu.
“Alaaa, yang Tom Kurus tu! Aunty suka sangat dengan Tom Kurus woo… Dulu aunty kata dia nak married dengan Tom Kurus! Uncle ni Tom Kurus ke?”
“Haippp, Tom Cruise lah Nisa, bukan Tom Kurus!” Fina membetulkan. Tom Cruise pujaan hatiku…
"Meh sini bagi aunty tengok iPad tu… Cerita Tom Cruise apa malam ni?” Nisa, anak buahnya itu memang laju bab-bab ni! Biasalah, budak zaman moden!
“Alaaa, yang tumbuk-tumbuk tu…!” Petah Nisa berkata.
“Okay, malam ni Nisa teman aunty tengok cerita Tom Cruise sampai habis eh!”
“Okay!”
“Ahhh takde takde! No Tom Cruise malam ni! Abang cabut semua wayar TV dalam rumah ni malam nanti!”
Ammar terus merampas iPad di tangan Fina.
Fina memuncung. “Kenapa???”
“Dia tanya pulak kenapa... Sayang dah janji nak nyanyikan lagu Tidurlah Sayang untuk abang sebelum tidur kan?"
"Tu waktu tidur. Sebelum tu Fina tengok lah movie kejap. Boleh?"
"Tak boleh. Abang nak dari lepas Isyak sampai abang tertidur, Fina temankan." Bisik Ammar membuatkan wajah Fina macam tomato terlebih masak.
“Tak nak!” Terpacul kata-kata itu dari bibirnya.
“Ada abang kisah?”
Fina mengetap bibirnya. Terus lengan Ammar menjadi mangsa cubitannya. Mendengar Ammar mengaduh baru dia rasa puas. Wahaha!
'Berapa lama pun aku sanggup tunggu, sebab hanya dia pilihan hati aku!'
- TAMAT -
*** Credit to kak Vanilla. Part Ammar dan Fazura tu dari kak Vanilla :-)
No comments:
Post a Comment