Sebab dia istimewa, sebolehnya aku mahu dia selalu bahagia.
Dia lah adik yg manja tahap "kau dah kenapa?". Dia lah kakak yg selalu bagi nasihat macam dia 20 tahun lagi tua dari aku. Dia lah ibu yg membebel tak ingat dunia. Dia lah kembar aku yg kalau boleh semua benda nak sama. Dia lah yg selalu jadikan aku hamba suruh tangkap gambar. Dia lah penguat semangat bila aku jatuh. Dia lah tempat aku menangis. Dia lah yg selalu teman aku bersembang sebelum tidur. Dia lah diari bergerak aku walaupun aku tahu dia selalu rasa macam "cerita kau ni bila nak habis, along?"
Dan dia lah segalanya.
Terima kasih jadi adik yg terbaik untuk aku. Sayang angah sampai Syurga. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment