Asalamu'alaikum.
Post yg ni aku tujukan untuk sahabat aku yg jauh di mata tetapi tetap dekat di hati. InsyaAllah.
Sayangku, aku tahu ujian ni berat untuk kau hadapi. Aku tahu & aku faham perasaan aku duhai sahabat tercinta. Tapi kau kena ingat, ujian tu adalah hadiah dari Allah untuk kita. Cuba kau letak ujian kau dengan ujian Nabi Muhammad semasa baginda berdakwah, jauh beza sayangku. Ujian Nabi Muhammad lagi besar tau. Tapi baginda buat apa? Baginda tabah, baginda senyum je :)
Dulu kau minta Allah kuatkan kau, tabahkan hati kau untuk hadapi segala ujian Allah jadi Allah kirimkan kekuatan Dia melalui ujian, sayang. Allah takkan bagi ujian melebihi kemampuan hambaNya. Allah tahu takat mana kau boleh hadapi jadi apa yg dah Allah beri ni, Allah tahu kau boleh hadapi. Sebab apa? Sebab kau kuat sayang. Kau ada Allah :) jangan lupa okay?
Jangan pernah cakap ujian tu kau tak boleh hadapi, Allah knows everything. Allah tahu apa yg kau tak tahu. Percayakan Allah, yakin dengan Allah ya? :) Senyumlah duhai bidadari Syurga...
Aku taknak tengok kau lemah macam ni. Jangan lah sedih lagi. Kau jauh, aku boleh pujuk kau takat ni je. Jangan nangis dah. Kau kena kuat. Ingat! Kau ada Allah, kau ada aku. Ehe.
Apa-apa ujian yg Allah beri pada kau, motivate diri dengan ayat ni 'Kalau Rasulullah boleh, kenapa aku tak boleh?'. InsyaAllah. Kau boleh! Aku percaya kau! Sayang kau!!
Moga terus tabah menghadapi ujian dariNya & moga istiqomah dalam penghijrahan :)
p/s : Kalau kau ada masalah lagi, jangan duk diam-diam. Cerita dekat aku naa. Kalau boleh, aku fly terus jumpa kau huehue.
Ila liqo'! Asalamu'alaikum.
No comments:
Post a Comment