"Berbahagialah wahai gadis yang diuji Tuhan. Di sebalik ujian pasti terselit sejuta hikmah. Hujan turun beserta guruh, akhirnya terlihat pelangi indah. Terus senyum ya bidadari, lantas kau bina warna-warna indah yang bisa terbiaskan pada insan lain. Sungguh, kau insan terpilih."

Sunday, August 24, 2014

Papa di hati aku.

Papa.

Papa kiriman dari Allah buat aku. Papa kekuatan aku. Sebab papa, aku jadi kuat untuk hadapi ujian besar yg Allah aturkan ini.

Ya. Papa kekuatan aku, aku kekuatan papa. 

Bermain kembali kenangan pada Syawal pertama di mana kekuatan papa mengalir ke dalam diri aku bila papa peluk aku dengan penuh rasa kasih sayang. SubhanAllah.

Tak pernah aku rasa pelukan itu dari papa. Sungguh. Kerana pelukan itu, aku menangis. Menangis kerana sebak. Sebak bila terdengar papa katakan ayat ni "papa ada dengan along. papa tak tinggalkan along. papa tak tinggalkan along. papa sayang along".

Allahuakbar.

Jam 8 pagi Syawal pertama, aku sudah merasakan kehilangan itu. Ya. Hilangnya ummi di sisi. Aku tahu papa juga sedih tapi papa tetap kuat sebab tak nak aku sedih. Tapi akhirnya, bila tiba masa aku untuk salam & minta ampun pada papa, papa mengalirkan air mata juga. Kesedihan pada pagi itu, cuma aku & papa saje yg faham. Yg dapat rasa. Cuma kami. 

Aku sangat sangat menyanyangi papa. Walaupun papa bukan ayah kandung aku & hanyalah ayah angkat aku.. Namun, papa saje yg selalu mengurniakan aku secebis kasih sayang seorang ayah kerana aku tak pernah merasa kasih sayang itu dari ayah kandung sendiri.. Sebabnya? Biarlah aku seorang saje yg tahu. 

Papa lah lelaki yg tak pernah menyakitkan hati aku. Tak pernah walau sekali pun. Papa segalanya bagi aku.

Papa, maafkan along yg dah banyak menyusahkan papa. Yg terkadang berkasar bahasa dengan papa. Yg belum mampu buat papa bangga dengan kejayaan along. Yg banyak berbuat dosa & menyebabkan dosa papa bertambah. Yg banyak membuat papa marah. Yg banyak buat papa sedih. Yg tidak melakukan apa yg papa suruh. Yg terkadang melakukan perkara yg papa larang. Maafkan along atas segala dosa yg telah along lakukan pada papa. Maafkan along. 

Papa, terima kasih buat segala jasa papa pada diri ini. Terima kasih kerana jaga along dengan baik selama 14 tahun. Terima kasih kerana selalu berusaha untuk buat along gembira. Terima kasih sebab selalu buat yg terbaik untuk along. Terima kasih sebab sokong along dalam apa2 yg along buat. Terima kasih sebab selalu bantu along. Terima kasih sebab beri kekuatan pada along bila along tak mampu nak tempuhi ujian Allah berseorang diri. Dan terima kasih kerana sayangkan along macam anak kandung papa sendiri. Terima kasih papa! Terima kasih buat segalanya! 

InshaAllah. Along janji along akan berusaha untuk jadi anak yg baik, anak yg menghormati ibu bapa, anak yg mentaati suruhan Allah & suruhan papa, anak yg cemerlang dalam pelajaran, anak yg bermanfaat buat ummah, anak yg solehah buat papa untuk menarik tangan papa ke Jannah FirdausNya. InshaAllah.

Papa, along sayang papa dunia akhirat! Along harap along dapat bersama-sama dengan papa di Jannah kelak InshaAllah Aamiin. 

No comments:

Post a Comment